Wednesday, October 26, 2011

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan  juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

Pembongkaran Ketua Audit Negara melukakan hati penternak lembu, kambing dan kerbau

Laporan Ketua Audit Negara yang terkini mendedahkan Institut Sukan Negara (NSI) memperoleh 23 ekor kuda bernilai RM5.66mil tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Dan yang melucukan lagi tiada seekor kuda pun yang dibeli layak bertanding dalam dua kejohanan antarabangsa seperti yang disyorkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, yang menambah kehairanan apabila perolehan telah dibuat tanpa apa-apa surat tawaran atau perjanjian yang memerlukan ketetapan yang jelas berhubung tanggungjawab pembekal.

Malah hairan bin ajaib lagi pembayaran kepada Syarikat El Rancho Country Club telah dibuat di bawah atas nama individu.

Sesungguhnya dengan pendedahan audit Negara itu ternyata ia amat melukai hati penternak lembu, kambing dan kerbau di kampong apabila mereka mengetahui wang rakyat dihabiskan dengan membeli kuda tua.

Mereka akan merasa tertipu setiapkali apabila mereka memohon baka lembu, kambing dan kerbau untuk menternak di kampong, mereka sentiasa disajikan dengan jawapan “peruntukan tahun ini sudah habis, Pak Cik kena tunggu peruntukan tahun hadapan” kata pegawai jabatan haiwan daerah.

Dan apabila tiba tahun hadapan tiba, jawapan yang sama disajikan dengan katanya “Pak Cik kena tunggu awal tahun kerana peruntukan tahun ini terhad, Kerajaan tidak ada budget”.

Itu lah hiburan dendangan yang kerap orang kampong dengar, diputar-putar menjadi lagu yang sudah basi sehingga mereka hilang kenyakinan dengan dasar-dasar Kerajaan untuk membantu penternak dan nelayan.

Pendek kata mereka sentiasa ditipu dengan putar belit pegawai-pegawai di bawah dan di peringkat pegawai-pegawai atasan seperti KSU, TKSU dan KP mereka pula membelanjakan wang jutaan ringgit untuk membeli kuda-kuda endurance yang hanya layak ditembak mampus.

Agenda pegawai atasan hanyalah untuk memenuhi citarasa dan kepuasan elitis-elitis kaki kuda yang di atas, agar pangkat dan jawatan mereka sentiasa kekal dan kontrak mereka sebagai KSU sentiasa disambung walaupun mereka itu seperti kuda tua yang sudah tidak mampu bertanding.

Mereka akan kekal sebagai pembodek-pembodek tegar mengejar bintang dan pingat Datuk, Datuk Seri dan macam-macam darjah kebesaran.

Konklusinya. hampir semua pembongkaran Laporan Audit Negara ini menjejaskan rakyat-rakyat marhaen di bawah jika kita perincikan satu persatu.

Tuesday, October 25, 2011

Litar sahaja antarabangsa tetapi mentaliti Mat Rempit


Visual - Utusan Malaysia
Membaca berita tentang sikap penonton yang GP Malaysia yang bertindak tidak sopan apabila membaling botol dan sampah sarap ke dalam litar sebagai memprotes saingan MotoGP dibatalkan kerana insiden tragedi meragut nyawa pelumba MotoGp Itali, Marco Simoncelli sesungguhnya amatlah memalukan.
Penonton tidak ubah seperti sikap mat rempit yang sedang menyaksikan perlumbaan haram. Sikap mereka tidak dapat membezakan perlumbaan Grand Prix Malaysia dengan perlumbaan haram disekitar ibukota amat dikesali.
Nampaknya kita hanya boleh berbangga dengan kemudahan fizikal Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tetapi mentaliti penonton kita adalah mentaliti mat rempit.

Saturday, October 22, 2011

Kelab Sex yang kalut

PETALING JAYA: The Obedient Wives Club's controversial new sex guide is not about having orgies, said the club's founder Hatijah Aam.

“We never said that a man can have an orgy with all his wives on the same bed. That is not allowed.

"What we meant is when a man has reached the highest spiritual level, he will be granted the ability to have sex with his wives spiritually.

"He could appear in multiple apparitions and have sex with his wives even though they are in separate locations.


"This is how men who were at war in the past satisfy their needs,” she told a press conference in defence of her book Seks Islam Perangi Yahudi until kembalikan seks Islam kepada Dunia (Sex in Islam War Against Jews To Return Islamic Sex To The World) that has not only invited controversy but stirred the imagination of many.

“Sex is the main reason people get married. And in a way, orgasms are like heaven on earth,” said Hatijah, who is the wife of late Al-Arqam founder Ashaari Muhammad.

“Praying is a pious act. That's why we teach people how to pray.

“But sex between married couples is also a pious act, so why can't we teach people how to do that in a pure way?” ( The Star)

MR NOTES :
MR binggung, tak faham,keliru dan pening dengan puak-puak Kelab Taat Suami ni. Macam-macam teori yang depa bawa mai tentang sex ni.

MR minta Dr Sex Malaysia yang terkemuka Dr Ismail Tambi tampil memberi penjelasan supaya masyarakat tidak keliru dan kalut tentang teori sex yang dikeluarkan dalam buku Kelab Taat Suami ini.

Inilah teori khayal yang syok sendiri.

Thursday, October 20, 2011

Menu Rakyat 1Malaysia - Restoran Kaki Sembelih pun tersenarai?

Di dalam Utusan Malaysia m/s 24 semalam menyiarkan senarai panjang kedai-kedai makan, restoran, café dan gerai yang menghidangkan MENU RAKYAT 1MALAYSIA dari Perlis sampai lah keSabah.

