Sunday, January 31, 2010

Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mula membuasir

Chuvanist

Komunis

Dictator

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang merangkap MP Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim nampaknya cukup menyinga dengan sikap Lim Guan Eng berpunca dari Lim Guan Eng tidak menawarkan tender Pengswastaan Pengurusan Bukit Jambul Golf Club atas alasan syarikat Zahrain hanya bermodalkan RM2 bersamaan dengan sekeping Roti Canai berintikan sardin.

Zahrain telah menyatakan bahawa Lim Guan Eng mengamalkan corak kepimpinan Komunis, Chuvanist dan Dictator yang belum lagi dilabelkan pada mana-mana pemimpin dalam negara ini.

Kata Zahrain Lim Guan Eng Komunist, Dictator dan Chuvanist kerana :

a) LGE berucap dalam Bahasa Mandarin semasa convension Pakatan baru-baru ini.
b) LGE berjanji semua sistem tender akan dibuat secara terbuka tetapi sebaliknya beliau sendiri secara peribadi mempengerusikan lembaga tender dan ditawarkan tender kepada kenalan beliau.
c) Gerai-gerai peniaga Melayu diroboh dan lesen-lesen mereka ditarik balik.

Hakikatnya sikap Lim Guan Eng ini di warisi dari bapanya Lim Kit Siang dan datuk mereka Lee Kuan Yew. Mereka bersandiwara di hadapan Melayu Pulau Pinang dan Melayu Pulau Pinang terpikat dan jatuh cinta dengan Lim Guan Eng apabila beliau membawa contoh Khalifah Omar.

Friday, January 29, 2010

Mana himpunan memberi bunga di Jalan Bukit Bintang?

Apabila berlaku insiden beberapa gereja dilontar minyak gas yang boleh membakar maka ramailah NGO yang bersimpati, ada yang mengadakan himpunan aman memberi bunga kepada pejalan-pejalan kaki di jalan Bukit Bintang malah ada NGO Melayu yang menawar diri membuat kawalan berjadual di setiap gereja yang terdedah kepada serangan.

Ini dilakukan bagi menyatakan manifestasi cinta mereka kepada kemanan negara ini.

Beberapa hari lepas berlaku lagi satu insiden mesjid dilontar dengan kepala khinzir @ babi. Kita masih menunggu bilakah NGO-NGO ini akan berhimpun memberi bunga pula kepada pejalan-pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang atau KLCC.

MR ingin cadangkan kalau ingin memberi bunga biarlah bunga rampai, bunga ros atau bunga kenanga kerana baunya harum. Jangan pula diberi bunga cempaka yang banyak ditanam di atas kubur.

Dengan harapan bunga-bunga yang wangi ini lambang menutup bau kepala khinzir @ babi yang najis dan busuk.

Sunday, January 24, 2010

September 11 satu pementasan

Posting di bawah dipetik dari - www.merboktimes.blogspot.com

Pada tahun 1946. President Truman meluluskan “Project Paperclip” untuk membawa saintis-saintis Nazi Hitler yang terbilang ke AS.

Seramai lebih kurang 700 orang “Mind Scientist” telah digerakkan untuk mengujikaji teknik menawan minda.

Menawan minda adalah strategi “Psychological Warfare Weapon” atau senjata Hitler untuk menawan planet ini.

Mempelajari straegi Nazi, saintis AS telah membangunkan sendiri aplikasi ini dengan menamakan projek MK-ULTRA.

MK-ULTRA adalah siri program CIA di dalam ujian “Brainwashing” untuk menawan minda dengan mengunakan dadah, kejutan elektrik, kejutan insulin dan lain-lain. Maka itu adalah tidak mustahil selepas setiap satu peperangan yang pasti akan muncul dadah-dadah baru.

Program-program ini begitu terancang dan “sophisticated” dengan peruntukan yang banyak di dalam proses Americanization planet ini.

Nampaknya proses Americanization oleh CIA dalam Negara ini berjalan lancar. Apabila Che Det membangkitkan kembali kejadian tragedy September 11 adalah satu pementasan yang rapi terdapat goblok-goblok Yahudi dan Amerika melenting menentang kenyataan Che Det.

Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian membidas Che Det kerana kenyataan tersebut tidak membantu di dalam menaikan imej Negara dan ketegangan agama yang sedang bergolak di dalam negara sekarang.

“Dr Mahathir harus boleh membezakan di antara cerita fiksyen Hollywood, Avatar dan reality kejadian 9 tahun dahulu” kata Ibrahim.

Apabila melihat video dan fakta-fakta konkrit yang didedahkan dalam video tersebut ternyata Che Det mempunyai alasan yang kukuh untuk menyatakan tragedy September 11adalah satu pementasan yang halus, bijak dan penuh muslihat.

“Wars are not won on a battlefield but they won in the mind of the people” Mark Phillips, Intelligence Insider – former CIA Operative.

Friday, January 22, 2010

OH MY GOD! Umat Islam baru mengenal Allah?

