Wednesday, May 18, 2011

Ada di antara pengeritik filem Merong Mahawangsa tidak membaca Hikayat Merong Mahawangsa

MR tertarik dengan beberapa pengeritik filem Merong Mahawangsa di dalam forum anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka baru-baru ini klik Kritikan Merong Mahawangsa

Mengikut ahli sejarah dan pengkaji Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) Datuk James F.Agustin , MM adalah cerita mitos atau dongeng klik Cerita Dongeng Burung Garuda.

Malah Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh sendiri pernah menulis kertas yang bertajuk 'Hikayat MM di antara realiti dan mitos' dalam konklusinya bahawa 'Dalam penggembelingan fakta-fakta sejarah unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat realiti yang subjektif dan bukan bersifat objektif''.

Dalam lain perkataan HMM bukan lah naskah sejarah. Cuma yang membezakan di antara HMM dan filem HMM penerbitan KRU ialah catatan di dalam naskah asal HMM ialah Merong Mahawangsa bertarung dengan Garuda seperti yang digambarkan dalam hikayat itu sebagai separuh manusia dan separuh burung manakala apa yang difilemkan ialah pertarungan MM dengan lanun laut.

Menurut cerita dari naskah asal HMM juga senjata yang digunakan oleh MM ialah anak panah yang bernama Jentayu dan boleh bertukar menjadi burung apabila dipanah kearah Garuda.

Hakikatnya naskah HMM bukan nya naskah sejarah, Pengarahnya, Yusri Halim bebas mengolah, mengadun dan mempersembahkan filem mereka dalam bentuk apa sekalipun tanpa lari dari cerita asal HMM malah tidak perlu digarap berdasarkan fakta kerana HMM adalah cerita mitos dan dongeng tidak seperti Bukit Kepong filem sanjungan Jins Shamsudin.

Semoga Yusri teruskan dengan hasil yang lebih hebat cuma biarlah cerita berjalan 'fast cut' kerana filem MM terlalu 'slow' dan  lakonan MM terbawa-bawa dengan lagak Jack Sparrow dalam filem 'Pirate Of Caribbean'.

3 comments:

  1. nama lagi filem; bukannya rencana (documentary). asalkan penerbitnya tidak mengatakan ianya fakta sejarah, penerbit dan pengarah bebas meluahkan kreativiti mereka.

    saya meminati karya Frederick Forsythe yang menjalin fakta dan fiksyen bagi menghasilkan cerita jalan yang begitu menarik (day of the jackal dan the odessa file). begitu juga dengan james cameroon dengan 'titanic'.

    audiens menerima karya tersebut dengan baik sekali dan tahu menilai apa fakta sejarah dan apa yang dikatakan kreativiti.

    apakah pengkritik HMM ini bak pepatah inggeris 'splitting hair'?

    ReplyDelete
  2. gambar yang bagos.. tapi skrip.. susunan dailog aduhai mcm cite hong kong, dailog jacky chan. cerita epik cina spt crouching tiger hidden dragon dll pun tak segelojoh itu. saya kritik bukan bahasanya tapi dailognya yg lemah.
    pada yusri teruskan berkarya, saya tak pasti samada yusri mempengaruhi dailog sampai jd begitu, sbb 2 penulis skrip di situ termasuk yusri. kalau betul, tumpukan saja pengarahan.

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy,
    Kreativiti Yusri patut kita puji dan galakkan..janganlah kita kritik secara yang tidak realistik tak tentu pasai. Cek setuju dengan Anon May 18,2011 11:55 PM..namapun filem fiksyen..ikut suka dia la..cuma satu saja pada cek..kalu suma watak dalam filem tu cakap bahasa Melayu kan baguih..takkan sebab nak marketkan filem kita kat oversea kita terpaksa pinggirkan bahasa kita pasai takut tak laku..bahasa menunjukkan bangsa dan kitalah penentu sama ada orang lain hormat kita atau tidak. Cek seronok tengok filem Langkasuka..suma cakap siam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.