Thursday, March 12, 2009

Pak Lah dan Anwar - Apa salahnya mereka berjumpa?

Pak Lah dan Anwar apa salahnya mereka berjumpa demi perpaduan Melayu. Adakah Melayu berpolitik sehingga tidak boleh makan kenduri dan duduk semeja? Mengapa harus pertemuan ini dipolitikkan?
Di dalam suasana Melayu sedang lemah dan berpecah seharusnya pemimpin-pemimpin Melayu berbaik-baik dan tidak bercakaran.

23 comments:

  1. mummy rokiah...

    Pak Lah seorang yang egonya tinggi...selepas menjawat jawatan PM. Mana dia jumpa Tun Mahathir.. sedangkan itu orang yang melantiknya menjadi perdana menteri..

    Anuar seorang yang bercita-cita tinggi. Matlamatnya hanya untuk menjadi perdana menteri...
    Peduli apa nak jadi pada bangsa sendiri.. asal matlamat tercapai..

    Maka punahlah semua...

    ReplyDelete
  2. dengan aljubri barua yahudi nihh si paklah boleh pulak cemar duli pi jumpa..dgn drM pulak terbalik kuang..mahathir yg kena pi jumpa dia...mungkin lepaih nihh paklah tak jadi serah jawatan PM kot..aljubri akan kerah pembangkang buat undi percaya kat dia di parlimen nanti..tu pasai sampai sekarang mana ada tarikh tepat dia nak undur diri. kan puak2 pembangkang la nihh cukup sayang kat paklah nihh.

    ReplyDelete
  3. PAKLAH dan ANUAR sama saja,Boleh nilai siapa sebenar PAKLAH ,orang yg memberi dulang emas dan angkat jadi perdana menteri dihherdiknya dan angkuh.....sama2 pengkhianat bangsa sebab tu bolih duduk bersama.tak berani jumpa TUN M sebab takut krana terlalu banyak dosa pada agama dan bangsa.........Tunggulah kedua2 balaci YAhudi ni.......Allah akan beri balasan......angkara khianati tanah air tercinta.....salam.

    ReplyDelete
  4. Kawan yang tak ada nama 9.49pm:

    Pak Lah herdik Mahathir ka Mahathir yang dok perlecehkan Pak Lah? Kondem sampai Melayu hilang kuasa di Selangor,Perak dan Pulau Pinang. Kalau Paklah dedahkan semua kerja buat Mahathir memperosakkan kerajaan BN, hang pun meluatkan Mahathir.

    ReplyDelete
  5. Ahmad Lutfi Othman

    Nota: Rencana ini dipetik daripada buku yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Tajuk asal rencana itu adalah "Ibrahim Ali : Nak Upah Orang Bukan Perkara Mudah". Ahmad Lutfi sekarang ini Ketua Pengarang Harakah.

    Macam-macam pandangan yang dikemukakan terhadap isu pemecatan Anwar. Tidak ramai percaya ia hanya disebabkan masalah moral. Orang lebih suka melihatnya sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi, termasuk Mahathir, untuk menyingkirkan Anwar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali tentunya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. Rosmida Abdul Rahman sempat menemubual beliau dipejabatnya, di Bangunan UOA Centre Kuala Lumpur, pada 29 September 1998.

    Rosmida : Umumnya tanggapan masyarakat bukan mempertikaikan hak Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau hak ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memecat keahlian UMNO Anwar. Mereka sama sekali tidak boleh menerima, kalaupun mungkin disyakki Anwar melakukan salah laku seks yang melampau itu, mengapa ia dihebohkan begitu sekali, khususnya melalui afidavit berkaitan Nallakarupan.

    Ibrahim : Masalah yang berkaitan isu Anwar Ibrahim boleh dilihat dari dua sudut. Satu, sudut politik dan lagi satu perundangan. Dalam UMNO, ada kaedah dan peraturan disiplin tersendiri. Maka mana-mana ahli pun tertakluk kepada disiplin ini. Begitu juga dengan parti-parti lain. Parti berhak mengambil disiplin ke atas mana-mana ahli yang difikirkan perlu diambil tindakan. Lebih-lebih lagi yang boleh menjejaskan atau merosakkan nama baik parti.

    Begitu juga kita sebagai warganegara, rakyat atau masyarakat, yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang. Dalam hal ini, rakyat juga tidak terkecuali dalam undang-undang, hatta raja pun....tiada siapa yang kebal dengan undang-undang. Begitulah dalam kes Anwar ini. Dari aspek politik, UMNO tidak mengira kedudukan ahli-ahlinya untuk diambil tindakan. Di dalam perlembagaan UMNO pula, jika selepas parti membuat sesuatu keputusan, ia tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Sebabnya, sesiapa yang merujuk kepada mahkamah automatik akan terlucut keahliannya. Mengapa kita buat begitu?

    Ini adalah kaedah parti.samalah seperti PAS dan DAP, masing-masing ada disiplin tersendiri. Dalam sesetengah kes, ahli-ahlinya juga dipecat tanpa perlu merujuk terlebih dahulu ke mahkamah. Ini bermakna dalam konteks parti masing-masing ada pertimbangan dan perkiraan sendiri.

    Sebab itu ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, beliau sendiri banyak mengendalikan kes memecat atau menggantung ahli-ahli tanpa merujuk kepada mahkamah. Tiada perbicaraan di mahkamah pun. Samalah prinsip ini yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi terhadap Anwar Ibrahim sekarang.

    Begitu juga dari segi perundangan, proses keadilan telah dipatuhi untuk mendakwa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ia berdasarkan laporan lapis dan apabila disiasat terdapat prima facie. Namun kes ini agak lewat ke mahkamah kerana banyak gangguan. Ini kerana ada pihak tertentu cuba hendak menganggu perjalanan proses keadilan di mahkamah.

    Contohnya, pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh ditakrifkan seolah-olah hendak menganggu proses mahkamah. Bagaimanapun Anwar Ibrahim sudah didakwa oleh mahkamah pada pagi ini dengan 10 tuduhan. Cuma tinggal lagi, isu yang sering dipersoalkan, mengapa Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO? Ramai yang mempertikaikan tentang saksi. Sebab itu dalam soal ini pelbagai pertanyaan dan persoalan timbul. Walaupun kita mempunyai undang-undang dan peraturan, tetapi kebijaksanaan juga penting dalam menangani setiap isu.