(Sumber Utusan Malaysia 22/1/2010)
God bukan Allah - IKIM
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.
''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.
Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin,
Panel lain ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.
Seramai 70 peserta mengikuti muzakarah itu termasuk wakil Jabatan Peguam Negara, pihak berkuasa agama negeri, ahli-ahli akademik daripada institusi pengajian tinggi (IPT), badan-badan dakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
''Saya berpuas hati kerana perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan harmoni walaupun para peserta datang daripada fahaman politik yang berbeza ,'' katanya.
Abdullah berkata, IKIM mengambil pendekatan menganjurkan muzakarah memandangkan kemelut isu penggunaan kalimah Allah telah menimbulkan kekeliruan,kecelaruan dan boleh membawa kesan negatif bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada penganut agama Kristian. Beliau berkata, dalam perbincangan itu, peserta bersetuju bahawa mereka perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan beragama


Betapa parahnya maruah umat Islam dalam Negara ini sehingga terpaksa mengadakan muzakarah menghimpun tokoh-tokoh dan cendiakawan-cendiakawan Islam untuk bermuzakarah dan mengenalkan “which is God” and “which is Allah”.

Apakah selama ini umat Islam dalam negara ini belum mengenal Allah? Kalau begitu apa maknanya pengucapan dua kalimah syahadah dan rukun-rukun Iman yang mereka hafal dari mereka kecil sehingga baligh selama ini?

Memang tepatlah penubuhan Institut Kefahaman Islam kerana masih ramai yang tidak faham tentang Islam termasuk umat Islam sendiri.

Inilah impak dan akibat dari kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan segalanya yang dipelopori dasarnya oleh Kerajaan Pak Lah Badawi dahulu.

Akibat kebebasan ini , hari ini fahaman Islam telah diputar belitkan oleh mereka yang beragenda besar sehingga umat Islam sendiri hilang sasaran dan ketegasan dalam prinsip serta pendirian mereka.

Mereka bermuzakarah di dalam ruang lingkup isu-isu dalaman mereka sahaja kerana mulut dan lidah mereka dikelukan secara terhormat takut dilabelkan extremis dan terrorist. Secara atomatik mereka juga adalah pengemis dalam mahligai mereka sendiri.

OH MY GOD!

Thursday, January 21, 2010

Menteri Kerja Raya, Shaziman dikencing

Blog Che Det mendakwa mendapat maklumat jumlah sebenar lori pasir dari Johor yang memasuki Singapura adalah 700 buah lori sehari dan bukan 500 buah lori sehari seperti dinyatakan Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya.

Itulah akibatnya kalau Menteri tidak berkerja secara ”hand’s on” begitu mudah dikencing oleh pegawai-pegawai yang ada kepentingan.

Beliau hanya percaya seratus peratus maklumat dalam satu taklimat yang dihadirinya semasa melawat Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Kastam Tanjung Puteri, Johor pada November tahun lalu dan menyatakan kepada media bulat-bulat apa yang diberitahu.

Malah beliau sendiri tidak tahu sama ada pasir yang dijual ke Singapura itu adalah pasir biasa atau silica dengan alasan bahawa perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Menteri-Menteri muda yang ada harus belajar dari Tun M bagaimana beliau bekerja. Supaya mereka tidak mudah dikencing oleh KSU, TKSU dan Ketua-Ketua Pengarah kementerian mereka yang semuanya ada agenda dan “retirement plan” masing-masing.

Sebagai Menteri yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Awam dari Indiana Universiti, AS, Shaziman harus boleh membezakan mana satu pasir dan mana satu silica.

Menteri-Menteri juga harus ingat bahawa kerusi empuk Menteri adalah dari rakyat dan untuk rakyat bukannya untuk berjoli dan membangga diri.

Tuesday, January 19, 2010

Langkawi kotor – Apa Ustaz Azizan harus lakukan untuk disayangi rakyat?

Apabila MR menyentuh peranan MB Kedah, Ustaz Azizan di dalam menangani kekotoran di Langkawi, MR telah dihujani dengan berbagai komen melalui email ada yang pro dan ada yang kontra.

Apa pun ada beberapa tips atau petua-petua kepada Ustaz Azizan bagaimana memikat sanubari rakyat Kedah untuk terus Ustaz Azizan memerintah negeri Kedah Darul Aman.

Jika diamalkan tips dan petua ini nescaya rakyat Kedah akan sayang Ustaz Azizan seperti rakyat sayangkan Tun Mahathir selama 22 tahun. Amalan ini juga jarang-jarang sekali diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kerana mereka hanya lebih rethorik dari praktik. Janganlah Ustaz ingat MR nak mengajar pulak, semuanya terpulang kepada Ustaz Azizan.

Apa yang Ustaz Azizan harus mulakan ialah mebawa buku catatan kecil seperti buku tiga 5. Setiap hujung minggu naik Pajero pandu sendiri tengok pasar kotor, sampah tak dibuang dan rumput panjang buat catatan keesokannya "call" Majlis Bandaraya bagi tau Datuk Bandar.

Minggu berikutnya ronda lagi, masih kotor tegur lagi dengan nada yang keras sedikit. Tengok tiang lampu condong catit. Tengok tandas kotor catit. Longkang tersumbat catit. Ada pokok yang mati catit.
Di dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bangkit lagi isu-isu ini. Tak ambil tindakan bantai dalam mesyuarat.

Inilah yang dikatakan pemimpin “hand’s on”. Dekat di hati rakyat. Rakyat akan sayang pemimpin. Inilah yang dilakukan oleh Mahathir semasa jadi PM.

