Sunday, April 11, 2010

UMNO mendidik cara cyberwar jijik?

(From blogger mamasita-mamamia.blogspot.com)

Saturday, April 10, 2010
Meluat !
Semalam Dato' telah pergi ke Janda Baik untuk menghadiri satu high-powered kursus cyberwar yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia.

Ringkasnya, kursus 3 hari ini mudah2an akan dapat mengasahkan lagi kepandaian blogger2 UMNO yang menulis hal2 politik sambil menangkis dakyah2 pembangkang dengan penjelasan yang lebih efektif.

Saya dengar ramai sopo blogger dan wartawan dipilih untuk menghadiri kursus ni.

Dari Pahang katanya ada 2 orang..Dato' dengan another so po blogger.

Antara sopo blogger yang hadir termasuk mereka yang suka maki hamun, yang suka cakap besar, yang suka mencarut dan juga mereka yang rasa mereka hebat sangat tetapi sebenarnya tin kosong!
Ada jugak yang boleh dianggap sebagai pompous windbags!

Bagi Dato', dia hanya seorang bekas Adun yang mempunyai latar belakang politik yang sangat berharga.
Darah politik tetap mengalir dalam tubuh badannya walaupun dia bukan lagi YB.
Cakap berdegar2 dan berlagak sombong diri memang bukan style dia.
DSN dan MB Pahang tetap hormatkan dia. Alhamdullillah.

Kursus ini pada amnya bertujuan menggilapkan lagi kepintaran sopo blogger UMNO untuk membantu kerajaan BN kita berkempen menghadapi pilihanraya2 kecil sehinggalah ke pilihanraya umum.
Kepentingan media cyber tidak lagi dipandang ringan.
Generasi muda kita yang cerdikpandai memang lebih berminat membaca di internet daripada suratkhabar.

Hanya soalannya sekarang..kenapa perlu kita panggil sopo bloggers yang suka mencarut dan memaki hamun?
Sudahkah kita terlalu terdesak atau ketandusan sopo bloggers yang boleh berkempen diblog dengan bahasa yang sopan?
Substance takder tapi cakap macam pandai sangat!

Harus kita ingat mereka ini akan menjadi 'penceramah2' UMNO dalam dunia blogging.
Kalau cakap merapu, suka mencarut dan suka terpekik2, adakah kita terpaksa jugak pakai 'kepakaran' mereka ini?
Are we that desperate??

Kalau nak berkempen diblog untuk UMNO, tolong lah..takpayahlah gunakan bahasa lucah atau mengata2 macam budak kutu berahak..gunakanlah bahasa yang sopan sikit.
Argue intelligently laa..

Nanti orang lagi menyampah parti UMNO kerana kita gunakan sopo bloggers yang mulut suka pakai bahasa jijik..lagi orang tidak respect parti kita.

Suruhlah mereka ini jaga bahasa sikit..jangan cakap kasar dan kotor!
Jangan gunakan sopobloggers yang asyik nak mencarut dan cakap tak senonoh tentang pihak pembangkang..kalau nak argue tu buatlah research sikit..baru boleh pujuk ramai lagi undi UMNO...mana2 UMNO bloggers yang bercakap dalam 'scum, foul language' must be thrown out!

Jangan buat orang meluat dan menyampah UMNO!
Nak tolong UMNO blog elok2..jangan menambah malu dengan dirty language and zero substance!

Apakah UMNO dah mula percaya kalau nak berblog mesti kena maki dan hamun? Apakah UMNO juga telah masuk perangkap cara bloggers pembangkang yang tidak habis-habis maki dan hamun seperti juga ceramah parti politik mereka.
Banyak golongan sempit yang berpendapat kalau sebut sahaja "online", internet atau blogging yang pertama terlintas di dalam minda mereka ialah lucah dan maki hamun.

14 comments:

  1. kalau kita aje yang kena maki.. bila lagi kita nak maki orang... ada juga pembaca yang suka blogker yang suka maki orang baru ada rasa kepuasan.. janganasik nak berlembut aje nanti kena pijak kepala...

