Tuesday, August 31, 2010

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya sendiri

Pada 10/8/2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam kerana pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai dengan memberi banyak kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Dua hari yang lepas pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mahu berbincang dengan Pemuda PAS dan GERAKAN berhubung soal samaada dibolehkan pelajar institusi pengajian tinggi aktif dalam politik. Secara tidak langsung beliau cuba menadapat sokongan dari PAS dan kaum Cina dari "Gerakan".

MR tidak faham apalagi si Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dok promo sana sini untuk memolehkan pelajar IPTA berpolitik.

Konon katanya “Kementerian Pengajian Tinggi tetap akan meneruskan perbincangan mengenai cadangan membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik berikutan sikap terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini. Ini menunjukkan ia masih boleh dibincangkan sama ada setuju atau tidak dan saya lihat kita harus berfikiran terbuka mengenainya". (Sinar)

Apakah beliau tidak faham untuk membaca maksud yang tersirat “in between the line” kenyataan Najib itu?. Faham atau buat-buat tidak faham?

Kalau nak implimentasikan sangat pun tunggu lah dulu apabila diangkat menjadi Menteri penuh kelak.

Yang sebenarnya boleh atau tidak boleh berpolitik mereka ini telah pun berpolitik. Apa tidaknya dengan ada Kelab-Kelab parti politik di U. Ada kumpulan radikal, kumpulan pro Islam, pro-aspirasi, pro-mahasiswa dsbnya, dimana di belakang tabir mereka itu semua ditaja oleh parti-parti politik. Malah ada di pusat pengajian tinggi terkemuka dengan berani memanggil Mat Salleh, Barry Wain untuk menghentam tokoh Melayu yang kita hormati, Tun M.

Inilah akibatnya tindakan sesetengah menteri dan timbalan menteri yang akan melemahkan pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak perlu ditapuk kepalanya dengan tindakan sebegini kerana isu perkauman pun cukup kritikal dan semakin sarat menghamil.

Sunday, August 29, 2010

Kasino Resort World Sentosa mula menelan mangsa

Kasino Resort World Sentosa Singapura dibangunkan dan dikuasai syarikat Malaysia, Genting Bhd telah dibuka pada 14Februari 2010. Pelaburan yang melibatkan US4.93bil @ S$6.59bil adalah di antara kasino yang termahal di dunia.

Ia menyasarkan seramai 13 juta pengunjung setahun dan dijangka mengwujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 45,000 orang.

Pada bulan June yang lepas ia telah mula menelan mangsanya seorang Pengarah Urusan syarikat pemerosesan dan pengedaran makanan laut yang terbesar di Singapura.

Henry Quek 50 tahun, merupakan Pengarah Urusan Far Ocean Sea Products dan juga President Seafood Industries Association Singapore.

Entah apa nasibnya yang sial Quek telah kalah berjudi sebanyak RM60.2 juta @ S$26 juta selama 3 hari berjudi di kasino Resort World Sentosa.

Genting Bhd yang berpengalaman dalam sektor perjudian ternyata telah membuktikan bahawa mereka tidak akan rugi dalam pelaburan ini. Belum ada lagi cerita kejayaan kaki judi yang turun berjudi di Genting menjadi seorang jutawan malah ramai yang menjadi tidak keruan.

Memang tepat kata Ahli Parlimen Pasir Ris-Punggol GRC, Charles Wong katanya “The primary objective of the casino is to make money, not to make sure customer’s don’t lose money”.

Begitu juga tidak rugi keputusan Singapura untuk membina kasino walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang hebat dari masyarakatnya yang mementingkan "family values".

Saturday, August 28, 2010

Isa Bakar meninggal dunia

ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4. (Source :mStaronline)
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Isa Bakar, 58, meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi tadi di Hospital George Town, Pulau Pinang.

Di zaman kegemilangannya beliau sering berganding bersama Mokhtar Dahari merupakan penyerang berbisa dan amat digeruni lawan.

Era mereka tidak mengenal erti mewah dan wang ringgit, bermain semata-mata untuk negara yang dicintai.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt. ALFA..TIHAH.

Friday, August 27, 2010

Dahulu Waheeda tidak tenang hari ini Waheeda sudah tenang

Waheeda isteri kepada penceramah bebas Akhil Hayy katanya lebih tenang berpurdah. Rasanya ketenangan akan berganda apabila seseorang isteri itu boleh meminang isteri yang kedua, ketiga dan keempat untuk suaminya.

Bagi suami, jangan pula isteri dipurdahkan tetapi mata tersembul liar melihat aurat orang lain kerana aurat sekarang ini berleluasa di mana-mana. Dari pentas konsert sehingga ke pentas forum perdana. Pastikan jangan ditenung terlalu lama bibir Dr Mashitah dan Sharizat Jalil.
Sesungguhnya pelayaran hidup ini masih jauh.

