Friday, April 19, 2013

WARDINA SAFIYYAH MENOLAK BUDAYA VIDEO LUCAH

Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka. 
"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya kepada Harakahdaily.
Hakikatnya kebimbangan Wardina adalah kebimbangan seluruh keluarga dan rakyat Malaysia sebenarnya. Yang paling kita bimbang ialah hidangan kelakuan yang jijik di dalam video ini dilakukan pemimpin yang sangat dihormati. Yang lebih mengeciwakan ialah Islam telah cemari apabila Islam dijadikan benteng untuk menutup kemungkaran mereka. 
Video-video ini sebenarnya tidak akan wujud jika tidak ada pelaku-pelakunya. Musuh-musuh politik tidak akan ada bahan lucah jika tidak ada pelaku lucah. 
Kebanyakan kita pernah menginap di hotel-hotel dan tidak ada siapa pun yang berminat, menyusahkan diri dan berbelanja tinggi untuk skodeng kita dengan memasang kamera tersembunyi kerana kita yang menginap adalah bersih suami isteri yang sah.
Tetapi jika pelakunya orang terkenal seperti selebrati atau tokoh-tokoh pemimpin baik yang memerintah atau yang membangkang pergerakan mereka akan sentiasa diburu. Ini bukan mencari kesalahan tetapi kerana mereka adalah idola rakyat dan rakyat sanjung mereka. Penglibatan mereka ini membuat nilai video itu lebih tinggi walaupun pelakunya tidak kacak, cantik atau sexy. 
Apa yang wajib Wardina dan kita semua perjuangkan ialah mendakwah pemimpin supaya bermoral tinggi dan jangan melakukan maksiat kerana mereka adalah pemimpin idola rakyat. Malah jika kemungkaran telah dibuktikan dengan gambar atau filem, siasatan harus dilakukan secepat mungkin. Orang yang kena tuduh harus segera bertindak untuk membuktikan bahawa dia difitnah. Jangan elak atau serah pada peguam 'to play safe'. 
Ini akan melengah-lengahkan lagi isu ini. Lagi cepat disiasat lagi cepat diselesaikan kes penyebaran video ini. Seletelah selesai 'put a full stop!.
Hikmahnya semua pihak harus berterima kasih kepada mereka yang berusaha keras membongkar kemungkaran ini jika tidak rakyat sentiasa ditipu dengan hippokrasi pemimpin yang kita agung-agungkan keislaman mereka. Kejadian yang berlaku adalah pengajaran yang besar kepada mereka dan pemimpin yang ada harus berwaspada dengan moral mereka. 
Cadangan slogan "Wahai lelaki, sayang dan jujurlah kepada isteri anda yang sah, jauhkan dari skandal dan zina kerana Allah maha melihat" mungkin poster ini boleh ditampal disetiap bilik hotel.

KEKECIWAAN DATUK KAMILIA, NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA JELAS ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DALAM PEMILIHAN CALUN OLEH DS NAJIB

Datuk Kamilia pernah tegas dalam isu NFC
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak kawasan Bukit Chandan pada Pilihan Raya Uumum ke-13 (PRU13). 
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN. Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya. 
"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding Dun dan (menjadi) Exco. 
"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.
"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia-Wanita BN di sini, hari ini. 
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita. (Kamilia keciwa)
Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.
Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak. Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.
"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti. "Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.
Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak. 
"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama

KOMEN: 
Kemelut isu ini jelas menampakkan ada sesuatu yang tidak kena dengan mekanisma pemilihan calun oleh DS Najib. Tempoh merajuk yang diberi selama 24jam nampaknya akan berlarutan sehingga ke atas kertas undi.
Ada banyak lagi calun-calun yang personalitinya juga boleh mendatangkan keraguan. Tindakan merombak keputusan calun di Melaka dan Pahang pun menjadi persoalan sejauh mana ketelitian yang telah buat.
Biar tidak dipanjangkan di sini kerana ia ibarat menyimbah minyak ke dalam api. Keraguan sepatutnya melebihi kepada jika Anwar Ibrahim menjadi PM atau Lim Guan Eng menjadi Menteri Pertahanan.
Apa pun selepas 5hb Mei ini banyak akan terbongkar kalau BN kecundang. Kalau BN menang DS Najib akan dilihat seorang pemimpin yang hebat, gemerlang, cemerlang dan terbilang.