Senarai ini dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNKK) di mana Menterinya ialah Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Gimik Program Menu Rakyat 1Malaysia ini ialah rakyat boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program 'Menu Rakyat 1Malaysia'.

Di dalam senarai panjang tersebut rakan journo MR di Alor Setar semalam mempertikaikan apakah kriteria yang diambil kira oleh KPNKK untuk memilih sesebuah restoran itu kerana menurut beliau salah satu restoran yang tersenarai iaitu RESTORAN AHMEDIAH POKOK CERI di Alor Setar bukannya restoran yang murah hidangannya.

“Sapa tak kenai Restoran Pokok Ceri kaki sembelih” kata rakan tersebut.

Apapun KPNKK seharusnya berhati-hati di dalam memilih ‘outlet-outlet’ ini kerana dibimbangi akan ‘back fired’ kepada PM yang tergoda dengan gimik-gimik murahan menterinya menjelang pilihanraya umum yang tidak berapa hari sahaja lagi.

Jika rakyat rasa tertipu dalam PRU13 kelak hidangan ‘nasi kandar’ akan jadi ‘nasi tersandar’.

Sunday, October 16, 2011

Pak Menteri cakap lain pegawai di bawah buat lain

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata dalam ucapan pada majlis makan malam Gala Halfest 2011 dan Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat bahawa Produk desa perlu dipromosikan sebagai berdaya maju dan menarik kepada cita rasa pelanggan dalam usaha meningkatkan nilai rantaiannya dalam pasaran.

Ungkapan sebegini dah naik termuntah rakyat mendengarnya kerana telah berkali-kali nyayian yang sama diulang-ulang setiap kali berhadapan dengan pengusaha-pengusaha desa dan bumiputera.

Hari ini rakyat ingin melihat ‘result’ apa yang kerajaan telah lakukan dan tindakan pro aktif Kerajaan di dalam menjayakan pengusaha desa.

Ramai Pak Menteri cakap tak serupa bikin di hadapan pengusaha kampong apabila tiba perlaksanaannya di bawah lain pula jadinya. Pegawai-pegawai perlaksana di bawah langsung tidak bergerak. Ramai yang bermain wayang di hadapan Pak Menteri.

Isu sama juga berlaku kepada usahawan-usahawan siswazah dan belia yang baru untuk berniaga. Salah seorang pengusaha muda yang MR jumpa katanya “Menteri cakap lain tapi pegawai di bawah lain yang mereka buat, hampeeeh lah MR. Baik kami jadi Namewee yang kurang ajar tu….”.

Kata anak muda tersebut yang sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan kepada mereka.

Perang Salib tak habis

Cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. 

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

"Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya hari ini.

Beliau berkata sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara. (Bernama)

MR Notes:
Seharusnya isu murtad ini mendapat kesepakatan bersama bukan Kerajaan Persekutuan menolak kepada Kerajaan Negeri dan Kerjaan Negeri menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Di dalam suasana Islam diserang pun kita masih bermain politik tarik tali maka tidak hairanlah golongan Nasrani begitu mudah menyelinap masuk ke dalam kain umat Islam.

Sesiapa juga yang ampunya kuasa memerintah dalam Negara ini mestilah berhenti dari tepis menepis untuk menguatkuasakan akta murtad ini dengan segera supaya sejarah perang salib tidak berulang.

Friday, October 7, 2011

Wanita UMNO dah mula mengatal

Shahrizat Jalil di dalam mesyuarat exco wanita pada 4/10/2011 mendesak agar Presiden UMNO memperuntukan 30% kuota calun PRU13 yang akan datang kepada calun-calun wanita.

Katanya Pergerakan Wanita akan menawarkan calun-calun yang ‘winnable’ sehinggakan Presiden UMNO DS Najib sendiri akan sukar untuk menolaknya kelak.

MR hanya faham wanita yang dimaksudkan Shahrizat itu pasti ada ummmph, bergetah, teliur dan menawan sehinggakan tidak dapat tidak DS Najib pasti akan berkenan.

Shahrizat agak terlalu awal untuk ‘demand’ kuota kepada wanita kerana kelak ia akan meletakkan harapan yang tinggi kepada ketua-ketua wanita bahagian. Dan jika tidak terpilih mereka akan merajuk satu kampong.

Kegatalan wanita untuk menjadi wakil rakyat membuatkan DS Najib sukar membuat pilihan kerana mereka telah dijanji oleh Shahrizat.

Di dalam situasi dalaman UMNO yang kucar-kacir ini Shahrizat tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Presiden UMNO mereka seharusnya menumpukan kerja-kerja gerak tumpu di akar umbi.

Inilah yang dikatakan gatal terlalu awal.

Saturday, October 1, 2011

Guan Eng - Sekalang lu baru chaiiii

(Dari blog Lim Guang Eng)
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 30.9.2011 Di Komtar, George Town. 

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.
Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor. Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

MR NOTES
Guan Eng telah sedar beliau silap. Terlajak perahu dan terlajak cakap sama saja. Jikalau terlajak perahu ia akan dilambung ombak dan badai silap haribulan perahu akan hanyut di tengah lautan. Dan jika terlajak cakap silap haribulan badan akan binasa.

Cakap siang dengar-dengar, cakap malam pandang-pandang.

Apa pun Guan Eng telah insaf dan harap-harap Guan Eng bertaubat lah untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang beliau lakukan.

Sekalang apa sulah jadi? Lu baru chaiiii…