Sunday, May 30, 2010

Lim Guan Eng tidak cerdik menyekat operasi lesen judi bola di Pulau Pinang

The Star 29/5/2010 - Chief Minister Lim Guan Eng said that although Penang had not received any application from the company to carry out the business, the state would write to Ascot Sports to inform them of its decision.

“The decision was made after consultation with all state exco members. I believe Penang is the first state to apply this ban state-wide,” he told a press conference yesterday.

EGM Cardiff Football Club hanya memerlukan tujuh minit untuk melantik rakan kongsi Vincent Tan, Datuk Chan Tien Ghee sebagai Pengerusi mereka. Chan dan Vincent telah menguasai 36.37% saham kelab bolasepak Cardiff dengan nilai RM28.8 juta dan mereka secara langsung menjadi warga Malaysia yang ulung menguasai salah satu kelab bolasepak England .

Pemerhati melihat ini adalah satu sinergi yang bijak hasil dari percaturan perniagaan Vincent Tan apabila dalam masa yang sama syarikat beliau, Ascot Sports Sdn Bhd juga diberi lesen besar menjalankan perniagaan perjudian bola. Pemerhati juga berpendapat untuk beroperasi “internet betting” host sitenya mestilah di luar Malaysia kerana ia melibatkan transaksi yang banyak dan pulangan yang lumayan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Vincent Tan salah satu strategi untuk menaikkan mutu sukan bolasepak negara ini.

Kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang hendak menunjuk kononnya cerdik awal apabila mengeluarkan arahan menyekat operasi perjudian bola ini di negeri mereka. Mereka mungkin sedar itu hanyalah kenyataan populariti politik mereka kerana operasi judi bola ini dijalankan melalui internet betting bukannya fizikal seperti main ekor atau toto atau dahulunya loteri kebajikan masyarakat.

Pengundi-pengundi Cina DAP dan PAS di Pulau Pinang dan Selangor yang kuat berjudi boleh pada bila-bila masa berjudi dengan satu klik sahaja dan tidak perlu keluar rumah mereka atau pergi ke kedai judi untuk membeli number.

Bagi Kerajaan Negeri Kedah jika ingin mengawal judi bola ini, Ustaz Azizan mestilah mengeluarkan arahan untuk terminate semua “internet network” dari beroperasi dalam negeri Kedah, dalam masa yang sama Ustaz Azizan mestilah memastikan Kulim Hitech tidak lumpuh takut-takut pelabur akan lari.

Apa pun hakikatnya berceramah untuk sedap didengar itu senang tapi apabila nak dipraktikan itu hampir mustahil.

Saturday, May 29, 2010

Kalau P Ramlee masih hidup mungkin beliau dihina

P.Ramlee meninggal pada 29 Mei 1973, hari ini genap 37 tahun pemergian allahyarham. Sehingga hari ini tidak habis-habis diperkatakan tentang keagungan seniman ini sehingga beliau diberi gelaran Seniman Agung Negara.

Generasi yang telah berlapis di hadapan P.Ramlee masih meminati P.Ramlee walaupun mereka bukan membesar dalam zaman P.Ramlee tetapi mereka mengikuti P.Ramlee dan kenal P.Ramlee. Mereka kenal P.Ramlee kerana filem P.Ramlee, seperti di dalam filem begitulah mereka kenal P.Ramlee.

P.Ramlee hidup di dalam hidup mereka kerana watak-watak, perangai-perangai, sikap-sikap dalam filem P.Ramlee itu ada dalam kehidupan seharian mereka. Sikap malas, cemburu buta, orang kaya kedekut, memilih kasih, dengki, khianat, kahwin ramai dan berbagai lagi sikap-sikap dalam masyarakat hari ini ditonjolkan dengan berkesan dalam filem P.Ramlee.

Di samping paparan filem-filem P.Ramlee yang agung ada juga filem-filem P.Ramlee yang gagal khasnya apabila P.Ramlee berhijrah ke Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Filem-filemnya dibuat dengan “budget” yang rendah, set-set kotak yang serungas dan terburu-buru seperti filem 6 Jahanam. Satunya kelebihan P.Ramlee ialah apabila terlalu banyak kenangan indah dan kebaikan P.Ramlee sehingga masyarakat tidak ingin melihat kegagalan beliau.

Ramai pengkaji filem berpendapat kalau P.Ramlee masih ada nescaya martabat filem Melayu akan naik. Sejauh mana konkrit pendapat ini boleh disanggah. Jangan-jangan kalau P.Ramlee masih ada beliau dihina dan dikutuk oleh parti-parti pembangkang yang suka membangkang.