Thursday, April 18, 2013

MEREKA YANG TIDAK DICALUNKAN KENA INSAF BUKAN ALLAH TIDAK SUKA MEREKA.

Merajuk dan patah hati cukup sinonim dengan Melayu. Patah hati kaum Melayu tidak mendatangkan apa hasil dan untung. Hanya luahan perasaan geram, bebal, sakit hati dan marah. 
Sebaliknya merajuk kaum Cina mendatangkan keuntungan yang besar kepada mereka apabila mendapat layanan istimewa melalui berbagai-bagai tuntutan. 
Tak kan nak jadi wakil rakyat sampai tongkat langit? Takkan kalau tak dapat jadi calun dunia kita dah kiamat atau "that's the end of my career". Apakah kalau kita menjawat ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda atau ketua puteri itu adalah tiket otomatik kita jadi calun?.
Dalam ucapan berdegar-degar kita sering menyatakan “inilah barisan pelapis kita yang bakal megambil alih kepimpinan negara”. 
Sebaliknya hari ini apabila kita tidak dicalunkan kerana terpaksa memberi laluan kepada orang muda kita mula  mengamuk bagai nak gila ibarat gajah naik minyak habis tanaman binasa habis makanan dimusnah. 
Yang sudah itu sudah lah.. Kan dah ada akujanji untuk patuh dan serah kepada keputusan pucuk pimpinan parti?. 
Usah mengamuk bagai orang hilang akal. Kalau kita semua mula berpakat menghimpunkan beberapa kerat pengikut kita dan kita salak berapi-api menghasut dengan mengungkit-ungkit apa yang telah kita tolong, sumbangan yang telah kita beri dan projek yang telah kita usahakan. Nescaya kesemua wakil-wakil rakyat dan bekas wakil rakyat itu pun mampu melakukan yang sedemikian atas pengaruh masing-masing dan jasa masing-masing kerana itu adalah sebahagian tanggung jawab sebagai wakil rakyat. 
Masing-masing ada pengikut masing-masing. Dulu semasa mereka jadi wakil rakyat ada juga rakyat yang komplen kita tidak turun kawasan. Ada juga rakyat komplen kita berkereta besar, bini besar, wang besar dan kita bermewah-mewah di luar London, Paris dan New York. 
Hari ini apabila tiba giliran pelapis kita ambil alih kita mula hentam pelapis kita. Kita hasut penyokong kita untuk membenci pelapis kita padahal kita kena sokong dan bimbing pelapis kita supaya jangan buat itu jangan buat ini, buat begitu dan buat begini berdasarkan pengalaman kita. 
Berlaku adil lah pada diri sendiri. Masa kita sudah berlalu. Dunia kata pergi dan kubur kata mari. 
Pada ketika ini adalah lebih baik kita mendekati dan mengabdikan diri kepada Kaliq kerana kita akan beralih ke satu lagi alam yang lebih kekal mengadap pencipta kita Allah azzawajalla. Barulah kita sesal ketika itu apabila kita mula dipersoalkan di mahsyar sejauh mana keikhlasan kita menolong rakyat. Apakah kita ingin diagung-agungkan dan diangkat atau kita mahu pahala yang lebih kekal. Jawablah! 
Bersyukur dan ingatlah kita telah diberi peluang menjadi wakil rakyat berkali-kali tetapi mati itu hanya sekali jadi “No mistake no trial and error”. 
Yang sebenarnya kalau ditanya pada diri kita apa kemahuan kita, jawapannya “aku mahu itu, aku mahu ini, aku mahu semua sehingganya aku mahu langit dan bumi ini. Aku mahu wakil rakyat, aku mahu exco aku mahu jadi menteri” sentiasa tidak pernah puas dan tamak haloba. Langsung tidak mengambil perkiraan bahawa kuasa Allah lah yang menentukan akhirnya.