Selama ini rakyat Kedah beranggapan “core business” PAS hanyalah berceramah dan berkempen berapi-api dan tidak mampu menjadi pemerintah. Stigma dalam minda mereka ini harus dihakis dengan tindakan pro-aktif seperti yang di atas oleh Ustaz Azizan.

Insyallah kekal sehingga tiga penggal lagi.

Syaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya yang pandir

Blog Che Det mendedahkan bahawa setiap hari sebanyak 700 buah lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura. Kata mereka yang ingin menegakkan benang basah bahawa itu bukan pasir tapi silica.

Silica adalah sejenis bahan di dalam pasir yang digunakan secara pesat dalam industri kaca, gelas minuman, botol kaca, optik fiber dan lain-lain.

Kalau dicongak satu hari 700 buah lori dan satu tahun 253,000 lori, persoalannya yang mana satu silica yang mana satu pasir?

Menteri Kerja Raya mesti menyakinkan kabinet berapa lori pasir dan berapa lori silica satu tahun dan rakyat berhak tahu kerana inilah tanah tumpah DARAH mereka.

Jangan pula ada "arrangement" dalam pasir ada silica dalam silica ada pasir.

Sunday, January 17, 2010

Langkawi kotor, rakyat tunggu Ustaz Azizan bertindak

Lawatan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen ke Langkawi baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam apabila mulut habiaq(celupar) Ng Yen Yen menegur secara terhormat Langkawi belum begitu bersih atau dalam perkataan yang paling mudah ialah kotor, hanyir dan jijik serta masalah ini perlu perhatian yang serius.

"Saya katakan Langkawi masih kotor, saya lihat ada sampah, botol kosong yang terbuang di tepi-tepi laut," kata beliau.

Langkawi juga merupakan tempat rehat mantan PM Tun Mahathir di mana hampir setiap bulan Tun akan datang samada berehat atau sambil memantau kedai roti beliau The Loaf.

Tun juga selalu menegur tentang kebersihan ini hampir berbuih mulut tetapi entah apa tindakannya pun masih kabur. Siapa yang bertanggung jawab? LADA kah? Majlis Perbandarankah? Rakyatkah? Excokah? atau Ustaz Azizahkah? Inilah persoalannya.

Semasa MR di Pulau Payar tahun lepas terdapat sampah sarap berterapongan di atas permukaan laut Marine Park itu. Apabila ditanya pada Jabatan Laut kata mereka banyak sampah-sampah itu datangnya dari Pulau Pinang.

Apa kata Ustaz Azizan dan Exco Pelancongan?

Friday, January 15, 2010

Apa yang masih tinggal pada kita? - Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Posting di bawah dipetik dari artikel Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di dalam blognya - www.ridhuantee.blogspot.com.
(Perhatian: Artikel ini tidak dapat disiarkan oleh akhbar pada 10 Januari 2010, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, seperti biasa artikel seterusnya akan menyusul Ahad ini)

Saya terpanggil untuk menulis mengenai polemik kalimah Allah yang telah
diputuskan oleh mahkamah yang berpihak kepada Kristian Katolik baru-baru ini.
Penulisan yang menyokong keputusan mahkamah memenuhi setiap ruang laman-laman web ultra kiasu tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam. Begitulah wajah sebenarnya mereka yang selalu menuduh media lain tidak betul, siapakah
sebenarnya yang betul? Kumpulan ini tidak pernah bersyukur, malah semakin berani menunjukkan belangnya.

Saya tidak menafikan hak agama lain untuk menggunakan kalimah Allah, sekurang-kurangnya kalimah ini menjadi sebutan mereka, manalah tahu suatu hari ini merekapun turut ikut bersunat. Namun, saya amat musykil, tetapi kenapa baru sekarang menjadi isu besar? Apakah tujuan di sebaliknya? Siapakah sasaran mereka? Sebagai umat Islam kita perlu memahami isu ini.

Bagi mereka yang tidak menyertai NGO, mungkin mereka tidak berapa nampak niat mereka yang sebenar. Tetapi bagi kami yang selalu berdamping dengan NGO, kami sudah masak dengan teknik dan taktik mereka ini. Mereka tidak akan berhenti untuk menuntut sehingga cita-cita mereka tercapai. Mereka akan menuntut semaksima mungkin, walaupun nampak seolah-olah tuntutan tersebut amat ekstrim.

Mereka tahu, jika kerajaan tidak memenuhi kesemuanya, sekurang-kurangnya
kerajaan akan memberi sebahagian. Sebahagian itu adalah kemenangan besar kepada mereka. Dengan sebab itu, kerja mereka hari ini ialah menuntut dan mendesak, apatah lagi ketika umat Islam dilanda perpecahan yang begitu melemahkan. Saya tidak fikir mereka sebegitu berani jika umat Islam bersatu. Sejarah menunjukkan bahawa apabila sesebuah bangsa itu kuat, biasanya ia akan digeruni.

