Wednesday, August 31, 2011

Komunis - Apa bezanya Mat Sabu dan RTM?

Sempena 31 Ogos Hari Kemerdekaan yang ke 54 entri MR kali ini ialah posting tentang salah seorang pelopor parti sosialis atau fahaman Komunis yang juga pejuang kemerdekaan iaitu Datuk Ahmad Boestamam.

Semalam media utama Kerajaan, RTM juga tidak ketinggalan menyiarkan rancangan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ tentang kisah dan jasa beliau.

Fakta ini MR ektrak daripada Wikipedia Ahmad Boestamam kerana laman ini lah yang menjadi sumber rujukan utama generasi hari ini mengatasi buku-buku sejarah yang sedia ada malah generasi dan remaja hari ini langsung tidak menonton RTM kerana digelarnya mereka Radio Tua Malaysia.

Ahmad Boestamam telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah.

Dengan itu, Ahmad telah bekerjasama secara sedar dengan pihak PKM yang juga bersifat penjajahan ke atas Tanah Melayu. Ini kerana PKM adalah anak Parti Komunis China yang bekerjasama dengan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.

Ahmad membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM. Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA.

Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan. Dengan itu, dasar PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan dengan cita-cita PKM.

Ahmad menyedari hal tersebut, maka untuk mengimbangi pengaruh politik PKM, dalam persidangan yang diadakan pada 30 November 1945, dasar membentuk 'Melayu Raya' atau Indonesia Raya, telah dimasukkan sebagai salah satu matlamat perjuangan PKMM. Malah dasar ini memang sengaja ditonjolkan begitu hebat oleh Ahmad dan kumpulannya demi untuk mengelakkan pandangan orang ramai terhadap penguasaan PKM dalam PKMM. Ini juga telah membolehkan runan Indonesia yang menetap di Tanah Melayu.

Ahmad disokong oleh PKM. PKM telah membangkitkan pula soal tidak demokratik UMNO kerana memberi dua sahaja undi kepada PKMM, seperti persatuan negeri-negeri Melayu yang lain, yang dikatakannya lebih kecil daripada PKMM. PKM juga menuduh UMNO sebuah parti yang konservatif dan tidak menggunakannya sebagai biasiswa kepada anak-anak Melayu, dianggapnya remeh.

Kerajaan British telah menyokong UMNO. Bagi kerajaan British, UMNO adalah sebuah parti politik yang lebih sederhana, tidak dipengaruhi sebarang unsur luar yang mengancam kedudukan politik dan ekonominya serta tidak mempunyai sejarah penentangan terhadap pihak British, seperti PKMM yang dipimpin oleh beberapa orang bekas anggota KMM. UMNO juga direstui oleh raja-raja Melayu yang merupakan lambang ketuanan orang Melayu.

Sokongan raja-raja Melayu kepada UMNO sangat penting diakui kerana raja-raja Melayu merupakan ketua kerajaan negeri yang membuat perjanjian dengan kerajaan British. Kebijaksanaan UMNO menarik raja-raja Melayu memihak kepada mereka telah memerangkap kerajaan British untuk mengakui kepentingan UMNO.

Sekali lagi Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British.

Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah bertentang arus dengan nasionalisme Melayu pada tahun 1946. Ini kerana penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kemuncak gerakan nasionalisme mereka selama ini. Gerakan nasionalisme Melayu yang bermula begitu lambat dan tidak begitu mencabar kerajaan British telah menjadi cukup tegang dengan pengenalan Malayan Union. Ini kerana gerakan anti-Malayan Union itu telah membangkitkan kesedaran politik yang cukup jelas sehingga melibatkan kaum wanita yang selama ini tertutup dengan peranan tradisional mereka.

Pengenalan Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja-raja Melayu dan para pembesar tradisional yang selama ini terpisah dengan rakyat jelata. Penentangan itu merupakan satu gerakan yang telah mencabar kerajaan British sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak mereka.

Menyingkap catatan sejarah di atas, apa bezanya jika Mat Sabu juga mengiktiraf Komunis sebagai  pejuang Kemerdekaan?