Apa pun Allah maha mengetahui dan mengambil P.Ramlee ketika di tahap kemuncak kejatuhan filem Melayu dan di mana masyarakat masih mahu P.Ramlee.

Begitulah juga pemimpin yang ada seperti Tun Mahathir yang tahu masamana untuk meletak jawatan.

Jangan pula seperti apa yang terjadi kepada Presiden MIC Samy Vellu hari ini yang dipaksa meletak jawatan dengan segera kerana terlalu lama memegang jawatan.

Kata orang tua-tua makan ketika lapar dan berhenti makan ketika sedap.

Thursday, May 27, 2010

Daun karipolay dan Syed Sobri masuk PAS

Mantan MB Kedah, Mahdzir Khalid atau lebih dikenali sebagai Tok Det menyindir Pakatan Rakyat khasnya PAS dengan menyatakan PAS membuat PKR seperti daun karipolay didalam gulai. Habis manis sepah dibuang.

Daun karipolay atau daun kari atau nama botaninya “Murraya Koenigii” seringkali digunakan di dalam masakkan kari atau nasi minyak.

"Tohmahan kononnya kita buat wakil rakyat PKR dan DAP macam daun karipole, cari bila nak guna, lepas guna buang, itu tuduhan jahat. Depa (BN) sudah gelabah," kata Ustaz Azizan.

Hakikat yang sebenarnya yang banyak menjadi mangsa seperti karipolay ialah rakyat-rakyat dalam negeri Kedah. Semasa pilihanraya rakyat-rakyat lah yang memilih wakil mereka, apabila menang mereka tidak turun kawasan dan lupa terus jasa-jasa rakyat. Maka rakyat telah dikaripolaykan.

Baik UMNO baik PKR sama saja. Baik ketua Bahagian baik pemimpin agung sama saja. Lihat apa jadikan kepada rakyat Kubang Pasu yang menantang Che Det seperti minyak yang penuh semasa beliau menjadi wakil rakyat Kubang Pasu. Hari ini langsung tidak jejak kaki di Kubang Pasu, rakyat Kubang Pasu telah dikatipolaykan.

Lihat apa jadi kepada rakyat Langkawi yang memilih Sanusi Junid sebagai wakil rakyat mereka hari ini langsung batang hidung pun tak Nampak. “Kot, kot nak jenguk kaa…kami yang dulu sokong dia, habukpun taraakkk” kata Pak Teh di Padang Matsirat.

Rakyat Merbok pun sama “Tun Daim dan Tok Zam sama saja, takut kami minta projek kat depa kot?” kata En Asan Ghani dari Tanjung Dawai.

Rakyat Kulim/Bandar Baru pun banyak yang dikaripolaykan oleh Tok Kadir. “Dia hidup mewah dalam istana di The Mine Country Home, kami dok memotong getah macam tu jugak laaa” rungut Tok Man Kg Tawa.

Apapun rakyat hari ini tidak mudah diperbodohkan lagi. Mereka tidak mahu dikaripolaykan lagi dalam PRU13 yang akan datang.

Khabar terbaru, rakyat Kedah sedang menunggu satu pengumuman minggu depan bahawa ada seorang wakil rakyat UMNO, pengasas Syarikat Kulim Enterprise Sdn Bhd akan berhijrah menyertai Parti Islam SeMalaysia. Beliau telah insaf dan juga mangsa karipolay.

Kata Ekonomi OK? Yang mana satu betul?

Blog Che Det mendedahkan “larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan”.

MR juga ada bertemu dengan ramai ketua-ketua jabatan yang mengeluh budget jabatan mereka ditarik kerana Kerajaan tidak ada wang.

Pentadbiran Najib mencanangkan ekonomi kita baik dan mata wang kita naik. Semuanya terkawal. Yang mana satu betul pun kita tahu.

Tuesday, May 25, 2010

Awas TS Muhyiddin, jangan sampai dipecat Samy Vellu

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S.Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web Free Malaysia Today. *(Mstar online)

Inilah benih yang Samy Vellu lahirkan setelah 31 tahun menjadi Presiden MIC. Beliau dikira sebagai Presiden Parti Politik yang paling lama di dunia.

Hakikatnya golongan remaja India membesar dengan bersama Samy Vellu dan hanya mengenal Samy Vellu sebagai Presiden MIC kerana MIC telah menjadi seperti kata orang Utara “harta-meredak” keluarga Samy Vellu.

Ingat MIC ingat Samy Vellu.

Kalaulah Samy Vellu menjadi Presiden BN nescaya dipecatnya Mahyuddin Yassin kerana menegur anak kesayangan beliau.

