MR simpati dengan blogger Shown sedang bercakaran untuk memulakan blog baru.
Blog www.marahku.blogspot.com nampaknya telah diserang hendap dan selamat ditalkinkan oleh pihak yang anti Islam. Keceluparan blog tersebut nampaknya tidak disenangi mungkin takut kacau bilau akibat pendedahannya.
Dalam perkembangan yang lain, apa yang menarik telah muncul satu lagi Blog yang mengelar dirinya toksenawi.blogspot.com Tok Senawi bertujai tentang kandungan Bible yang dilabelkan sebagai ‘Kitab Porno’.
Mungkin blogger ini cicit Ahmad Deedad atau piut Ahmad Deedad MR kurang pasti. Tapi agak menarik hujah-hujah yang beliau debatkan tentang bible.
Selamat menegakkan Islam kepada Blogger Tok Senawi.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Jika kita serang orang, orang akan serang kita balik. Tidak perlu hina menghina.
ReplyDeleteKalau kita kata Onan berzina, sebaliknya dalam Islam wajib mempercayai anak anak nabi Adam berkahwin sesama mereka. Pada ketika itu mereka bukan berzina. Bukannya hukum yang kita pegang sekarang ini apply kepada umat umat yang sebelumnya. Agama turun beransur ansur. Islam di sempurnakan kepada nabi SAW selama 30 tahun. Selepas arak di haramkan baharulah ia menjadi haram.
Semoga rakan rakan kita berhati hati. Jangan ikutkan hati kecuali kita mempunyai ilmu dan hujah yang secukupnya sebagaimana anugerah Allah kepada allahyarham Ahmad Deedat.
Wallahualam
Setuju dengan pandangana UMA , tetapi harus kita sedar sikap ini juga boleh mengelirukan dan memungkinkan kita dari berkata yang Haq & Bathil.
ReplyDeletePersoalan yang diutarakan disini adalah KETULINAN kitab yang dikatakan dari Tuhan yang ESA , ALLAH swt.
Contoh yang ditampilkan UMA hanyalah peradaban dan perlakuan manusia.Ini lah kekeliruan yang kita harus sedar.
Mempertahankan dan memurnikan kitab Allah[AQ dan keasliannya],bila fahaman salah secara tidak langung umat Islam menyakini Bible adalah kitab Allah dan menerima kristianiti sebagai agama dari Allah juga sekalipun jelas penyelewengannya.
Hasilnya umat Islam secara sedar mahupun tidak mendustakan AQ.Yang akhirnya berkesudahan dengan fahaman PLURISME agama,Nauzubillah minzalik.
wallahuwa'lam.