Pada 10/8/2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam kerana pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai dengan memberi banyak kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.
Dua hari yang lepas pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mahu berbincang dengan Pemuda PAS dan GERAKAN berhubung soal samaada dibolehkan pelajar institusi pengajian tinggi aktif dalam politik. Secara tidak langsung beliau cuba menadapat sokongan dari PAS dan kaum Cina dari "Gerakan".
MR tidak faham apalagi si Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dok promo sana sini untuk memolehkan pelajar IPTA berpolitik.
Konon katanya “Kementerian Pengajian Tinggi tetap akan meneruskan perbincangan mengenai cadangan membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik berikutan sikap terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini. Ini menunjukkan ia masih boleh dibincangkan sama ada setuju atau tidak dan saya lihat kita harus berfikiran terbuka mengenainya". (Sinar)
Apakah beliau tidak faham untuk membaca maksud yang tersirat “in between the line” kenyataan Najib itu?. Faham atau buat-buat tidak faham?
Kalau nak implimentasikan sangat pun tunggu lah dulu apabila diangkat menjadi Menteri penuh kelak.
Yang sebenarnya boleh atau tidak boleh berpolitik mereka ini telah pun berpolitik. Apa tidaknya dengan ada Kelab-Kelab parti politik di U. Ada kumpulan radikal, kumpulan pro Islam, pro-aspirasi, pro-mahasiswa dsbnya, dimana di belakang tabir mereka itu semua ditaja oleh parti-parti politik. Malah ada di pusat pengajian tinggi terkemuka dengan berani memanggil Mat Salleh, Barry Wain untuk menghentam tokoh Melayu yang kita hormati, Tun M.
Inilah akibatnya tindakan sesetengah menteri dan timbalan menteri yang akan melemahkan pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak perlu ditapuk kepalanya dengan tindakan sebegini kerana isu perkauman pun cukup kritikal dan semakin sarat menghamil.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Mahasiswa akan menjadi barisan pelapis untuk negara.
ReplyDelete'Kejutan Besar' Untuk Generasi Muda Sabah Dan Sarawak:-)
>>>Tolong Klik Di Sini<<< ^_^
Masaalah dlm negara kerana Najib tidak memimpin tetapi lebih mengikut rentak perubahan.UMNO sepatutnya meneraju BN tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.
ReplyDeleteUMNO akan lumpuh jika Najib tidak berubah dan lanskap politik negara akan berubah selama2nya.
Yang pastinya perubahan itu akan merugikan Melayu.
Sudah sampai masanya utk Najib menegaskan bahawa Melayu sanggup berkongsi kuasa dan tidak samasekali akan menyerahkan kuasa.
Najib perlu beri perhatian lebih kpd Melayu dan jangan terlalu mengikut rentak perubahan yg dicanang olih pihak2 yg jelas anti Melayu.
kalau dibenarkan pelajar berpolitik, saya dengan penuh yakin lagi bercelarulah politik negara.
ReplyDeleteDatuk Najib kena tengok penilaian semula segala menteri,timbalan menteri,yang lembab bertindak cuma cakap sahaja banyak .Isi kosong.Begitu juga pegawai-pegawainya yg layan kroninya sahaja.Kalau tak ada jawatan tak layan orang.Inilah yg merosakkan nama baik Datuk Najib.
ReplyDeleteNajib lembik.
ReplyDeleteNajib is not a leader. Just a manager.
Saya amat bersetuju dengan tajuk entry puan malah saya suka menambah sedikit lagi agar ia jadi sedikit lengkap.
ReplyDeleteNajib akan menjadi lebih hodoh kerana DS Rosmah sendiri. Minta Rosmah 'slow' sikit untukm najib dapat 'berjalan' dengan lancar.
Dato najib kena tengok sama orang keliling dia hari ini.Dengar cerita macam-macam yg tak sedap.Jangan jadi macam Tun Dolah dulu.
ReplyDeletePara menteri,timbalan menteri nya pun ramai yang kaki ampu dan pelakon2 popular. kerja tak banyak mana , buat kenyataan pun bersepah,depan tv jer lebih senduk dari kuah, hampeh....
ReplyDeleteKesian Najib, panglima2 anda kebanyakkan nya hanya la pengampu2 professional, lembik, penakut,kaki betina,kaki penipu .
Berubah la sebelum anda di ubahkan!
Aku sokong Datuk Seri Najib dengan wawasan 1Malaysia.....tapi kebanyakan menteri dan pegawai sekeliling beliau kaki bodek...kaki bodek adalah manusia yang malas berfikir & tidak mahir berkerja, cuma tahu membodek untuk terus nampak berkerja.
ReplyDeleteTanpa mereka....Aman 1MAlaysia
Jaga-jaga Dato Najib PM Malaysia.Bukan semua yg cium tangan itu ikhlas.Takut yg cium tangan itulah menggigitnya semula.Dulu cium tgn Pak Lah.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteCuba la kita dengaq sikit cakap Tok Muhyidin tu..buat pa nak bagi budak-budak ni main politik. Ambik tau pasal politik dah laa. Jangan la kita perangkapkan anak-anak kita hak yang nak mengaji tu dengan mainan politik bodo kita ni. Summaa tak buleh pakai cekk! Pasai tu Menteri dengan Timbalan buleh tak sebetui. Hangpa kat pembangkang pun sama..jangan perasan sangat. Belum dapat kuasa memang la boleh cakap..dah dapat nanti belum tentu lagi.