Monday, May 24, 2010

Lesen judi bola mesti diteruskan "Ini yang Cina mahu"

Kerajaan Najib harus meneruskan lesen judi bola kerana yang berjudi ialah di kalangan kaum Cina. Pendekatan dasar liberal ini akan membantu kemenangan BN di dalam PRU13 yang akan datang. Semoga dengan pendekatan ini BN akan mendapat kembali sokongan kaum Cina. Persoalan "apa yang Cina mahu?" akan terjawab "Inilah yang Cina mahu".

Hanya yang menimbulkan tanda tanya ialah mengapa lesen ini diberi kepada operator perjudian Vincent Tan sahaja. Bagaimana dengan Ananda Krishnan dan Magnum?

Hari ini yang banyak membantah adalah dikalangan Pak Lebai-Pak lebai ketayap tahi lalat, kerana mereka tidak main judi. Hanya pemimpin mereka yang memperjudikan nasib Melayu dan Islam kepada DAP “Islam, over my dead body”.

Judi dengan kaum Cina memang telah sinonim dari dahulu lagi. Kaum Cina memperjudikan nasib mereka dengan datang ke Malaysia untuk berniaga dan melombong.

Sehubungan itu biarlah kaum Cina berjudi dan Kerajaan mengutip cukai yang maksimum dari mereka.

"Bukannya senang untuk mengorek duit kaum Cina dari poket Cina, mereka kedekut piang" kata seorang pemandu teksi yang ditemui.

RTM telah diresapi anasir “komunis”

Kira-kira 80 orang berhimpun di depan Kompleks Angkasapuri pada 19 Mei 2010, menyatakan protes mereka terhadap penamatan perkhidmatan Chou Z Lam, yang dipercayai "dipecat" kerana pendedahannya bahawa rancangan dokumentarinya tetang Bakun dibatalkan.

Apabila ini berlaku ia telah menampakan kelemahan jentera saraf Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan telah menjejaskan kredibilitinya.

Ketua Setiausaha Kementerian harus bertanggung jawab, bagaimana anasir ini boleh diambil berkhidmat dengan RTM.

Friday, May 21, 2010

Samy Vello seperti kepala “gangster” dalam wayang

Sami Vellu buat pulak. Semalam beliau memecat Timbalan Ketua Pemuda MIC kerana mendesak beliau berundur selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Nampaknya sesiapa sahaja yang bersuara, bercadang bersuara, ingin bersuara dan berniat bersuara untuk meyuruh beliau melepaskan jawatan Presiden MIC nescaya akan dijatuhkan hukuman.
Don’t play with me. I’ll make your life miserable. I know what I’m doing. Nobody can change my mind. I’ll wallap that fella.
Baru-baru ini apabila media menyoal beliau, jawapannya "No komen" "No komen" "No komen" Gaya kepimpinan Samy Vellu saling tak tumpah seperti pelakon lama filem India.
Tindakan Samy Vellu ini akan menyemarakkan lagi kebencian generasi muda India terhadap MIC. Sesuai sangat kalau diambil berlakon sebagai kepala "gangster" dalam filem hitam putih.

Wednesday, May 19, 2010

Bung Mokhtar – Sedap dapat sakit pun dapat

“Apa ini undang-undang syariah!!!!!!!!!!!@@! Tidak lapur poligami pun mahu hukum penjarak sama sayak!!!!!!!!!!!! Mengapa mereka menghukum penjara sayak!!!!!!!!

Saya buat perkarak yang benar, yang baik dengan melapurkan penikahan sayak!!!!!!!! Ini perkahwinan sangat dituntut oleh agamak Islam, Islam tidak sukak “free sex”!!!!!!!!!! Nanti dapat anak merekak buang ratak-ratak!!!!!!. Ini tidak adil!!!!!!!!!

Baru mau sedap dan aman sedikit sudak disuruh tidor dalam penjara satu bulan! Apa inik!!!!!!!!!!

Tuesday, May 18, 2010

Banyak Cina dah lari keluar, yang datang dari Negara Cina kaya raya

Ketua Editor Kumpulan, The Star, Datuk Wong Chun Wai di dalam artikelnya “The decline in population of the Chinese in this country needs to be addressed with far-sighted solutions” bertarikh 9/5/2010 nampak begitu gusar apabila berlaku terlalu banyak penghijrahan keluar kaum Cina dari negara ini yang dianggarkan lebih dari 300,000 orang dalam 18 bulan yang lepas.

