Friday, May 27, 2011

Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan di Kedah sudah mula mengganas

SUNGAI PETANI, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak 13 peniaga di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang di sini kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan gerai mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan hari Khamis.

Seorang daripada peniaga berkenaan, Anita Suriati Aziz, 34, mendakwa tindakan itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.

"MPSPK meroboh kesemua gerai di sini termasuk gerai saya pada hari ini. Ia berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang persediaan kerana pihak MPSPK tidak beri apa-apa notis kepada kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat MPSPK.

Anita yang berniaga roti canai selama 12 tahun di situ, berkata MPSPK tidak menyatakan sebarang alasan yang kukuh berkenaan tindakan merobohkan semua gerai yang sudah sekian lama bertapak di situ.

"Bayangkan pada waktu itu pelanggan sedang ramai dan kami tidak diberi peluang langsung untuk berunding. Jawapan yang pihak MPSPK bagi adalah kerja-kerja meroboh ini adalah arahan daripada pejabat Menteri Besar," katanya.

Peniaga surat khabar Ramlan Abdul Rahman,41, berkata tindakan MPSPK itu telah menyebabkannya hilang punca pendapatan kerana selama ini gerai yang dirobohkan itu tempatnya berniaga bagi mencari sesuap nasi.

"Pendapatan saya sekarang ialah cuma berniaga sahaja untuk membela lima orang anak dengan duit yang saya perolehi sebanyak RM20 hingga RM30 sehari ini.. dan sekarang saya buntu macam mana saya hendak menyara keluarga selepas ini," katanya.

Ramlan berkata sepatutnya pihak MPSPK lebih prihatin dengan masalah peniaga di situ yang mana sekurang-kurang memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu agar mereka boleh berpindah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan meroboh kesemua 13 buah gerai itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada peniaga di situ dan rakyat secara keseluruhannya.

"Hal ini membuktikan hendak mentadbir sesebuah negeri bukan senang dan sekadar menaburkan janji-janji kosong itu memang senang tetapi hendak melaksanakannya bukan mudah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan komputer di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahajothi di sini hari ini.  -- BERNAMA 

Inilah kesan robohan gerai seperti kesan perang Iraq sesudah dibom oleh AS.
Nampaknya Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tidak dapat elak untuk mengikut telunjuk Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu.

Penjaja-penjaja Melayu di Kedah yang rata-rata kais pagi makan pagi sudah  mula gusar dan bimbang menunggu masa sahaja gerai-gerai mereka  akan dirodok dan disodok oleh jentera-jentera besi Ustaz Azizan.

Menurut maklumat yang MR terima semua gerai-gerai yang disodokdi atas adalah gerai-gerai yang dibina di jalan-jalan laluan ke padang golf sempena lawatan KDYMM Yang Di Pertuan Agong ke negeri Kedah baru-baru ini.

Konon ingin dipertontonkan kepada KDYMM pemandangan-pemandangan yang indah dan sejahtera sahaja maka gerai-gerai penjaja Melayu yang telah berniaga selama 14-15 tahun tealah menjadi mangsa atas arahan Ustaz Azizan.

Ternyatalah lawatan KDYMM Yang Di Pertuan Agong bukannya meninggalkan kenangan indah kepada rakyat Kedah tetapi berakhir dengan linangan air mata penuh kedukaan sehingga tertiarapnya periuk nasi mereka ke tanah.

Hakikatnya imej Kerajaan PAS Kedah yang pada mula pemerintahan mereka sudah disenangi rakyat kini telah tercemar.
Slogan 'Kedah Sejahtera' yang diagung-agungkan Kerajaan mereka kini ternyata wayang belaka dan sekelip mata bertukar menjadi 'Kedah Porak Peranda'.

