UTUSAN MALAYSIA 14/5/2011
Saksi tampil cerita perkara sebenar
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
PULAU PINANG 13 Mei - Kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi-paderi di sini baru-baru ini, seorang saksi tampil menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam majlis berkenaan.
Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, hari ini hadir di Balai Polis Jalan Patani membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai perkara itu.
Mohamed Razali yang merupakan ahli DAP Bahagian Jelutong mengakui dia ada pada majlis kesyukuran itu yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini.
"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di sini selepas membuat laporan itu.
Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam muka depan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.
Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu bigdog di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.
Mohamed Razali menambah, sebagai orang Islam, dia wajib tampil ke depan bagi menceritakan apa yang berlaku pada majlis berkenaan.
"Sebagai orang Islam saya rasa kecewa. Saya ceritakan dalam laporan (polis) apa yang berlaku," ujarnya.
KOMEN:
Tu dia..dia jengoi dah. Saksi yang dok dalam majlis pertemuan paderi-paderi yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu telah muncul membuat lapuran Polis dan mengaku kehadirannya dalam majlis tersebut.
Ini bermakna laporan Utusan Malaysia itu mempunyai asas yang kuat berhubung isu ini. Yang benar tetap benar.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Syabas pada Mohamad Razali kerana berani dan tegas.Ada juga hikmah disebalik menjadi ahli DAP.Demi Islam tak boleh tolak ansur dan dijual beli.Syukur pada Allah kerana keberanian hamba Allah ini.Sandiwara dan wayang tongkoi banyak sangat di Malaysia.Nah apa lagi KDN ambil lah tindakan sewajarnya.
ReplyDeleteSaya sungguh hairan kenapa depa semua dok bantai Bigdog. Apa agenda depa ni? Belum apa2 lagi dah hentam sungguh2. Ni dah ada laporan polis yang menunjukkan posting Bigdog dan Marahku berasas pun depa tak berhenti membelasah Bigdog.
ReplyDeleteBoleh sapa2 bagi penjelasan tak? Bloggers pro UMNO dah tak sebulu ke? Bekelahi pasai apa ni? Tolong ceritakan kepada kami ni yang tak berapa tahu sangat ni. Kalau tak dak apa2 penjelasan saya ingat tak mahu undi BN lagilah. Kawan2 saya pun dah kata macam tu juga. Kalau hangpa nak berkelahi buat apa suruh orang Melayu bersatu?
tu dia!
ReplyDeletetahniah mohd.razali berani tegas kerana pertahan ISLAM, jangan jadi mcm PAS penakut kerana DAP spi islamnya sendiri dah bertabur, hudud dimana,negara islam dimana,semuanya auta belaka,kami ahli PAS pun dah muak dgn telatah pemimpin kami,
ReplyDeletesemua org islam kena bangun dan bersatu dan menentang terhadap agenda anasir jahat terhadap islam........
Salam Mummy,
ReplyDeleteBab pendakwahan agama Kristian dan cita-cita depa awat kita nak heran naa! Nabi awai lagi dah bagi amaran kat umat Islam..depa dan yahudi takkan redha dengan Islam sampai bila-bila. Sabit tu macam-macam cara depa buat untuk hanyutkan umat Islam. Cara depa dakwah dan dakyah maha hebat dan tambah hebat bila dibantu oleh orang Islam sendiri. Kita dok kalut cerita persidangan paderi..coba tanya..adakah kita dan pemimpin kita betui-betui jaga Islam mengikut shariah Islam? Setakat Islam pada nama ada la..tapi bab hati dan akhlak lagi terok dari kapiaq. Mana-mana pemimpin Melayu yang ngaku Islam tapi bini sendiri pun tak pakai tudung/tutup aurat..nak kata ikut/sayangkan Islam camana tu cek oii..selagi pakai mazhab Syafie selagi tu la jambul kat depan kpala tu tak boleh bagi tengok kat orang..takkan tak tau hukum kut? Jadi, kita renong la balik. Jangan la kita biaq mata kita ditaboq pasiaq oleh orang macam Mat Razali tu atau pencacai-pencacai ahli politik mana-mana Parti kat Malaysia ni. Suma orang dah sama tahap ngan peserta-peserta Maharaja Lawak dah..I'M SORRYYY!
Inilah kerja kristian, nak tengok Melayu/Islam bertokak. Muslihat mereka tidak akan berhenti begitu sahaja dan mereka tetap akan menafikan apa sahaja kebenaran!
ReplyDeleteMuslihat kristian dan PENAFIAN mereka dalam www.toksenawi.blogspot.com
Isshhh..saya lama dah dak baca berita dok kalut dgn kerja. Yang peliknya awat Mohd Razali dijemput ke majlis paderi2 ni ya..apa istimewanya Mohd Razali ni sampai dia dijemput ke majlis ni yg chek kira hanya utk penganut depa ja..Maaf la na...ni la bila lama x baca suratkhabaq..Tumpang lalu naaa
ReplyDeletePercaya kepada tuhan.
ReplyDelete