Saturday, August 27, 2011

Siapa yang rugi kalau Esso Malaysia dijual

Apabila Exxonmobil masih memilih San Miguel Corporation (SMC), syarikat Filipina dengan tawaran RM614.3 juta untuk menjual Esso Malaysia serta mengenepikan Boustead Holdings Bhd, syarikat kepunyaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera pada harga RM1 bilion lebih tinggi dari nilai yang ditawarkan oleh SMC, ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Perjanjian kedua-dua belah pihak telah termaterai pada 17/8/2011 lihat San Miguel yang lalu manakala Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohammad di dalam kenyataannya semalam menyatakankan pihaknya sehingga hari ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung penjualan Exxonmobil daripada kedua-dua entiti tersebut.

Jelasnya, kedua-dua entiti yang terlibat dalam penjualan dan pembelian itu perlu mematuhi peraturan sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada MITI untuk melupuskan dan membeli aset dalam negara ini.

Dalam perkembangan lain Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa sementara Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusan transaksi perniagaan, kementerian akan berbincang dengan MITI untuk melihat bagaimana ia boleh membantu.

Apapun hasil dari nikmat kesuburan ekonomi negara ini tidak harus tergadai dan rakyat negara ini berhak mengecapinya setelah 54 tahun Merdeka. Sesiapa yang mengambil kepentingan dalam transaksi ini adalah penderhakaan kepada rakyat negara ini.

LTAT bukan sahaja terdiri dari bekas anggota yang menentang Komunis di dalam hutan tetapi hari ini mereka juga mampu berjuang dengan hebat dalam dunia korporat.

Thursday, August 25, 2011

Haloba ketika berbuka puasa @ BULOQ (bahasa utara)

Ini bukan di Malaysia (ihsan ten98)
Semalam MR berkesempatan memenuhi jemputan rakan untuk berbuka puasa di salah sebuah pusat terkemuka di Shah Alam di mana juadah hidangannya dihidangkan secara buffet dengan berbagai-bagai masakan istimewa.

MR keciwa dengan sikap segelintir mereka yang hadir apabila mengambil makanan yang banyak tetapi selepas berbuka hanya meninggalkan sahaja makanan di atas meja tanpa dijamah kerana kekenyangan minum air dan makan kueh.

Mungkin sebelum berbuka nafsu mereka meluap-luap tidak dapat dikawal dan kalau boleh semua juadah ingin diperosok kedalam kantung perut yang kosong kerana berpuasa ketika itu.

Tetapi apabila sampai waktu berbuka, baru mereka sedar bahawa yang kosong itu hanyalah cukup diisi dengan beberapa gelas air dan kueh. Rupa-rupanya mereka ditipu oleh nafsu mereka yang serakah.

Itulah kita, nafsu besar kemampuannya sedikit. Harap visual di atas cukup untuk membawa mesej posting ini.

Sunday, August 21, 2011

KOMPAS - Media berintegriti

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - Bernama

Tindakan Kompas ini dilihat sebagai sebuah media berintegriti mengatasi sesetengah media dalam negara ini yang tidak putus-putus menabur fitnah terhadap pemimpin yang mereka benci.

Seharusnya Kompas telah mula sedar bahawa berita-berita karut yang di bawa oleh PKR pimpinan Anwar Ibrahim adalah dongengan semata-mata.

Berita-berita karut marut itu hanyalah mengundang kepada kekeruhan perhubungan di antara Indonesia dan Malaysia dan hanya membawa misi tersirat untuk diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk melindungi kemungkaran yang dilakukannya.

ADUN Kota Siputeh, Abu Hasan Sarif baru mengenali langit dan bumi


"Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun. (UM)

Dengan kenyataan di atas ternyatalah baru hari ini Datuk Abu Hassan Sarif kenal langit dan bumi apa akibatnya kalau ponteng dari menghadiri sidang DUN.

Apabila seseorang wakil rakyat itu diberi amanah dan dilantik oleh rakyat beliau adalah bertanggungjawab kepada rakyat sepenuhnya.

