Saturday, May 1, 2010

Blok L dan Blok M bukannya telaga minyak tetapi telaga buta kata Punahsihat

Nampaknya mantan PM Pak Lah tidak senang tidur, baru nak lena tidor katil beliau dihonggar oleh Che Det. Kali ini isu telaga minyak Blok L dan Blok M digadai kepada Brunei sebagai tukar ganti dengan Limbang, Serawak yang dituntut oleh Brunei.

Menurut blog Che Det tidak ada wakil dari Petronas semasa proses rundingan tersebut hanya staf pejabat Hal Ehwal Luar dan Penasihat Hal Ehwal luar PM. Dalam lain perkataan Che Det selaku penasihat Petronas pun tak diberi tahu.

Tidak mustahil Penasihat Hal Ehwal Luar PM telah memberi nasihat yang salah dengan menyatakan Blok L dan Blok M itu bukannya telaga minyak tetapi telaga buta. Mengetahui ‘style’PakLah yang malas membaca,Pak Lah terus sahaja tanda tangan persetujuan dan Limbang di selamatkan.

Berikutan itu pada 7/4/2010 “production sharing contract” di antara Petronas Carigali Sdn Bhd dengan Murphy Oil Corp juga terbatal kerana Blok L dan M bukan lagi hak Malaysia dan Petronas.

Termasuk syarikat yang melopong ialah Kencana Petroleum kepunyaan anakanda Che Det, Mokhzani Mahathir.

17 comments:

  1. Huh...sebab Kencana Petroleum melopong tu yg dia dok pukul lagi...ish ish aku tak tahu la takat mana jiwa dia ni...takut aku mendengarnya dan membacanya...

    Jenis manusia apa lagu ni...

    Gus Kundur

    ReplyDelete
  2. Pak Lah ni memang jenis malas..

    Sama lah dengan ahli parlimen BN dari Pahang, Sarawak, Terengganu yang malas buka mulut ketika dalam dewan rakyat.

    Terengganu rakyat di gadai.

    ReplyDelete
  3. apa cerita pula.yang mana satu betul.pak lah ke tun m.satu jaga menantu,satu lagi jaga anak.

    ReplyDelete
  4. Tun Mahathir sekiranya jujur dan ikhlas kepada rakyat,boleh nasihat kpd anaknya jgn libatkan dlm biznes petrolium,demi manjaga reputasi Tun Mahathir.Nampak sgt Mahathir ini kaki ragut dlm Petronas,setelak hilang 2 blok telaga minyak,menyalak anjing tersepit dicelah bukit.Cukup lah wahai pemimpin negara mcm ni,lama-kelamaan habis harta rakyat diragut dan dikikis oleh pemimpin negara.Dari zaman Mahathir turun ke Pak Lah,dari Pak Lah turun lagi ke Najib dan Rosmah.Kot-kot dah separuh Malaysia ni dah pun dijual kpd Brunai,Mummy Rokiah tolong check tgk kot-kot ada perjanjian jual beli negara Malaysia kpd Brunai......

    ReplyDelete
  5. hahaha….tau tak sebenarnya dua blok minyak tu dalam wilayah brunei dimana jika rundingan gagal maka pehak brunei akan membawa kes tuntutan wilayah ini dimahkamah dunia atas nasihat dari singapore kebrunei. Juga kemungkinan dearah limbang juga akan terlepas kebrunei jika mereka akan meneruskan tuntutan mereka dimahkamah dunia dimana peluang brunei untuk merampas wilayah limbang amat cerah tetapi bukan kesemua kawasan limbang kerana mengikut undang2 dunia,sempadan negara yang bertemu,sepatutnya ianya diantara sungai yang terdekat.

    ReplyDelete
  6. PAK LAH KATA BAWA MASUK KABINET DAN LULOS UNTUK SETUJU.TAK KAN MENTERI KITA BODOH DAN BAHLUL MENGENAI KEPENTINGAN NEGARA.

    ReplyDelete
  7. sama rata sama rasaMay 2, 2010 at 3:24 PM

    Bapak-bapak Menteri di atas berebut-rebut telaga minyak, Tun M kat begini, Pak Lah alasan begitu.
    Pemimpin UMNO yang di bawah berebut stesyen minyak Petronas. Yang rugi Melayu bergaduh sesama Melayu.
    Yang untung Kit Siang bertepuk tangan melihat badut-badut Melayu.

    ReplyDelete
  8. dengan negeri macam singapore kita kalah.dengan negeri brunei yang lagi kecil pun kita beralah.