Rakan-rakan facebook saya mengadu, ada kalangan orang Melayu Islam telah keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Kumpulan ini begitu aktif menjalankan kerja dakwah mereka walaupun mereka tahu ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Hal yang sama pernah berlaku kepada Siti Hasnah Vengarama atau Banggarma Subramaniam baru-baru ini. Kita begitu hairan kenapa orang bukan Islam begitu berani ‘menikahkan’ Banggarma dengan lelaki bukan Islam yang ternyata bertentangan dengan perlembagaan dan salah di sisi undang-undang.

Walaupun Banggarma mengatakan bahawa dia sudah tidak Islam lagi, tetapi beliau masih tertakluk kepada undang-undang syariah, tidak kiralah sama ada dia
beramal dengan Islam ataupun tidak. Mereka yang bertanggungjawab menikahkan beliau, sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa agama, sebagai tanda menghormatan ke atas agama Islam. Ironinya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam. Tidakkah ini dinamakan toleransi?

Saya masih ingat, apabila isu ini disensasikan, belum apa-apa lagi kita lihat reaksi Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan Banggarma menganut agama Hindu dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah. Paderi Kristian selaku presiden MCCBCHST berpendapat, murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi tersebut mendesak agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah dikatakan tidak layak kerana tidak mempunyai bidang kuasa ke atas ‘mereka yang tidak mengamalkan agama Islam’.

Persoalan saya, siapakah paderi tersebut untuk mengatakan sama ada Mahkamah Syariah layak atau tidak mengadili kes ini. Janganlah bertindak seperti hakim. Kita harus bersifat professional dan bukan beremosi serta bersentimen. Hormatilah kedudukan Islam selaku agama persekutuan.

Ini tidak, belumpun perkara ini dibawa ke mahkamah, mereka sudah menjadi hakim. Saya amat bimbang jika wujud hakim seperti ini dalam mahkamah.

Berbalik kepada kes kalimah Allah ini, semua badan NGO bukan Islam bersatu hati mahukan kita menghormati keputusan mahkamah. Ironinya, bila keputusan menyebelahi bukan Islam, kita disuruh menghormati mahkamah dan keputusan itu adalah keputusan yang adil, tetapi bila keputusan menyebelahi orang Islam, kita kata mahkamah berat sebelah dan telah dipengaruhi tangan-tangan tertentu. Adakah tindakan ini wajar? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional?

Apa jua alasan kita mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, mudarat dan sakitnya lebih dirasai oleh umat Islam. Sepanjang pengamatan saya, di negara-negara barat majoriti Kristian, kalimah Allah tidak pernah digunakan sama sekali, sama ada digereja-gereja mahupun percakapan harian. Malah dalam filem-filem merekapun, saya tidak pernah menonton atau mendengar kalimah Allah digunakan.

Tidak dinafikan bahawa kalimah Allah telah digunakan di Indonesia dan beberapa negara Arab yang lain. Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, adakah ia bermakna negeri lain perlu terikut sama?

Saya cukup hairan kenapa kita harus melayan tuntutan Kristian di Semenanjung yang hanya berjumlah kurang dari 9 peratus, berbanding dengan agama lain yang lebih dari itu. Seperti yang saya sebut sebelum ini, walaupun mereka sedikit, publisiti mereka sehingga menenggelamkan agama yang lain. Sedangkan kita tahu
dari segi hak, mereka yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme mempunyai
lebih sedikit hak, sebab mereka ada 22 peratus.

Pada saya, apapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama Allah, perlu ada pertimbangan antara mudarat dan sensitiviti umat Islam serta kesesuaiannya dengan perlembagaan negara kita. Bukanlah bermakna kita takut dengan dakyah Kristian, tetapi berpada-padalah dengan kedudukan mereka yang hanya 9 peratus. Kementerian Dalam Negeri dan Majlis agama Islam negeri mesti bertindak tegas ke atas mereka tanpa kompromi jika adalah risalah yang cuba untuk mengelirukan umat Islam. Perkara ini amat penting bagi menghindarkan mudarat lebih besar yang boleh menimpa orang awam Islam yang agak lemah dan mengelakkan konflik.

Justifikasi beberapa cendekiawan dan pertubuhan Islam yang tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan mereka, agak berat juga untuk diterima.

Alasan mereka, “umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah”. Benarkah begitu? Mereka seolah-olah mendakwa Allah ‘membenarkan’ namaNYA digunakan oleh bukan Islam bagi merujuk kepada Tuhan Bapa, Jesus, dan segala sembahan yang bathil dan syirik itu.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan, mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua 14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Antara tuntutan mereka adalah, pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Keempat, tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. Kelima, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Keenam, seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Ketujuh, orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaandengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. Kelapan, kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kesembilan, orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

Kesepuluh, bibel dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

Keduabelas, program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan ketigabelas: orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam dan akhirnya, sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Persoalan saya, hampir kesemua tuntutan telah tercapai, tidak cukupkah lagi toleransi yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan umat Islam hari ini? Pada saya, kita sudah terlebih memberi, atas dasar demokrasi dan takut kepada ugutan mereka. Inilah kelemahan kita yang menyebabkan orang lain berani memijak kepala.

Toleransi umat Islam telah sampai ke tahap yang cukup tinggi. Seingat saya, umat Islam tidak pernah atau amat jarang campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Apatah lagi untuk mengganggu-gugat istilah agama mereka seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh prinsip kita yang menghormati agama lain.