Thursday, August 26, 2010

Lagi cerita Merdeka Sepi di Utara

Di bawah MR siarkan petikan berita dari Berita Harian Online tentang kelesuan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Semalam dalam TV1 Rais berkata dek kerana Bulan Ramadan tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Nampak sangat apabila kerajaan Melayu Islam berpuasa kaum Cina dan India juga hanyut terus semangat patriotik mereka di bulan Kemerdekaan ini.

Inilah akibatnya apabila rakyat diajar Hari Kemerdekaan itu disambut dengan konvoi motor besar, konsert dan perarakan kereta berhias yang langsung tidak menyentuh jiwa nurani sanubari rakyat di bawah.

Apabila pengelola-pengelola aktiviti ini letih berpuasa untuk menunggang motor besar semua aktiviti menjadi bisu.

Apabila kaum Cina hilang semangat patriotik mereka, mereka akan mengambil Singapura sebagai kiblat kerajaan multi-racial yang berjaya di rantau ini seperti kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dalam ucapan "Chinese Economic Congress"baru-baru ini. .

Bukan salah ibu yang mengandung.

Utara: Merdeka sepi
Oleh Petah Wazzan Iskandar

2010/08/25
GEORGETOWN: Hanya tinggal beberapa hari lagi negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53, namun kedatangan hari bersejarah itu seolah-olah tidak dirasai dan dihargai kerana tidak banyak pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta mahupun pemilik premis mengibar Jalur Gemilang.

Tinjauan Berita Harian mendapati situasi sebegini sangat menyedihkan kerana ia menunjukkan sikap tidak patriotik di kalangan penduduk negeri ini hingga gagal menunjukkan kebanggaan kepada Hari Kemerdekaan.
Premis pejabat, sama ada milik kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, ada yang memasangnya tetapi hanya setakat cukup syarat dan ada juga yang sudah pudar warna benderanya.
Sekiranya peruntukan menjadi alasan, ia tidak munasabah kerana dalam satu bangunan, ramai kakitangan yang mampu memberi sumbangan RM10 setiap seorang kerana harga Jalur Gemilang yang dijual di pasaran, tidak mencecah RM15 seunit.

Apabila ia dilakukan tanpa menunggu arahan ataupun surat pekeliling, sudah pasti Jalur Gemilang akan berkibar dengan megah di setiap bangunan kerajaan terlebih awal tanpa menunggu saat akhir.

Antara bangunan yang didapati 'endah tak endah' adalah Mahkamah Tinggi, Pejabat Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kastam Diraja Malaysia.

Paling menyedihkan, bangunan yang tertinggi di negeri ini yang turut menjadi pusat pentadbiran utama pelbagai agensi kerajaan dan kerajaan negeri iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), juga tidak mengibarkan Jalur Gemilang.
Bagaimanapun, Penang Brigde Sdn Bhd (PBSB), pengendali Jambatan Pulau Pinang, lebih patriotik dan bertanggungjawab dengan memasang Jalur Gemilang gergasi di Blok C Pejabat PBSB, dan kain rentang bersama Jalur Gemilang di plaza tol di Prai.

Sekurang-kurangnya, usaha PBSB itu dapat menarik perhatian pengguna jambatan yang singgah untuk membayar tol sebelum meneruskan perjalanan ke bahagian pulau.

Seorang penduduk tempatan, T Vaskaran, 47, dari Batu Lanchang di sini, berkata sepatutnya agensi kerajaan menunjukkan semangat patriotik dengan ikhlas jika mahu masyarakat setempat mencontohinya.

"Apabila agensi kerajaan sendiri seperti malu nak mengibarkan Jalur Gemilang, sudah pasti ia memberi gambaran buruk kepada masyarakat tempatan mahupun luar negara. Kemerdekaan bukannya senang diperoleh tetapi dengan sikap begitu, pengorbanan pejuang kemerdekaan seperti tidak dihargai," katanya.

Bagi pesara kerajaan, Kamarul Bahri, 61, dari Bayan Lepas, berkata dia sedih melihat apa yang berlaku di sekelilingnya yang dilihat langsung tidak wujud suasana patriotik.

"Sekiranya generasi sekarang mengetahui betapa peritnya perjuangan orang lama, sudah pasti bendera Jalur gemilang itu akan sentiasa digenggam dan dibawa ke mana-mana.

"Kerajaan sendiri ada mengumumkan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan tetapi ia seperti tidak dihayati semua pihak biarpun dari kalangan kakitangan kerajaan sendiri," katanya.

Wednesday, August 25, 2010

Jabatan Penerangan gagal berfungsi untuk menyemarakkan bulan Kemerdekaan.

Tahun ini 53 tahun kita Merdeka. Nampaknya dalam bulan ini ini terlalu sibuk kaum Melayu dan Cina bertekak menuntut hak dan mempertahankan hak kaum masing-masing.

Dalam bulan ini juga semakin menjadi-jadi masaalah mental kaum Melayu, ada yang rancak membuang anak zina dan ada peristiwa-pweistiwa membunuh ahli keluarga. Hampir setiap hari muka depan Utusan Malaysia memapar tragedi berdarah. Takut dan risau rakyat melihatnya. Apa kena dengan mental kaum Melayu?

