Wednesday, February 3, 2016

MUKHRIZ BARU GRADUATE UNIVERSITI POLITIK

Anak warisan Mahathir terpaksa akur dengan tekanan parti UMNO dan istana untuk letak jawatan sebagai MB Kedah biarpun hakikatnya rakyat jelata negeri Kedah suka pada beliau.

Percaturan politik adalah mainan yang licik seperti belut di dalam selut. Kelayakan, kejujuran, keikhlasan dan jasa bukan jadi pertimbangan kelayakan untuk jadi pemimpin sebaliknya mainan kotor dan hanyir adalah pra syarat utama. Politik tidak ada sekolah yang tak sekolah pun boleh berjaya dalam politik.

Mukhriz konon apabila diangkat menjadi MB Kedah mahu main politik bersih, musuh-musuh beliau yang terang-terangan menentang beliau diangkat menjadi exco kerajaan negeri konon pendekatan menjinakkan musuh. Hakikatnya formula itu gagal.

Keputusan-keputusan beliau tergagap-gagap ingin menjaga hati musuh beliau.  Pegawai-pegawai sekeliling beliau yang muda-muda langsung tak menghormati politikus tua. Setiausaha politik yang rapat dengan beliau langsung tidak dapat menghidu komplot untuk mengguling beliau kerana sibuk menjaga saku sendiri.

Hari ini Mukhriz baru tahu langit tinggi rendah. Hari ini Mukhriz baru graduate University Politik dengan ijazah PhD. Hari ini baru Mukhriz diuji untuk menghadapi peperangan politik yang lebih hebat di peringkat nasional. Mukhriz akan berdepan dengan naga-naga bernafas api yang sedang bermarajalela di Putrajaya sekarang ini. Kalau tidak bijak dan licik Mukhriz akan ditelah dan diratah mentah-mentah sebelum mengeluarkan taring.

Bersedialah wahai Mukhriz, jangan berkata kita kuat sebelum kita diuji. Kerajaan di hadapan sana sedang menunggu kejatuhan dengan penuh hina dan sengsara. Bersedialah untuk pertarungan yang lebih ganas di gelanggang sana.

Salam hormat pada Mukhriz. Ayuh! Rakyat bersama mu.