Justeru, adakah salah kita ingin mempertahankan sedikit yang masih ada? Jika sedikit ini terus mahu diambil dan dikongsi, apakah yang masih tinggal pada umat Islam di buminya sendiri? Justeru, tindakan kerajaan melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong oleh semua umat Islam tanpa berbelah bahagi. Pada masa sama janganlah bertindak di luar batasan agama seperti membakar gereja, itu sudah ekstrim namanya. Jika berlaku peperangan sekalipun, Islam tidak membenarkan kita meroboh atau memusnahkan rumah ibadat mereka.

Begitulah indahnya Islam. Pun begitu, kita masih belum tahu siapakah sebenarnya
yang membakar gereja? Mungkin orang Islam? Mungkin tidak? Atau mungkin juga orang bukan Islam yang mahu menangguh di air yang keruh? Pokoknya, jangan mudah menuding jari dengan mengatakan orang Islam yang buat.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah kita hanya mempertahankan kalimah Allah untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Syarat-syarat ketat hendaklah dikenakan sekiranya kalimah ini ingin digunakan. Kuasa yang ada dalam perlembagaan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan dan menyelamatkan maruah agama tercinta ini.
Saya dengan penuh takzim menyembah ke bawah duli Tuanku, Majlis Raja-Raja Melayu untuk campurtangan menyelamatkan kesucian Islam daripada dicemari oleh tangan-tangan yang cuba mengotori kesucian ad-deen ini.
Ambillah pengajaran yang berlaku ini untuk kita bangkit kembali menjadi aktif serta proaktif, dan bukannya action-oriented. Bila sudah berlaku barulah kelam-kabut.

Tidakkah kita perlu sentiasa bersedia dan beristiqamah mempertahankan maruah
agama mulia ini dan bukannya bermusim? Semoga Islam akan terus menyinar dan
bersinar.

(Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis)

Wednesday, January 13, 2010

Kegawatan Politik Melayu punca kejatuhan maruah Islam


Posting di bawah diambil dari artikel http://www.perkim.net/ sebagai mengenang jasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di dalam memainkan peranan mengembangkan syiar Islam dalam negara ini.

Usaha menterjemahkan keindahan dan kecantikan Islam yang telah gerakkan oleh YTM Tunku bukannya satu perkara yang mudah.

Tetapi hari ini semuanya tenggelam kerana gelombang kegawatan politik sesama Melayu sehingga mereka yang benar-benar berjasa kepada Melayu dan Islam telah diaibkan dan dilupakan.

Kesan mendalam daripada pergeseran parti-parti politik Melayu hari ini juga telah menyebabkan maruah Islam telah dicabar.



Yang Teramat mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan sahaja digelar 'Bapa Merdeka', 'Bapa Malaysia', tetapi juga digelar 'Bapa PERKIM'.

'PERKIM' - 'Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia' - telah ditubuhkan di
rumah rasmi Tunku - rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960.

Pada hari itu, Tunku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Islam
yang berminat, dengan tujuan hendak menubuhkan sebuah badan yang akan berusaha mengembangkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu (Malaya).

Pada hari itu, YTM Tunku berpendapat bahawa sungguhpun tujuan utama mereka hendak menyampaikan seruan Islam kepada mereka yang belum beragama Islam dari semua kaum di Malaya, terutamanya dari kalangan orang Cina. Nama yang dipilih ialah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaya - ringkasnya 'PERKIM'. Beberapa tahun kemudian apabila lahir negara Malaysia, maka perkataan Malaya ditukar kepada Malaysia.

Yang hadir di perjumpaan itu, selain daripada YTM Tunku ialah Tuan S.O.K
Ubaidulla, Tuan Haji Mohamed Ali Taib, Ustaz Nik Mahyudin Musa, Tuan Haji Ally
Maricar, Tuan Sheikh Ahmad, Tuan Haji Ahmad Damanhuri, Tuan Syed Jaafar Albar, Tuan Haji Ali Raya, Tuan Wan Kadir dan Tuan Haji Abdul Mubin Sheppard. Pada petang itu juga, YTM Tunku telah menyerahkan sekeping cek bernilai dua puluh ribu ringgit sebagai sumbangan pelancaran.

Sebelum mesyuarat ditamatkan, YTM Tunku memeberitahu bahawa beliau akan menyembahkan laporan berkenaan pertubuhan ini (PERKIM) ke bawah Duli Raja-Raja Melayu, dan meminta sokongan dari kerajaan- kerajaan negeri masing-masing. Maka sebagaimana yang dijanjikan, YTM Tunku telah membawa laporan penubuhan PERKIM kepada Majlis-Majlis Raja-Raja dan telah mendapat restu dari Duli-Duli dan kerajaan negeri.

Sungguhpun YTM Tunku sentiasa sibuk dengan tugas Perdana Menteri dan lawatan ke luar negara, YTM Tunku sentiasa memberi perhatian berat kepada perjalanan PERKIM dan membantunya apabila perlu.

Di antara masalah yang dihadapi oleh PERKIM dari permulaan ialah ketiadaan orang Cina di Malaya yang layak bertugas sebagai guru atau mubaligh dan boleh menyampaikan seruan kepada kaum Cina. (Tuan Haji Ibrahim T.Y. Ma, bekas konsul Cina di Malaya sebelum Perang Dunia kedua) masih tinggal di Sinagpura dan hanya dijemput datang ke Kuala Lumpur serta memberi tenaganya kepada PERKIM kira-kira tiga bulan sekali.