    Bukankan kes Anwar Ibrahim ini rumit dan pertuduhan terhadapnya amat sukar untuk diterima terhadapnya amat sukar untuk diterima oleh masyarakat, bahawa orang seperti Anwar boleh melakukannya.

    Ya. Memanglah Anwar Ibrahim seorang Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri dan menggunakan label Islam sudah begitu lama. Dia sering bercakap soal moral dan akhlak, malah mempunyai pengaruh dan kedudukan. Sudah tentulah perkara ini sesuatu yang rumit. Hendak menjalankan proses undang-undang pun rumit. Malah untuk meyakinkan orang, lagilah rumit.

    Namun kita melihat Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan tentunya mempunyai maklumat dan bukti. Begitu juga kalau perkara yang sama dihadapi Presiden PAS. Dia tahu ahlinya buat salah. Dan sebagai Presiden, dia berhak mengambil tindakan menyelamatkan partinya, tanpa perlu merujuk ke mahkamah. Begitu juga dengan Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa untuk memecat atau melantik mana-mana menteri kabinetnya. Hatta Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

    Pemecatan dan perlantikan kabinet ini bukan perkara baru. Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau memecat Aziz Ishak, seorang tokoh popular ketika itu. Tun Hussien Onn pula memecat dan mendakwa Dato’ Harun Idris yang cukup popular. Kemudian pada era Dr. Mahathir, kes Anwar ini bukan baru. Naib Presiden UMNO, Muhammad Taib diminta berhenti sebagai Menteri Besar Selangor.

    Manakala Rahim Thamby Chik dinasihatkan bercuti sebagai Ketua Pemuda UMNO dan berundur dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan Dr. Mahathir sendiri tahu rakyat sering mendaulatkan konsep bersih, cekap dan amanah. Tetapi masalahnya sekarang, semasa kerajaan menerapkan konsep tersebut, ada pula gangguan. Walhal kuasa pemecatan dan perlantikan oleh Perdana Menteri berlaku di mana sahaja. Contohnya, di Rusia, Presidennya bukan sahaja memecat Perdana Menteri, tetapi seluruh anggota kabinetnya.

    Di New Zealand, seorang Perdana Menteri wanita memecat timbalannya, seorang lelaki. Sultan Brunei memecat adiknya sendiri yang menjadi Menteri Kewangan. Dalam hal ini, ia tidak melibatkan perbicaraan apa pun.

    Apakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mudah sekali memecat timbalannya?

    Dalam kes Anwar Ibrahim ini, bukannya Perdana Menteri sengaja suka-suka hendak memecatnya. Dr. Mahathir tahu Anwar Ibrahim ada kes. Ia hasil siasatan polis dari buku 50 Dalil, misalnya kes meliwat.

    Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah menasihatkan Anwar supaya meletakkan jawatan. Jika Anwar letak jawatan tidak timbul soal beliau dipecat. Mengapa Perdana Menteri menyuruh Anwar letak jawatan? Ini kerana Anwar sudah ada kes di tangan polis dan jabatan peguam negara. Apabila dihadapkan ke mahkamah, dan Anwar tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela, imej kerajaan dan UMNO tercemar. Sebab yang dibicarakan ketika itu ialah seorang TPM merangkap Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

    Cuba kita lihat kes Muhammad Taib. Beliau memberi kerjasama. Apabila Perdana Menteri meminta letak jawatan beliau akur. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik, dia tetap akur. Tetapi Anwar enggan bekerjasama. Bagi membolehkan beliau membersihkan dirinya di mahkamah tanpa membabitkan nama baik kerajaan dan UMNO, maka Perdana Menteri wajar memecatnya. Apabila pemecatan dibuat, Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan.

    Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan. Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir lakukan ini adalah betul.

    Bagi mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan ada sentimen politik yang tinggi maka dikeluarkan pelbagai pandangan dan tafsiran. Justeru, dipersoalkan proses keadilan, kebebasan mahkamah dan kehadiran saksi. Cuba kaji dengan teliti sejauhmana proses perundangan dijalankan.

    Bagi saya, sepatutnya Anwar yang digelar pemimpin Islam berwibawa sepatutnya sepatutnya menunjukkan teladan ketika menghadapi musibah. Jika yakin dirinya bersih, Anwar tidak perlu gelabah. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana. Jika seseorang itu tidak bersalah dan memiliki iman yang kuat, dia akan tetap mendapat perlindungan dari Allah. Suatu hari, kebenaran pasti akan berpihak kepadanya.

    Itulah janji Allah. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita yakin dengannya, apatah lagi orang seperti Anwar. Jika iman kita kukuh dan kita di pihak yang benar, datanglah apa sahaja fitnah yang melanda, ia dapat dirongkai dengan baik. Tapi Anwar nampaknya bertindak sesuka hati sebelum dihadapkan ke mahkamah.

    Dan Anwar menuduh kerajaan ini zalim, sedangkan sistem itulah yang beliau pertahankan selama 16 tahun ini. Begitu juga sistem mahkamah kita, pelbagai perkara dibangkitkan. Memang diakui ada kelemahannya, misalnya kes membabitkan Lim Guan Eng.

    Jika betullah tuduhan UMNO melindungi pemimpin-pemimpinnya dan undang-undang hanya untuk orang tertentu, tetapi kini jelas pemimpin tertinggi UMNO juga dihadapkan ke mahkamah. Buktinya, antara lain, kes Sahar Arpan dan Waad Mansur. Mereka adalah anggota Exco kerajaan negeri. Dulu orang kata ikan bilis saja yang kena, ikan jerung terlepas. Anwar sendiri pernah cakap perkara ini. Sekarang apabila jerung sudah kena, mereka kata kita tak adil pula. Kemudian dituduh macam-macam. Saya beritahu secara ikhlas, sebagai seorang kawan yang kenal Anwar begitu lama, saya rasa hilang hormat langsung terhadapnya. Bukan masalah betul atau tidak dari segi tuduhan.

    Tetapi hilang hormat saya kerana cara dan tindakan Anwar. Beliau banyak melakukan perkara yang betul-betul bertentangan. Saya boleh tunjukkan pelbagai bukti, misalnya soal menegakkan keadilan dalam parti. Bukankah Anwar bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO?