Sambutan Hari Kemerdekaan seperti tenggelam dan hanyut khasnya di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Mengambil contoh Pulau Pinang dan Kedah. Satu negeri majoriti Cina satu lagi negeri majoriti Melayu ternyata sunyi dan suram.

Persoalannya di mana peranan Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Rais Yatim? Pengarah-pengarah penerangan negeri mungkin tidur lena kerana terlalu letih berpuasa Ramadan dan Rais Yatim juga tidak sempat memantau jabatan ini kerana kementeriannya terlalu besar.

Apabila sesuatu tugas atau aktiviti yang selalu dibuat tetapi kali ini tidak dibuat, rakyat membuat kesimpulan bahawa jabatan atau agensi tersebut tidak ada “budget” atau “budget” dipotong atau “budget” dibawa ke tempat lain. Rakyat masih positif, bukannya pegawai malas tapi "budget" tidak ada.

Kesimpulannya mungkin buget akan turun berlambak jika tahun ini adalah tahun pilihanraya, jika ini berlaku bermakna fungsi Jabatan Penerangan hanyalah sebagai alat propaganda semasa pilihanraya sahaja. Wassallam lah kalau begitu.

Monday, August 23, 2010

Sabah Heading For Separation ???

MR tertarik dengan posting rakan blogger Raveendran di dalam blognya http://www.k-raveendran.blogspot.com pada 4 Ogos 2010. Mengenali Raveen, terkenal dengan fokus beliau berbloging dalam hal-ehwal keselamatan mungkin kerjaya beliau dalam bidang tersebut.

Apapun posting beliau kali ini begitu menarik untuk difikir-fikirkan:-

Sabah Heading for Separation???

16 September 1963 was the historical day for Malaysian since Federation of Malaysia was ink officially. The idea to form Federation of Malaysia didn’t go down well to our neighbour’s. Since then Indonesia and Philippines registered their dissenting opinion.

Indonesia lead by then premier Jeneral Sukarno launched military attacks under “Ganyang Malaysia” slogan while Philippines was said has train a group of military man with guerila tactics to create havoc in Sabah. While both states has their point of arguments but the fact was, Sabahan’s and Sarawakian was given an opportunity to decide whether to join the Federation of Malaysia or otherwise. The majority decided to enter the federation which was the brainchild of The Late Tunku Abdul Rahman, first Prime Minister of Malaysia.

Past few years I’m hearing many dissenting voice to the extent some state leader (either from the leaders who run government or from opponents) has publicly said “Sabahan’s made a mistake by joining the Federation of Malaysia.” Federal government which is dominated by peninsular Malaysian and lack of solution to the state issues has mooted for the disatisfaction. The statement which is against the Federation of Malaysia is very negative while I don’t deny, immediate remedy needed to overcome the state issues.

Lately former Suhakam Vice-Chairperson Simon Sipaun said, “Sabah made a mistake in joining the Federation of Malaysia in 1963.” I read the sentence as a threat to Federation of Malaysia and Sabah is heading for separation. Any failure to overcome the state issue will provoked the Sabahans to seek for separation from Federation of Malaysia. Fast remedy needed rather than political gimmick.

Hudud Nik Aziz "SHUT UP YOU !!!!"

Semangat Tuan Guru Nik Aziz untuk laksanakan hudud sebagai rumusan rawatan gejala social terus luntur dan kendur apabila disanggah oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Kata Nik Aziz, pengamal undang-undang Karpal Singh itu menentang keras undang-undang hudud kerana Karpal tidak faham secara mendalam apa itu undang-undang hudud. Dalam perkataan lain Karpal masih dibendung kejahilan walaupun telah lama berkawan dengan Tuan Guru.

“DAP (cuma dia) seorang, kita nak tahu kenapa dia tolak (undang-undang hudud)... adakah menganiaya orang, mereka tidak pernah berdepan dengan orang PAS, dia duduk di sana, kita duduk di sini, tak pernah berdepan. Jika Karpal mahu berjumpa saya, Alhamdulillah... tetapi saya nak jumpa dia agak susah sikit, saya banyak kerja,” kata Tuan Guru Nik Aziz yang ternyata gagal menyampaikan dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Manakala Lim Kit Siang pula berpegang kepada prinsip “Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.” (Blog Lim Kit Siang)

Apa ni Tok Guru? Jangankan nak laksana hudud ,niat atau sebut sahaja hukum hudud pasti Nik Aziz akan di”shut up you!!” oleh dua-dua “monsters” rakan akrabnya dalam Pakatan Rakyat.

Sunday, August 22, 2010

PRU13 Kedah akan melihat BULAN



Lagu ini dinyanyikan oleh Sam Saimun khas ditujukan kepada UMNO Kedah sebagai persediaan PRU13 yang akan datang.

Najib dah mula angin dengan UMNO Kedah dan Perlis.