Melalui kajian ISEAS, adalah juga dianggarkan dalam masa 25 tahun lagi jumlah kaum Cina akan menjadi kesit sebanyak 18.6% dari jumlah penduduk Malaysia. Menjelang 2035 populasi penduduk Malaysia dijangka sebanyak 41 juta dan majoriti 72.1% adalah Bumiputera.

Hari ini akhbar NST telah menyiarkan kejayaan seorang pendatang dari negara Cina yang melolos dari negara nya pada tahun 1955 kerana tidak tahan dengan kemiskinan.


Its history goes back to 1955 when Lai Poh Tian, to escape poverty in China, sold the family's only cow and borrowed some money to get on a ship to what was then Malaya.

"My father is from a family of three boys. He used to feed the cow every morning before going to school," executive director Lai Sia Ling said.

Sia Ling, who is the fourth among four sons and a daughter, said that when his father landed in Klang, Selangor, he worked as a labourer.

After working for about 14 years, the senior Lai opened the first store, a wooden sundry shop, which was less than 200 sq ft, in 1941 in Port Klang. The shop was named Yong Long.

Later on, the sundry shop was replaced by a mini-market. In 1955, the family opened their first supermarket.

In 1997, the five Lai siblings decided to expand the business and it led to the
opening of the first Econsave store in Pandamaran, Klang.

"We were known for our low prices and we coined a term to represent our strategy," Sia Ling said, adding that Econsave stood for being economical and providing savings to consumers.

Over the past 13 years, the retailer has grown into a billion-ringgit business with 37 outlets in Peninsular Malaysia and 4,000 employees.

This makes it the biggest local supermarket/hypermarket chain. Today, it can boast that it serves 3,000 customers a day per store.

It comes as no surprise then that merchant bankers often approach Econsave to persuade them to consider listing the company on the stock exchange or a possible merger and acquisition.

All of which, however, Sia Ling has politely declined.

ECONSAVE Cash & Carry is a Malaysian family-run retail brand that everyone recognises but knows very little about.

Apabila mengikuti perkembangan ini apakah benar kenyataan Datuk Wong Chun Wai seperti di bawah konon ingin menyatakan kesetiaan bangsa Cina di bumi ini.

"The majority of Chinese would stay in this country because they love Malaysia and they do not know any other country, just like their Malay and Indian brethren.

A week in a foreign land, even China, is enough and they will yearn to come home to where they were born and will certainly die in"


Itu lah ceritanya bangsa Cina. Menyedari dalam masa yang pendek ini di mana mereka akan menjadi kecil dan nampak seperti ada peluang besar, mereka akan menuntut apa juga yang mereka boleh tuntut termasuk hak-hak kaum lain yang selama ini mereka tidak pernah sentuh seperti kontrak sosial.

Monday, May 17, 2010

Mesej buruk dari Sibu.

Kekalahan BN di kubu sendiri dalam PRK Sibu dengan majoriti kepada DAP sebanyak 398 ternyata merupakan satu mesej yang buruk kepada BN Serawak dan kepimpinan Najib.

Indikasi “BN in trouble” dapat dilihat apabila pada pukul 3.00 petang hanya baru 53.02 peratus pengundi turun membuang undi ini bermakna musibah bakal menimpa seperti kes PRU12 yang lepas.

Ini juga membawa indikasi bahawa yang telah turun mengundi adalah terdiri dari pengundi-pengundi Cina Bandar yang sahih menyokong DAP. Manakala pengundi-pengundi pendalaman yang kebanyakan memegang tradisi memilih BN masih “wait and see”.

Jika ada jentera atau pengangkutan yang mengusung mereka keluar baru mereka akan keluar mengundi jika tidak mereka akan terlelap tidur kekenyangan makan tengahari.

Situasi cemas BN amat ketara. Kehadiran Najib pada 15 Mei iaitu sehari sebelum hari mengundi di kawasan perumahan Rajang Park yang dilabelkan sebagai kawasan hitam ternyata sudah terlewat.

Kehadiran beliau bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan membawa buah tangan di dalam bentuk peruntukan sebanyak RM5 juta. Peruntukan ini adalah untuk menyelesaikan masalah sistem kumbahan dan perparitan yang kerap berlaku banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.

Menurut lapuran The Star 16/5/2010, salah satu punca yang menyebabkan kawasan ini menjadi hitam adalah kerana masaalah sistem perparitan dan kumbahan ini. Isu ini telah lama berlarutan sejak pilihanraya umum yang lepas lagi. Mungkin kerana dilabel sebagai kawasan hitam maka BN menghukum mereka.