Suara-suara sejuta pengharapan rakyat di bawah mesti dibela dan di bawa kepada Kerajaan yang memerintah.

Apa kejadahnya kalau wakil rakyat itu ponteng? Dunia maklumat tanpa sempadan hari ini rakyat lebih cerdik dari kebanyakkan wakil rakyat yang ada. 

Amalan meletak tongkol kayu berlabelkan Barisan Nasional sudah berakhir. Wakil Rakyat yang tidak membaca dan ‘zero general knowledge’ akan terkangkang dibuli dalam Dewan Undangan Negeri dan Persidangan Parlimen.

Kesimpulannya PRU13 yang akan datang adalah gelanggang rakyat di mana akan berkhirnya tammadun cucuk hidung.

Saturday, August 20, 2011

Boleh kah Marina Mahathir dikecam?

Puan Marina Mahathir nampaknya dikecam hebat kerana kenyataannya dalam kolum The Star yang menyokong demonstrasi BERSIH yang diterajui lawyer Ambiga baru-baru ini.

Ketua Penerangan Perkasa melabelkan Puan Marina sebagai Melayu mudah lupa atau dalam perkataan yang lain Melayu lupa daratan.

Hakikatnya Puan Marina tidak terkecuali atau kebal dari kecaman walaupun beliau adalah anak perempuan kesayangan Che Det pemimpin agung Negara ini, jika agama Islam dan Melayu diperkotak-kotakkan.

Umum mengetahui dalam satu keluarga itu bukan semua anak-anak itu ‘menjadi orang’ kata orang utara. “Menjadi Orang” bermaksud hebat dan cemerlang atau boleh dibangga masyarakat.

Begitu juga Che Det, beliau mungkin hebat tetapi anaknya tidak dapat mewarisi kehebatannya kerana Che Det juga lemah dengan kemanjaan anak perempuan kesayangannya. Prinsip Che Det tidak sama dengan prinsip anak perempuannya yang lebih liberal dan terbuka tidak mahu dikongkong kebebasan berfikir.

Anak perempuan Che Det mungkin tidak pernah melalui pengalaman melihat pelempang askar Jepun seperti Che Det alami semasa zaman Jepun menawan Malaya dahulu.

Che Det pernah makan ubi kayu rebus dengan nyior digaul garam semasa zaman Jepun manakala zaman anak perempuan Che Det sudah pandai makan potato chips digaul garam dan sebuk perisa Ajinomoto produk ciptaan Jepun.

Kesimpulannya kehebatan pemimpin itu bukan satu warisan yang boleh diperturunkan kepada anak-anak mereka.

Thursday, August 18, 2011

Blog MR memperkenalkan 'EDISI RAKYAT FED UP!'

Blog MR akan memperkenalkan ‘EDISI RAKYAT FED UP!’ di mana posting di dalam kategori ini akan mengupas isu-isu yang menyebabkan rakyat kecewa berpunca dari dasar-dasar Kerajaan yang memerintah baik dari Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Baik dari Kerajaan UMNO/ BN atau Kerajaan PR.

Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka FED UP dan menghilangkan sokongan kepada mana-mana parti politik dalam PRU13 yang akan datang.

Seringkali isu dasar ini tidak ditangani dengan cermat dan berlarutan terlalu lama.

Posting sulong EDISI RAKYAT FED UP! ingin mengutarakan isu ura-ura tindakan untuk mogok oleh Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Malaysia akibat dari dasar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)di mana bas sekolah yang berusia 30 tahun ke atas tidak akan diberi permit operasi lagi.

Dijangkakan lebih dari 60% dari 25,000 operator Bas Sekolah akan terjejas atas alasan mereka tidak mampu membeli bas baru kerana caj pengangkutan kepada waris terlalu minima.

Jika isu ini tidak ditangani dengan cermat anak-anak kesayangan rakyat akan terjejas dan rakyat akan menghamput dasar ini tetapi dalam masa yang sama ada juga rakyat yang akan menyokong kerana tidak mahu anak-anak mereka diangkut dengan bas-bas yang buruk.

