Satu lagi rekod dunia telah tercatat apabila Malaysia disenaraikan di tangga yang ke 10 sebagai konsumer arak yang terbesar di dunia.
‘Ranking’ ini telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semasa melancarkan risalah dan seminars dalam “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” anjuran ‘ The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Malaysia dikira hebat meminum arak atau alkohol kalau dibandingkan dengan negara-negara Mat Salleh yang lain kerana saiz penduduk nya yang kecil tapi kuat tunggang arak. Kadangkala orang Malaysia ini mabuk dan mereng lebih dari Mat Salleh mabuk khasnya malam-malam di Jalan Sultan Ismail dan Bintang Walk.
Statistik oleh badan antarabangsa tahun ini juga menunjukkan bahawa Malaysia menghabiskan lebih dari US$500mil (RM1.5bil) untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak tujuh liter dalam lain perkataan ‘consumption’ Beer di Malaysia adalah 11 liter per kapita.
Hakikatnya pengambilan alkohol di negara ini semakin serius dan ini tidak termasuk arak-arak haram seperti samsu, todi dan tuak yang diproses dalam ladang-ladang sawit.
Jika gejala ini tidak disekat Malaysia akan dilanda Tsunami Alkohol dan akan hanyut lemas dihempas ombak alkohol dan pada ketika itu keadaan sudah terlewat.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Mummy,
ReplyDeleteTodi,arak,gam adalah pegubat hati lara jiwa rakyat maysia yg d kasihi.Astagfirllah!
wawa
Kenapalah letak gambar Fareed Zakaria ni. Dia ni ahli kuat Illuminati dan Council of Foreign Relations.....
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteBaguih no..kitakan juara dalam semua jenih tonggang..dalam hal minum kita juara tonggang..dalam hal politik kita juara tonggang langgang..dalam hal agama kita juara ditonggang parti-parti..yang payah jadi juara..dalam hal tanggungjawab..bila jadi hal yang tak seronok..dan-dan cari dan letak kesalahan kat orang..cakap je pandai..rakyat didahulukan..naya Tok Jib kalu lagu ni. Takkan dalam kesedihan kita sibuk nak cari salah..sepatutnya JKM yang turun padang cari mana-mana pengusaha rumah kebajikan anak yatim dan orang tua..kalu belum daftar..tolongla daftarkan..awakkan jaga kebajikan rakyat..dari menteri membawak ke PAR gaji semua pakai duit rakyat..mana dia slogan pencapaian diutamakan..naya Tok Jib..naya Tok Jib..
Inilah masalahnya Mummy, mcmana nk mengaku kita ni negara Islam contoh. Saya percaya antara negara Islam kitalah no.1 - yg tak baik buat ape. Sepatutnya dlm bajet nanti cukai arak ni dinaikkan sampai beribu2 % pon xpe - rakyat tak marah pon melainkan yg kaki tunggang je komplen. Tp mcm yg lps k'jaan takut nk naik byk2 bimbang pelancung x datang, ehh pelancung ke M'sia nk tunggang arak je ke!!
ReplyDeletetutup ajalah kilang arak kat selangor tu!! kan dulu dah kata, kalau hari ni dapat memerintah, esok tutup kilang arak. hah, tunggu apa lagi?? dah 3 tahun dah memerintah selangor??? tu la lain kali jangan dok cakap berdegar sangat. apa orang buat semua tak betui. hang dapat power hang tak dapat buat pun.. hisyyy..
ReplyDeletemeluat tahap gaban
Perniagaan arak adalah sangat berpotensi untuk mendapat keuntungan yg besar olih itu di sarankan umat melayu menceburi bidang ni.Kita ambil contoh seorang rakyat Melayu kita telah di lantik menjadi pengerusi syarikat arak San Miguel yg berpengkalan Di Philipina.Syarikat tersebut adalah syarikat arak tebesar di filipina dan kedua terbesar di Asia.Hidup Melayu.....
ReplyDeletePAS,PKR sokong DAP, DAP pula raja pertahan arak dan judi, kilang besar di selangor pun tak boleh tutup,manakala pelaku,penzina aksi video di agung2kan, peliwat juga di lindungi parti aslam pimpinan ayah pin klantan........
ReplyDeleteelok sangatlah tanah melayu di landa tsunami dan gempabumi.............
matikan lah golongan yang jauh dan menyimpang dari ajaran islam...
Marilah datang Labuan, kat sini lunch hour sejam pun sempat tonggang, free duty...rokok & arak murah
ReplyDeleteSalam puan,
ReplyDelete1.Sekarang Malaysia dah lemas dengan bermacam-macam kemabukan. Bukan arak sahaja. Statik arak melonjak seperti melonjak nya kemungkaran yang di biarkan berleluasa tanpa segan silu lagi. Gara-gara "human rights". Dulu kalau anak muda berpasangan bukan muhrim, sudah tentu di sergah pegawai cegah maksiat demi Islam. Sekarang?
3.Yang ada kuasa pun takut hendak membendung. Walhal INI NEGARA KITA DAN KITA BERHAK MENJADIKAN NYA DALAM BENTUK YANG KITA INGINKAN. Kuasa pelaksana ada pada kita. Negara luar bukan Islam yang maju, menyedari hakikat mungkar besar yang boleh meranapkan Negara. Mungkar kecil sudah tentu cara / gaya hidup mereka kerana agama mereka membenarkan. Di sini Islam, tetapi terbalik, gagal mendidik masyarakat untuk bebas dari kemungkaran tersebut kerana kita lebih hormatkan nilai budaya bukan Islam. Takut di cop rasis dan hilang undi.
4.Jika di buat penyelidikan, cara hidup Malaysia di laksanakan mengikut Islam sebenar, saya pasti orang-orang bukan Islam lebih akur dan hormat menerapi kehidupan mencontohi Islam dalam kehidupan seharian. Malah mereka di sini sudah terikutkan cara Islam (cuma kita tidak peka) kemudian rasa terpedaya, kerana kita sendiri sebagai Islam suka berkecamuk, fitnah memfitnah, dengki mendengki di sulam pula dengan keruntuhan akhlak pemimpin Islam (zina / rasuah) dan lebih rela berpecah belah.
5.Apa yang pasti melayu Islam sudah ramai TERsesat jalan. Ubat nya, pusing dan balik semula ke pangkal jalan. Bina jalan yang lebih selesa di tanda dengan pedoman-pedoman amaran/tunjuk arah agar kita semua sampai ke destinasi dengan selamat.
6.Timbulkan MUHASABAH dari musibah sekarang.
anom 3:27
ReplyDeleteKlu k'jaan PR tak mau batal lesen kilang arak kat S'ngor, k'jaan pusatlah yg buat lg pun sejak dulu lg sapa yg bg lesen tu. Klu dh mengaku Islam jawablah kedlm kubur besok.
'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor,Undilah PAS dan PKR. Bagi mereka memerintah Selangor pasti arak2 itu akan dibuang segera,.
ReplyDelete