Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan penilaian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu masih lemah untuk menghadapi pilihanraya dalam masa yang terdekat.
Memang betul pun beberapa isu besar sedang merobok di bawah tetapi bagi UMNO mereka buat “derkkkk ajeee…”.
Yang terdekat isu gula naik 20sen bakal menghakis pengundi di kampung-kampung penyokong tegar UMNO/BN kerana teh tarik akan naik harga, apom lenggang akan naik harga, kopi o naik harga dan kenaikan ini akan dirasai sangat oleh mereka. Gologan bandar yang kaya raya mungkin tidak terasa kerana ramai di kalangan mereka tidak makan gula kerana mengidap penyakit orang kaya, jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Malah golongan-golongan elit bandar ini langsung tidak mengundi kerana mereka sudah senang lenang, mereka mengundi hanya semasa mereka susah di kampung dahulu. Istilah kenang jasa tidak ada dalam kamus hidup mereka.
UMNO/BN juga akan kehilangan pengundi-pengundi muda atau remaja yang baru masuk alam pekerjaan kerana mereka telah disenarai hitam oleh PTPTN tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka.
Ramai yang menghadapi insiden perit semasa hendak keluar negara disekat oleh imigresyen lapangan terbang. Sistem yang diguna pakai oleh PTPTN untuk 'tracking' penghutang-penghutang yang sebenar nya tidak ada sistem, berterabur dan apabila mangsa mempersoalkan status mereka, pihak PTPTN hanya melepaskan batuk ditangga.
Pemuda UMNO tidak memperjuangkan isu ini kerana mereka lebih sibuk sesama mereka mengejar projek.
Perbalahan dalaman UMNO dan BN masih tidak selesai. Nampak ‘at the surface’ seperti OK tetapi di dasarnya bertokak bagai perang saudara. Boikot memboikot di antara kumpulan akibat dari pertandingan merebut jawatan masih tidak sembuh sepenuhnya malah ada bahagian-bahagian yang makin parah.
Pengundi-pengundi Cina tidak boleh diharap langsung. Pada bila-bila masa mereka boleh ‘swing’ parti mana yang mereka suka dan pada ketika dan saat ini DAP merupakan pilihan mereka.
Pengundi-pengundi Melayu masih terpinga-pinga di antara PAS dan UMNO. Mereka berpecah teruk seperti rincik-rincik timun yang nampak lahiriah sahaja banyak tetapi mudah diratah.
Apa yang MR bangkitkan ini hanyalah ‘tips of the iceberg’ masih banyak lagi isu-isu rakyat yang belum selesai khasnya pengundi-pengundi muda yang bakal bangkit seperti dalam Pilihanraya Singapura baru-baru ini.
Tidak dinafikan DS Najib ada kekuatan beliau yang tersendiri tetapi kekuatan Najib bukan jaminan kekuatan parti.
Hakikatnya UMNO/BN masih tidak stabil.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
ye betullll.....absorbe je ler..seratus juta lebih je jimat..tapi dpt menyelamatkan undi, ini dah lah semua barang naik, bahan asas pun naik, tak lama lagi nak raya.. suma naik, bagi bola tangung kat pembangkang plak...pikiaq sikit menteri pengguna.. jgn suka nak umum naik je. Pikir sekali kesannya pada rakyat dan government..macam dah letih jadi menteri je??