Jawatankuasa Kerja mengambil keputusan untuk menjemput beberapa tokoh orang Cina Islam dari Taiwan. YTM Tunku telah memberi arahan khas supaya kebenaran masuk luar biasa diberi kepada orang yang berkelayakan. Sungguhpun kebenaran ini telah diberikan, Jawatankuasa Kerja mengalami kerumitan untuk memilih tokoh Cina Islam yang layak kerana mereka hanya faham Bahasa Cina dan tidak dapat berhubung dan berunding dengan ahli-ahli Jawatankuasa atau pegawai-pegawai kerajaan. Masalah ini terus menghalang usaha PERKIM dan kira-kira setahun kemudian, Jawatankuasa mengambil keputusan untuk mengadakan Pusat Latihan Mubaligh di mana orang Melayu akan belajar Bahasa Cina sambil belajar agama Islam dan cara menyampaikannya kepada orang ramai.

Pada awal tahun 1962, YTM Tunku telah memberi perhatian kepada masalah orang Islam penduduk di Sarawak yang tidak diberi layanan langsung oleh Kerajaan British di situ. YTM Tunku telah bersetuju supaya PERKIM memeberi pertolongan kepada Persatuan Islam Sarawak.

Dengan contoh layanan dan pertolongan yang dicatatkan dengan ringkas ini, sudah nyata bahawa YTM Tunku, sungguhpun sangat sibuk dengan berbagai-bagai tanggungjawab lain, telah memberi sokongan kepada PERKIM yang dilahirkan di rumahnya.

Dengan daya usaha YTM Tunku, nama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dikenali sebagai badan Islam yang berpengaruh luas di negara Islam dan menjadi anggota di Badan Muktamar Islamiah sedunia. Badan itu berpusat di Beirut dan Mufti Besar Palestin, Syed Amin Al-Husaini adalah Yang Dipertuanya. Maka dua orang wakil PERKIM telah dijemput hadir di perjumpaan Muktamar di Baghdad pada tahun 1962 dan Setiausaha Agung badan itu telah melawat ke Kuala Lumpur serta diberi layanan oleh PERKIM.

Hasil dari lawatan itu, deengan persetujuan YTM Tunku, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tempat persidangan wakil-wakil Islam dari sembilan belas buah negara di Asia Tenggara. Persidangan itu telah diadakan di Dewana Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YTM Tunku pada 28 Januari 1964.

Usaha menyiapkan dan mentadbirkan persidangan ini diserahkan kepada Jawatankuasa kerja PERKIM. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis. Mufti besar Palestin telah dibawa oleh wakil PERKIM melawat ke beberapa tempat di mana PERKIM menjalankan usahanya termasuk Pusat Latihan Mubaligh dan Balai Islam Kelang.

Rancangan PERKIM hendak mendirikan Balai Islam di Kuala Lumpur sentiasa diberi sokongan oleh YTM Tunku. Masalah yang utama ialah usaha mencari modal untuk pembinaannya, tetapi YTM Tunku telah memberikan bantuan dengan beberapa cara.

YTM Tunku telah meminta jutawan Runme Shaw di Singapura memberikan kepada PERKIM dari hasil tayangan perdana filem yang bertajuk "Lawrence of Arabia" di Kuala Lumpur, dengan syarat kutipan dari tayangan itu digunakan untuk tabung pembinaan. Hasil dari kutipan itu berjumlah RM 26,000.00 dari sekali tayangan.

Masalah memberikan latihan kepada mubaligh muda diberi perhatian oleh YTM Tunku dengan menyewa sebuah rumah di Batu 4, Jalan Ampang bagi tujuan tersebut.

Dengan adanya YTM Tunku dalam jawatan Yang Dipertua berbagai rancangan dapat dihidupkan kembali, terutama sekali rancangan pembinaan Ibu Pejabat PERKIM di atas tanah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang telah diberikan oleh Menteri Besar Selangor atas permintaan YTM Tunku.

Thursday, January 7, 2010

"Kalau tak percaya bini nak percaya siapa lagi?" Mak Long Nasi Lemak

Rabu Januari 6, 2010
Rosmah Dapatkan Bantuan Isteri Presiden Mesir Bagi Bebaskan Seorang Pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan mendapatkan bantuan isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak, bagi membebaskan seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian konvoi Viva Paestina, yang ditahan pihak berkuasa negara itu, semalam.

"Saya dijadualkan bercakap dengan Madamme Suzanne menerusi telefon secara peribadi pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit pemindahan jantung Tan Geek Koon di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kejadian di mana lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.

Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan dari London 6 Disember lepas.

Rosmah berkata beliau akan berbicara dengan Suzanne "dari sudut kewanitaan, iaitu berkaitan kasih sayang terhadap anak-anak dan juga rasa kasih seorang ibu" walaupun sedar isu itu berkait rapat dengan isu diplomasi antarabangsa. Rosmah berkata beliau akan berusaha dengan cara yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu Duta Mesir ke Malaysia Hani Abdel Kader Ahmed Shash memberitahu pemberita bahawa Rosmah telah menghubungi beliau hari ini bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terbaru insiden ElArish itu.