Bayangkan jika berlaku mogok ini berapa ramai anak-anak rakyat akan terjejas dan tersadai pagi-pagi buta di tepi-tepi jalan dan lewat ke sekolah sambil memaki hamun kerajaan.

Rumusannya dasar-dasar yang menyentuh jiwa rakyat seharusnya ditangani dengan cermat.

Saturday, August 13, 2011

PRU13, siapakah yang kita mahu "pangkah"?

Hari ini umat Islam Malaysia telah 13 hari berpuasa. Sekadar untuk peringatan dan renungan berikut di petik ayat-ayat Al Quran berhubung kepimpinan sebagai panduan dalam PRU13 kelak :

Ali-Imran: 28
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) terhadap sesuatu yang ditakuti. Dan Allah memperingatkanmu dari siksa-Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali".

An Nisa,: 139
(yaitu) orang orang yang menjadikan orang orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah bahwa semua kekuatan itu milik Allah.

An-Nisaa': 144
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?"

Thursday, August 11, 2011

Isu JAIS dan DUMC - Awas jangan terperangkap sesama kita.

Apabila berlaku isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) masing-masing di kalangan masyarakat Islam melenting menyalahkan istitusi-institusi yang melaksanakan hukum Islam seperti Jabatan Zakat, Baitumal malah Jabatan Agama Islam.

Isu yang sebenar tidak kita ‘address’ sebaliknya kita melalut menyalahkan pihak-pihak kita sendiri dan inilah yang ingin dilihat hasilnya oleh gerakan anti Islam.

Kita sesama kita sudah mula menuding jari dan mempersoalkan integriti jabatan-jabatan ini. Sesungguhnya perbalahan dalaman seperti ini adalah tidak sihat dan dibimbangi kelak akan menjadi "out of proportion".

Inilah yang sebenarnya hasil yang ingin diraih oleh golongan anti Islam ini. Mereka bertepuk sorak melihat gelagat kita.

Dalam hal ini juga jangan sesekali tunduk dan dipoliskan dengan agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Pew Research Centre dengan lapuran mereka:

“The government of Malaysia imposes “very high” restrictions on religion, an influential United States research group said yesterday.

The Pew Research Center’s Forum on Religion and Public Life said that it was among 10 countries out of 198 studied with very high government restrictions as of mid-2009 including Egypt, Iran, China, Myanmar and Indonesia.

Other regional neighbours such as Thailand and Singapore were rated moderate in the report while Philippines was considered to have low government restrictions on religious freedom.

“Government restrictions also increased substantially in Malaysia, which, like Egypt, already had very high restrictions to begin with. Although the country’s constitution recognises freedom of religion, Malaysia restricts the observance of Islamic beliefs and practices that do not conform to Sunni Islam,” its report titled “Rising Restrictions on Religion” said.


Apa perlu kita tunduk dengan ‘rating agency’ sebegini jika AQIDAH umat Islam kita diganggu. Persediaan kita untuk menjawab bukan kepada rating agensi ini tetapi kepada Allah SWT.

Berhubung isu siasatan JAIS, Jais seharusnya diberi masa secukupnya untuk mengemukakan lapuran mereka, jangan didesak dan diasak oleh sesiapa dengan tekanan yang tidak munasabah.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 individu Islam yang menyertai upacara 'Thanksgiving' di DUMC kerana telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing.

Mana mungkin puak yang 12 orang ini muncul memberi keterangan kerana implikasinya jika mereka didapati salah, apakah hukum orang yang murtad?

Mereka akan dilindungi dan peguam-peguam hebat mereka akan membela habis-habisan dan mahkamah akan digunakan sebagai pentas untuk menghina umat Islam.

Konklusinya, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam kita hanya menjawab kepada Allah SWT.

Wednesday, August 10, 2011

Hasan Ali is a HERO not ZERO

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.

Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.