    Beliau yang mengendalikan kes wang akaun wanita UMNO yang dikatakan hilang sehingga Anwar mengambil keputusan memecat Zainab Abu Bakar sebagai timbalan menteri dan ahli UMNO begitu sahaja. Tanpa ada sebarang pembelaan. Anwar tidak merujuk ke mahkamah walhal ia melibatkan kes duit. Begitu juga amalan politik dalam UMNO, penyokong kuatnya, walaupun dan terdapat tuduhan mereka, namun Anwar membiarkannya. Jelas, beliau benar-benar hipokrit. Saya kenal beliau sudah 30 tahun.

    Kemudian soal nepotisme, saya boleh senaraikan adik-beradik Anwar, siapa Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Rosli Ibrahim, Marzuki Ibrahim, malah bapanya Dato’ Ibrahim, dan juga bapa mertuanya sekali. Memanglah bapanya dulu berniaga sikit-sikit, tapi tak sehebat hari ini. Apakah saudara-saudaranya yang mengaut kekayaan itu memperolehinya begitu sahaja atau berdasarkan kemampuan sendiri, tanpa menggunakan platform Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri?

    Begitu juga dengan kroni Anwar, yang pernah bekerja di pejabatnya. Di manakah mereka sekarang? Ramai yang menjadi ahli korporat terkemuka walaupun tanpa pengalaman dan nilai keusahawanan tulen. Ada yang bergelar timbalan menteri. Misalnya, dulu siapa Kamaruddin Jaafar? Sekarang menjadi pengerusi beberapa syarikat terkemuka. Ahli-ahli yang UMNO, yang sudah berpuluh tahun berniaga, tidak sampai ke situ pun.

    Sekarang masyarakat menpersoalkan rekod lama Mahathir mengenai sikapnya terhadap salah laku seks di kalangan pemimpin UMNO selama ini. Bukankah Dr. Mahathir boleh bertolak ansur dalam hal ini? Tiba-tiba saja kelihatan imej Dr. Mahathir berpegang teguh soal akhlak dan moral. Masyarakat jadi keliru.

    Keliru macam mana? Dalam kes Rahim Tamby Chik, beliau telah dihukum dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Adakah selama ini Rahim dibawa balik sebagai Ketua Menteri Melaka?

    Bagi saya, isu Anwar senang sahaja, tak perlulah cerita kes liwat dan pertuduhan yang lain. Apabila Anwar berkawan dengan Nalla, seorang taukeh judi, ia sudah cukup menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.

    Masyarakat pula begitu mudah menerima ia sebagai konspirasi politik. Bagi Anwar, apabila kesan terbongkar tentulah beliau akan mempertahankan dirinya dengan apa juga kaedah dan pendekatan. Takkan Anwar nak mengaku beliau berbuat jahat. Selama ini bergegar membaca khutbah, bercakap Islam, menyentuh soal moral.

    Di Kelantan pun ada orang-orang yang mengaji agama mempergunakan anak murid untuk tujuan tersebut. Kalau nak sentuh bab liwat, ia bukan cerita baru. Tambah-tambah orang yang bercakap Islam tetapi mempunyai moral yang rendah. Selama ini masyarakat menganggap Anwar bersih dan tiada cacat celanya.

    Bukankah kita diperingatkan Allah, bahawa tabiat manusia ini, mula-mula kelihatan baik tetapi apabila diberi kuasa pangkat, harta dan darjat sudah mula jadi gila. Mungkin Kementerian Kewangan itu berpuaka! Di situlah tempat menguruskan segala kewangan negara.

    Berdasarkan pengalaman Dato’ yang pernah berhadapan dengan kes Tengku Razaleigh yang tersingkir dari UMNO pada tahun 1987, begitu juga dengan pemecatan Anwar sekarang, apa kaitan kes-kes ini.

    Berbeza. Seperti Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lawan Dr. Mahathir di dalam parti melalui pemilihan. Seterusnya mengalami kekalahan. Ada pihak membawa kes tersebut du mahkamah. Kemudian UMNO diisytiharkan tidak sah. Beliau tidak dibenarkan masuk UMNO ketika itu.

    Maka Ku Li guna cara lain, mengisytiharkan parti baru. Beliau sendiri ada gagasan baru iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan saya sendiri turut terlibat pada awalnya. Dan kita kemukakan agenda. Dan kita lakukan mengikut proses undang-undang.

    Kita tak suruh budak-budak muda tunjuk perasaan macam Anwar suruh. Menjerit-jerit di masjid, apatah lagi tuduhan pula kes meliwat. Kemudian melaung-laung takbir untuk bela Anwar. Perubahan sikap Anwar selepas dipecat cukup ketara, antaranya gelojoh dan emosional.

    Anwar sendiri selalu memberitahu, apabila ditimpa musibah kita kena besabar dan berdoa banyak-banyak dengan Allah. Sepatutnya jika perkara ini fitnah, tidak perlulah menjerit-jerit.

    Malah beliau boleh lakukan perjumpaan dengan Majlis Tertinggi memberitahu bahawa beliau tak puas hati. Kalau dah tak ada cara lain sangat, bersumpahlah secara Islam. Saya pelik, mengapa Anwar berasa takut untuk pergi ke mahkamah? Sama ada ia fitnah atau tidak, biar mahkamah tentukan. Orang lain pun pernah pergi mahkamah.

    Apakah Anwar fikir dirinya istimewa sangat. Selepas mahkamah putuskan Anwar benar-benar dizalimi dengan fitnah yang hina itu, masa itu, hendak bakar bangunan di Kuala Lumpur, bakarlah (ketawa)!

    Sebenarnya, apakah peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pada 3 September 1998. Bagaimana reaksi awal Anwar? Adakah pemecatan Anwar berdasarkan keputusan Dr. Mahathir semata-mata tanpa sanggahan dari anggota mesyuarat, khususnya penyokong Anwar?

    Sebenarnya pemecatan tersebut berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi. Begini....mesyuarat Majlis Tertinggi dipanggil selepas sehari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila mesyuarat, sudah tentu pengerusi mesyuarat adalah Presiden parti.