13 comments:

  1. Itu baru betul kalau tidak sampai bila bila dia orang akan berniaga secara haram di tepi jalan atau longkang.Dgn perobohan tersebut akan membuat mereka berhijrah dari gerai kpd kedaiyg lebih sempurna.Kita temgok di Penang lebih 50 tahun orang Melayu masih berniaga di tepi jalan atau longkang dan tidak berani mengambil risiko untuk berubah ke premis yg lebih sempurna.Kita tengok orang cina mereka berniaga secara kecil kecilan kemudian berkembang dgn lebih cepat kerana mereka sanggup ambil risiko dgn tidak mengharap belas kasihan pemerintah.The moral of the story ialah kita tak perlu kesian kpd yg bersalah tapi sepatutnya bertindak dgn lebih tegas agar ketegasan tersebut sebagai "pushing factor"untik mendorong orang Melayu kpd keadaan yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. lightfromsky@yahoo.comMay 27, 2011 at 4:53 PM

    Sesal dulu pendapatan sesal kemudiaan tak berguna. Sapa suruh bagi undi kat PAS,DAP dan PKR..Skrang trima la..nasib..dulu kaau tuduh UMNO & BN macam macam..skrang..nak wat macam mana

    ReplyDelete
  3. azizan dah ikut Guan Eng halau orang melayu berniaga di tepi jalan. sebab orang DAP irihati tengok orang melayu berjaya berniaga kat situ.
    kalau nak roboh pun berperi kemanusiaanlah sikit, jangan zalimi rakyat. Jangan ada kuasa yang tuhan allah boleh buat sesuka hati kepada rakyat. Mungkin ini balasan tuhan kepada orang-orang kedah yang tak tahu bersyukur nikmat yang tuhan beri semasa BN memerintah dahulu

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada semua pengundi yang telah undi PAS hari itu.

    ReplyDelete
  5. PAKMAT TAMAN RIAMay 28, 2011 at 6:21 AM

    ha ha ha spin cepat bila lagi nak spin masa nie laaaa.... isu tengah pana nie.... 50thn perintah melayu masih meniaga tepi jalan itulah jasa hangpa... org cina mana ada dok menenggek tepi jalan mcm nie depa ada restoran besaq2 lampu lip lap lip lap mai tang melayu jasa 50 tahun tepi jalan jaaa.. itu pon salah azizan kaaaa...... nak meniaga buat cara meniaga cari kedai tapak yg berlesen tak laa org nak halau macam nie...apa kata kalau org pie buka kedai depan laman dalam tanah rumah hangpa... reti pulak hangpa halaunya....nie semua buat salah tak buat pon salah... so far nie semua kerja YDP UMNO yg dok kat MPSPK tu jaaa pada hari kejadian YB MANIKUMAR dan MP MERBOK dok di kawasan tersebut dok halang serta manikumar dah call MB dan MB dah bagi arahan suruh tangguh tapi YDP tu gedebe buat juga perobohan tuu.. kalau betoi salah azizan dia dah roboh lama dah...dan juga isu nie manikumar dah tegoq dah dalam sinar sehari sebelom berlaku...itu yg YDP tu hangat hati tuuu...

    cepat aku kata hgpa spin isu nie tengok dok panas nie mana tau kot2 boleh dapat sekoq dua pengundi baru sebelom org tua tu kilas hangpa balik...

    ReplyDelete
  6. anon 4.49

    ya lah tu. disebabkan kerajaan pembangkang yang runtuhkan, terus berdolak dalik konon untuk kebaikan peniaga itu sendiri. cuba kalau kerajaan BN yang buat, tak cukup tanah di hamun, di maki, dicap tak perihatin dsb. get lostlah pas, your days are numbered. mengaku ajalah korang tahu bercakap aja, buat tak reti.

    ReplyDelete
  7. kedah sejahtera rakyat sejahtera,
    syabas MB azizan....., lakukan lagi kerja2 penyiksaan rakyat ketahap maksima....., lakukan mcm jepun lakukan dahulu kpd penduduk tanah melayu.....,hampa berniaga tepi jalan apa untung sangat, tabung memali pun depa curi, sapu habis......, moral depa bukan ada sangat, dok tipu org dah lama, hanya pekak badak saja yang dok sokong depa......,
    lagi pun pejabat MB hanya berani dgn org melayu saja......, bangsa lain macamana????????????????????