LEGASI TUN M BAKAL TERKUBUR DI NEGERINYA SENDIRI

Demontrasi marah Tun M dan Mukhriz
Semalam 16/4/2013 petang di Kampung Pulau Sayak dalam DUN Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah telah berlaku satu demonstrasi kecil menolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, Ali Yahya. Mungkin kecil tapi yang tersiratnya lebih besar.
Konon mereka mahu calun selera mereka bekas ketua Puteri UMNO Kedah Shahnim Yusoff. Mereka kelihatan marah pada Tun M dan Mukhriz kerana beranggapan pilihan calun negeri Kedah adalah campurtangan yang dilakukan oleh Tun dan Mukhriz. 
Melihat dari gambaran visual di atas terbukti mereka telah bersedia lebih awal dan kemungkinan nama calun dibocor awal sebelum pengumuman calun dibuat pada pada pagi 16/4/2013. Banting-banting berwarna yang dicetak kemas dalam Bahasa Inggeris itu seperti sudah dirancang.
Mungkin kesan dari kemajuan Kedah Sejahtera di bawah pemerintahan PAS orang-orang Pulau Sayak kini telah ramai yang berpendidikan Inggeris dengan baik. 
Tulisan ayat-ayat "Wa..Like Father Like Son maaaa..." ternganga orang Pulau Sayak yang cukup terkenal dengan Mee Udangnya dan rata-rata penduduk di sini adalah nelayan bot kecil.
Apa yang lebih menarik ialah mesej di dalam banting itu pasti bukan atas kehendak pengundi Pulau Sayak tetapi ia adalah konspirasi sulit dalaman pihak tertentu untuk membakar bibit-bibit kebencian kepada Tun M dan yang paling utama ialah kebimbangan Mukhriz menjadi MB.
Inilah yang dikatakan dalam politik ada politik. Semoga tidak ada konspirasi yang lebih besar lagi selepas ini.

Wednesday, April 17, 2013

ISU CALUN : SHARIFF OMAR MACAM GAJAH NAIK MINYAK DI TASIK GELUGOR


Semalam di kawasan Tasik Gelugor Datuk Shariff Omar telah menghimpun penyokong-penyokongnya untuk menyatakan tidak puas hatinya dengan cara pemilihan calun.
Ucapannya menghentam DS Najib dalam nada yang garang dan suara yang parau tidak ubah seperti pembangkang. Ini berikutan beliau tidak dicalunkan manakala yang tidak pernah nampak batang hidung diletak sebagai calun khanya calun Sungai Dua. 
Slogan DS Najib ‘Rakyat Di Dahulukan’ telah menjadi bahan lawak dalam ucapan tersebut. Malah dengan lantang beliau menyatakan akan bertanding di atas tiket bebas atau apa-apa sahaja. 
Salah seorang penyokong beliau di kalangan ahli MIC meluahkan rasa keciwa “…lama punya orang mau, baru tak boleh menang dan Jasmin (wakil rakyat Sg Dua) dia pun Sungai Dua banyak kerja. Deepavali pun ada mari. Lampu pun ada minta jalan di ada kasi semua kerja sini ada bikin. Baru punya orang muka tak dak nampak saya tak boleh undi” Untuk makluman senarai calun sah menang pilihan DS Najib di Parlimen P.042 TASEK GELUGOR: Shabudin Yahaya manakala DUN ialah - N.04. PERMATANG BERANGAN: Omar Abd. Hamid (Muka baharu), N.05 SUNGAI DUA : Muhamad Yusoff Mohd. Noor (Muka baharu), N.06 TELUK AIR TAWAR: Datuk Jahara Hamid (penyandang) 
Walaubagaimanapun biarlah kemarahan ini hanya di dalam tempoh 24 jam seperti harapan Presiden parti DS Najib. Jika berlarutan Pulau Pinang ibarat yang diligan tak dapat yang dikilik bertaburan. 
Pemerhati politik berpendapat situasi ini tidak akan berpanjangan kerana seperti biasa ibarat pepatah Melayu carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

Tuesday, April 16, 2013

KEDAH PANAS!

Azeez Rahim calun pasti menang akan menentang tokoh agama PAS Najmi Ahmad di Parlimen, Baling
Difahamkan sebaik sahaja selepas pengumuman senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) Kedah oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri hari ini beberapa pihak telah mengamuk seperti gajah naik minyak.
Marah kerana tokoh yang ditatang mereka tidak dipilih sebagai calun manakala tokoh yang tidak pernah turun kawasan dipilih. 
Peramal politik yang meramalkan akan berlaku perubahan besar di Kedah sebenarnya tidak sebesar mana pun yang berlaku. Ramalan merosot.
Najib masih lagi mengambil kira keputusan UMNO walaupun banyak pengundi atas pagar yang sudah tidak suka kepada UMNO. 
Dalam hal ini semua pengeritik harus sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO yang juga secara langsung Perdana Menteri Malaysia adalah atas tiket parti atau tiket UMNO. 
Kalau Najib sendiri tidak utamakan UMNO tidak mustahil Ketua-Ketua Bahagian ini akan gulingkan Najib dalam pemilihan Presiden Parti kelak. 
Apapun kita tunggu selepas 24 jam untuk mereka sejuk seperti harapan Najib. Kalau merajuk ini masih berpanjangan maka Kedah akan dikuasai kembali oleh kerajaan Islam PAS. Itu sahaja jawapannya. 
UMNO di bawah tidak pakai teori utamakan parti seperti yang dilaung-laungkan pemimpin atasan mereka. 
Mereka yang di bawah lebih menjurus kepada ‘day to day’ perkhidmatan ahli politik di kawasan. Nampak muka aku sokong tak nampak batang hidung aku pancung. 
Apa pun di dalam dua tiga hari lagi semuanya akan reda dan pulih seperti sediakala kerana sudah menjadi adat orang Melayu hangat-hangat taik ayam.

