Demi kepentingan masyarakat Cina, MCA tidak takut untuk berkongsi dengan DAP, kata Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Persoalannya MCA nak menakutkan siapa ? Itu adalah ayat-ayat “warning” dari Chua Soi Lek kepada kaum Melayu yang sebenarnya.
Sejak akhir-akhir ini entah apa keruannya Soi Lek menyalak bagai nak gila konon memperjuangkan kaum beliau. Presiden-presiden MCA terdahulu seperti Tun Dr Tan Cheng Lock juga memperjuangkan kepentingan kaum Cina tetapi tidaklah melalak sana-sini, tetapi melalui pendekatan yang berhemah, berunding dan tertib sehingga berjaya memikat kaum Melayu pada waktu itu untuk membuka kewarganegaraan Tanah Melayu kepada mereka.
Hakikat yang sebenarnya prinsip MCA ini tidak pernah berubah dari mula ditubuhnya dahulu ketika apabila pihak British menghadapi masaalah terlalu sedikit kaum Cina yang sanggup berkhidmat dalam Tentera dan Polis.
Akibatnya dari sudut pandangan politik peperangan menentang Komunis adalah peperangan di antara kaum Cina dan Melayu, kerana kebanyakkan yang sanggup berkhidmat dalam tentera hanyalah kaum Melayu. (Chinese Politics in Malaya 1942-55).
Apa yang telah disumbangkan oleh MCA serta kerjasama yang diberikan kepada kerajaan masih belum menampakkan konsep kerjasama kaum seperti yang dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya.
Prinsip MCA pada mula penubuhannya yang bertujuan untuk menyalurkan kebajikan kepada semua kaum tidak dilaksanakan dengan sempurna. Sewaktu darurat dahulu Henry Gurney dalam laporan beliau kepada pihak Tanah Jajahan di London melapurkan MCA masih lagi menumpukan kebajikan terhadap masyarakat Cina sahaja dan mengenepikan kaum lain.
Tidak ada bezanya sekarang dimana setiap perlaksanaan pentadbiran Kerajaan begitu sukar untuk mendapatkan kerjasama kaum Cina, sebagai contohnya baru-baru ini kesukaran Pesuruhjaya Banci menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari masyarakat Cina. MCA ternyata gagal memecah sindrom "isolation" kaumnya.
Konklusinya, apa perlu menyalak seperti anjing untuk mendapatkan tulang yang tidak seberapa apabila boleh berbisik untuk mendapatkan daging yang enak.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Adik Najib, Nazir, CEO CIMB Bank kata DEB dah disundalkan, maknanya matlamatnya sudah melencong dengan wujudnya 22 bilioner sementara hampir 60% isi keluarga( bukan individu) golongan bawah rata-rata meraih pendapatan RM3,000 sebulan- apalah kualiti hidup dengan pendapatan begitu. Betul DEB hampir menghapuskan kemiskinan tegar tapai kemiskinan tadi amat ketara. Golongan ini, kebanyakannya orang Melayu tiada harta- mereka dapatlah subsidi, masjid, surau, sebiji kereta, subsidi baja, diesel, sebiji rumah yang tidak selesa dan mungkin anakpun dapat subsidi masuk universiti.Bagaimanapun segelintir seperti semua 192 Ketua Bahagian UMNO/BN hidup kaya raya.
ReplyDeleteNajib kata RM53bilion telah dibelanja untuk ekuiti orang Melayu tapi cuma RM2 bilion yang tinggal menyebabkan ekuiti orang Melayu masih dalam julat 2% tapi campur dengan pegangan dari kerajan jadilah 18/19%. Mana perginya wang itu? Mengikut seorang wartawan semuanya pergi ke poket UMNO! Perkasa mahu mempertahankan DEB dan juga cara pengagihan harta dibuat. Siapa tegur tak kira siapa akan dijulukki sebagai mencabar/penderhaka/balaik ke negeri asal China atau India, bangkitkan episod 13 Mei dan tak mengenang budi/tidak patriotik dan banyak lagi termasuk berpulu-puluh laporan polis dan kiriman ancaman peluru dan sebagainya.Pendeka kata yang jadi punca masalah adalah orang Cina, jika pada peringkat global puncanya orang Yahudi! Habis cerita. Hilang daya analisis akan teori penindasan atau kapitalisme. Ramai orang Melayu(orang lama/tua/persara/mantan ahli UMNO termakan teori PERKASA, tak nampak adanya perlawanan antara golongan batil dan yang jujur.