Isu-isu sebegini bukan hanya di Rajang Park, Sibu tetapi masih lagi terdapat banyak lagi tempat-tempat yang sedang menghadapi kes yang sama dan pengundi sedang menunggu hari dan waktu pilihanraya untuk berjual beli.

Inilah amalan BN setiap kali pilihanraya, baik kecil mahupun pilihanraya umum, memasang umpan ketika air bergelora. Umpan hanyut, ikan entah ke mana. Strategi mengumpan pengundi dengan projek-projek pembangunan sudah lapuk.

Kerajaan yang diberi amanah memimpin hari ini seharusnya lebih pro-aktif, “to address the issues before it becomes an issues”.

Umum mengetahui kekayaan negeri Serawak melimpah ruah dari minyak diperut bumi sehingga ke pucuk daun kayu balak menjolok langit. Apakah perlu menunggu kedatangan seorang Perdana Menteri di waktu pilihanraya, menggendol RM5juta untuk menyelesaikan isu longkang, parit, jamban dan banjir kilat?

Di mana efisiensinya seorang Ketua Menteri yang masih bertongkat langit di makan zaman?

Konklusinya apabila terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri, cakapnya sudah tidak laku, tenaganya sudah lembik untuk turun ke kawasan, minda dan pemikirannya sudah merapu dan yang nyata kesunyian sedang meratah batinnya apabila rakan-rakan seperjuangan telah lama mengadap ilahi meninggalkannya.

Saturday, May 15, 2010

Mei 13, perlukah disebut jangan diingatpun jangan?

Di bawah MR siarkan kembali surat terbuka yang penuh dengan teguran dari seorang negarawan kepada tokoh negarawan yang sangat beliau hormati. Perlu diingat catatan-catatan ini adalah catatan sejarah yang perlu generasi hari ini mengambil iktibar, pengajaran dan panduan.

Perlu juga diingat kandungan surat ini bukannnya rasis atau perkauman tetapi adalah kemuncak teguran seorang negarawan apabila melihat bangsanya dicekam dan dihina di atas tanah milik mereka sendiri.

“If we forget our history, than we will repeat it” Mahathir Mohammad, NST 15 Mei 2010

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M.
Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.


Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan,fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.


Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.


Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.


Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.


Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.


Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di- biarkan.

Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan
orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang
Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Wednesday, May 12, 2010

Asyik-asyik mamak lagi...


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.

Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.

Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.

Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.

Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai 'bom jangka'.

Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.

Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.

Katanya, beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.

''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.

Menurutnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuk ketika membuat pendedahan mengenai ekstremis kaum di negara ini serta kegiatan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam sehingga ia diharamkan satu ketika dulu.
Belum pun kering dakwat posting MR yang bertarikh 7/5/2010 di dalam blog ini tentang suara mamak-mamak di Parlimen, semalam UMNO menganugerah lagi pada mamak, mamak Zainudin Maidin atau Zam sebagai Tokoh Melayu Terbilang.

Inilah bukti yang nyata satu pengiktirafan peranan mamak dalam di dalam United Malays National Organisation (UMNO).

Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah mesej pengiktirafan peranan utama kaum mamak dalam negara ini. Zam mewakili sebilangan besar mamak-mamak yang terdiri dari mamak nasi kandar/roti canai dan teh tarik, mamak surat khabar/majalah, mamak money changer, mamak roti, mamak rempah-cabai, mamak kacang puteh dan seluruh DKK dalam negara ini.

Mungkin atas dasar atau kriteria ini Zam dipilih. Kalau mengikut penulisan buku Zam hanya menulis tak lebih pun dari 4 buah buku iaitu "Yang Pertama dan Terakhir", "Mahathir Di Sebalik Tabir", "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" dan "Wira Tidak Didendang.". Tokoh-tokoh lain seperti Kadir Jasin menulis lebih dari itu.

Mungkin juga Najib mengenang jasa Zam kerana menulis tentang ayahanda beliau Tun Razak "Tun Razak : Jejak bertapak seorang Patriot" dan hasil penulisan diserah kepada Yayasan Tun Razak membuat Zam dipilih.

Apa pun di dunia ini tidak ada yang percuma.

Tuesday, May 11, 2010

Siapa kena mandi junub - Anwar atau Saiful?

Rakan PAS dan PKR Mr Karpal Singh menyoal Saiful Bahari mangsa liwat Anwar Ibrahim konon seperti ustaz menyoal pelajar-pelajar sekolah. Apa yang Karpal tahu tentang hukum mandi junub?

Apa yang Karpal tahu tentang tafsiran junub? Pernahkah Karpal Mandi junub?

