Thursday, May 19, 2011

Melayu Kedah hanya masuk angin keluar asap

Hasil dari lawatan kerja PM DS Najib ke New York beliau telah berjaya menyakinkan pelabur AS untuk membawa mereka melabur di negara ini. Ini lah bukti kewibawaan kepimpinan beliau.

Dijangkakan beberapa firma multinasional Amerika Syarikat akan melabur antara AS$5 bilion dan AS$6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.

Motorola sahaja akan melabur kira-kira RM4billion di Pulau Pinang dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

Ini membuktikan kejayaan besar lawatan ini adalah untuk rakyat DAP Pulau Pinang. Kerajaan PAS Negeri Kedah ternyata melopong kerana politik Melayu Kedah baik UMNO dan PAS hanya pandai berpolitik tetapi tidak pandai menarik pelabur.

Kerajaan Negeri Kedah seharusnya turut serta dalam rombongan dagang bersama DS Najib ke New York untuk menarik pelabur ke Kulim Hi Tech.

Jika tidak mahu membawa pemimpin PAS sekali pun, DS Najib boleh membawa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Bashah Abu Hanifah kerana Datuk Bashah dilihat bakal menjadi MB jika BN menawan Kedah.

Mungkin Datuk Bashah tidak pandai berbahasa Inggeris kerana terpaksa mengulangi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sebanyak tiga kali, tetapi beliau boleh membawa bersama Kamus Oxford sebagai rujukan semasa berinteraksi dengan Steve Job atau Bill Gates.

Paling tidak pun soalan yang mudah untuk beliau tanya Steve Job ialah “How do you do? Ayam patuk itik sudu”.

Hakikatnya Cina Pulau Pinang akan terus ‘flourish’ serta makmur seperti Singapura manakala Melayu di Kedah hanyalah masuk angin keluar asap.

9 comments:

  1. Dulu kala zaman BN ada la Kulim Hi-Tech pi ikut, tapi semenjak dua menjak ni dah tak ikut dah PM ke luar negara, hanya syok sendiri buat lawatan sendiri

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy,

    Mummy nak heran apa? Penang tukan penuh dengan orang Cina..bab duit atau ekonomi ni depa buleh sepakat dan tolak tepi apa-apa perbedaan fahaman politik. Yang tak reti nak beda ni orang kita..sampai bab agama pun kena ikut parti. Barang kali orang kita nak tunggu kena macam orang Palestin baru cerita nak sepakat kut? Isyh..minta jauh la.

    ReplyDelete
  3. hahhaa.. mummy2.. 1 peluru 2 musuh. Tapi yg hancur berkecai ialah orang yg tidak bersalah.

    Drpd suruh org bw kamus kenapa tidak sahaja tembak ustat2 yg sedap duduk kerusi empuk.?

    ke MB dan semua exco 2X5 dgn si bashah tu.?

    Mummy.. ~~ pukul2 gak... tapi kalau pukul senget sebelah... tak ubah la macam harakah.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong sangat Cik Mummy oooiii..Kedah kena berubah kalau tidak mereka rebah.

    Lawatlah blog saya kalau lapang-lapang www.tigakalisrp.blogspot.com

    Ta ta ti tu taaaa

    ReplyDelete
  5. lawak betoi blog mummy hari ni. saya macam tak pecaya Datuk Bashah tu sampai ambik SRP tiga kali. kalau oghang macam ni jadi MB Kedah, rosak Darul Aman. Dato Seri Najib pulak saya dengaq ada orang kata, tak habeh pun pengajian Sarjan Muda dia...fitnah kot...

    sri hartamas

    ReplyDelete
  6. Tapi kena ingat juga pelabur asing yang juga merupa pemain korporat(corporate players)tidak ada masa nak memperbetul struktur masyarakat yang pincang, misalnya nak membantu bumi/melayu/pribumi dalam aktiviti mereka, mereka nak membuat keuntungan semaksimum yang boleh seperti juga di Singapura yang mana 10% rakyat teratas meraih RM57,000 sebulan dan 10% terbawah(majoriti orang Cina S'pura) mendap
    at RM 5,000 sebulan. Ada kesedaran di S'pura yang struktur ini harus diubah. Di sana orang Cina yang tertindas oleh orang Cina Singapura
    Sama di Pulua Pinang yang dapat untung besar adalah pemain korporat tempatan dan nak serapkan ramai jurutera anak Melayu ke dalam kegiatan elektrikal/elektronik menjadi masalah kerana pendidikan yang mereka terima tidak menyediakan mereka dengan mutu yang baik, lemah dalam komunikasi bahasa Inggeris, Jadi pelaburan asing dari AS tu nampak indah dari khabar dari segi nak membantu ramai profesional bumi/pribumi/Melayu apa tah lagi jika dibuat di Kedah. Pendidikan tinggi kita tidak membekalkan modal insan bumi/pribumi/Melayu dengan kemahiran teknikal yang baik. Paling baik mereka akan menjadi pegawai dalam bidang 'human resources'.Betul kita keluar banyak graduan teknikal tetapi mutunya bolehkan diterima oleh pelabur asing? Beribu garduan kita menggangur kerana tiada kemahiran lunak(soft skills), sedangkan graduan yang baik dah nak belah ke negara lain.Pelabur asing nak graduan berupaya bertutur dalam bahasa Inggeris yang baik, garduan kita segan atau tidak diberi kursus bahasa Inggeris yang baik. Program Transformasi Negara banyak dipacu oleh swasta dan swasta maklum saja mahukan stafnya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.Pelabur asing tak minat anada pakar dalam sastera/bahasa Melayu/ agama/BTN/ kerana semua itu tidak dapat menjana tambah nilai ekonomi melainkan naikkan semangat patriotisme yang dianjurkan oleh UMNO.

    ReplyDelete
  7. "pukul anak sindir menantu"...orang di kedah ni tak mau maju kot? nak idup macam kelantan; rakyat depa pun la ni dok hijrah di luaq. tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  8. cina boleh bersatu pasai duit & ekonomi,melayu tak boleh bersatu atas seagama islam,tapi melayu boleh bersatu dan menyokong penutuh pungkok....sangat pelik,
    pemimpin2 ni elok kita pilih dari kalangan lulusan darjah 6 dan SRP saja lah,kerana depa ni lah yang dudok ke kampung2 dan kalu sakit senang depa tolong.......

    ReplyDelete
  9. nie la sikap melayu..suka memperlekeh org lain...sampai bila nak maju??bukan semua cerdik pandai boleh menjadi pemimpin atau pentadbir urus yg bagus..kalau ada PHD tapi penuh hasad dengki pun tak ada guna juga...ramai pemimpin Asia barat, malah di kalangan pemimpin negara China sendiri tk tahu pun berbahasa Inggeris, tp boleh plak negara mereka maju...so...nak tembak pun, gunalah iman sama...gamak mummy rokiah hebat sgt berbahasa inggeris, jadilah penterjemah pd dato bashah..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.