Thursday, May 8, 2014

NAUNGAN MUKHRIZ DI BAWAH KETIAK BAPA MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT KEDAH

Rakyat Kedah sebenarnya untung apabila Mukhriz menjadi MB. MB Kedah penggal ini mendapat sokongan yang kukuh melalui rantaian perhubungan keturunan bapanya yang masih berbisa. Ini banyak memudahkan beliau mentadbir negeri Kedah terutamanya di dalam menarik pelabur besar ke negeri Kedah. 
Hanya satu tahun menjadi MB, Mukhriz telah Berjaya menarik pelaburan asing yang berjumlah RM74 billion hanya dengan dua projek sahaja. Satu diantara 2 projek mega yang telah diluluskan Kerajaan Kedah yang bakal menjadi kebanggaan rakyat Kedah Darul Aman ialah pelaburan berjumlah RM4billion projek pembangunan semula Perdana Quay di Langkawi.
Projek ini akan dibangunkan oleh Syed Mokhtar Al Bukhari dan rakanniaganya Ali Allabar. Projek ini juga bakal menarik pasaran mereka yang kaya dan terkenal atau ‘the rich and famous’ ke Langkawi. Dalam erti kata lain wajah pelancungan Langkawi di masa hadapan akan burubah dari pasaran pelancung ‘chaw kia’ kepada pasaran pelancung elit.
Projek mega yang kedua pula ialah projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dijangka pelaburan nya bernilai RM70billion, pelaburan sebuah syarikat China, China Energy Huacheng Industrial Investment Co. Ltd (China Energy) perkongsian bersama Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh).
ZIPY di YAN
Penapisan ini kelak akan menjadi kilang penapis minyak mentah terbesar di Malaysia. Mengikut perancangan awal kilang ini akan menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 rakyat Kedah. Manakala di belakang projek ini pula ialah keluarga Tajudin Ramli dan penasihatnya bekas Menteri Kewangan Daim Zainudin. 
Inilah hasil satu tahun Mukhriz jadi MB Kedah dan kedua-dua projek mega ini jelas membuktikan bahawa perhubungan keturunan perniagaan bapanya dengan dua billionwan anak Kedah, Syed Mokhtar Al Bukhary dan Daim Zainudin memang berhasil. 
Sesungguhnya kedua-dua rakan bapanya ini telah menyelamatkan imej Mukhriz di dalam kehebatan beliau membangunkan Kedah. Tetapi realitinya apa yang rakyat mahu lihat ialah kapasiti dan kewibawaan Mukhriz itu sendiri sebagai pemimpin tanpa bernaung di bawah ketiak mak atau bapak. 
Walaubagaimanapun semua pihak harus menerima hakikat bahawa rantaian keturunan ini banyak membawa keuntungan kepada rakyat Kedah. 
Ini menyanggah sama sekali pendapat segelintir KCS yang bertekak dengan MR apabila mereka berpendapat Kedah ini sepatutnya dipimpin oleh MB yang jangan cerdik sangat atau yang SPM holder atau LCE holder seperti Syed Razak dan Osman Aroff kerana sikap yang lebih mesra rakyat sehingga mampu mempertahankan rekod 2/3 kerusi di Kedah, berbanding dengan MB-MB yang cerdik seperti Sanusi Junid dan Mahdzir Khalid yang memporak perandakan politik Kedah. 
Untuk tuan-tuan KCS pendapat tuan-tuan itu telah ketinggalan zaman, zaman Tok Nadoq mentekedaqah dedak mungkin laku tetapi dunia sekarang “If you cannot speak English the investor will play your backside la Bro…”. 
Mana rakyat mau sama-sama kita lihat keputusan PRU14 nanti.
WASSALAM.

7 comments:

  1. Menatang jadah hang apa MR, Aswandi selamba ja play hangpa punya backside dan asshole, settle selamba ja luaq court 2.5 M utk kes yang boleh menang. Betoi jugak kata KCS tu. Org yg tak cerdik law tapi org yg kononnya cerdik pi ambik dia. Dah la jabatan yang sama diwujudkan bertindih. Perabih duit rakyat hangpa ni.