    Ia dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi, cuma dua orang sahaja tidak hadir iaitu Dato’ Abdullah Badawi yang berada di luar negara dan Nazri Aziz pula sedang bercuti. Maka Presiden pun membentangkan hal-hal berkaitan Anwar. Dan Anwar berada di sebelah kanan Presiden.

    Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau mula mendidik, membentuk dan menjaga Anwar kerana Anwar adalah penggantinya kelak. Semua cerita sedap-sedap belaka. Anwar naik dalam UMNO macam roket, pijak semua kepala orang (ketawa). Orang lain berpeluh berbelas-belas tahun....macam Ku Li.

    Dr. Mahathir dulu pun pernah kena pecat selama dua tahun. Dr. Mahathir bercakap lebih kurang satu jam lebih. Kemudian barulah beliau bentangkan segala pertuduhan terhadap Anwar. Presiden ada mengatakan : ”Saya yakin Anwar ada kes meliwat.”
    Kes lain tidak mengapa, tetapi kes meliwat, bagi Dr. Mahathir, amat berat. Katanya lagi, orang begini tidak boleh jadi Perdana Menteri.

    Selain Dr. Mahthir memberi keterangan, maka Anwar diberi peluang bercakap. Anwar tidak menyebut kes tuduhan tersebut, sebaliknya mengatakan ia adalah konspirasi dan fitnah, dengan gaya penuh emosi sambil menumbuk-numbuk meja. Anwar bercakap selama satu jam.

    Apakah hujah utama Anwar untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan tersebut?
    Tidak ada! Anwar asyik menyebut konspirasi tak habis-habis. Kemudian perbincangan dibuka kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi pula. Pada awalnya orang lain diam, sayalah orang yang mula-mula bercakap.

    Saya tegur Anwar : ”Apa you anwar? Angkuh dan sombong. Cara Dr. Mahathir layan you begitu baik sekali. Jawablah tuduhan tersebut dengan baik. Kalau begini caranya, you bukan pemimpinlah Anwar. Semua orang boleh tumbuk meja. Jangan ingat you seorang saja nak tunjuk garang. Saya pun garang juga.”

    Apa lagi, saya pun tumbuk meja jugalah (ketawa). Saya nak dengar juga kalau-kalau Anwar nak bersumpah atau menjawab satu persatu pertuduhan terhadapnya. Tetapi Anwar menjawab dengan cukup rasional. Kemudian kenyataan-kenyataan beliau banyak bertentangan.

    Pernah Anwar menyebut dengan kawan-kawannya bahawa beliau pernah pergi dua kali ke Tivoli Villa. Di dalam Majlis Tertinggi pula Anwar kata, dia tidak pernah pijak pun, walaupun sekali. Apabila Anwar tamat bercerita dan ahli lain habis bercakap, Dr. Mahathir suruh Anwar gulung pula ucapannya. Sebelum itu ada yang mencadangkan Anwar dipecat, digantung keahlian atau diberi cuti.

    Akhir sekali, penggulungan dari Dr. Mahathir, dan beliau bertanya kepada Anwar, sama ada hendak tunggu atau keluar dari bilik mesyuarat itu. Anwar kata hendak keluar. Dan Dr. Mahathir membuat keputusan mengikut majoriti mengundi. Majoriti bersetuju Anwar dipecat sebagai ahli.

    Tetapi berdasarkan beberapa cadangan tadi, maka undian dijalankan sekali lagi untuk mendapat keputusan yang tepat. Ini bermakna sebanyak dua kali undian dilakukan. Apa yang tidak adilnya? Dr. Mahathir dipecat dahulu tidak berpeluang membela diri. Zainab Abu Bakar dipecat begitu juga, tiada pembelaan diri.

    Maknanya, Anwar diberi peluang membela diri secukupnya?

    Ya. Anwar diberi peluang membela diri. Apa yang beliau hendak bising-bising selama ini? Saya tak tahulah nak cakap. Barulah saya tahu yang Anwar ini batu, bukannya permata. Namun yang mengecewakan hujahnya tiada berkaitan lansung dengan tuduhan.

    Bagaimana reaksi Anwar apabila Dr. Mahathir membentangkan pertuduhannya?
    Terlalu jelas....Memang nampak kebimbingan, panik dan keresahannya ketara. Saya sendiri melihat dari body language, Anwar memang dalam keadaan betul-betul gelisah. Sepatutnya Anwar tidak boleh menyalahkan dirinya sendiri. Anwar mengatakan, melalui kenyataannya, bahawa semua saksi dibayar. Anwar boleh kata apa sahajalah. Takkanlah orang buat salah hendak mengaku salah.

    Reaksi Mahathir?

    Kecewa dan sedih. Harapannya hancur. Beliau yang mendidik sepanjang pembabitan Anwar di dalam UMNO selama 16 tahun. Lagipun Mahathir sendiri sudah berumur 73 tahun, hanya menunggu masa untuk berhenti sahaja. Tiba-tiba Anwar buat hal sedemikian rupa. Sudah tentu Mahathir teramat sedih.

    Bagaimana penerimaan dari ahli Majlis Tertinggi pula, adakah pada peringkat awalnya menemui kesukaran untuk menerima hal ini?

    Masalahnya begini, sebelum ini tidak pernah lagi kita mendengar kes liwat. Kalau kes skandal perempuan tu biasalah. Lagipun skandal begini bukan perkara baru. Berlainan dalam kes ini, perkara meliwat belum berlaku di kalangan pemimpin. Kedua pula, tuduhan tersebut berlaku ke atas Anwar Ibrahim.

    Saya amat faham, bagaimana sukarnya untuk masyarakat menerima perkara ini. Oleh yang demikian, berdasarkan bukti dan penerangan yang telah dilakukan dan respons Anwar yang mengecewakan, maka mereka buatlah penilaian sendiri.

    Sejauhmana ketepatan maklumat yang diperolehi oleh Dr. Mahathir sehingga beliau betul-betul yakin terhadap salah laku Anwar Ibrahim?

    Ya. Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau memperolehi maklumat kepada Majlis Tertinggi. Sememangnya beliau sendiri ragu dengan siasatan memaksa beliau memanggil pihak-pihak yang terlibat pula dapat menjawab dengan baik dan betul. Antara saksi-saksi itu ialah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar Ibrahim, pemandu Dato’ Nalla, Umi Hafilda Ali dan saksi yang lain.

