Wednesday, June 9, 2010

Vincent Tan terkencing

Rakan baik Che Det, tokoh korporat Vincent Tan terkantoi kali ini. Yang sebenarnya lesen judi bola masih belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Vincent Tan, Ascot Sports Sdn Bhd seperti kenyataan DS Najib dalam Utuan Malaysia 8/6/2010.

Hanya Vincent Tan yang berlunjur sebelum duduk telah membuat kenyataan awal bahawa kerajaan telah meluluskan lesen tersebut kepada Ascot Spots Sdn Bhd.

Dengan lesen ini nilai Ascot Sport telah naik dan dijual kepada Berjaya Corp Bhd sebanyak RM525juta tunai yang juga syarikat di bawah penguasaan beliau. Dalam lain perkataan keluar poket kiri masuk poket kanan.

Yang lebih menarik lagi ialah untuk menghalalkan perolehan judi ini, Vincent Tan dengan tergesa-gesa menubuhkan Yayasan Better Malaysia dan semua perolehan RM525 juta akan disumbang kepada yayasan ini. Konon nak tunjuk baik.

Ini lah strategi Vincent Tan yang kerap digunapakai semasa Che Det menjadi PM. Tapi bila Najib jadi PM baru “lu chai”.

Jika terbelit tidak mustahil Vincent Tan akan pergunakan kabel “Godfather” beliau, Che Det, tunggu dan lihat apa akan jadi.

6 comments:

  1. elok la tu.hukum haram .haram lah.bukan soal isu politik.tapi ada puak yg sedang menanggok diair keroh sebagai modal.elok la kena cari madol lain pula.nampaknya selamatlah satu isu modal kawan kita.

    ReplyDelete
  2. Biasa la Mami oooiii..judi bagi orang Islam saja yang haram bagi bangsa lain sumber pendapatan mereka.
    Menyingkap profile kepimpinan negara yang lepas-lepas mesti ada terbabit sedikit sebanyak mengeluarkan lesen perjudian.

    Masa YTM Tunku Adb Rahman dulu dikaitkan dengan perjudian Loteri Kebajikan Masyarakat dimana pendapatannya diagih untuk kebajikan masyarakat.

    Semasa Tun Razak jadi PM, dikaitkan dengan Casino Genting Highland.Tan Seri Mohd Noah, bapa mentua Tun Razak jadi Chairman Genting.

    Semasa Husin Onn disemarakkan dengan Sport Toto masih di bawah kerajaan dan Lumba Kuda, empat No Ekor.

    Era Mahathir diswastakan semua ini kerana Kerajaan nak bersih dari pendapatan wang haram.
    Diagihnya Lumba Kuda,Da Ma Chai, Empat No Ekor, Pan Malaysian Pool kepada Ananda Krisnan.
    Manakala Sport Toto diagihnya kepada Vincent Tan.

    Cuma yang masih Kerajaan pegang sekarang ialah cabutan bertuah Sijil Simpanan Pemium oleh BSN.

    Era Pak Lah tak sempat nak keluar lesen kerana memerintah terlalu pendek.

    Sekarang era Najib, bangkit kembali lesen Judi Bola yang paling canggih oleh Vincent Tan.
    Kalau Najib lulus bermakna ia akan jadi satu legasi Najib selepas menjadi PM. Sejarah judi Malaysia akan catat legasi ini.

    Lain-lain judi di dalam kain ialah, majong, macur, pakau, poker, taruhan bola EPL, taruhan atas padang golf, taruhan Formula One.

    Di Kelantan dulu judi sabung ayam dan laga Kerbau, tomoi Siam dll.

    Wasallamm.

    ReplyDelete
  3. Apa yang tak kena dengan mummy rokiah kutuk Che Det tu. Macam ada dendam je . Tun adalah seorang negarawan. Mummy sorang tak suka ada satu million rakyat lain yang hormat dengannya!.

    ReplyDelete
  4. Mudskipper,
    Di dalam sejuta rakyat lain yg hormat Che Det itu termasuk seorang iaitu MR.
    Tidak ada dendam kesumat MR dgn Che Det cuma pengalaman peribadi bagaimana melihat Vincent Tan memperlakukan Che Det agak TOOO MUCH.
    Che Det seperti angguk sahaja apa yang Vincent goreng tak ubah seperti Pak Turut.
    Entah apa mandram yang Vincent pakai.

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy.

    Sorry kerana salah faham. Tapi Che Det memang pemurah. Kalau takdirnya KJ tu lahir di zaman Mahathir, mungkin KJ dah setaraf dengan Vincent Tan juga!

    Tun M, kembali lah pimpin kami!

    ReplyDelete
  6. Vincent Tan pakai manderam "RM RM RM RM" dan "komisyen komisyen " kat che det... sebab tu che det ikut cakap Vincent Tan...

    BTW.. kaedah Sijil simpanan premium tidak dikategorikan sebagai judi atas alasan pemegang sijil tak hilang apa apa kalau tak menang... yang dipertikai ialah kemana dan kaedah duit simpanan tu dilabur dan menurut posting kat blog Ustaz Zaharudin, BSN sedang berusaha berubah untuk menjadi iannya Syariah compliant

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.