    ReplyDelete
  2. 1. Projek di langkawi itu bukanlah projek kerajaan negeri, ia adalah hasil inisiatif kerajaan pusat, sementara kerajaan negeri tumpang ambil nama saja. Pembangunan perdana quay sudah berjalan sejak sekian lama, semenjak dr mahathir masih pm lagi dan apa yang berlaku sekarang pembangunan fasa demi fasa projek itu.
    2. Projek zipy telah masuk menteri besar ketiga. Dua menteri besar sebelum nie,,tok det dengan tok jan telah gagal melaksanakan dan akibatnya parti mereka kalah. Apakah sekiranya mukhriz gagal laksana dalam masa 4 tahun ini projek zipy ini beliau juga akan terkena sumpahan sehingga kedah bertukar kerajaan. Sesuatu yang menarik tentang merapoh adalah daripada laporan the sun yang menyebut syarikat itu dalam proses winding up sementara carian bersama mr google gagal mendapat maklumat yang meyakinkan tentang syarikat china itu.
    3. Sanusi junid juga pernah merancng tambak laut sepanjang pesisir pantai kedah tapi projek tu hanya jadi angan angan mat jenin dan beliau juga diligan suruh turun dari kerusi mb oleh bapa mb sekarang
    4. Biar masa menentukan

    ReplyDelete
  3. Bacoi2 PAS pun, kampumg2 PAS pun tapi dgn KCS dan Bina Darulaman depa ajaq sungguh2, mmg puas hati. Tapi UMNO yang self proclaim kuat dan english speaking brup brap brup brap, dengan aswandi pun kena juai sedet dua.... hahaha memang lawak

    ReplyDelete
  4. Kalau tak cerdik orang puteh sebagai MB dia boleh perintah lawyer yang ramai dan speaking orang puteh tolong terjemahkan.Jepun yang jauh lebih maju dari kita profesornya pun tak reti orang puteh sepatahpun.Depa pentingkan bahasa mereka kerana itu kalau kita pi dengar taklimat ada penterjemahnya sekali.Depa tak malupun pasai tak boleh cakap orang puteh.Yang dok kena tipu la ni MR adalah mereka yang pandai orang putehlah.Segala mak nenek perjanjian semua dalam bahasa orang puteh.Konon nak tunjuk pandai orang putehlah akhirnya semua kena kencing dengan perjanjian tu.Tapi kalau tak pandai orang puteh banyak juga la kepala yang diperlukan untuk meneliti perjanjian yang dibuat samada nak kencing atau sebaliknya.

    Berbalik kepada Mukhriz yang dok harap Wangi mak pak ni pun tak kemana akhirnya.Pasai MERAPOH buat MOU dengan syarikat Cina nak buat kilang proses minyak ni pun rasanya akan kena kencing begitu saja.MERAPOH tu kalau ikutkan blog Another Brick In The Wall adalah syarikat yang telah digulung statusnya.Jadi MR pasai tu la yang Tun Daim marah kat PM Najib pasai dia tidak dipilih dalam bidaan projek kerajaan yang disertainya.Jadi bangsa melayu ni kalau tak dapat apapun dari kerajaan yang memerintah jadi tak patriotic langsung pemimpin melayu.Sama juga la Bandar Getah di Padang Terap kepunyaan Syed Mukhtar.Melayunya dapat apa MR kalau jadipun Bandar getah tersebut.Pokok pangkalnya yang mereka melayu ni ligan adalah dana kerajaan.Sekarang ni MR pun mengaku zaman IT dan kerana itu mak bapa dikampung senang dimaklumkan oleh anak mereka agak cerdik macamana keparat melayu menjadi kaya.Bangsa lainpun sama juga cuba nak rembat apa saja projek kerajaan hatta terpaksa melantik melayu yang ada taring menjadi patner mereka walaupun melayu itu tidak tahu menahu pasai perjalanan perniagaan tersebut.Macam Mukhriz jadi penasehat kepada presiden bank yang MR tulis tu la.Begitu juga dengan pembangunan di Langkawi yang MR sebutkan.Akan nanti jadinya melayu akan melangut tengok saja la telan air liur dan akhirnya jadilah Langkawi macam P.Pinang.Melayu akan ragas naik bukit atau mai dok disebelah sini atas Tanah yang telah dijadikan melayu berkawan dengan beruk macam MR tulis tu.Tanah tokey besar cina di Langkawi yang dirampas oleh kerajaan kerana tak bayar cukai pun terpaksa kerajaan PAS bagi balik kerana surat mak bapa apa lagi yang ada untuk melayu MR??

