Tuesday, December 6, 2016

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?

Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun.
PAU ini juga diguna sepenuhnya membodek ketua seolah-olah ini lah matlamat asal UMNO menyimpang terus dari berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam kepada berjuang untuk ketua yang sarat dengan penyelewengan.
Pauk-puak pmbodek ini pada hakikatnya mereka sedar bahawa najis ketua mereka semakin membusuk maka tidak salah untuk memberi nafas terakhir sekadar membodek dengan upahan yang lumayan. 
Yang sebenarnya kerja mereka sangat mudah kerana untuk menyungkurkan ketua mereka, mereka tak perlu susah payah. Kerana kerja-kerja ini sedang dilakukan oleh Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan rakan-rakan di dalam parti baru PPBM.
Ahli UMNO di akar umbi dalam dewan PWTC pada hari itu juga sedar dan membisik sesama sendiri bahawa mereka sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan atasan. Mereka tidak selera dengan hidangan maki hamun kepada bekas pemimpin Melayu. Inilah bijaknya ahli UMNO di akar umbi memerdayakan ketua mereka. Di suruh makan mereka makan disuruh sokong mesti ada habuannya. 
Jiwa nurani dan cinta mereka kepada pemimpin hebat Dr Mahathir yang banyak berjasa kepada orang Melayu sudah melekat dan tak mungkin dengan mudah dipadam dengan maki hamun biar bersembur air lior Najib.
Apa ke tidaknya? Langut ke langit Nampak Mahathir, pandu kereta Nampak Mahathir, berjalan di lebuhraya nampak Mahathir, ronda-ronda di Kuala Lumpur nampak Mahathir, selam dalam air Nampak Mahathir, hantar anak ke universiti nampak Mahathir, tunai haji Nampak Mahathir,ke luar negara bertanya Mahathir, ke pejabat Najib Nampak Mahathir malah lihat Najib nampak Mahathir.
Hakikatnya PAU yang lepas adalah gelanggang mempromosikan Dr Mahathir dan secara langsung menghidupkan parti yang bakal mengambil alih Kerajaan ia itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Wednesday, February 3, 2016

MUKHRIZ BARU GRADUATE UNIVERSITI POLITIK

Anak warisan Mahathir terpaksa akur dengan tekanan parti UMNO dan istana untuk letak jawatan sebagai MB Kedah biarpun hakikatnya rakyat jelata negeri Kedah suka pada beliau.

Percaturan politik adalah mainan yang licik seperti belut di dalam selut. Kelayakan, kejujuran, keikhlasan dan jasa bukan jadi pertimbangan kelayakan untuk jadi pemimpin sebaliknya mainan kotor dan hanyir adalah pra syarat utama. Politik tidak ada sekolah yang tak sekolah pun boleh berjaya dalam politik.

Mukhriz konon apabila diangkat menjadi MB Kedah mahu main politik bersih, musuh-musuh beliau yang terang-terangan menentang beliau diangkat menjadi exco kerajaan negeri konon pendekatan menjinakkan musuh. Hakikatnya formula itu gagal.

Keputusan-keputusan beliau tergagap-gagap ingin menjaga hati musuh beliau.  Pegawai-pegawai sekeliling beliau yang muda-muda langsung tak menghormati politikus tua. Setiausaha politik yang rapat dengan beliau langsung tidak dapat menghidu komplot untuk mengguling beliau kerana sibuk menjaga saku sendiri.

Hari ini Mukhriz baru tahu langit tinggi rendah. Hari ini Mukhriz baru graduate University Politik dengan ijazah PhD. Hari ini baru Mukhriz diuji untuk menghadapi peperangan politik yang lebih hebat di peringkat nasional. Mukhriz akan berdepan dengan naga-naga bernafas api yang sedang bermarajalela di Putrajaya sekarang ini. Kalau tidak bijak dan licik Mukhriz akan ditelah dan diratah mentah-mentah sebelum mengeluarkan taring.

Bersedialah wahai Mukhriz, jangan berkata kita kuat sebelum kita diuji. Kerajaan di hadapan sana sedang menunggu kejatuhan dengan penuh hina dan sengsara. Bersedialah untuk pertarungan yang lebih ganas di gelanggang sana.

Salam hormat pada Mukhriz. Ayuh! Rakyat bersama mu.