KOMEN MR:

DENGAN KENYATAAN TOKOH YANG BERTAULIAH TERSEBUT MAKA JELAS LAH APA YANG TELAH BERLAKU ITU BENAR.

UMAT ISLAM HARUS BANGUN DAN MEMPERTAHANKAN MARUAH SUPAYA AQIDAH KITA TIDAK DICEROBOH SEWENANG-WENANGNYA.

BIAR INI ADALAH AMARAN!

Tuesday, August 9, 2011

Air Asia dan MAS - Ular Lidi menelan Ular Sawa

Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) hari ini telah memohon pengantungan dagangan saham masing-masing di papan utama Bursa Malaysia.

Semalam, laporan media tempatan mendedahkan rancangan pertukaran saham antara MAS dan AirAsia bakal menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun mendapat 20 peratus pegangan ekuiti di dalam MAS. (utusan)

Jika berlaku penguasaan Air Asia di dalam MAS ternyatalah tidak ada perkara yang mustahil dalam dunia perniagaan ‘Blue Ocean’ hari ini.

Pepatah Melayu pernah berkata ‘seperti ular lidi menelan ular sawa’ ternyata bukan bahan lucu untuk dimomok-momokkan.

Banyak syarikat-syarikat GLC klasik dalam negara ini seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan beberapa banyak lagi sedang menanti saat ‘bahagia’ mereka.

Kedudukan mereka seperti nasi di dalam periuk yang besar di mana kelihatan cantik dan menawan di peringkat atas sebaliknya penuh dengan kerak hangit di bawah.

Syarikat-syarikat GLC klasik sebegini seringkali meletakkan bekas-bekas KSU, KSN dan bekas-bekas politikus usang untuk menjadi Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan seringkali meletakkan CEO-CEO kroni mereka.

Apabila syarikat terlalu besar pemimpin tertinggi atasan sering diputar belitkan oleh pegawai-pegawai tinggi operasi syarikat seperti Group CEO, Group COO, Group CFO, Group GM dan macam-macam 'O' di belakang lagi. Mereka inilah yang kerap menyimpan sampah di bawah karpet.

Chairman dan Group CEO seringkali dihiburkan dengan angka-angka gembira oleh pegawai-pegawai ini. Suara, pendapat, cadangan yang bernas serta masaalah operasi pegawai-pegawai bawahan ditapis sehalus-halusnya supaya tidak sampai ke atas ‘so they will look good maaaaa….??’. Inilah politik korporat yang lebih hebat dari politik kepartian.

Syarikat klasik seperti Telekom Malaysia adalah contoh yang terbaik untuk dibedah siasat ‘jantungnya’. Rakyat pun tahu Telekom seringkali kecundang dengan pesaing-pesaing mereka seperti Maxis,DIGI dan beberapa lagi.

Anak-anak syarikatnya berjela-jela di bawah. 'Maneuver'sana dan 'maneuver' sini malah ada anak syarikat yang terlibat di dalam bidang‘non-core business’dijadikan ‘lembu susu’ kerana mendapat konsesi dari Kerajaan.

Pendekatan 'blue ocean’ (sering dilaungkan DS Najib) seperti Air Asia di mana Pengerusi-Pengerusi syarikat dan CEO-CEOnya turun ke bawah dan ‘hands-on’ tidak berlaku di dalam syarikat GLC klasik ini kerana periuk terlalu besar dalam masa yang sama kerak hangit di bawah semakin menebal.

Pengerusi, Group CEO, Group COO, Group CFO di belakangnya bergentanyangan dengan kereta mewah dan elaun yang pukal semuanya hasil dari saham-saham rakyat di dalam syarikat itu.

Kesimpulannya sejauh mana bijak pakar ekonomi di sekeliling PM sekali pun kalau disuruh berniaga belum tentu mereka akan berjaya. Percaturan di atas kertas tidak serupa dengan realiti dalam gelanggang bisnis di bawah.

Kenyataan ini diakui sendiri oleh bekas PM, Tun M di dalam forum SME baru-baru ini dimana beliau berkongsi pengalaman berniaga kedai roti 'The Loaf'nya.

