Friday, November 28, 2008

"The Beauty Of Islam" (3rd Part)

Hari ini hari Jumaat hari yang baik bagi umat Islam. Mummy berasak-asak naik lift ke pejabat pagi tadi. Di dalam lift Mummy bertemu ada wanita-wanita Cina dan India berhimpit-himpit.
Yang menarik mereka ini kesemuanya memakai baju kurung bersopan. Mummy tanya "wa... you all pakai buju kurung aaa.. today?" Jawapan mereka "Today is Friday what.....?".
Di dalam hati Mummy berkata "siapa yang memaksa depa ni pakai baju kurung dan menghormati hari Jumaat?" Tidak ada satu fatwa pun yang suruh depa pakai baju kurung.
Ini lah the "beauty of Islam" jika kita tunjuk contoh dan teladan yang baik. Orang akan menghormati kita bukan dengan paksaan dan hukuman dan Islam akan dihormati dan disanjung dengan relahati.

3 comments:

  1. Baguihnya mummy comment tentang islam ni nampak comei pulak. Kalau anak dara tu dah lama aku pinang...

    ReplyDelete
  2. baju kurung tak nampak apa laa mami,i punya office mate depa boh kebaya..mak ooii..terliuq tengok,tambah-tambah tang potongan V tu lebih sikit..

    ReplyDelete
  3. Melainkan kalau depa pakai tudung, baru boleh kata cantiknya Islam itu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.