Cha Ya Nun Alip. Pandai. Mempertahankan kaum sendiri.
ReplyDeleteMim Lam Ya Wau. Bodoh. Suka jual bangsa sendiri dan naikkan bangsa lain.
Akhirnya, merempat di negara sendiri. Bagus!
Mummy,
ReplyDeleteIni berpunca daripada konsep 1Malaysia semua sama rata. Sebelum ini konsep Perpaduan semua kaum hormat satu sama lain.Sungguh pada masa itu terdapat juga segelintir yang rasis tetapi majoriti ok. Kini bila PM memperkenalkan 1Malaysia pemimpin MCA naik tocang dan ini jika dibiarkan BAHAYA. Di Satdium TPCA beberapa abad lepas semasa PM masih lagi Ketua Pemuda dengan lantang berkata ingin nyahkan extreme chinese tetapi bila jadi PM diam saja apa pasal. Op lalang saja tunggu apa lagi. Jangan bagi muka lagi, hantar saja gedebe-gedebe ini ke Kemunting habis cerita.
Adik ex ISA
Salam Mummy,
ReplyDeleteKan cek dah habaq dah..aktor drama X tu bukannya boleh pakai. Yang herannya Tok Jib kita ni macam takdak orang lain dah kat Malaysia ni hak yang boleh terajui MCA tu. Nak kata orang MCA suka kat aktor tu pun dak jugak tapi depa kan berkomplot dengan apa tu..Ketua Pemuda depa pejatuhkan Ong Tee Keat. Ong Kee Teat pun tak boleh pakai jugak..sangkut pulak dengan PKFZ. Jadi bila dia step down menerusi drama pemilihan itu hari barulah SPRM kata tak dak kes. Nampak sangat drama depa ni. Orang Cina takdak lah bodoh sangat boleh depa nak pulun. Tanyalah apek dan nyonya mana pun..MCA ni dah takdak dalam hati depa pun. Dah bankrap..muflisin..tinggai lagi UMNO saja yang terkuntang kanting nak bela depa. Sama la macam MIC. Tak tau la apa nak jadi kat BN kita ni kalau Tok Jib tak boleh nak handle mangkuk-mangkuk berayun sekeliling dia. Kita tunggu la PRU 13 no!.
Apa nak kata.Melayu dan pemimpin melayu yang bersalah.termasuk juga pegawai kerajaan.Sama juga orang politik melayu.Ada kawasan balak sapa usaha.....Ada permit pasir tepi sungai tanah melayu sapa jadi toke....ptojek perumahan sapa punya......kilang besar empunya sapa.....estet yg luas sapa punya....pendek kata tukang lobi dan pencacai projek ialah orang politik parti pemerintah yang makan komisen.Tukang sedekah projek termasuk pegawai tinggi kerajaan kononnya melalui tender telus.Ada tanah kerajaan pun bagi sapa usaha buat projek pembangunan.Salah siapa ini.Adakah penoreh getah,petani disawah,nelayan dilaut,operator kilang,pengawal keselamatan,peniaga pasar malam.Sampah dah masuk mata baru rasa pedih.SIAPA YG SALAH>DAN SALAH SAPA.
ReplyDeleteakak,
ReplyDeletenanpaknya melayu berpaksi amno pemikiran mereka lain dr apa yg saya nampak. apa yg saya nampak ini hanya lakonan amno dan mca. mca perlu tunjuk dia jaguh bangsa cina. amno perlu tunjuk jaguh membela kepentingan melayu. pada saya ini drama kosong utk hiburan org amno saja.
kalau amno power sangat awat tak kasi naik jadi 40%? susah sangat ke? dalam perlembagaan ada sebut 30% ke? takde kan? jadi awat takut mau naikkasi 40%? lakonan ini mungkin meyeronokkan org melayu paksi amno tapi amat membosankan org yg di atas pagar.