Monday, April 15, 2013

KADIR DEDAHKAN ADA PAKAR VIDEO YANG DIUPAH PIHAK TERTENTU

Mungkin beginilah pakar-pakar yang dimaksudkan Kadir
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang juga bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mendedahkan yang beliau telah mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu. 
Beliau sendiri yang telah menghubungi Harakahdaily kononnya beliau telah diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan. 
Pasukan ini telah mendapat pembiayaan dan upah khas bagi tujuan tidak lain dan tidak bukan untuk menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks. 
Kadir mendakwa mereka ini terdiri dari pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu. 
Malah Kadir juga nampaknya yakin gambar video berahi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali adalah kerja-kerja ‘cut and paste’ dari gambar-gambar internet yang dikerjakan oleh pakar-pakar ini. 
Beliau sendiri berasa ganjil dan pelik bagaimana seorang yang terkenal bermoral, bersih dan kuat beragama seperti Datuk Mustapha Ali boleh difitnah sedemikian rupa. Hairan bin Ajaib.
Walau apa pun pendapat, Kadir mempunyai asas kukuh di dalam membuat kenyataan ini kerana beliau merupakan bekas menteri penerangan yang banyak terlibat dengan kerja-kerja penerbitan drama, bangsawan dan acara hiburan di RTM dahulu. 
P.Ramlee dalam filem Anakku Sazali
Tidak dinafikan beliau juga merupakan seorang menteri yang ‘hand’s on’ dan sering turun melibatkan diri khasnya semasa membuat pemilihan artis-artis jelita dan pengacara RTM.
Tidak salah jika teori Kadir ini berpaksikan cerita Anakku Sazali arahan P.Ramlee bagaimana watak Sazali dan bapa Sazali dilakonkan oleh pelakon yang sama, P Ramlee. 
Konklusinya masa yang akan menentukan siapa pelakon, siapa pengarah dan siapa bersalah.

BUMBUNG RUMAH AISHAH PERNAH DIKOREK UNTUK DIPASANG CCTV

Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin calon PAS Jempol mendedahkan beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila atap rumahnya ditebuk untuk dipasang kamera. 
Namun beliau bernasib baik apabila lubang korekkan tersebut dilelehi air hujan ketika hujan menimpa. Rupa-rupanya ada musuh politiknya yang cuba memasang CCTV betul-betul di atas bumbung bahagian bilik tidurnya.
Beliau besyukur Allah memiliharanya jika tidak beliau juga akan menjadi mangsa rakaman video sex seperti apa yang berlaku kepada pemimpinnya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 
Mungkin musuh politik Aishah tidak sebijak musuh politik Mustafa Ali kerana cuba mengorek lubang atap rumah yang berdepan dengan risiko yang tinggi kerana memanjat bumbung seperti tupai atau seperti pelakon ‘stuntman’ filem-filem Hollywood dan Hong Kong. Akhirnya lubang CCTV bocor menjadi lubang air hujan. 
Di dalam pengakuannya kepada Harakahdaily, Aishah juga berpendapat sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat mereka terdedah kepada risiko menjadi mangsa politik kotor musuh politik. 
Apapun sebelum komen Aishah patut menonton dahulu video Datuk Mustafa Ali bagi menilai ‘authenticity’ video tersebut sebelum membuat apa-apa konklusi samada video itu jijik atau terdapat nilai-nilai seni yang penuh kesantunan.