Seorang ahli politik Britain telah menamakan Rosmah, di samping mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, atas usaha gigih mereka bagi membantu konvoi bantuan kemanusiaan Viva Palestina untuk sampai ke destinasi di Semenanjung Gaza baru-baru ini. - BERNAMA


Keperihatinan DS Rosmah amat dihargai. Begitulah bijaknya seorang isteri Perdana Menteri menterjemahkan kuasanya yang ada. Tidak seperti isteri bekas-bekas Perdana Menteri yang lain.

Jika DS Rosmah Berjaya menyelesaikan isu ini ternyata Wisma Putra dan Menteri Luar, Anifah Aman harus menilai kembali KPI Kementeriannya. Begitu juga kementerian-kementerian lain jika berlaku kekusutan DS Rosmah dapat membantu khasnya yang melibatkan hal-ehwal antarabangsa. Kuasa isteri lebih berkesan dari kuasa suami. Isteri tak payah melalui protokol dan temujanji kerana kalau tak dapat tanda tangan siang hari boleh pada malam hari.

Rakyat dapat melihat baru sahaja menjadi isteri PM belum sampai 5 tahun pilihanraya, ternyata kuasa Rosmah terbukti mengatasi kuasa Tun Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan PM Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun. Tun Siti Hasmah di antara “pioneer Malay Women Doctor” mungkin tidak layak menjangkaui kuasa-kuasa Mahathir pada waktu itu atau kerana kesibukan mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.

Begitu juga dengan isteri Tun Razak, Toh Puan Rahah yang sibuk mendidik Najib dan anak-anak sehingga tidak sempat menterjemahkan kuasa sebagai isteri PM.

Najib yang sedang kesibukan mengawasi disiplin dan kerenah Menteri-Menteri Kabinetnya yang sukar dikawal dan kerap ponteng dalam persidangan Parlimen, mungkin di antara sebab Najib terpaksa membahagi-bahagikan kuasa Perdana Menteri dengan isterinya yang tersayang, bak kata orang Inggeris “sharing is loving”.

Dan seperti kata Mak Long semasa MR membeli nasi lemak pagi tadi “Kalau tak percaya bini nak percaya siapa lagi?”.

Monday, January 4, 2010

Sekolah Cina lebih diyakini dari sekolah kebangsaan

(NST Picture)


(Sumber NST Online 4/1/2010)
More Malay pupils in Kedah Chinese schools
2010/01/04

KUALA NERANG: At first, 7-year-old Muhammad Syakir of Taman Jati here was crying and refused to enter the classroom despite being persuaded by his father. However, several lessons later, Syakir was glowing with excitement while learning numbers in Mandarin together with his new friends on his first day of school at SJK (C) Kou Hua here yesterday.

Syakir was among 14 Malays out of 19 Year One pupils enrolled at the school this term. Government servant Muhammad Suhaimi Shamsudin, 43, said Syakir was the second of his children to attend the school. Syakir's sister, Syamimi, is in
Year Two.

"I want my children to master Mandarin, apart from Bahasa Malaysia. I also want them to mix with other races and compete healthily with each other.

"Syakir's sister has no problems mixing with other pupils and is catching up in her studies. My son was crying this morning, but after watching him blending in well with the school environment after several hours, I am confident that it will be the same for Syakir," said the father of five.

Located 35km from Alor Star, SJK (C) Kou Hua is categorised as Sekolah Kurang Murid for having less than 150 students.

Principal Kok Hooi Chin said the school had been traditionally known for having a large number of Malay students.

"It is the only Chinese school in this area. Last year, we had 105 students in the school. Fifty-four were Malays, 29 Chinese and 22 Siamese.

"This year, half of the 96 students enrolled are Malays,while the rest are Chinese and Siamese."

In Langkawi, out of the 22 pupils in Year One at SJK (C) Min Nam in Kuala Teriang, only three were Chinese.

Its principal, Tee Eee Bee, said about 80 per cent of the 116 pupils studying at the 84-year-old school were Malays.

Tee said the number of Chinese pupils enrolling at the school had been declining because there were no more Chinese families living in the area.

Yesterday, Kedah recorded enrolments of 37,621 Year One pupils and 37,502 Form One pupils.


Nampaknya keyakinan orang-orang Melayu terhadap sekolah Cina semakin meningkat. Mungkin dari segi pencapaian akademik, pengurusan sekolah yang cekap dan kesedaran bahawa Negara Cina akan bangkit menjadi satu kuasa besar maka ramai waris mahu anak mereka menguasai Bahasa Mandarin.

Komitmen dan kesungguhan guru-guru Cina dan pentadbir di sekolah Cina juga satu faktor yang membuatkan sekolah-sekolah kebangsaan lain tidak dapat bersaing dari segi kecemerlangan ilmu.

Ramai guru-guru Melayu malah ada juga di kalangan ustaz yang ponteng mengajar dan tidak bersungguh. Ada guru yang lebih menumpukan bisnis "direct selling" mereka di sekolah dan kelas-kelas tuisyen di luar kerana ganjaran yang lebih lumayan.

