Monday, November 7, 2011

Pondan di Rope Walk, Penang

Berita Harian hari ini mendedahkan kawasan sekitar Lebuh Chulia di sini, terus menjadi tumpuan kegiatan maksiat dan imej sebagai 'lubuk pondan' mencari rezeki masih kekal walaupun tindakan penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa.

Dengan berpakaian wanita, kebanyakan pondan yang berkeliaran mencari pelanggan di kawasan itu dan lorong lain yang berdekatan termasuk Jalan Pintal Tali, Lebuh Campbell dan Jalan Penang, tidak segan silu menawarkan perkhidmatan mereka.

Tinjauan di sekitar kawasan itu mendapati pondan, sama ada berkumpulan atau berseorangan berpelisiran bermula jam 9 malam sehingga awal pagi di bawah cahaya lampu yang samar-samar mencari pelanggan.

Ada pondan yang berpakaian terdedah seperti model, malah ada yang hanya memakai kemeja-T serta berseluar panjang, yang sekali sekala muncul dari kawasan gelap.

Sekurang-kurangnya 10 pondan menunggu pelanggan di sepanjang Lebuh Chulia, malah mereka berani menahan kereta apabila pemandu memperlahankan kenderaan apabila aksi pondan itu mencuri tumpuan orang awam.

Kelihatan juga pelanggan yang menunggang motosikal menghampiri pondan, dipercayai berminat dengan tawaran pondan berkenaan. Mereka juga mensasarkan pelancong asing serta pekerja asing di bandar ini.
Seorang pondan bernama Ema, 20, mendakwa sudah enam bulan mencari rezeki di kawasan itu dan menawarkan khidmat serendah RM20.

“Kamu boleh bawa saya pergi,” katanya yang beredar selepas curiga dengan penulis.

Sementara itu, seorang peniaga runcit, Ali Abdul Rahman, 39, berkata senario itu bukan sesuatu yang baru di kawasan berkenaan, malah pelbagai tindakan diambil bagi membasmi gejala yang tidak sihat itu.

Ali yang berniaga di kawasan itu sejak 20 tahun lalu, berkata pondan yang menawarkan perkhidmatan seks itu, kini semakin ramai dengan bergerak secara berkumpulan atau berseorangan.

“Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan kerana sudah lama cari makan di sini, malah ada juga muka baru setiap bulan. Bukan di sini saja, mereka juga merayau di Jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang.

“Ada beberapa lagi lorong ‘panas’ di pusat bandar ini yang menjadi tempat pondan menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka,” katanya.

Ali berkata, walaupun penguatkuasaan dijalankan, pondan berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka.

“Kegiatan itu boleh dibanteras jika masyarakat setempat bekerjasama, sekali gus dapat membersihkan nama kawasan ini. Jika tiada sokongan daripada pelanggan, mereka tidak akan dapat cari makan,” katanya.

MR NOTES:

Berita di atas 'got nothing to do' dengan Festival Seksualiti Merdeka 2011. Secara kebetulan memang mereka telah lama mencari makan khasnya di Jalan Rope Walk.

Cuma jika perlu diberi perhatian pun ialah kenyataan Marina Mahathir bahawa mereka ini perlu dibela hak-hak mereka atas landasan undang-undang.

MR naik geli-gelaman apabila membaca berita di atas.

3 comments:

  1. makcik HAJJAH MARINA MAHATHIR merestui FREEDOM anda kalian dan berharap anda MAINTAIN KEBEBASAN INI hingga ke LIANG KUBUR? yalah duit KAN banyak lebih dari 2 kali BOLEEH g HAJI KAN???

    ReplyDelete
  2. Berita Harian menyiarkan cerita pondan??!! Ingatkan berita seperti itu untuk Harian Metro saja. Pada suatu masa dulu Berita Harian sumber ilmu sekarang tumpang tonjol sensasi.

    ReplyDelete
  3. Pada saya senang saja..perkara yang sudah jelas salah disisi agama Islam..tak perlu dan tak payah debat...tak payah tanya Harussani, Noh Gadot, Asri atau Juanda..saya yang sekolah methodist pun tahu..full stop!

    Biarlah marina tu dengan liberalisma nya..dulu kini dan selamanya pun memang begitu hidup mereka...Islam dilogikkan..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.