    Desas-desus mengatakan saks-saksi ini diupah?

    Itulah...macam kes Sukma dan Dr. Munawar, orang kata diupah. Tolong ingat sikit.....nak upah orang bukan perkara mudah. Kalau nak hidup dengan hasil upah orang jangan ingat dapat hidup senang! Soal maruah, imej, harga diri nak letak mana? Lagi satu, masyarakat sering mengatakan konspirasi. Ingat nak rancang konspirasi? Ingat mudah Dr. Mahathir panggil Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, seterusnya pegawai-pegawai polis yang terlibat?

    Pegawai polis yang menyiasat adalah Musa Hassan? Beliau anak Ustaz Hassan Azahari dan abang kepada Fuad Hassan. Kalau nak tahu, Fuad Hassan adalah penyokong kuat Anwar tetapi beliau seorang sahaja yang tidak pergi ke rumah Anwar. Kemudian keluarlah pelbagai akhbar mengatakan lima, enam orang saksi tersebut diupah dengan tujuan menjatuhkan Anwar. Ingat sekarang? Jangan ingat kerja mengupah perkara senang. Tak mudahlah!

    Bagaimana yang dikatakan konspirasi?

    Konspirasi sebenarnya, bagi saya, orang bawah, dia tidak perlukan konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan Anwar lagi, beliau tidak perlu ada konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan konspirasi. Dia ada kuasa untuk pecat Anwar bila-bila masa. Tetapi jika Anwar yang melakukan konspirasi, ia mungkin betul. Misalnya, bagaimana beliau menjatuhkan Tun Ghafar. Tetapi siapa yang nampak perkara begini?

    Umumnya curiga tentang proses keadilan yang dilaksanakan, misalnya dalam kes mahkamah membabitkan adik angkat Anwar Sukma dan bekas penulis ucapannya. Dr. Munawar. Daripada pengakuan bersalah mereka, cara bagaimana dipilih peguambela, hujah peguambela yang mengelirukan, dan macam-macam lagi.

    Memanglah. Sebab kedua-duanya mengaku. Asalnya saya difahamkan, Dr. Munawar ditangkap atas tuduhan disyaki sebagai agen tali barut luar. Apabila disoalsiasat, saya dapat tahu, Dr. Munawar sendiri secara sukarela mendedahkan perkara liwatnya dengan Anwar. Apabila beliau sudah mengaku dan tandatangan, kemudian Dr. Munawar didakwa ke mahkamah. Beliau mengaku, jadi tidak ada bicara.

    Khabarnya Dato’ mula rapat dengan Anwar, ketika zaman kebangkitan pelajar di kampus awal tahun 70-an dulu. Kehebatan Anwar lebih menyinar apabila ditahan ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan isu kemiskinan rakyat bawahan. Apakah kehebatan Anwar dari kacamata Dato’?

    Ikhlas saya beritahu, memang saya cukup mengagumi Anwar Ibrahim daripada zaman pelajar sehinggalah beliau bergiat dalam ABIM. Walaupun saya adalah antara individu yang menyokongnya, malah mengakui kehebatannya, tetapi saya bukan ibarat lembu dicucuk hidung. Kadang-kadang kami juga bertentangan pendapat. Saya mengakui pada tahun 1978, berlaku krisis dalam PAS, dan kefahaman politik kami berbeza.

    Ketika Allahyarham Dato’ Asri memecat Dato’ Mohamad Nasir sehingga wujudnya penubuhan Berjasa dan jatuhnya PAS di Kelantan. Tetapi Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dalam hal ini, beliau geram kepada saya, kononnya, saya tidak mengikut jamaah.

    Ia membuktikan, walaupun saya mengakui kebolehan, kewibawaan dan bakat pidato yang dimiliki oleh Anwar, tetapi bukan bermakna saya akan mengikut segala telunjuknya. Bagaimanapun, memang saya kagum dengan kewibawaannya, sebab itu saya sokong beliau. Saya ingin ceritakan secara peribadi, selepas balik dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang memecat Anwar, saya buka album dan melihat gambar-gambar bersama Anwar Ibrahim dahulu. Ia memang menyentuh jiwa saya. Saya menangis bila menatap gambarnya. Perkara ini tidak pernah berlaku di dalam hidup saya.

    Akhir sekali, bagaimana Dato’ melihat ending percaturan politik dalam UMNO? Mungkin UMNO akan berlaku perpecahan?

    Saya tidak nampak apa-apa masalah. Sebab UMNO adalah parti yang sudah matang. Parti UMNO sudah menghadapi pelbagai cabaran dan getir. Kes yang paling baik boleh disebut di sini ialah kes Dato’ Harun. Ketua Pemuda UMNO bela Dato’ Harun, suasananya lebih tegang daripada kes Anwar Ibrahim. Tapi kesudahannya, semua pihak akur dengan undang-undang.

    Kemudian isu pindaan perlembagaan yang mahu memansuhkan kekebalan raja-raja Melayu. Ramai orang kata, habislah UMNO kali ini. Cuba tengok, UMNO mantap juga akhirnya. Raja-raja menjadi lebih berdisiplin.

    Begitu juga apabila Tengku Razaleigh lawan Dr. Mahathir, sehinggalah UMNO jadi parti haram. Malah UMNO berpecah kepada dua. Betul, UMNO hilang Kelantan dan jatuh ke tangan PAS. Tetapi UMNO masih lagi mantap. Dalam isu yang kita hadapi kini, ia hanya melibatkan Anwar Ibrahim seorang sahaja. Pemimpin pergi pemimpin datang. Patah tumbuh hilang berganti.

    Sumber : AIDC

    ReplyDelete
  6. TERUK BETUL PM NI.

    BERTEMU DENGAN PELIWAT DAN GURU AJARAN SESAT.