ReplyDeleteMacam mana UMNO nak koman majoriti dalam parlimen untuk meyakinkan Agong yang ia boleh kendali negara sedangkan gabungannya pun dah mula kapuk, satu 'deposit tetapnya' di saba dan sarawak belum terjamin lagi, kedua sokongan orang melayu terhadap umno pun dah mula merosot walaupun ia cuba menambat dengan kerja bangannya membakar semangat melayu, menjaga istitusi raja, pengaruh agama kristian nak ganti agama rasmi negara, nak memburukkan bakal pemimpin PR yang terlibat dalam seks video, pengkhianat negara, putar alam negara, agen yahudi/AS semuanya dah tak jalan. ketika umno memang tak pandai mentadbir negara-banyak contoh dah diberikan oleh gerakan antimapan negara dari parti politik hingga ke ngo. Apa lagi umno tunggu, nak minta tolong dari Tuhan/Perkasa/imam prokerajaan/tentera/polis/tun madey/peguam negara/spr/sprm? Sulit UMNO nak dapat 148 kerusi parlimen( 2/3 majoriti) kali ini, tapi UMNO bagaikan pejuang Melayu/negara/kroni tak sedar lagi tak mahu mengaku kalah.Umno kena faha jika rakyat sudah bangkit/celik/sedar sulit nak mempertahankan diri mereka. Ini hukum alam. Parti alternatif PR bukannya parti haram, maka tak salah untuk mengambil alih mengikut cara yang dibolehkan melalui kotak undi. Dalam Quran pun tak kata parti PR parti haram atau tak boleh dipercayai.Memamng suli parti UMNO yang sudah lama memerintah seperti PAP di S'pura atau banyak parti tunggal/monarki di Timur Tengah yang lama berkuasa enggan menerima hakikat yang mereka juga kena bagi can kepada parti alternatif.
ReplyDeleteMR saya setuju benorlah apa yg MR kata. Kesianlah bebudak tu dah nak keluar negeri pun tak boleh ha.
ReplyDeleteBukannyer nak kemana...danok jer.
Kalau dah hak lain boleh bagi kpd bukan Melayu..apasai tak leh tukar je PTPTN tu kpd biasiswa. Atau pun gomen cover sikit, pelajar cover sikit..kan samarata? DAH NAK SAMARATA SANGAT.
Orang kaya memang tak rasa apa...sebab tulah tak cukup dengan di rumah cari di luar pulak, nasib baik boleh awek dari China you..hehe.
Barang naik itu biasa lah. Yang marahnya kita, sebab kita pengguna. Cuba tanya peniaga dia marah tak? Dia mana marah sebab boleh bikin duit lebih. Manakan tidaknyer..gula naik 10sen sekilo. Takkan buit kopi secawan guna gula sekilo kot? hahaha. Alamat jadi ibu gula lah kiter nyerrr.
Jadi kalu begitu sama-sama lah kita berpakat jangan kerana marah nyamuk habis dengan kelambu, rumah, anak beranak, jiran tetangga kita nak bakar, bak kata usin wilcha...kita bako
umno tidak terguling pada mana2 pru,yg susut undi pru12 adalah parti2 komponen BN yg lain sj, sekrg org tengok BN atau PR, siapa yang boleh diharap untuk perintah negara? anuar dah tak releven lgi,dan hnya tnggl hadi,kit siang dan azmin ali, dan satu lagi pihak adalah najib dan muhyidin,nampak sangat mcmana sekali pun rakyat perlukan najib dan muhyidin utk teraju negara............
ReplyDeleteTak ada Najib, Mohideen, Anwar, tiada masalah. Mereka politikus, bukan saintis atau doktor pakar. Negara akan tetap terurus. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Ramai lagi yang boleh mengganti tempat mereka. Malah, elok lagi kalau tampok pemerintahan negara kini diganti, supaya dapat idea dan praktis yang lebih baik. Kalau UMNO dah 54 tahun, ini saja pencapaiannya, bagilah orang lain pula mengambil alih. Ynag menang, ialah rakyat, kerana politikus akan sentiasa dipantau dan dikritik. Bukan semacam zaman dahulu, apa saja politikus cakap akan dianggap ayat keramat, bagus, sempurna semuanya. Rakyat sekarang lebih bijak, dan tidak mudah digertak,diomong,dan digempaqkan seperti yang kerap dilakukan oleh Najib dan pimpinan UMNO.
ReplyDeletesri hartamas
teringat pernah makan apom lenggang di alor star...pakat naik harga lagi lah apom ni..
ReplyDelete