Sunday, May 15, 2011

Maharaja Lawak, Kumpulan Jambu potensi menjadi juara

UNDILAH JAMBU UNTUK MAHARAJA LAWAK
Sekali sekala untuk melepaskan stress dan tension bekerja MR mengikuti juga program Maharajalawak di Astro Warna.

Di dalam ramai-ramai peserta tersebut MR tidak lepas mengikuti perkembangan dan kreativi kumpulan Jambu yang MR kira sangat matang dan menghiburkan.

Mengikuti sejarah pelawak-pelawak tanahair kita, Pulau Pinang khasnya dan kawasan utara tidak pernah lekang menghasilkan pelawak-pelawak tersohor seperti P.Ramlee, M.Zain, Ahmad Nisfu, Maidin, HaSsan Putu Mayung, Imuda dan ramai lagi.

Mungkin loghat Utara itu sendiri menjadi medium untuk membuat orang ketawa.

Apa pun MR mengambil kesempatan di sini untuk sama-sama menyokong dan mengundi sms kepada Kumpulan Jambu yang bakal di nobatkan sebagai Maharaja Lawak jika mereka mengekalkan kreativiti mereka.

13 comments:

  1. R 2 telah terkeluar awal awal lagi.mereka tu bagus.lebih baik dari amir.
    macam mana tu mummy?

    ReplyDelete
  2. ruk yah,
    Katanya minggu hadapan ada undi untuk memasukan kembali mana-mana kumpulan yang dah terkeluar dan diharap R2 dapat kembali kep pentas.

    ReplyDelete
  3. Pelawak zaman lah ni masih tak mampu lagi menyisih kehebatan pelawak seperti m zain, p.ramlee, ar tompel atau lupa namanya, rakan ketiga do-re-me. Lawak kini bukan tak bagus tapi tiada apa-apa ungkapan lawak mereka yang boleh melekat ke sanubari kita, misalnya kata-kata m zain ' i dont know whether i go to hell or heaven' dalam cerita labu labi sangat mengelikan hati! Malah banyal lagi seperti lawak ahmad nesfu ' ad di pakistan, afghanistan, balucistan.... gohead-gostant..... dan p.ramlee mencelah 'sebelah negara syaitan! apa pun harus digalakkan anak-anak muda kita cuba mengatasi lawak pada era 60-an yang klasik tu.

    ReplyDelete
  4. Tahun depan suruh pelawak pelawak UMNO masuk.

    ReplyDelete
  5. saya paling melaut gila dengan jambu.. terutamanya si Yus tu.. ueeekkkk.. nak muntah tengok dia..

    paling best SEPAH... POWER...

    ReplyDelete
  6. nak muntah hijau tengok show jambu.. meluat, jijik...

    ReplyDelete
  7. Nak termuntah tengok SEPAH lawak bodoh....

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy,
    Setakat nak berhibur tu diharuskan dalam Islam..tapi kalu hari-hari sumanya hiburan..bila pulak kita dan anak-anak kita nak pikiaq soal kehidupan di donia, soal masyarakat, soal negara..apalagi soal akhirat? Takdak ka cara lain untuk kita berhibur. Cek bukan apa..terkenang hat yang suka sangat berhibur ni kompem orang Melayu sejak dari zaman Tok Nadok lagi..berabih pun takpa..kena tipu pun rela. Astro buat apa rancangan skalipun nampak sangat nak bagi ralik orang Melayu atas alasan relek-relek. Coba kita perati..mana satu cerita hollywood yang takdak adegan beromen. Cerita dokumentari pun banyak yang memaparkan kezaliman orang kepada kaum yahudi..bahkan dokumentari History of Singapore pun lari dari sejarah sebenar..sikitpun tak sebut pasai dia pernah jadi sebahagian dari Malaysia..tapi dah suma orang pakat kata "ada aku kesah?"..tu yang tak kesah kena zalim dek Astro pun tak sedaq..ada ka patut..dah la jadi pelanggan dia..sebab dia buat rancangan Maharaja Lawak..kena bayaq lain pulaak..2 kali bayaq..tang time "service is currently not available"..takdak pulak Astro bagi rebat..kita bagi lagi duit kat dia dengan antaq undi sms..tu diaa..punya pemurah orang Melayu kita ni..bagi kaya kat penindas..sabit tu Zionis ketawa kat orang Islam terbahak-bahak macam kita tengok Maharaja Lawak la kut?

    ReplyDelete
  9. tak payah la nak suruh orang undi saper-saper kot orang tu baguih orang akan undi tak payah disuruh.

    pada aku Man adalah yang terbaik. Man seoarang pelawak yang kreatif dan ada gaya idea tersendiri berbanding yang lain dan ini diakui sendiri juri-juri profesional. agak menyedihkan jika seorang yang berbakat seperti Man dipersiakan bakatnya.

    ReplyDelete
  10. Mummy Rok,

    Saya setuju sesangat dengan komen Adila. Orang Melayu ni adalah bangsa bertolak ansur dari zaman belum dijajah, dijajah dan selepas dijajah. Saya pun tonton Maharaja Lawak tapi tengok kat Youtube. Percuma. Walaupun bukan live tp xlah lewat sampai seminggu. Dua tiga jam lepas ranc siaran langsung adalah dalam Youtube. Kabarnya astro bukan main marah dan minta Youtube haramkan download ranc tu. Hehe kalau x dpt tonton ranc tu pun x apa, saya x ralat. saya tonton pun sbb nak tengok bakat orang seni dan bila dah tengok barulah kita boleh join buat kritikan membina. bukan mcm sesetengah org, x tengok tp dok kritik.

    Astro adalah penjajah yahudi ke atas orang Islam/Melayu dalam bentuk hiburan...

    Renung2kanlah.


    Kenanga

    ReplyDelete
  11. Lupalah Mummy Rok,

    Saya pun suka tengok lawak Jambu. Ada kelas. Very profesional walaupun ada ketika nampak kurang cerdik sikit. sikit je, x banyak.

    Lawak Sepah mmg mcm budak2 atau cara standard komedi Melayu walaupun ada line depa yang kelakar jugak.

    Jozan kadang2 over confident dikaburi populariti mereka. Saya paling suka episod yang mencuri di surau.

    Nabil sebenarnya very creative cuma sayang dalam episod 7 dia gagal dari segi teknikal. Nabil ada story line.

    Amir memang x patut masuk pun! Dia bukan setakat memperbodohkan penonton tp diri dia sendiri jugak. Kasihan sungguh. Dah lah tu, berlagak pulak minta mamat bagi komen bila ahmad idham 'tegur' dia. dia patut nasib baik ahmad idham x kritik kaw kaw. itu pun kira ahmad idham beralas cakap jugak. saya pun heran mcm mana dia boleh bertahan sampai minggu 7.

    Kenanga

    ReplyDelete
  12. sume peserta ade kekuatan masing2...jambu ngn cara die..sepah,nabil,jozan pn...kne la ade variety nak uat org ketawa...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.