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy,

    ini pertama kali saya menulis komen didalam blog mummy. saya dah baca dan tengok banyak blog pro-umno dan bn yang ditulis oleh orang Melayu lah rata2nya.

    namun, apa yang saya baca kalau depa dok kata pasal anwar mesti pasal kes liwat dan terus menerus kata anwar ni kaki liwat. pendek kata kalau sebut pasal anwar-semuanya tak elok dan kotoq belaka. saya sebagai orang diluaq politik ni, bila baca kata2 orang penyokong umno ni akan fikir bahwa anwar ni memang takda jasa dalam negara kita dan patut dimalukan sampai 7 keturunan. apa tidak saya kata lagu ni mummy, depa sampai sebut dan gelar anwar tu B.A.B.I. ini macam rupanya orang umno ya mummy. saya kalau ambil mudah semua hal, akan sokong buta tuli kat orang umno yang kata anwar B.A.B.I.

    awat lagu ni orang Melayu? orang kafir pun tak hina dan kutuk juga tak malukan sesama depa.
    Kalau betoi anwar tu jahat dan memang tak berjasa dalam negara ini serta perosak bangsa, awat tak buang negeri ja dulu?
    adakah pemimpin cina atau india yang gaduh sama depa buat lagu orang umno buat pada anwar?

    betoi ka mummy cara depa ni?
    saya tak sangka sampai macam ni bencinya orang umno kepada anwar. dahsyat sungguh kata2 depa menghina dan memburukkan air muka orang. nampak seumpama tiada sebutir kebaikanpun dalam diri anwar sampai depa malukan dia sampai lagu ni.

    saya bukan penyokong anwar mummy. tapi saya yang dah baca banyak blog ni dan bukanlah jugak saya ni muda sangat pun, tapi masih lagi terrkejut dengan tulisan2 yang geng benci anwar ni tulis dalam blog dan komen depa.
    dahsyat.
    tak ada perkataan yang baik keluar dari mulut2 orang yang dah meterikan kebencian peribadi mereka kepada anwar.

    pendapat saya mummy, kalau jadi orang kafir lagi baik dan beruntung di Malaysia ini, dari jadi orang Melayu Islam tapi dibenci dan dihina serta difitnah seperti anwar. sebab kalau jadi kafir, jahat macam mana pun orang umno tak akan aniaya dia tak seperti yang depa buat pada anwar.

    saya harap mummy dapat beri sikit pandangan.

    -cikgu kecewa-

    ReplyDelete
  8. Cikgu kecewa,
    Melayu khasnya "Melayu UMNO" masih lagi tidak sedar bahawa kuasa mereka makin hari makin terhakis. Ibaratkan segunung "Iceberg" yang makin hari makin cair dan bercampur dengan air lautan.
    Mereka merasakan mereka akan kekal seperti slogan mereka "Kini dan Selamanya". Slogan ini telah membuat mereka angkuh dan riak.Slogan syiok sendiri ini telah menghalalkan mereka mengamalkan politik wang dan tamak mengaut kekayaan negara ini kedalam kantung mereka dan mengunakan wang ini membeli kuasa yang berligar-ligar sesama mereka.
    Apabila keangkuhan ini memuncak mereka tidak lagi melihat kepentingan Melayu amnya atau RAP. Setiap usaha untuk menyatupadukan Melayu mereka politikan demi menjaga kepentingan mereka.
    Dan yang menjadi mangsa adalah RAP (Rakyat Atas Pagar.

    ReplyDelete
  9. Cikgu Kecewa dan Mummy Rok,
    Kenapa terlalu sayang hingga cuma kebencian UMNO kat anwar sahaja nak ditanya? Kenapa tak ambil kira fakta seperti yang dijelaskan pada artikel Ibrahim Ali tu paling tidak pun? Kenapa tak tanya diri kita kenapa anwar sanggup haru birukan orang ramai hingga menghakis keharmonian masyarakat majmuk, menghasut pemberontakan kaum terhadap melayu, memalukan negara dimata dunia, sanggup apa sahaja asal UMNO dijatuhkan? Apakah ianya kerana perbezaan ideologi yang kronik, kezaliman mentadbir yang tiada tolok banding, penyalahgunaan kuasa hingga negara tak bergerak, bangkrap dan hancur lebur? TIDAK sama sekali, anwar ingin membalas dendam peribadi, dendam tergelincir tangga, dendam tersungkur dipintu mahligai, dendam ego dan maruah tercemar akibat terbongkarnya kemungkaran sendiri. MENGAPA anwar harus menggadaikan bangsa dan negara hanya kerana kerugian menimpa diri sendiri? PEMIMPIN yang ikhlas akan redha dan berkorban diri demi kepentingan yang lebih besar. Kalau betul dia Islam Teguh, dia tidak berperangai sebagai RAMBO tetapi redha dan berserah umpama cikgu kita yang umpama lilin membakar diri bagi kesenangan anak muridnya! Jangan jadi Pak Kadok menang sabung, kampong tergadai! Pak Kadok tu cerita orang bodoh yang tak berakal panjang. Adakah anwar dan kita semua juga macam Pak Kadok? UMNO adalah wadah perjuangan orang melayu dan pemimpin UMNO datang dan pergi. Berapa ramai dikalangan pemimpin UMNO yang juga pernah jatuh- bangun balik, jatuh-hilang tetapi tidak membakar kampong?

    ReplyDelete
  10. saya sendiri malas dan jemuutk merenung kembali zaman reformasi. tapi ada satu dua perkara yg saya nak sentuh pasal tulisan panjang lufti tersebut.

    hanya satu isu saja dari krisis 98 hinggalah hari ini bila org amno marahkan anwar...liwat. saya rasa benda lain tidak akan diperkatakan kerana hampir semua pemimpin amno juga berperangai seperti anwar.

    disebutkan muhammad mohd taib dan rahim tambi chik meletak jawatan bila diminta. tapi tidak bagi anwar. inilah yg amat dimarahkan oleh mahathir. tidak ada irg yg berani melawan beliau.

    kalau anwar ada kes rasuah yg jelas pada waktu itu memang kes tersebut saja sudah cukup utk menjatuhkan dia. tapi kes liwat lebih nampak hebat utk mejatuhkan peribadi dan karier sesiapa saja.

    boleh jadi betul atau tidak anwar melakukan itu hanya Allah saja yg tahu. tapi dari kes yg dibawa ke mahkamah saya tak nampak tuduhan itu sbg benar. malas saya ulang butiran kes.

    utk kes munawar dan sukma saya ulas begini saja. kalau kita dah kena tangkap dan bukan warganegara malaysia apa jalan terbaik keluar dr tuduhan tersebut? apakah mereka tidak diseksa utk mengaku?

    mengapa mereka perlu ambil peguam polis? mereka bukan dibicarakan. kes mereka hanya dibawa ke mahkamah utk mendengar pengakuan mereka. kalau polis tidak melibatkan sukma dan munawar pada saya tuduhan ke atas anwar nampak lebih kuat.

    polis terpaksa membawa kes munawar pada awal tangkapan anwar kerana perlu memenangi peperangan psikologi meyakin rakyat. tidak lebih dari itu.

    apabila kecoh cerita saiful tahun lepas dgn kisah beliau di pusrawi sekali lagi saya berfikir apakah org2 tertentu dlm amno tidak belajar dari peristiwa 98? sekarang dgn teknologi digital apakah mereka tidak mampu membuat sesuatu yg lebih hebat dari 98?

    bukan utk tidak percaya dgn sumpah saiful. itu antara dia dgn Allah. tapi org ramai bukan boleh dipaksa utk mempercayai sumpah tersebut. tiada hukum dlm agama yg memaksa kita mempercayai sumpah saiful.

    kalau rajin membaca sejarah islam lampau pun kita dapati muawiyah sendiri pernah melakukan helah ketika berjanji.

    ReplyDelete
  11. Kebanyakan orang diluar UMNO, bak kata Mummy Rokiah, Rakyat Atas Pagar, bahkan mereka yang menjadi ahli UMNOpun mngkin keliru mengenai pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO pada 1998 oleh Dr Mahathir.

    Amat sukar bagi ramai untuk menerima pemecatan Anwar dari UMNO dan perlucutan jawatan TPM oleh Dr Mahathir. Karisma Anwar dan pengaruhnya ke atas ramai amat besar untuk mereka menerima hakikat ini.

    Apatah lagi tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.Harus diingat bahawa tuduhan itu dibawa ke mahkamah dan penghakiman telahpun dibuat. Samada benar atau tidak Anwar meliwat, hanya mereka-mereka yang terlibat mengetahui kebenarannya. Cuma satu pandangan saya, apakah benar Dr Mahathir mengambil tindakan desperado mereka-reka tuduhan dan berkonspirasi dengan banyak pihak untuk menyingkirkan Anwar dengan pertuduhan liwat.Bagi saya adalah tidak rasional dan logik lansung jika ada yang mengatakan Dr Mahathir takut ancaman Anwar terhadap kedudukannya sebagai Presiden dan PM to stoop so low dan membuat tuduhan yang tidak berasas. Apa yang saya tahu dari sumber yang tidak musykil, perlakuan sumbang Anwar ini telah dimaklumkan kepadnya dua tahun lebih awal dari tarikh Anwar dipecat cuma Dr Mahathir tidak percaya akan perbuatan Anwar itu.

    Tuduhan bahawa orang UMNO terlalu suka dan taksub untuk menuduh Anwar ini peliwat, hanya berlaku di kalangan akar umbi atau hiraki bawah UMNO sahaja.Ini mungkin kerana mereka tidak terdedah kepada perkara-perkara lain yang boleh dipersalahkan ke atas Anwar.

    Untuk menjawab cikgu kecewa yang menyuarakan "nampak seumpama tiada sebutir kebaikan pun dalam diri anwar sampai depa malukan dia sampai lagu ni".Apakah cikgu kecewa terlupa bagaimana Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dalam bukunya SHIT memanggil Dr Mahathir dengan perkataan PUKIMAK? Apakah cikgu lupa bagaimana tok guru-tok guru PAS memanggil Dr Mahathir dengan gelaran Firaun dan segala macam lagi. Tidak ketinggalan penyokong PR yang memanggil Dato Najib dengan perkataan Najis dsbnya.Jangan hanya melemparkan tuduhan terhadap kelompok UMNO sahaja sedangkan yang melakukan perbuatan ini adalah dari kedua-dua pihak. Mungkin ini budaya baru yang timbul dikalangan orang Melayu, sudh tidak segan silu melemparkan kata-kata kesat terhadap sesama sendiri setelah 'fatwa' Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan bahawa "Tuhan pun mencarut"!Terbaru Tuan Guru Haji Hadi berkata CELAKA terhadap mereka yang sokong PPSMI pula. Pernahkah cikgu kecewa mendengar ceramah-ceramah Anwar selepas dipecat dari UMNO? Tak kurang hebatnya beliau mencerca, memaki hamun pemimpin BN dengan kata-kata kesat dan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang satu ketika dulu membawa imej Muslim warak. Kalau dah pemimpin membuka ruang untuk perlakuan sebegini mengapa mempersalahkan penyokong pula samada pro-UMNO ke atau pro-pembangkang. Benggali Karpal apa kurangnya.

    Apakah benar Anwar difitnah? Bagi pro-Anwar tentu yakin Anwar difitnah.Kalau dah jadi penyokong taksub tentu sukar untuk berfikiran rasional. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kalau terhadap Anwar dikatakan Fitnah, tuduhan Anwar terhadap orang lain bagaimana pula?
    Kalau dah ada bukti mengapa tak keluarkan sahaja untuk diambil tindakan yag sepatutnya. Kalau hanya mewar-warkan itu ini begitu begini mengenai sesuatu atau seseorang hanya sanya untuk meraih sokongan dan undi yang akhir rosak binasa adalah masyarakat. Masyarakat kita, terutamanya Melayu memang gemar dan senang terpengaruh dengan cerita-cerita keburukan orang lain.

    Berbalik mengenai perjumpaan PakLah-Anwar di rumah Sheikh Mahmud. Terancang atau tak dirancang? Sengaja atau tidak sengaja? Kalau terancang, siapa yang merancang? Kalau benar dirancang, apa agenda mereka yang merancang? Apa benar Sayuti Omar mendengar apa yang diperkatakan atau beliau hanya speculate apa yang diperkatakan? Malaysia Kini siarkan berita ini atas maklumat MSO sahaja.Siapa Sayuti? Apa peranannya hadir di situ? Siapa yang untung dari cerita ini? Siapa yang hendak dikenakan? Semuanya bermotifkan politik, bukan?