Kata dua Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO Perlis, Kedah
KANGAR 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.(Utusan Malaysia 21/8/2010)

Barisan kepimpinan UMNO Kedah ternyata gagal berfungsi. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Shafiee Apdal seperti loleh tak boleh membuat apa-apa perubahan.

Ini kerana hanya beliau yang tergonteng-gonteng keseorangan tanpa “backing” barisan yang kuat dan kukuh. Dari Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada Ketua-Ketua Bahagian semuanya ada agenda mereka sendiri, mengembongkan poket masing-masing di masa kapal akan tengelam ini.

Penyakit hawar dan berak kapur yang melanda UMNO Kedah sejak dari pukulan hebat PRU12 lepas ternyata belum pulih seratus persen. Mereka masih lagi hebat “tutuh-menutuh” sesama sendiri di mana musuh semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian masih kekal menjadi musuh tidak berubah menjadi kawan.

Mahu tidak mahu Najib mesti tegas untuk merubah atau menyalin mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah menjadi 2nd Kelantan. Ini memandangkan rakyat sedang melihat luka-luka mereka ini sedang berulat merobok teruk.

p/s : MR memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers yang mungkin kurang paham bahasa-bahasa loghat Kedah dan Penang yang agak pekat dalam posting kali ini. Sila rujuk kepada rakan-rakan dari utara kalau ingin memahaminya.

Thursday, August 19, 2010

This is what the Malaysian Chinese want

Opinion 2010-08-19 12:51
By KEE THUAN CHYE
(www.mysinchew.com)

Every time the Barisan Nasional gets less than the expected support from Chinese voters at an election, the question invariably pops up among the petty-minded: Why are the Chinese ungrateful?

So now, after the Hulu Selangor by-election, it’s not surprising to read in Utusan Malaysia a piece that asks: “Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?”("Chinese of Malaysia, what more do you want?")

Normally, something intentionally provocative and propagandistic as this doesn’t deserve to be honoured with a reply. But even though I’m fed up with such disruptive and ethnocentric polemics, this time I feel obliged to reply – partly because the article has also been published, in an English translation, in the Straits Times of Singapore.

I wish to emphasise here that I am replying not as a Chinese Malaysian but, simply, as a Malaysian. Let me say at the outset that the Chinese have got nothing more than what any citizen should get. So to ask “what more” it is they want, is misguided. A correct question would be, “What do the Chinese want?”

All our lives, we Chinese have held to the belief that no one owes us a living. We have to work for it. Most of us have got where we are by the sweat of our brow, not by handouts or the policies of the government.

We have come to expect nothing – not awards, not accolades, not gifts from official sources. (Let’s not lump in Datukships, that’s a different ball game.) We know that no Chinese who writes in the Chinese language will ever be bestowed the title of Sasterawan Negara, unlike in Singapore where the literatures of all the main language streams are recognised and honoured with the Cultural Medallion, etc.

We have learned we can’t expect the government to grant us scholarships. Some will get those, but countless others won’t. We’ve learned to live with that and to work extra hard in order to support our children to attain higher education – because education is very important to us.

We experience a lot of daily pressure to achieve that. Unfortunately, not many non-Chinese realise or understand that. In fact, many Chinese had no choice but to emigrate for the sake of their children’s further education. Or to accept scholarships from abroad, many from Singapore, which has inevitably led to a brain drain.

The writer of the Utusan article says the Chinese “account for most of the students” enrolled in “the best private colleges in Malaysia”. Even so, the Chinese still have to pay a lot of money to have their children study in these colleges. And to earn that money, the parents have to work very hard. The money does not fall from the sky.

The writer goes on to add: “The Malays can gain admission into only government-owned colleges of ordinary reputation.” That is utter nonsense. Some of these colleges are meant for the cream of the Malay crop of students and are endowed with the best facilities. They are given elite treatment.

The writer also fails to acknowledge that the Chinese are barred from being admitted to some of these colleges. As a result, the Chinese are forced to pay more money to go to private colleges. Furthermore, the Malays are also welcome to enrol in the private colleges, and many of them do. It’s, after all, a free enterprise.

Plain and simple reason

The writer claims that the Chinese live “in the lap of luxury” and lead lives that are “more than ordinary” whereas the Malays in Singapore, their minority-race counterparts there, lead “ordinary lives”. Such sweeping statements sound inane especially when they are not backed up by definitions of “lap of luxury” and “ordinary lives”. They sound hysterical, if not hilarious as well, when they are not backed up by evidence. It’s surprising that a national daily like Utusan Malaysia would publish something as idiosyncratic as that. And the Straits Times too.

The writer quotes from a survey that said eight of the ten richest people in Malaysia are Chinese. Well, if these people are where they are, it must have also come from hard work and prudent business sense. Is that something to be faulted?

If the writer had said that some of them achieved greater wealth through being given crony privileges and lucrative contracts by the government, there might be a point, but even then, it would still take hard work and business acumen to secure success. Certainly, Syed Mokhtar Al-Bukhary, who is one of the ten, would take exception if it were said that he has not worked hard and lacks business savvy.