Persoalannya siapa yang wajib mandi junub? Saiful kah atau Anwar Ibrahim kah? Siapa yang berjunub? Ini bukan kes junub, ini kes liwat. Tafsiran Junub mengikut kitab adalah seperti berikut:

Perkara Yang mewajibkan Mandi Junub

1. Kepala zakar dimasukkan ke dalam faraj sama ada keluar air mani atau tidak.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila seorang lelaki telah duduk dicelah kangkang isterinya lalu memasukkan kepala zakarnja, dia wajib mandi junub". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Ahmad dan Muslim (dengan tambahan):
Maksudnya:
“Walaupun tidak keluar air maninya.”

Ubai bin Ka’ab r.a. berkata:
"Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang berjimak dengan isterinya tetapi selesai tanpa keluar mani". Jawab baginda: "Dia wajib mandi junub, berwudhu’ dan solat". (Hadis riwayat Muslim)

Al-Nawawi r.h. berkata:
“Ijmak ulama mengatakan bahawa wajib bagi lelaki dan wanita mandi junub apabila keluar air mani atau memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 220)

Ibn Hazm r.h berkata:
“Ijmak ulama mengatakan bahawa wajib bagi lelaki dan wanita mandi junub apabila keluar air mani.” (Rujuk Nail al-Author, jil. 1, ms. 281)

Di dalam kes Anwar Ibrahim dan Saiful ini ia melibatkan lelaki sesama lelaki, tidak berbangkit perbuatan memasukan zakar ke dalam faraj atau perhubungan sex normal tetapi perhubungan sex songsang.

Yang mengeluarkan air mani ialah Anwar Ibrahim bukannya Saiful dan yang wajib mandi junub ialah Anwar Ibrahim.

Karpal Singh mesti menyoal Anwar Ibrahim samada Anwar mandi junub atau tidak? Kalau Anwar Ibrahim mandi junub maka sahlah air mani didubur Saiful adalah air mani Anwar Ibrahim.

Kalau Anwar Ibrahim tidak mandi junub bagaimana Anwar Ibrahim solat Jumaat?

Monday, May 10, 2010

Integriti SPRM hanya dapat dipulih dengan adanya Pegawai Penyiasat Cina

Memetik berita NST semalam seramai 400 orang bekas graduan kaum Cina telah hadir di dalam sessi temuduga untuk pemilihan 40 kekosongan jawatan calun pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Ini sekali gus menyangkal dakwaan bahawa kaum Cina tidak berminat untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Kata Dr Chin Yew Sin, Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Cina Malaysia.

Jika tauke-tauke Cina lebih terkenal sebagai penyogok yang tegar, hari ini biarlah pula pegawai-pegawai Cina yang menjadi penyiasat.

Kerapkali tauke-tauke ini menyogok untuk memudahkan perjalanan dan urusan perniagaan mereka. Bagi mengatasi “red tapes” yang panjang dan berliku yang menjadi amalan proses Kerajaan, mereka menyogok pegawai-pegawai ini untuk mempercepatkan proses permohonan mereka. Lagi banyak ”red tapes” lagi lumayan pendapatan hasil rasuah pegawai-pegawai ini.

Mungkin dengan banyaknya Pegawai Penyiasat Rasuah di kalangan kaum Cina adalah permulaan untuk memulihkan integriti SPRM di dalam usaha mencegah rasuah yang berleluasa di kalangan pegawai-pegawai Melayu dalam Kerajaan.

Wartawan akhbar Melayu "chiak moooi la luuuuu..."

Sasaran firma-firma pengiklanan yang lebih cenderung memilih akhbar-akhbar The Star dan akhbar Cina daripada akhbar-akhbar Melayu seperti yang didedahkan blog www.malaysiaaktif.com ternyata menarik untuk diberi perhatian yang serius bukan sahaja kepimpinan Melayu tetapi NGO-NGO Melayu, Dewan Perniagaan Melayu, UMNO dan keseluruhan nasionalis (jika masih ada?).

Dewan Perniagaan dan UMNO sebagai contoh tidak seharusnya tertumpu untuk melobi projek-projek rundingan terus dari PM sahaja tetapi harus sensitif mengawasi firma-firma pengiklanan ini terutamanya yang berpengkalan di luar negara supaya membelanjakan dengan seimbang peruntukan pengiklanan di dalam akhbar-akhbar Melayu yang selama ini banyak membantu kestabilan kuasa mereka.

Sebagai contoh yang amat ketara ialah Giants Hypermarket dan Tesco Hypermarket di mana pemegang-pemengang saham terbesar ialah EPF dan SimeDarby. Ahli lembaga pengarah yang mewakili pemegang-pemegang saham ini harusnya bersuara mendesak iklan-iklan mesti diiklankan di dalam akhbar Melayu tetapi ini tidak berlaku.