"Semasa saya menjadi PM saya menyeru orang berniaga dan hari ini ternyata pengalaman berniaga dengan pengalaman menjadi PM tidak sama" kata Tun M.

Kesimpulannya banyak lagi ular-ular lidi di luar sana sedang menunggu untuk menelan ular sawa yang sudah malas kekenyangan.

Sunday, August 7, 2011

(Posting ini adalah untuk rekod) PUJUKAN GEREJA : Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan
(Sumber : BH Online)


SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

Saturday, August 6, 2011

(Posting ini adalah untuk rekod) Christian groups demand proof of converting Muslims using aid

By Boo Su-Lyn
August 06, 2011
(Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Christian groups are calling for evidence behind two Malay dailies’ allegations that they are trying to convert Muslims through welfare aid.

Berita Harian and Harian Metro reported today that certain Christian organisations were hiding behind the guise of welfare aid by offering monthly cash allowances of at least RM1,000 to hard-hit Muslims and their families in an attempt to turn them into Christians.

The pro-Barisan Nasional newspapers’ allegations came after the Selangor Islamic Religious Department (Jais) and the police raided a multiracial dinner at the Damansara Utama Methodist Church in Petaling Jaya last Wednesday night, based on a report that the Christian-majority crowd was allegedly proselytising to Muslim guests.

“If you’re saying that Christians give RM5,000, now you convert, show the proof,” Council of Churches of Malaysia general secretary Rev Dr Hermen Shastri (picture) told The Malaysian Insider today.


“By making this statement, they’re trying to disrupt the good relations between the religious communities in the country by taking on the Christians,” he said.

Umno-owned newspaper Utusan Malaysia recently accused Christians of plotting to take over the government and claimed that the July 9 Bersih rally was funded by Christian organisations.

The controversial Jais raid has increased religious tension in the country, where churches were fire-bombed last year and Christians were barred from referring to their god as “Allah”.

Shastri pointed out that Muslims also did welfare work.

“As a result, some are being converted to Islam because they see the good work of the Muslims,” he said.

“If a person gives RM10,000 and you convert, that’s wrong. But if person is often in a home, then leaves the home, is impressed by Catholic sisters and becomes Catholic, what’s wrong with that?” asked the pastor.

National Evangelical Christian Fellowship chairman Rev Dr Eu Hong Seng stressed that Christians gave aid regardless of race or religion.

“We will help anybody and everybody and we don’t expect anything in return. Just because I help you doesn’t mean I want you to convert,” he said.

The pastor pointed out that he has yet to see someone converting to Christianity after receiving welfare aid from Christian organisations.


Berita Harian quoted a woman — who was detained during the Jais raid — as saying that Muslim participants were forbidden to believe in Prophet Muhammad, but were asked to follow Jesus’ teachings through talks and songs during the dinner.

“The church has got weddings, funerals. You mean, in my funeral songs, because a Muslim comes to pay respects to his friend who died, I must stop singing hymns? You come to my place of worship, that is what we do lah,” said Eu in response.

Inilah akibat apabila leka berpolitik Melayu Islam negara ini

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.

Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. (Sumber Berita Harian)


Hari ini genap enam hari umat Islam negara ini berpuasa dalam bulan Ramadan al mubaraq.

Belum pun separuh perjalanan puasa kita telah didendangkan dengan peristiwa-peristiwa yang sangat mencabar Islam dan kesucian bulan yang mulia ini.

Marilah sama-sama kita berdoa sempena bulan yang mulia ini umat Melayu Islam negara ini bersatu untuk menegakkan agama Allah ini.

Tuesday, August 2, 2011

Isu permit Teksi - Ada perkara yang kurenggg di dalam SPAD

Perlaksanaan dan pengurusan dalaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)di dalam menangani isu permit teksi kepada orang-orang Melayu khasnya terdapat banyak ruang-ruang lompang yang menyentuh hak orang-orang Melayu.

Pendekatan yang konon ingin meliberalisasikan permit-permit Bas,Lori dan Teksi telah mengorbankan banyak permit-permit hak orang Melayu.