    ReplyDelete
  12. Kagum dengan bangsa Cina. Walau politik berbeza tetap boleh berjumpa sambut Tahun Baru Cina bersama-sama kat Pulau Pinang baru² ni. Bangsa aku makan bersama lepas jumpa tok guru pun nak di politikkan. Kuno betul pemikiran!

    ReplyDelete
  13. macam2 manusia ni. tak bais2 dgn spekulasi... provokasi... patutnya mereka itu yg kena kasi...

    ReplyDelete
  14. Lihat kenapa Anwar sokong IMF punya plan! Setiap orang punyai ketajaman berfikir yang tidak sama. Mungkin kita tidak nampak, tetapi Tun Dr Mahatir nampak. Kenapa NPL di kurangkan tempohnya?
    Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir kenapa isu-isu kontrak sosial dan hak keistimewaan orang Melayu tidak di pertikaikan????
    Pak Lah cekap mentadbir? Kenapa perniaga merungut? KJ menantu Pak Lah bermaharajalela, kenapa? NST di ketuai oleh singaporean. Saham TM terlepas ke Singapore, kenapa?
    Tanya diri sendiri, Pak Lah menghancurkan UMNO bukan kerana Tun Dr Mahathir. Tun menegur, Daim pun turut menegur. Tun cuba untuk menegur dalam pentas UMNO iaitu dengan bertanding G7. Tetapi dengan RM200 di atur oleh pimpinan perhubungan negeri Kedah. Tun tewas G7. So, di mana pentas yang boleh Tun nak suarakan lagi. Bermula dengan detik itu, Tun mula bercakap demi untuk memperbetulkan keadaan. Sudut ini mungkin orang tidak nampak. Orang tidak ikut perkembangan dari awal.

    ESOK KENDURI KAHWIN ANAK TAJUL.
    1.Khabarnya kenduri patut di adakan pada Mei selepas bertunang 2 kali.
    2. Najib di jangka hadir, kuncu-kuncunya akan membuat kesimpulan Tajul orang Najib ( tu la salah satu sbb buat kenduri awai)
    3. Buat kenduri masa ini sesuai, boleh buat duit. Musim pemilihan di campur dengan Pilihanraya kecil.....untung banyak ooooo!

    ReplyDelete
  15. Mummy, tolong promo calun Bebas kita- www.zahran25.blogspot.com.
    Dia telah bayar deposit untuk bertanding.

    ReplyDelete
  16. Rakan Bloggers,
    Mummy sedang menunggu maklumat dari SB Rakyat untuk menyiasat SIAPAKAH SHEIKH MAHMUD AL MAJZUB yang telah berjaya mempertemukan Pak Lah dan Anwar.

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah,saya menyokong pertemuan sebegini diadakan.
    Walaupon anwar & abdullah punyai ideologi politik yng b"lainan,namun itu bukanye halangn utk duduk semeja & sama2 solat berjemaah.
    Saya pelikla mummy,kenape puak2 umno seolah-olah snt anti bila pertemuan sebegini diadakan.
    Tak tahulah kalau puak2 umno ni memang m'amalkan ideologi politik yng sngt sempit & hanya memperjuangkan hak satu bangsa shj..
    Apa yng jelas kelihatan sekarang ini politik umno tidak akan lari drp 3 elemen yakni "RASUAH,SEKS & LIWAT..

    ReplyDelete
  18. BOLEH JUMPA MUMMY, TAPI INI ANWAR MANYAK KUAT MAIN BELAKANG PUNYA KAKI....MACAMANA NAK PERCAYA JANJI MUNAFIKUN BERNAMA ANWAR AL JUB JUB NI MUMMY...


    http://parpukari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Aku tak percaya dengan sistem kehakiman sekarang. Yang penting aku berdoa supaya BN tumbang pada pilihanraya akan datang supaya semua kebobbrokan yang UMeNO telah buat akan diketahui rakyat.

    Kononnya kalau PR menang kuasa Melayu terhakis, usahlah korang dok risau. Melayu spesis ini memang banyak dalam UMeNO, takut pada diri sendiri, harapkan subsidi, pemalas, bertuhankan bangsa, dan takut kepada kebolehan diri sendiri. Apa dah Melayu capai sejak UMeNO berkuasa? Habukpun tarak.......

    ReplyDelete
  20. Mummy,

    Pak Lah dgn Anwar sama saja.

    Tak boleh diharap dan dipercayai. Yang satu bodoh serta kemaruk harta & wang ringgit dan satu lagi munafik jiddan.

    Senang saja. Kita jangan tertipu dgn kata-kata manis mereka.

    Diharapkan orang2 Melayu akan benar-benar faham keadaan yg akan menimpa mereka.

    ReplyDelete
  21. 1. Sudah terang lagi bersuluh.

    2. Abdullah & Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

    3. Pada era Tun Mahathir, Melayu hanya mempunyai 2 parti politik utama, iaitu UMNO & PAS

    4. Perbalahan hanya atas politik dan jarang berbalah mengenai perihal Agama Islam dan Bangsa Melayu.

    5. Pada era Abdullah dan Najib, perihal mengenai Islam dan Melayu dibincangkan sehinggakan menyebabkan berlakunya ketegangan antara agama dan bangsa.

    6. Tidak perlu lah diperincikan sejauh mana isu - isu tersebut.

    7. Abdullah tidak bijak menguruskan negara.

    8. Anwar hanya bercita - cita hendak jadi Perdana Menteri.

    9. Sebelum terlupa, pernah teringat kata - kata Mat Sabu dalam setiap ceramahnya.Mat Sabu seringkali mengelarkan Anwar dengan gelaran berikut "Pak Sheikh Anwar Al Juburi"

    10. Abdullah dan Anwar berkongsi guru agama yang sama iaitu SHEIKH MAHMUD AL MAJZUB.

    11. Ternyata Abdullah dan Anwar ibarat "Melepaskan Anjing Tersepit".

    12. Semoga Datuk Najib Tun Razak akan menjadi Perdana Menteri yang baik.

    ReplyDelete
  22. Pembetulan

    5. Pada era Abdullah dan ANWAR, perihal mengenai Islam dan Melayu dibincangkan sehinggakan menyebabkan berlakunya ketegangan antara agama dan bangsa

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.