Kuasa membeli golongan Melayu pertengahan telah meningkat , seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Editor Kumpulan akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai di dalam artikelnya “Where have all the Chinese gone” telah menyatakan:

Far-sighted Chinese businessmen, seeing the changing demography of Malaysia, have already reassessed their customer base. Direct selling company Hai-O, for example, began a radical shift towards the growing Malay market by recruiting Malay members and rewarding them with trips to the Holy Land.

Hypermarkets are said to prefer locating their premises in Malay majority areas because of the huge consumption of their bigger families compared with smaller Chinese families. For sure, the Malay middle class now has stronger purchasing power Many Chinese restaurants, especially in Kuala Lumpur, have changed their menus to pork-free or halal to win a larger customer base.
Hakikatnya wartawan-wartawan The Stars dan akhbar China yang selalu menulis menghentam kaum Melayu hidup mewah dengan bonus yang tinggi hasil iklan dari pasaran Melayu. Manakala wartawan akhbar Melayu seperti melukut di tepi gantang dengan gaji yang rendah , seperti sindiran pepatah Cina “ chiak moiiii la luuuuuu” @ “awak hanya mampu makan bubur nasi”.

Friday, May 7, 2010

Apabila mamak-mamak bersuara di Parlimen

Mamak, Keling, India Muslim, Mapley dan DKK(Darah Keturunan Keling) tidak seharus dipandang sinis peranan mereka dalam negara ini. Mereka terkenal dengan kuat menderma, kedekut dan berkroni. Kroni-kroni mereka terbahagi di antaranya Kutty, Merican, Maidin, Pitchay, Naina, Sikandar, Rauter, Oli dsbnya memang merupakan saudagar yang kaya-raya.

Kalau terdapat kedai mamak dalam mana-mana kampung yang pasti mereka rajin menderma, seperti menderma pisang setiap pagi Jumaat di mesjid-mesjid yang berdekatan. Mereka juga merupakan pengerup wang dan agen surat khabar atau petty traders yang sangat berpengaruh di rantau ini khasnya Singapura, Thailand dan Malaysia.

Kalau menjadi agen surat khabar mereka mampu bertahan lama sehingga ke anak cucu. Dalam sektor pengedaran akhbar merekalah yang memonopoli pengedaran akhbar-akhbar utama dalam negara ini. Andaikata mamak-mamak ini mogok tidak mustahil syarikat-syarikat penerbitan akhbar dan majalah juga akan terjejas.

Apabila ditinjau “margin” keuntungan hasil jualan surat-surat khabar tersebut bukannya banyak sangat tetapi kerana “overhead” mereka yang rendah membuatkan mereka mampu bertahan. Sebagai contoh mereka hanya memakai kain puteh dan baju pagoda, manakala sewa kedai cukup rendah hanya di kaki-kaki lima deretan kedai sahaja.

Sikap sebegini jarang terdapat kepada “petty traders” Melayu, kerana Melayu lebih cenderung ingin cepat kaya dengan mengaut margin keuntungan yang tinggi bukan sahaja keuntungan perniagaan dihabiskan tetapi hangus dengan modal-modalnya sekali.

Beralih kepada pembangunan negara dan peredaran zaman, standard mamak juga telah berubah dan meningkat. Ada di kalangan mereka telah dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri Penerangan dan CEO-CEO GLC. Walaupun terdapat sesetengah menteri mamak yang cakap dan pelat bertutur masih kemamamakan tetapi dalam diam mereka bijak mencaturi kroni mereka.

MR tidak tahu bagaimana Ahli Parlimen Bayan Lepas Mamak Zahrain Hashim mendapat ilham ada kumpulan “Little Nor Mohammed” yang melindungi Nor Mohammed apabila berbangkit kes kerugian Pos Malaysia. Kenyataan-kenyataan yang tidak berfakta ini harus dihindarkan.

Mamak Reezal Merican pula bersandiwara menyoal balas bagaimana Pos Malaysia boleh rugi RM546 juta. Apakah beliau tidak tahu bahawa Pos Malaysia dahulu di bawah mamak Nor Mohammed Yackop. Perlu diingat rakan beliau dahulu yang merupakan Setiausaha Politik mamak Nor Mohammed Yackob masih lagi dalam siasatan SPRM kerana menggendong wang jutaan ringgit entah milik siapa.