Sunday, April 14, 2013

DI SAMPING DATUK MUSTAFA ALI MENUTUP MULUT DI KEDAH ADA KETUA BAHAGIAN SEDANG SIBUK MEMPROMOSI DIRI

Berhubung isu video terlampau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang setiap saat dihujani dengan berjuta persoalan khasnya mencari jawapan samada watak di dalam video itu fabrikasi atau aksi beliau, beliau mengambil keputusan untuk menutup mulut.
Untuk menyelamatkan keadaan beliau telah melantik peguam Awi & Co untuk uruskan soal jawab isu ini.
Tindakan tutup mulut beliau ini sangat bertepatan dengan ayat 65 Surah Yaasin yang membawa maksud "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka manakala kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan dahulu”. 
Dalam lain perkataan jika itu ditaarifkan sebagai wayang gambar maka biarlah anggota badan berbicara. Kata MB Terenganu “Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak,”. 
Meninjau perkembangan terkini politik di Kedah telah terdapat satu spanduk (lihat visual di atas) mendesak si polan bin si polan untuk dipilih sebagai calun Parlimen. 
Tindakan untuk ‘planting’ beberapa penyokong upahan dengan meletak kain rentang seperti di atas sebagai strategi melobi untuk menjadi calun dilihat sebagai tindakan gelojoh, tidak waras dan terdesak. 
Tindakan ini secara tidak langsung mendedahkan betapa gelabahnya seperti cacing kepanasan pemimpin ini apabila menyedari namanya tidak dicalunkan. Secara langsung tindakan ini adalah untuk memberi tekanan dan desakan kepada Presiden parti DS Najib untuk memilih beliau sebagai calun PRU13 walaupun beliau pernah kalah kerana mensabotaj kawan calun ADUN pada PRU12 yang lepas sehingga dilabelkan sebagai calun kitar semula. 
Hakikatnya jika beliau tidak dicalunkan maka individu inilah kelak yang akan berpaling tadah dan akan sabotaj secara halus terhadap parti. 
Tindakan ini juga tidak bersandarkan kepada kekuasaan Allah SWT yang lebih berkuasa menentukan siapa untuk siapa, mengapa dan bagaimana. Memperalatkan beberapa penyokong tegar adalah tindakan desprado Pak Pandir bersamaan tindakan PKR untuk menawan Putrajaya. 
Di dalam situasi negeri yang kalah seperti Kedah semua pihak haruslah akur dan hormat dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan tidak bertelingkah sesama sendiri demi kerana gila untuk menjadi YB.

Saturday, April 13, 2013

PESANAN ORANG KEDAH KEPADA DATUK MUSTAPHA ALI

Seloka di bawah adalah kiriman ke 2 oleh pengarang Awang Luku, cicit Tok Selampit. 
Karangan Awang Luku ini sedikit pekat di dalam loghat Kedah. 
Pembaca yang tidak faham perbendaharaan katanya sila rujuk rakan-rakan dari kedah atau hantar email pada MR. 

PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAPHA ALI
Ini kisah pemimpin besag
Hukum agama diputag-putag
Takut kat bini terketag-ketag
Kalau pompuan cukup lekag 

Awal bicara wayang kulit
Memang orang bukan pelesit
Bergoyang-goyang terkepit-kepit
Sampai nampak senjata sulit

Depa kata bukan depa
Itu pelanduk dua serupa
Itulah selalu alasan depa
Kata UMNO punya angkara 

Cakap agama berdegag-degag
Hukum Islam pun depa langgag
Depa ingat kita tak pikiaq
Yang Mana katil yang mana pelenggag

Seluag dalam rona putih
Berkibag-kibag berlapih-lapih
Bila semua bongkaq habih
Baru la kalut dok betepih

Seni senggama ketipang payung
Rambut merah tak pakai tudung
Toksah dok tipu toksah dok muhong
Bangkai gajah macam mana nak tudung

Selak buku tak dak bab
Cucoq kodok kueh karipap
Awat sms I you tak jawab?
You bagi alasan macam-macam sebab

Itulah dialog dalam gambag
Macam mana nak muhong semua dengag
Tuala putih kain kebag
Dok terlentang terkapag-kapag

Apa yang jadi minta simpang
Mai ke Kedah jangan dok temberang
Parti PAS dah tunggang langgang
Sampai rakyat naik bengang 

Pintu taubat masih terbuka
Tuhan melihat jangan leka
Kalau ingat kena niaya
Angkat tangan tadah berdoa. 

Oleh : Awang Luku, Kaki Gunung Jerai, Kedah