(Sumber Utusan 29/11/2009)
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.
“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.
November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.
Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras.
Sejuta keluarga? Kalau di darab pukulrata empat isi rumah dalam satu keluarga ini bermakna 3 juta populasi rakyat negara ini berada dalam tahap miskin dan miskin tegar. Satu angka yang cukup menakutkan di dalam negara yang kita laung-laungkan sedang maju atau negara yang sedang menuju kemajuan.
Persoalannya apa yang telah kita lakukan sepanjang 52 tahun Merdeka? Adakah ini hasilnya? Di mana usaha-usaha merapatkan jurang kaya dan miskin yang kita laung-laungkan selama ini?
Apakah untuk popular di dalam politik kita harus menyogokkan subsidi demi subsidi ?
Skim SUBUR nampaknya tidak praktikal dan bakal mengundang penyelewengan kupon dan membaja kemalasan di kalangan rakyat khasnya orang-orang Melayu dan UMNO.