Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan". Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya dan keadaan amat mengelirukan.
Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin pula meramalkan bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
Dr Mahathir sendiri tidak hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib. Hakikat yang sebenarnya ialah bukan apa yang ada dalam fikiran Najib tetapi apa ada dalam fikiran rakyat khasnya pengundi.
Mungkin Najib sendiri sukar untuk membaca apa yang ada dalam fikiran rakyat. Apakah benar-benar telah berlaku pemulihan dalam parti beliau? Apakah slogan atau gagasan 1Malaysia cetusan beliau itu benar-benar memikat semua kaum dalam negara ini untuk bersatu menyokong Kerajaan beliau? Inilah diantara persoalan daripada seribu persoalan yang harus dijawab.
Rakyat diasak dengan berbagai-bagai isu oleh pembangkang dan begitu juga parti yang memerintah mengasak berbagai-bagai isu pembangkang begitu juga berbagai-bagai gula-gula telah ditaburkan tetapi sukar membaca ‘feedback’ kerana di akar umbi masih berkecamuk fikiran mereka.
Apakah Najib boleh menjanjikan jika rakyat kembali kepada BN/UMNO, parti itu tidak akan mengulangi lagi keangkuhan pemimpin mereka terhadap rakyat? Apa yang di hadapan mata rakyat ialah masih lagi berlaku bercakaran sesama sendiri keran perebutan kuasa.
Kedah yang sering diberi jolokan ‘the next Kelantan’ masih lagi tidak menunjukkan perubahan sikap kepimpinan UMNO yang benar dan ikhlas, pada hal mereka ini lah yang menjadi benchmark perubahan dalaman UMNO oleh pengundi-pengundi Melayu di negeri lain.
Walaupun pengundi-pengundi menyedari parti PAS yang memerintah Kedah langusung tidak membawa apa-apa perubahan demi kesejahteraan rakyat tetapi UMNO sebagai parti option yang ada pun masih bergayut ditakuk lama langsung tidak menampakkan kedinamikan, kreatif, menyentuh rakyat, agenda baru perubahan, pemikiran ‘out of box’ dan aura kepimpinan yang hebat setanding Tunku Abdul Rahman Al Haj, Tun Mahathir, Daim Zainudin, Tan Seri Azahari Taib, Tan Seri Khalid Abdullah dan ramai lagi anak-anak Kedah yang terdahulu yang menjadi rujukan pemimpin negeri lain.
Malah telah mula kedengaran terdapat segelintir pimpinan bahagian yang mengatakan mereka akan menghantar lima biji bas menemui Presiden UMNO tanda protes jika calun mereka tidak dipilih dalam PRU yang akan datang.
Pengundi-pengundi Cina yang terdiri dari peniaga-peniaga masih boleh mencari makan seperti biasa waima parti mana pun yang memerintah. Hanya jika mereka memilih DAP mereka ada sedikit ‘bargaining power’. Maksudnya kuasa dan kesempatan serta peluang yang sedikit untuk menyekat kuasa dominant Melayu. Ini terbukti dengan sedikit sergah sahaja perkara-perkara yang tidak diminta pun dilayan kononnya untuk mengambil hati kaum mereka tetapi mereka masih kekal tidak mengundi BN.
Kesimpulannya MENGURUSKAN KEMERDEKAAN LEBIH SUKAR DARI MENCAPAI KEMERDEKAAN.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago