Osama bukanlah sebuah negara. Osama tidak ada kuasa nuclear. Osama hanyalah seorang Arab berjanggut, berjubah dan berserban bersenjatakan sepucuk senapang AK47.
Bermula dari 7 Ogos 1998 Osama mula menjadi buruan AS apabila disyaki mengebom Embassy AS di Kenya. George Bush bekas Presiden AS bagai nak gila memburu Osama.
Kemuncak buruan Osama ialah pada 11 September 2001 Osama diburu oleh kuasa-kuasa besar yang berkuasa nuclear bagai harimau memburu kambing di padang pasir. Osama dituduh melancarkan serangan sehingga meranapkan World Trade Center di New York dari muka bumi ini.
Semalam 1 Mei 2011 setelah menjadi buruan selama 13 tahun Osama telah ditembak mati oleh tentera AS dan buktinya visual-visual memaparkan mata Osama chemei disesah tentera AS.
Menurut kenyataan, AS meluncurkan mayat Osama ke dalam laut dan tidak dikebumikan di dalam tanah di darat mungkin kerana ketakutan roh Osama akan berkeliaran kembali menyerang mereka. Samalah seperti mereka takut dengan bayang-bayang Osama semasa Osama masih hidup di dalam persembunyian.
Apa yang melucukan satu ketika di peringkat awal dahulu, bukan setakat mereka takut kepada Osama tetapi mereka juga takut kepada sesiapa yang berjanggut, berserban dan nama yang ‘berbin’ dan menyekat masuk di lapangan terbang negara mereka.
Begitulah betapa hebatnya Osama bin Laden legenda abad ini yang mati tanpa kubur dan batu nisan.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Silap.. dunia tak akan sepi sebab ramai lagi Osama... Dekat Malaysia aje ada Osama Bundle. Osama Sea Food dan lain2. Anak2 yang bernama Osama pun ada.... Satu pergi, ramai ada lagi. Kah..kah... Ini yang menakutkan Amerika... Masih aku ingat kena tahan kat imigresen El-Paso, Texas sempadan Los Angeles, Texas dan Mexico... Kecut depa sebab aku ada janggut dan nama mula dengan Mohd. "Bak kat Usop Whecha".. Kita bakar je, bakar, bakar..
ReplyDeletehahahahahaaaa......
AS terkenal dengan tindakan ganasnya seperti membunuh berjua rakyat Vietcong, rakyat Iraq dan Afghanistan dan dia tidak boleh dibawa ke Mahkamah Dunia kerana tidak menjadi signatori pada mahkamah itu. Kan dilaporkan Osama tak bersenjata kenapa tidak cekup dan bawa Osama ke muka pengadilan dan hebohkan kepada dunia yang ia mengikut hukum undang-undang, ini tidak dibunuh sebelum di muktamadkan oleh mahkamah dan AS pun mengguna ramai anggota navinya untuk menangkap seorang yang paling dikehendakki, tanpa meminta izin dari kerajaan Pakistan yang mungkin sudah dirasuahkan. Lepas tu tak hormat tuntutan akal biarlah dulu dihormati keluarga Osama atau sahabat-handai untuk memberi kehormatan terakhir seperti Nordin Mat Top yang mati tapi mayatnya diserahkan kepada keluarganya.AS akan terus digasak dan dilanyak dalam hal ini tak tahu adab masyarakat Islam. Sehingga hari ini tak ada bukti atau dibuktikan di mahkamah lagi yang Osama merancang keganasan global melainkan Osama mengakuinya sendiri. Kes dah tutup kerana Osama dah disemadikan dalam laut.
ReplyDelete