Guru-guru Melayu terutamanya lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) hanya mengajar seperti melepas batuk di tangga. Kebanyakan mereka diserap menjadi guru kerana tiada pekerjaan lain. Peringkat awal pengajian mereka bukannya mereka bercita-cita untuk menjadi guru, mereka lebih cenderung kearah kerjaya prefessional.

Seperti kenyataan salah seorang waris di atas yang mahu anaknya bercampur dengan kaum lain dan bersaing secara sihat, ini membawa makna sekolah-sekolah kebangsaan yang lain tidak bercampur khasnya Melayu hanya bercampur dengan Melayu.

Sunday, January 3, 2010

Kalimah Allah: Najib lambat bertindak

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara inibertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi KualaLumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam,kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya.

Najib berkata, Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu. Selain itu, Perdana Menteri berkata,beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuandan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

"Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan. BERNAMA



Apabila emosi umat Islam sudah meruap-ruap baru sekarang Najib mahu mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Sepatutnya Najib telah mempersembahkan KDYMM Agong sebelum isu ini di bawa ke mahkamah berlandaskan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

JIka selepas mengadap KDYMM pun isu ini tidak dapat diselesaikan ini bermakna Kuasa Raja-Raja Melayu akan terhakis.

Apa juga tindakan Najib ianya telah terlambat kerana dunia sudah melihat emosi umat Islam telah bangkit dan umat Islam akan dilabelkan sebagai extremist.

Dunia Melayu Dunia Islam sedang memerhati apa lagi slogan 1Malaysia akan meratah maruah dan hak mereka satu demi satu.

Jangan pula isu ini dipergunakan untuk menjadi juara 1Malaysia.

Saturday, January 2, 2010

Hukum hakim yang biadap.

Di dalam isu ini, institusi yang tertinggi umat Islam di dalam menjatuhkan hukuman ialah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada pendapat yang mengesyorkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa apa hukuman yang patut dijatuhkan terhadap hakim yang biadap ini.

Siapa lebih tinggi dan berkuasa - Allah SWT atau Hakim?

Membuka tirai 2010 dengan tamparan kencang bagi "Dunia Melayu Dunia Islam" apabila seorang hakim yang bertugas di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly .

Dipetik dari Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, keputusan mahkamah membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain adalah satu tragedi dan hadiah paling tidak berharga kepada umat Islam sempena tahun baru.

Tegasnya, kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dipermainkan tambahan pula jika digunakan oleh penganut agama lain kerana boleh menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

''Walaupun terpaksa menerima keputusan mahkamah dengan berat hati tetapi kami menyifatkannya sebagai tragedi".

Ternyata keputusan hakim nampaknya lebih tinggi dari Allah SWT dalam negara ini yang agama rasminya Islam.
Yang sedih umat Islam hanya harus menerimanya dengan berat hati, kerana Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.


Jika KDN dan Kerajaan sendiri tidak ada kuasa dibimbangi kelak akan muncul kuasa-kuasa baru dari benih-benih Dr Azahari Hussein dan Nordin Mat Top yang tidak akan faham apa itu Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Friday, January 1, 2010

Tok Mat - pakar propaganda

Jumaat Januari 1, 2010 (Sumber MStar Online)
Tok Mat Pergi Dengan Mudah: Puan Sri Salbiah

KUALA LUMPUR: "Saya syukur kerana dia pergi dengan mudah dan aman," kata Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, mengenai pemergian suaminya bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat ke Rahmatullah hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Damansara di sini kira-kira jam 8 pagi.

Allahyarham yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Salbiah berkata, beliau menyedari suaminya tidak bernafas kira-kira jam 8 pagi ketika mahu menutup mesin dialisis yang dipasang pada tubuh suaminya.

"Selalunya, tiap-tiap pagi dalam pukul 8.40 (pagi) saya akan menutup mesin dialisis yang dipasang pada arwah, tetapi pagi tadi kira-kira pukul 8 pagi, saya tengok mesin itu 'hang' (terhenti) dan dada arwah tidak menunjukkan dia bernafas," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Tok Mat selain dari bekas Menteri Penerangan juga merupakan penulis lirik lagu SETIA dan pakar propaganda.

Di dalam buku beliau "UMNO: Akhir Sebuah Impian" halaman 70, beliau menulis-

"Saya akui saya pakar propaganda. Propaganda yang terbaik mestilah secara halus untuk mengubah fikiran seseorang. Propaganda yang kasar dan buruk hanya menaikkan kebencian orang lain. Itulah kadang-kadang saya lihat ada akhbar dan rancangan TV sekarang agak melebih-lebih sehinggakan niat untuk membantu kerajaan menjadi sebaliknya. Malah kerana siaran-siaran yang propagandanya jelek menyebabkan rakyat meluat dan benci kepada kerajaan".

Ada kebenarannya seperti apa yang dinyatakan oleh Tok Mat itu. Inilah di antara sebab yang membuat kerajaan Pak Lah tumbang dalam PRU12 yang lepas.

Media kerajaan pada ketika itu terlalu galak, tidak halus dan bijak di dalam menghentam parti lawan. Sehingga klip-klip video lama dikeluarkan kembali. Membuatkan generasi pengundi baru jelek dengan kerajaan BN.

Alfaatihah. Dipagi Jumaat yang mulia ini semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.