    Berbalik kepada Mukhriz ni.Sampai bila peranan nama mak bapa akan menjadi senjata baginya untuk orang lain yang lebih berkuasa tidak berani mennyentuhnya?Sampai bila jika dijentik Mukhriz mak bapa akan menerkam orang itu dengan pedang ucapan dan tulisan yang pedas dan berbisa?Bukan semua kuah boleh tumpah kenasi MR.Kalaupun nak ditumpahkan kena juga kita tengok besar mana periuk kuah tu dengan pinggan yang ditadahkan.Takut-takut nanti kuah tak terhirup nasi tak boleh makan.

    Kedah memerlukan pemimpin yang boleh merasai denyut nadi rakyat.Berjubah berkopiah puteh itu bagus tetapi apakah amalan yang sesuai dengan pakaian tersebut?Aruah Ustaz Azizan dulupun jarang kita lihat dia berjubah didalam gambar-gambarnya.Tapi mengapa dia mendapat penghormatan dari rakyat tak kira parti.Sebabnya Ustaz Azizan adalah seorang yang tegas dan tidak takut membuat keputusan walaupun ada kesilapan terhadap keputusannya.Tetapi dia berani.Mukhriz!!!

    MR! Bila mai masa nak mengundi timbullah semangat melayu timbul segala mak nenek warisan yang harus dipertahankan tetapi bila dah dapat kuasa semua tu hilang dan yang tinggal macamana nak dapat balik pelaburan semasa bertanding dulu.Kalau masa bertanding habis 10 relong masa ada kuasa mesti dapat balik 20 relong.Itu yang pemimpin ada kuasa pikirkan.Baik UMNO baik PAS semua berpikiran sama.Kedah dah merasakan dua zaman pemerintahan ini.Semacam saja perangainya.Sebab tu Ustaz Azizan dapat banyak sangat penyakit pasai dia sorang dok pulun nak jaga rakyat tapi puak-puak dia pakat pulun nak masuk poket. TQ saudaraMR.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Apakah dgn suka selfie & bergambar dgn rakyat maka mb dianggap mesra rakyat? Ingatkan pilih org muda2 semuanya tangkas, cekap & berani buat kptsn. Exco ada yg muda2. Tp kerja kelam kelibut. Mementingkan banner yg tunjuk muka lebih dr kualiti kerja. Setakat p rasmi majlis itu ini tadaq makna sgt. Hasil x nampak lagi. Dlm bab umno, calon yg kalah dilantik jd org ptg di jabatan praya. Suk umno kedah pulak ntah apa2. Kosong idea. Mengharap pembantu yg lebih bijak bercakap drp bekerja. Belum dengaq lagi apa2 yg menonjolkan peranan umno utk pru14. Belum kira lagi isu2 x ngam antara pegawai2 mb.

      Delete
  5. DO Kain Pelikat.May 9, 2014 at 7:06 AM

    KCS Kedah kalau macam DO Kulim apa makna.
    Tak tahu haram halal.
    MB Kedah tak paeduli langsung.
    SU Kerajaan pun serupa .
    EXCO dok kira buat harta.
    YB dok kira cari rojek.
    Cina buat lesen hiburan DO bagi lesen.
    Yang jahanam budak Melayu.

    ReplyDelete
  6. Exact Anti-Thesis of Syed Akbar Ali found in internet!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.