Yang lebih menarik mamak Senator Musa Sheikh Fadzil di dalam Dewan Negara pula mempertikaikan CEO yang memegang banyak jawatan seperti tokoh korporat, Datuk Mohd. Bakke Salleh didapati memegang dua jawatan penting sekali gus iaitu sebagai Pengerusi Bank Islam dan CEO sebuah anak syarikat Felda.

Perlu disiasat keturunan Mohd Bakke Salleh samaada mamak juga atau Arab atau Pakistan kerana dari segi ejaan nama beliau agak unik dan kemamakkan.

Apapun mamak juga bijak di dalam putar belit politik dan menjerut wang secara terhormat kerana keturunanan mereka adalah dari di antara tamaddun yang tertua di dunia.

Wednesday, May 5, 2010

UMNO Kedah tak ada modal. KPN beri modal pada DAP

Di Kedah isu YB Nasir Mustafa kononnya menghina sultan digembar-gemburkan oleh UMNO Kedah yang tidak ada ada modal lagi untuk hentam PAS. Kenyataan Nasir Mustafa diputar belit seperti TV3 memutar belit bekas MB Datuk Seri Syed Razak bagi pihak Mahadzir Khalid ketika itu.

Isu yang tidak ada isu diperbesarkan konon untuk “political milage” mereka. Hakikatnya semua pengundi tahu bahawa itu adalah wayang tongkoi mainan UMNO Kedah. Mereka gagal menghidu isu yang lebih besar untuk menghentam PAS kerana pentadbiran MB Ustaz Azizan berjalan licin.

Di Selangor, peristiwa malang adik Aminurasyid Amzah mati ditembak Polis mendapat simpati ramai. Ramai yang bersedih dan simpati. Insiden ini juga dipolitikkan sepenuhnya oleh DAP kerana ramai di kalangan mereka adalah lawyer-lawyer ternama kalau di bandingkan dengan lawyer PKR dan PAS.

Kematian adik Aminurasyid diperalatkan sepenuhnya oleh DAP untuk menghapuskan kewibawaan Polis DI RAJA Malaysia dan mungkin berusaha menjadikan Polis DAP Malaysia. Apabila berlaku kes-kes yang sebegini, DAP nampak lebih “champion” dari Kerajaan sendiri. Karpal Singh tampil sebagai hero.

Mereka telah berjaya menanam jarum halus di dalam minda rakyat bahawa kalau Polis mesti jahat seperti filem Hindustan. Yang malangnya terdapat di kalangan Polis yang memang bertindak dengan emosi malah kenyataan KPN sendiri yang agak emosi apabila beliau menyatakan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 30/4/2010 :

"Kalau anda tak nak (polis menguatkuasakan undang-undang), saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak melaksanakan undang-undang.Tak payah periksa kereta yang mencurigakan, tak payah tahan samseng jalanan yang membawa motosikal tanpa ada lesen."

Sesungguhnya kenyataan-kenyataan sebegini lebih banyak membantu dan memberi modal kepada DAP.

Monday, May 3, 2010

Tahniah kpd YB Ezam Mohd Noor

(Sumber gambar : Utusan Online)

Tahniah kepada Ezam Mohd Noor di atas perlatikan sebagai Senator.

Saturday, May 1, 2010

Blok L dan Blok M bukannya telaga minyak tetapi telaga buta kata Punahsihat

Nampaknya mantan PM Pak Lah tidak senang tidur, baru nak lena tidor katil beliau dihonggar oleh Che Det. Kali ini isu telaga minyak Blok L dan Blok M digadai kepada Brunei sebagai tukar ganti dengan Limbang, Serawak yang dituntut oleh Brunei.

Menurut blog Che Det tidak ada wakil dari Petronas semasa proses rundingan tersebut hanya staf pejabat Hal Ehwal Luar dan Penasihat Hal Ehwal luar PM. Dalam lain perkataan Che Det selaku penasihat Petronas pun tak diberi tahu.

Tidak mustahil Penasihat Hal Ehwal Luar PM telah memberi nasihat yang salah dengan menyatakan Blok L dan Blok M itu bukannya telaga minyak tetapi telaga buta. Mengetahui ‘style’PakLah yang malas membaca,Pak Lah terus sahaja tanda tangan persetujuan dan Limbang di selamatkan.

Berikutan itu pada 7/4/2010 “production sharing contract” di antara Petronas Carigali Sdn Bhd dengan Murphy Oil Corp juga terbatal kerana Blok L dan M bukan lagi hak Malaysia dan Petronas.

Termasuk syarikat yang melopong ialah Kencana Petroleum kepunyaan anakanda Che Det, Mokhzani Mahathir.