Most important, it should be noted that the eight Chinese tycoons mentioned in the survey represent but a minuscule percentage of the wider Chinese Malaysian population. To extrapolate that because eight Chinese are filthy rich, the rest of the Chinese must therefore live in the lap of luxury and lead more than ordinary lives would be a mockery of the truth. The writer has obviously not met the vast numbers of very poor Chinese.

The crux of the writer’s article is that the Chinese are not grateful to the government by not voting for Barisan Nasional at the Hulu Selangor by-election. But this demonstrates the thinking of either a simple mind or a closed one.

Why did the Chinese by and large not vote for BN? Because it’s corrupt. Plain and simple. Let’s call a spade a spade. And BN showed how corrupt it was during the campaign by throwing bribes to the electorate, including baiting a Chinese school in Rasa by promising RM3 million should it win the by-election.

The Chinese were not alone in seeing this corruption. The figures are unofficial but one could assume that at least 40 per cent of Malays and 45 per cent of Indians who voted against BN in that by-election also had their eyes open. So, what’s wrong with not supporting a government that is corrupt? If the government is corrupt, do we continue to support it?

To answer the question then, what do the Chinese want?

They want a government…
a. that is not corrupt;
b. that can govern well and proves to have done so;
c. that tells the truth rather than lies;
d. that follows the rule of law;
e. that upholds rather than abuses the country’s sacred institutions.

Because BN does not fit that description, the Chinese have learned not to vote for it. This is not what only the Chinese want. It is something every sensible Malaysian, regardless of race, wants. Is that something that is too difficult to understand?

Some people think that the government is to be equated with the country, and therefore if someone does not support the government, they are being disloyal to the country. This is a complete fallacy. BN is not Malaysia. It is merely a political coalition that is the government of the day. Rejecting BN is not rejecting the country.

A sense of belonging

Let’s be clear about this important distinction. In America, the people sometimes vote for the Democrats and sometimes for the Republicans. Voting against the one that is in government at the time is not considered disloyalty to the country.

By the same token, voting against Umno is also voting against a party, not against a race. And if the Chinese or whoever criticise Umno, they are criticising the party; they are not criticising Malays. It just happens that Umno leaders are Malay.

It is time all Malaysians realised this so that we can once and for all dispel the confusion. Let us no longer confuse country with government. We can love our country and at the same time hate the government. It is perfectly all right.

I should add here what the Chinese don’t want:

a. We don’t want to be insulted,
b. We don’t want to be called pendatang
c. We don’t want to be told to be grateful for our citizenship.

We have been loyal citizens; we duly and dutifully pay taxes; we respect the country’s constitution and its institutions. Our forefathers came to this country many generations ago and helped it to prosper. We are continuing to contribute to the country’s growth and development.

Would anyone like to be disparaged, made to feel unwelcome or unwanted? For the benefit of the writer of the Utusan article, what MCA president Chua Soi Lek means when he says the MCA needs to be more vocal is that it needs to speak up whenever the Chinese community is disparaged. For too long, the MCA has not spoken up strongly enough when Umno politicians and associates like Ahmad Ismail, Nasir Safar, Ahmad Noh and others before them insulted the Chinese and made them feel like they don’t belong. That’s why the Chinese have largely rejected the MCA.

You see, the Chinese, like all human beings, want self-respect. And a sense of belonging in this country they call home. That is all the Chinese want, and have always wanted. Nothing more.

[Dramatist and veteran journalist Kee Thuan Chye is the author of March 8: The Day Malaysia Woke Up ]

Wednesday, August 18, 2010

Cha Ya Nun Alip

Demi kepentingan masyarakat Cina, MCA tidak takut untuk berkongsi dengan DAP, kata Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Persoalannya MCA nak menakutkan siapa ? Itu adalah ayat-ayat “warning” dari Chua Soi Lek kepada kaum Melayu yang sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini entah apa keruannya Soi Lek menyalak bagai nak gila konon memperjuangkan kaum beliau. Presiden-presiden MCA terdahulu seperti Tun Dr Tan Cheng Lock juga memperjuangkan kepentingan kaum Cina tetapi tidaklah melalak sana-sini, tetapi melalui pendekatan yang berhemah, berunding dan tertib sehingga berjaya memikat kaum Melayu pada waktu itu untuk membuka kewarganegaraan Tanah Melayu kepada mereka.

Hakikat yang sebenarnya prinsip MCA ini tidak pernah berubah dari mula ditubuhnya dahulu ketika apabila pihak British menghadapi masaalah terlalu sedikit kaum Cina yang sanggup berkhidmat dalam Tentera dan Polis.

Akibatnya dari sudut pandangan politik peperangan menentang Komunis adalah peperangan di antara kaum Cina dan Melayu, kerana kebanyakkan yang sanggup berkhidmat dalam tentera hanyalah kaum Melayu. (Chinese Politics in Malaya 1942-55).