    ReplyDelete
  8. Cuba tanya peniaga tersebut sudah berapa lama berniaga di tepi longkang.?.pasti akan di jawab ..perniagaan ni di mulakan oleh datuk nenek saya di tempat ni tanpa apa apa gangguan sehinggalah sekarang apabila dia ambil alih.Tanya lagi sampai bila akan berniaga di tepi longkang.?.di jawab sampai mati dan selepas tu akan di wariskan kepada anak anak pula.Kenapa tak mahu berubah kepada kedai/tempat yg lebih elok?..akan di jawab pelanggan kami sudah mengenali kami/perniagaan kami sejak berzaman....Bila di tanya kenapa masih miskin?...akan di jawab kerajaan tak tolong atau sudah rezki secupak takkan jadi segantang.....itulah Melayu kita apabila gagal salahkan orang lain dan tak mahu berhijrah kpd yg lebih baik kerana sudah terbiasa bau air longkang.

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy,

    Baguih la MB perobohkan gerai-gerai tu..dah la takdak lesen..kotoq pulak..tu la orang kita..meniaga nak untung besaq..Dulu masa PRU 12 depa tekan harga bagai nak rak..kena pulak yang pi makan tu orang Umno mai dari KL..lagi la depa tekan..la jangan nak heboh..hangpa pun jangan nak spin cerita sangat..dulu kat Port Klang gerai kena tertentu kena roboh tapi ada gerai milik orang besaq tak kena..lagi terok..hangpa nak cerita apa..kurang-kurang Ustaz Zizan adil..takdak yang tak kena..betui tak..pikiaq la sikit dik oii!!

    ReplyDelete
  10. Komen MR berat sebelah.Ini semua kerja kotor UMNO masuk campur dlm pentadbiran MPSPK mengarahkan YDP merobohkan gerai-gerai tersebut dgn menggunakan"mastermind"nya adalah Dato Beh,tauke Kelab Cinta Syg dan Tmn Tema Air Carnival.Selepas kejadian merobohkan,adakah puak2 UMNO turun padang utk membantu mangsa ini?UMNO Kedah dah jd pembangkang,batang hidung pun x nampak utk tolong org melayu.Ini bukan kerja PAS utk merobohkan gerai.Atas desakan Dato Beh pd UMNO dan UMNO menggunakan cara kotor utk mendesak YDP utk robohkan.Sy ada maklumat sulit ini.Akan dihebahkan x lama lagi.

    ReplyDelete
  11. Komen dari MR berat sebelah,dan MR main koromo dlm isu gerai kena roboh.Ini semua kerja kotor dari Dato Beh mengarahkan UMNO Merbok utk memperkudakan YDP utk merobohkan gerai tersebut.Dato Beh memberi alasan bermcm2 kpd YDP ttg gerai tersebut sejak tahun 2008,setelah UMNO kalah dlm PRU12,maka Dato Beh hilang kuasa.Dan pd Jan 2011 pula,Dato Beh mendesak sekali lagi pd YDP utk menutupan gerai tersebut dgn alasan Dato Beh ingin membesar dan melebar jlb tersebut dgn duit poketnya sendiri,maka rancangannya ditolak oleh YDP atas alasan jln kat situ masih elok dan baik.Maka dgn kedtgan Agung baru2 ini,Dato Beh mengambil kesempatan yg ada mendesak UMNO yg penuh korup serta "kurap" memberi tekanan pd YDP dlm isu gerai ini.Sekarang YDP telah berjaya mendengar kata2 dari UMNO.Sy mempunyai bukti dan sy akan dedahkan tak lama lagi..Tunggu masanya akan tiba...

    ReplyDelete
  12. jangan salahkan MB atau PBT atau sesiapa yang menjalankan kerja-kerja perobohan. Sampai bila kita nak tengok bandar kita yang maju dan cantik ni diselit sana sini dengan gerai-gerai hodoh yang dibina ikut suka.Bukalah minda sikit...

    ReplyDelete
  13. paku dulang paku dkubur ,taik sendiri pehuh kat jubur.jgn terburu2 buat fitnah ini kerja krjaan PAS.dah tengok/dengar betul2 siapa dsebalik dalang kerja tu?.Memang celaka otak melayu umno ini.xhabis2 nak tipu/fitnah org.HARAMJADAH puya otak umno.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.