Termaktub di antara Hak-Hak Orang Melayu Perkara 4: "Bantuan Ekonomi : Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain".

Pegawai-pegawai muda yang diambil menerajui SPAD langsung tidak mempunyai "wisdom" dan meletak wang ringgit sebagai KPI atau index utama prestasi mereka.

Pegawai-pegawai eksekutif yang bergaji lumayan hanya pandai 'mathematic' bercongak di atas kertas tanpa memahami jiwa, perasaan dan sanubari pengundi-pengundi di bawah.

Mereka seharusnya mengkaji dengan mendalam bagaimana sejarah pengagihan permit-permit teksi dan kereta sewa ini kepada kaum Bumiputera sejak dari zaman Tun Razak lagi.

Hari ini Anwar Ibrahim telah mengekploitasikan isu ini dan jika SPAD dan Syed Hamid tidak segera turun padang dan menanganinya maka kedudukan politik DS Najib akan senget sebelah dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Kuala Lumpur - Pembangkang tidak seharusnya menggunakan isu pengangkutan awam dan pemandu teksi sebagai modal politik untuk meraih sokongan kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan pembangkang menggunakan isu yang dibangkitkan persatuan pemandu teksi untuk menghentam kerajaan tidak menguntungkan pihak berkenaan.

"Pengangkutan awam adalah isu kepentingan orang ramai, bukan isu untuk meraih kepentingan politik. Kerajaan mahu beri yang terbaik kepada industri pengangkutan awam di negara ini.

"Kita tidak wajar menjadikannya satu modal politik untuk hentam kerajaan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikan sebagai mengulas mengenai langkah pembangkang mengadakan pertemuan bersama persatuan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor pada Ahad.

Menerusi pertemuan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan untuk sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat sekiranya kumpulan berkenaan membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Mengulas mengenai isu itu, Syed Hamid berkata, pengusaha teksi dan pengangkutan awam darat lain seharusnya tampil ke suruhanjaya berkenaan bagi mengutarakan masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.

"Saya mahu kita lihat pengangkutan awam sebagai isu kepentingan awam. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk menentukan perkhidmatan pengangkutan awam efisyen di negara ini.

"Kalau ada masalah kita sentiasa terbuka, datang dan bertemu kita. kita bersedia untuk bertemu," katanya.

Sementara itu katanya, SPAD turut merancang mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi berkenaan bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi.
(Sumber - mStar online)

Monday, August 1, 2011

PAS harus segera menghantar rombongan untuk meminang Tengku Razaleigh

Semua pemimpin politik baik BN atau Pembangkang harus berlapang dada melepaskan dan menerima Ku Li sebagai pemimpin pembangkang yang dikira berkaliber dan ‘world class’.

Kewibawaan beliau dilihat positif oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib apabila beliau tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedikit demi sedikit PAS mula menerima bahawa pelaku dalam video sex yang didedahkan oleh Datuk ‘T’ itu adalah Anwar Ibrahim. Mereka juga mula sedar tentang kedudukan Anwar Ibrahim bersama mereka adalah seperti menanggung biawak yang hidup.

Rakyat hamba sahaya juga semakin sedar bahawa negara ini memerlukan Parti Pembangkang yang berkaliber, berwibawa dan kredibiliti yang tinggi sebagai alternatif untuk ‘check and balance’ kepada parti BN yang telah lama bermaharaja lela memerintah negara ini.

Manakala di dalam pakatan rakyat sekarang ini komponennya seperti cerita kartun ‘Tom and Jerry’, siapa mahu makan siapa. PAS mahu makan DAP atau DAP mahu makan PAS.

Pemimpin besar seperti Ku Li hanya akan menjadi jeruk di dalam balang jika terus berada di dalam UMNO dan BN. Ku Li langsung tidak dapat membolos tembok kuasa yang begitu tebal yang telah dibina UMNO.


Konklusinya PAS harus segera meminang Ku Li untuk dinobatkan sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat kerana PRU13 ‘is around the corner’ .