Apa yang telah disumbangkan oleh MCA serta kerjasama yang diberikan kepada kerajaan masih belum menampakkan konsep kerjasama kaum seperti yang dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya.

Prinsip MCA pada mula penubuhannya yang bertujuan untuk menyalurkan kebajikan kepada semua kaum tidak dilaksanakan dengan sempurna. Sewaktu darurat dahulu Henry Gurney dalam laporan beliau kepada pihak Tanah Jajahan di London melapurkan MCA masih lagi menumpukan kebajikan terhadap masyarakat Cina sahaja dan mengenepikan kaum lain.

Tidak ada bezanya sekarang dimana setiap perlaksanaan pentadbiran Kerajaan begitu sukar untuk mendapatkan kerjasama kaum Cina, sebagai contohnya baru-baru ini kesukaran Pesuruhjaya Banci menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari masyarakat Cina. MCA ternyata gagal memecah sindrom "isolation" kaumnya.

Konklusinya, apa perlu menyalak seperti anjing untuk mendapatkan tulang yang tidak seberapa apabila boleh berbisik untuk mendapatkan daging yang enak.

Sex and ignorance a deadly mix

Wednesday August 18, 2010

I read with interest your on-line report “Porn a major reason behind baby dumping, say cops” and would like to share my observations as a former tertiary educator.

Blaming porn for the increasing rate of baby dumping and other sex-related ills such as teenage pregnancy is just a short-term solution which at best screams of ignorance. There are a lot of people out there who have access to porn and yet do not go through teenage pregnancies or baby dumping.

The key is not in micromanaging our children’s lives but educating them to the best of our abilities.

Many young people want and choose to have sex out of love or curiosity. Please do not blame the so-called corrupt West as love and sexuality exist in all cultures and communities.

However, when teens have sex and are ignorant of the consequences, it is a deadly mix. Excuses like “that one time won’t get me pregnant” or “a condom makes things feel different” is common among teens and these reasons should be looked into closely by both the Government and parents.

We need to stop heaping the majority of our parental responsibility onto the education system and start taking the initiative to teach our children not just about the birds and the bees but also the emotional aspects of a sexual­ly active lifestyle.

We should allow our children to choose the path they take in life and ensure that at the same time they do so responsibly.

Our roles as parents encompasses more than just providing a roof over our children’s heads, food on the table and a degree in their achiever’s belt. It means spending time knowing our children and moulding them to be God-fearing, law-abiding, wise and street-smart people who will go on to pass these values to their own children.

This can only be achieved by spending more quality time with them and not handing their care (spiritually, mentally and emotionally) off to someone else like a maid.

Our Education Ministry should look into sex education in a more complete manner. Sex is more than just biology; it is an act that encompasses all facets of a human being – mentally, socially, emotionally and even religiously. Instead of adopting one firm stand – that abstinence is the law – the ministry should address other issues such as what happens if someone chooses to have sex, how to teach girls to stand up and say, “Wear a condom if you love me” instead of giving in to their partners and so forth.

I have seen many cases in colleges and universities whereby girls have sex because they think it’s the only way to garner love and they have unprotected sex at the insistence of their male partners. They don’t know how to insist on their rights or do not feel that it’s important to take care of their own bodies first.

Also, studies into the abstinence programme in the US have discovered loopholes in the system, mainly that when these teens do eventually have sex, they do not practise safe sex.

This is something we need to change and change fast. Teachers who teach sex education should not only talk about the biological aspect but also discuss prevailing issues related to sexuality and love.

Gone are the days when it’s just a simple matter of the birds and the bees. We are not talking about toddlers but teenagers with raging hormones and a smart mind.

MABEL TEOH,

Singapore.
(The Star18.8.2010)

Friday, August 13, 2010

What is so great about Bakun Dam?

(Peta Singapura)

Empangan Bakun akan siap pada Disember tahun ini dan dijangkakan mula menjana tenaganya pada July tahun hadapan.

Menyingkap sedikit sejarah Empangan Bakun ianya bermula dengan kerja-kerja ukur tanah pada tahun 1960-an. Kajian kedua pula diteruskan pada tahun 1980-an dimana ia merangkumi penyediaan pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.

Perlaksanaan projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk membangunkan dahulu industri gas asli. Pada 1993 Projek ini diteruskan semula oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.(Wikipedia)

Apabila siap nanti:
• Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggiannya 205 m.

• Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

• Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

• Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).

• Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.

Walauapapun kehebatan empangan Bakun tetapi yang maha hebat ialah ianya sebesar Singapura. Itulah kemampuan Malaysia yang paling tidak disukai oleh Lim Kit Siang, DAP.

Thursday, August 12, 2010

Setelah 53 tahun Merdeka masih ada masyarakat Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris

Kesukaran petugas-petugas pembanci untuk mendapatkan kerjasama dari masyarakat Cina merupakan satu cabaran utama.

