Banyak dasar-dasar Kerajaan BN dan UMNO di Kedah yang diteruskan oleh Kerajaan PAS di bawah MB Ustaz Azizan.
Yang terbaru adalah tindakan Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan satu lagi dasar murni UMNO dengan menutup pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadan seperti kenyataan MB Ustaz Azizan sendiri.
Ustaz Azizan mestilah bertegas dan tidak berganjak dengan dasar ini. Malah kalau ada sekali pun kutu-kutu miang yang keterlaluan nafsu mereka suruh sahaja mereka pergi ke sempadan.
Ini telah membuktikan acaun dasar pemerintahan BN yang lepas ternyata amat menepati dengan kehendak pemerintahan Islam PAS sendiri.
Bezanya BN atau UMNO tidak menggunakan perkataan Islam sebagai jenama parti mereka tetapi landasan perjuangan kearah menegakkan Islam melalui pendekatan yang lebih lembut, bijak, cermat dan berhemah ternyata tidak pernah diabaikan.
Hakikatnya sesiapa juga yang memerintah negara ini terpaksa akur untuk meneruskan dan mengguna pakai 'template' yang telah digubal oleh BN dan UMNO.
Mereka yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan’template’ ini hanyalah rakan karib PAS iaitu DAP khasnya Karpal Singh.
Seharusnya PAS 'membunuh' sahaja DAP dan selepas itu langkah sahaja mayat Karpal Singh seperti mana kehendak Karpal sendiri jika PAS berhasrat menegakkan syiar Islam dalam negara ini.
Dalam perkembangan semasa MR sangat berharap pembangkang Kedah BN dan UMNO supaya tidak capoi mulut membangkang isu ini.
Adalah lebih baik diam sahaja di dalam isu ini kerana tersilap membangkang UMNO akan terkangkang dengan menentang dasar murni mereka sendiri.
Dan yang lebih merbahaya silap-silap membangkang rakyat akan melihat mereka sealiran dengan Karpal Singh khasnya cakap-cakap Johari Baharum dan Ahmad Bashah Abu Hanipah.
"Kadangkala adalah lebih baik diam dari melalut tak ketahuan punca, takut-takut memakan diri mereka sendiri (siapa makan siapa?)" kata seorang ustaz.
Konklusinya UMNO harus bersyukur dasar mereka diteruskan oleh Kerajaan PAS Kedah dan mereka berada di atas landasan yang benar.