    ReplyDelete
  2. saya rasa mummy dah tersalah hemat disini. yang dimaksudkan mamasita ialah antara yang dijemput termasuk sopo bloggers yang suka guna bahasa kesat, bukan umno/bn yang saran guna bahasa menjijikkan itu. saya difahamkan isu ini was raised dalam perjumpaan tersebut dan nasihat juga diberi supaya bahasa yang digunakan biar sopan. at no time bloggers penyokong kerajaan dipuji kerana guna bahasa yang kasar.

    juga blogger

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy,
    Jika kita ibaratkan blogger ini sebagai penyanyi atau apa-apa penggiat seni kita akan dapati bahawa; yang baik tidak mesti popular demikian juga yang popular tidak bermakna mereka baik. Jika sabuah blog yang menulis dengan baik tetapi tidak dibacai apakah akan sampai matlamatnya, demikian juga jika blog yang ramai pengunjungnya namun tdak menyampaikan apa-apa juga tidak berberti. Bagaimanapun kita harus melihat blog sebagai hanya satu catatan peribadi penulis berkenaan. Blogger juga bukan penceramah. Isteri belak ADUN tu mungkin nak menolak suaminya naik keatas semula? Hehe!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Mummy, saya setuju 199% dgn post kali ini. The character of the Goverment blogggers must be define clearly and must can be example by others. Keterbukaan, kekritisan dan keikhlasan adalah fundemental untuk menjadikan bloggers kerajaan objektif. Jika apa yang kerajaan lakukan salah maka ia wajar ditegur tetapi dalam angle yng cermat dan tersusun. Lihat sahaja A Kadir Jassin, sebagai contoh. kenapa ramai khalayak suka mendekati blog beliau,,,,tak lain kerana keobjektifannya. Seperkara lagi ialah tentang blogers kerajaan yang berbayar....satu perkara yg penting ialah, bila kita dibayar kita akan terikat, jadi tiada lagi kebebasan..maka jika kita dibayar sekalupun...jgn dilupa tentang integiriti diri.
    Ikhlas.

    ReplyDelete
  5. mungkin perlu bloggers yang kurang ajar kerana pembangkang boleh menaikkan sentimen suatu kaum dengan cara begitu. apa salahnya? lawan api dengan api. bloggers pembangkang tak takut air.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    sangat bersetuju dgn pandangan Mummy!

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Mummy

    UMNO memang jijik.....dah taubat pun makcik ni.

    ReplyDelete
  8. "It takes a thief to catch a thief"

    ReplyDelete
  9. kadang2 cek malu tgk blogger2 tak kira dari mana pihak.. menggunakan bahasa kesat & cara yg teruk utk menyampaikan mesej..

    mungkin blogger2 seperti ini diperlukan tapi diharap jgnlah ada.. sbb itu bukan ciri2 dakwah @ penyampaian ilmu.. kalau PR nak buat biarlah.. kita tunjuk yg kita lebih matang dr mereka..

    ReplyDelete
  10. hashim ni mulutnya puaka sikit. very condescending towards mummy. I think mummy punya headline is very misleading.saya disappointed lah sebab mummy selalunya very rational dalam buat analysis. saya dah amati banyak kali petikan artikel diatas, and it only says foul-mouthed bloggers were also invited to the workshop and not the workshop taught attendoing bloggers to be foul-mouthed.

    don't like to mislead people.

    ReplyDelete
  11. saya mmg dah lama meluat ngan blogger umno
    bila berdebat atau berbahas
    tak tahan kena provoke
    pastu mula la mencarut melucah melampau
    tapi bagus gak
    biar org makin meluat ngan umno

    ReplyDelete
  12. Mummy , kalau nak jadi blogger sopan buat blog cintan la ..hahaha

    dalam politik kata2 spt bangsat, haram jadah memang sesuai kita gelarkan kpd Pakatan ini semua .

    mereka ini semakin hari semakin kurang ajar semua mempertikai hak keistimewan orang Melayu , agama Islan serta isu2 sensitiviti berkaitan Melayu .

    Mummy , kalau Guan Eng dan puak2 ultra kiasu sudah pijak gambar 2 orang pemimpin Melayu dari Perak yang menjadi YB BEBAS ..tak kan nak bersopan lagi kata " jangan buat mcm tu "....hahaha

    kadang2 mummy , kita kena tengok tempat juga bila nak kurang ajar dengan puak2 ni

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn komen2 kaitan blogger umno yg terlalu emosi bila tiada point lagi bertukar jadi melalut dgn kata2 lucah & jijik.. jgn pula nanti Pejuang Bangsa di gelar Pejuang Bangsat.

    ReplyDelete
  14. http://www.asiasentinel.com/index.php

    Kalau blogger tak boleh nak berhujah sekalipun jaga lah adab melayu kita....di manakah adab kemelayuan kita?..kata nak memperjuangkan melayu tapi thk dari segi adab tak macam melayu ..bolgger2 umno ni..asyik mencarut maki hamun..hujah xder. Buat malu hang tuah jer

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.