Mengikut Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dalam Fasa I Banci 2010, 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respon adalah masyarakat Cina.

Setelah mereka tinggal dan mengecapi kemakmuran dalam negara ini yang telah Merdeka selama 53 tahun malah telah beranak-pinak dalam negara ini, mereka masih memberi alasan bahawa tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris dan hanya tahu berbahasa ibunda mereka iaitu Mandarin.

Yang lebih mengeciwakan bukan sahaja tidak mendapat kerjasama kaum ini, malah semasa kerja tinjauan Wan Ramlah sendiri nyaris-nyaris diserang beberapa ekor anjing yang sengaja dilepaskan bagi menghalang pembanci mendekati rumah mereka.

Itulah gambarannya sikap kebanyakan masyarakat Cina dalam negara ini yang gagal diperjuangkan Malaysian Chinese Association (MCA). Mereka memisahkan langsung diri mereka dengan arus perdana pentadbiran Kerajaan negara ini.

Bagi mereka tuhan mereka adalah wang dan harta. Malah jauh sekali untuk mereka memahami konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM Najib. Jika ini berlaku ternyata 1Malaysia hanya lebih kepada mereka menerima daripada mereka memberi.

Apakah mereka cuba membuktikan kebenaran atas apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew 25 April 1965 iaitu :

"From my observations I see that some of the people in Malaya are beginning to see the light in Malaysia. They are beginning to realize that the peaceful and democratic way of accommodation and adjusment towards a Malaysian Malaysia is a way out.

Therefore we must be patient. We must be prepared to wait fifteen or twenty years..." LKY, The Crucial Years by Alex Josey.

Wednesday, August 11, 2010

Senarai hotel yang halal untuk berbuka puasa

Samaada anda berpuasa atau tidak pastikan anda berbuka puasa di hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal.

Jika tidak berpuasa sila berlakon dan tunjukkan keletihan semasa beratur mengambil juadah "Buffet Ramadan" semasa berbuka di hotel lima bintang.

Jika berpuasa jangan terlalu ghairah dan senang-senang menerima jemputan majlis berbuka dan pastikan disemak dahulu senarai hotel di bawah. Kalau was-was, berbuka sahaja di rumah.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotelSenarai hotel yang mendapat sijil halal dariapda Jakim bagi dapur hotel:

1. Ancasa Hotel, Kuala Lumpur 2. Brisdale Hotel, Kuala Lumpur 3. Cititel Hotel, Pulau Pinang 4. Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya 5. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya 6. Dynasty Hotel, Kuala Lumpur 7. Evergreen Laurel Hotel, Pulau Pinang
8. Citrus Hotel, Kuala Lumpur 9. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur 10. Grand Dorsett Labuan Hotel

11. Hotel Armada, Petaling Jaya 12. Hotel Hilton, Petaling Jaya 13.Hotel Seri Malaysia, Alor Setar 14. Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands 15. Hotel Seri Malaysia, Kuantan 16. Hotel Seri Malaysia, Marang 17. Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang 18. Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani 19. Hotel Seri Malaysia, Taiping 20. Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

21. Pan Pacific KLIA, Sepang22. KLI Hotel, Kuala Lumpur 23. Hotel Putra, Kuala Lumpur 24. Legend Hotel, Kuala Lumpur 25. Midah Hotel, Kuala Lumpur 26. Corus Hotel, Kuala Lumpur 27. Nilai Hotel, Nilai Negeri Sembilan 28. PG Hotel Sdn Bhd 29. Puteri Park Hotel, Kuala Lumpur 30. PNB Darby Park Executive Suites Hotel, Kuala Lumpur

31. Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur 32. Residence Hotel at Universiti Tenaga Nasional, Kuala Lumpur33. Grand Bluewave Hotel, Shah Alam 34. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 35. Hotel Maluri, Kuala Lumpur 36. The Paramount Hotel, Sibu Sarawak
37. The Plaza Hotel, Kuala Lumpur 38. The Summit Hotel. Subang Jaya 39. Mutiara Johor Bahru 40. Hotel Istana, Kuala Lumpur.

SELAMAT BERPUSA DAN BERBUKA.

Bung Mokhtar boleh kembali ke rumah memeluk isteri dengan lebih erat

Gelombang pelayaran bahtera Bung Mokhtar kembali lincin dan lawas apabila Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim hanya memerintahkan Bung Moktar membayar denda maksimum iaitu RM1,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin tidak perlu tidor dalam penjara bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Beliau boleh menarik nafas lega dan balik ke rumah memeluk isteri yang putih gebu, Zizi Ezzete dengan penuh rasa cinta dan mesra. Mungkin inilah hadiah kebahagian kepada Datuk Bung Mokhtar sempena bulan Ramadan.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini juga MR berdoa agar Bung Mokhtar bahagia dan boleh "perform" sebagai Ahli Parlimen yang lebih "vocal" dan supaya tidak kembali lagi ke mahkamah syariah dengan muka monyok dituntut fasakh atau harta sepencarian pula selepas ini.