    ReplyDelete
  9. aku nak habaklah/janganlah dok tudoh puak umno saja yg berebut stesyen petronas.puak pas pun serupa juga.yang dah kaya raya pun ada dengan stesyen petronas.itu nikmat merdeka.

    ReplyDelete
  10. Apek tong Gas PetronasMay 3, 2010 at 5:57 AM

    Dua telaga minyak satu L = Lah@ Pak Lah. Satu lagi M = Mahathir.
    Najib kata lua-lua ala untung ...,Malaysia sama Brunei maaaa..
    Cuma kompeni saja tatak untunggggg..Murphy Oil sama Kencana, Mokhzani tak lapat perojek maaaaa.

    Haiyaaaa....ini Mahathir manyak bising loooooo.Lompat manyak kuat....siasat la dulu..

    ReplyDelete
  11. putera gunung jeraiMay 3, 2010 at 7:19 AM

    mampuih la umno dan bn kali ini.macam-macam cerita tak elok dah timboi.

    ReplyDelete
  12. I don't think people should simply listen to Dr Mahathir Mohamad and go hammering Abdullah without knowing all the facts. It is possible that Blocks L and M were not within Malaysian territorial waters or exclusive economic zones in the first place, and that Pak Lah decided not to battle Brunei at some international court and make Malaysia look like a fool one more time. It is possible that Pak Lah is not a pirate like his predecessor.

    ReplyDelete
  13. Blok tu bukan Malaysia yang dan bukan Brunai yang punya KJ yang punya, sebab Brunai Bagi nama Blok K/J

    http://www.petroleum-unit.gov.bn/oil_gas.htm

    lagi mau tanya

    ReplyDelete
  14. PETALING JAYA: Brunei has sovereign rights over two oil-rich areas under the provisions of the UN Convention of the Law of the Sea (Unclos) 1982 and the areas would be jointly developed with Malaysia, said the Malaysian Foreign Ministry in a statement.

    As such, the “handing over” of the two petroleum blocks by Malaysia to Brunei via the Exchange of Letters signed in 2009 was in line with international law, the statement said Monday.

    “Malaysia’s oil concession Blocks L and M which coincided with Brunei’s Blocks J and K are recognised under the Exchange of Letters as being situated within Brunei’s maritime areas and over which Brunei is entitled to exercise sovereign rights under Unclos,” it said.

    It said the Government terminated the production sharing contracts over the two blocks to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Oil that was awarded in 2003 after the Letters of Exchange were signed in 2009.

    The letters also provided for a commercial arrangement to develop the area jointly with Petronas, the statement said.

    ReplyDelete
  15. Pasai anak dia ada projek saja hangpa boleh pejamkan mata hal kedaulatan negara? hak negara? Ini bukan soal anak punya projek, mummy woii... ini soal kedaulatan negara dan apabila kuasa diserahkan pada PM yg lemah lagi bebal, inilah jadinya.
    Anak PM konon.. Projek konon.. piirah! hujah dangkal. Macam tu, lain kali kalau pilih PM, biar yang tiada anak (lagi bagus ambik hak bujang) & bukan orang Penang.
    Bukankah perjanjian tu dah buat dah lama. baru skg Dr M perasan, kalau sebab anak dia, dari perjanjian dulu lagi mohzani dah ngadu kat bapak dia.
    Hang ni mummy sama macam Dollah, bengap.
    azienmat

    ReplyDelete
  16. Salam, sebenarnya isu ini sdh lama kalau aku inda silap di antara tahun 2004-2005 malaysia pernah menghantar kapal perang memasuki perairan brunei kerana menganggap Blok L & Blok M milik malaysia.

    Maka brunei meminta bantuan dari australia & pihak australia segera menghantar kapal perang mereka utk menghalau kapal perang malaysia.

    Isu Kapal perang malaysia menceroboh perairan brunei sangat mengemparkan kami.

    oleh itu kepada rakyat malaysia kami sebagai org brunei bukanlah kerana kami tamak tetapi kerana ia adalah memang sah milik kami.

    sementara isu limbang tidak pernah kami menggugurkan tuntutan kerana limbang adalah milik kami yg di rampas oleh Keluarga Brooke.

    ReplyDelete
  17. Tu perigi buta yang kat dalamnya dulu aziz sattar dok bertapa...hai mambang tanah...mambang air...mamban api...mambang anginnnnnn....eh mambang...ko ketawakan aku mambang...???

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.