Monday, April 12, 2010

Global Geopark Fair Langkawi sunyi


MR berksempatan secara kebetulan terserempak dengan “2nd Geopark Fair, Langkawi Global Geopark” di Awana Porto Malai pada 10-12 April 2010 semalam. Kehadiran MR di Langkawi adalah atas jemputan seorang rakan bloggers yang aktif dalam berblogging tentang “natures”.

MR sempat bertemu beberapa peserta ahli-ahli geopark yang mewakili negara mereka yang di antaranya dari Kanawinka Australia; Hexigten, China; Taishan, China; Zigong, China; TERRA.Vita, Germany; Harz Braunschweiger, German; Qesham, Iran; Itoigawa, Japan; Toya Caldera & Usu Volcano, Japan; Unzen Volcanic Area, Japan; Gea Norvegica, Norway; Arouca, Portugal; Marble Arch Caves & Cuilcagh Mountain, UK; English Riviera, UK dan beberapa lagi.

Ternyata kita rakyat negara ini harus berbangga bahawa Langkawi juga tersenarai di antara 64 “Global Geopark Network” yang unik di dunia ini oleh UNESCO pada 1 June 2007.

Geoheritage Langkawi yang kaya dengan sejarah geologi di anggarkan berusia 550 juta tahun menggendong ceritanya yang tersendiri.

Kerajaan Kedah seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan lagi asset ini. Mereka seperti tidak ambil pusing hasil dari persidangan ini. Mesej persidangan hanya berlegar-legar di Pulau Langkawi dan negara luar tetapi tidak sampai ke tanah besar Kedah.

Mungkin persidangan ini terlalu teknikal untuk YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan hadir merasmikannya dan hanya mewakilkan Exco Pelancongan pada majlis penutup.

Seorang geologist tempatan yang MR temui berkata Kedah hari ini seperti hidup segan mati tak mau. Tidak ada growth.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.