Pulau Pinang dan Singapura

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state government did not ban traders from carrying out their business at the Ramadan bazaar on level three in Komtar.

He said investigations revealed that the Komtar Merchants Association (KMA) had collected the rental from the traders, but the money was not handed over to the Penang Development Corporation (PDC).

“When PDC did not get the rental, its officers followed procedure by not allowing the traders to set up their stalls. “The traders only told us during a protest on Tuesday that they had handed the money over to KMA.

“I have asked PDC general manager Datuk Rosli Jaafar to deal directly with the 27 traders,” he said at a press conference here on Tuesday.

He was commenting on a frontpage report in a Malay daily that the 27 traders were prevented from doing business at the bazaar.

Rosli, who was also present, said KMA was not professional in refusing to adhere to the conditions set up by PDC. (The Star)

Sikit punya pasai heboh satu kampung. Depa dok naik ghoplaaa kalut bising sana sini, kata Komtar dok halau depa ghupa-ghupanya depa pi bayar pada Persatuan Peniaga Komtar dah songlap duit sewa yang sepatut di bayar pada PDC (Penang Development Corporation).

"Penang ni biasa laa Mummy, depa nanti dok bisin tak ketahuan punca..bukan Mummy tak tau" kata seorang rakan dengan gelengngan kepala.

Apa pun bukan senang Lim Guan Eng nak jadikan Pulau Pinang ini Singapura kedua. Itu baru peniaga di dalam komplek, apa jadi pulak peniaga-peniaga kereta tolak Cina yang berniaga sehingga di gigi jalan. Kalau diambil tindakan takut nanti mereka ramai-ramai menyokong BN dan Parti Gerakan.

Itulah Pulau Pinang. Pengundi Cina pandai mengatur siapa yang mereka mahu asalkan kuali mereka berasap.
Hanya Lee Kuan Yew yang berjaya membentuk Cina. LKY tidak mahu Singapura diiktiraf sebagai sebuah negara tetapi lebih suka dilihat sebagai sebuah bandaraya seperti New York.
Kerana itu akan mengizinkan mereka untuk sentiasa mempertahankan dominasi "one party system".

Sunday, August 8, 2010

Soi Lek Part 2 – Buta kayu

Apabila Presiden MCA Dr Chua Soi Lek memperlekehkan Islam ternyata Lim Guan Eng lebih membela apabila beliau mencadangkan Soi Lek dalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global, malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

“Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat tunjuk potensi dan ambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi.

“Saya percaya negara-negara Islam lambat laun akan dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India, sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan (Khalifah ke lapan) Umar Abdul Aziz. (Sinar Harian)

Mungkin selama ini Chua Soi Lek tidak mendalami sejarah Islam kerana mengharapkan rakan BN iaitu UMNO sahaja yang memainkan peranannya.

Thursday, August 5, 2010

Pelakon "CCTV Biru" cuba menjadi juara kalimah "Allah"

Isu kalimah “ALLAH” yang cuba dibangkitkan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek segera di sanggah oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Soi Lek, yang juga terkenal kerana “CCTV Biru” memohon kerajaan menangani isu ini segera supaya tidak diekploitasi oleh pembangkang.

MCA diberi amaran supaya tidak mencetuskan polemik terbuka dan membuka ruang perdebatan yang boleh menggugat ketenangan dan membangkitkan kepanasan yang lama.

MCA yang kononnya bimbang isu ini dieksploit oleh pembangkang yang sebenarnya sedar atau tanpa sedar mereka sudah pun diperkudakan oleh DAP. Adalah mustahil mereka tidak memahami sensitiviti rakan mereka dalam Barisan kerana mereka bukan baru di dalam Barisan.
Walau apa pun masyarakat Islam dapat menghidu bahawa perkara ini dibangkit adalah hasil echo atau dengungan yang dipalu golongan tertentu di barat yang bercadang menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Dalam masa yang sama Soi Lek tidak harusnya mempergunakan isu ini untuk mengambil balik juara kaum Cina yang dirampas oleh DAP apabila beliau terlibat teruk dalam isu “CCTV BIRU” seperti pengakuan beliau sendiri.

Yang sebenarnya apabila mantan Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke muka pengadilan kerana isu PKFZ ianya juga kemenangan bagi Lim Kit Siang yang secara beterusan membangkitkan isu PKFZ.

Apa pun umat Islam negara ini harus bersatu kerana masa sudah terlalu sedikit.

Monday, August 2, 2010

Bila PAS dan UMNO akan berkompromi?

Lagi tujuh hari umat Islam akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Di dalam menghadapi bulan yang mulia ini umat Islam dicabar lagi apabila ada sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Inilah akibatnya jika umat Islam lemah dan tidak bersatu. Semoga sempena Ramadan al mubaraq yang akan datang ini politik Islam negara ini harus segera bersatu khasnya PAS dan UMNO.

Memang mudah untuk bercakap tetapi sukar untuk dilaksanakan.