Saturday, November 15, 2008

"Utusan Akan Berkubur"

Utusan Melayu edisi pertama 29.5.1939
Ada pihak yang mencadangkan UMNO menubuhkan 'Tabung Pembelaan Utusan' kerana disaman MP Seputeh, Teresa Kok sebanyak RM30juta. Cadangan penubuhan tabung ini datang dari Majlis Veteran UMNO. Golongan veteran ini hanya melihat media konservative sahaja dan mungkin mereka sendiri ketinggalan dengan media-media baru yang memainkan peranan penting memenangkan Obama, Presiden AS.

Jika secara terang-terangan Utusan diUMNOkan @ dipolitikkan maka Utusan akan hilang kredibiliti bersuara. Politik telah mengawal media. Utusan akan hilang dan hanyut dibawa arus globalisasi, open sky policy, free enterprise, cyber information war dan berbagai-bagai media baru yang sedang melanda.

Utusan seharusnya "berkecuali" di dalam kemelut UMNO sekarang ini. UMNO sekarang ini diambang gerhana. Mesej yang dibawa Utusan sekarang langsung tidak menjadi "reference" kepada golongan generasi muda sekarang dan langsung tidak membawa apa-apa pengaruh di dalam menentukan sosiopolitik masyarakat. Ini terbukti keputusan pilihanraya ke12 yang lepas.

Media-media perdana baik cetak dan elektronik swasta dan kerajaan gagal berfungsi di dalam mempengaruhi porla pengundi. Malah gagal menghidu retak-retak tsunami politik yang akan melanda. Semua ini adalah angkara media-media baru yang sentiasa disisi pengundi, malah tidur, makan serta berjalan bersama-sama pengundi-pengundi ini setiap hari setiap waktu.

Mungkin selepas merdeka dahulu peranan Utusan berkesan tetapi peranan tersebut hanya tinggal sejarah. Utusan harus segera sedar transisi ini sebelum berkubur.

6 comments:

  1. Salam Mummy,

    Apa habaq.. amboi siap dah ada teh secawan lak kat blog mummy ni.. betoi2 nak tumpukan pada pemilihan UMNO tahun depan ka? heee

    kalau mummy ada Yahoo msg? add lah chek .. id check - fazrulls

    ReplyDelete
  2. Fazrul,
    Mummy bukan orang politik tapi Mummy hanya columnist jalanan.
    Yahoo msg tak ada.

    ReplyDelete
  3. bila mai tang bab tabung-menabung ni,bab derma-derma ni,apa kata mami cadang kat syed ali cheras,favaroute dia lah bab-bab ni semua...

    p/s: teringin sangat nak debat bab politik semasa dengan mami,mai la roti bakaq jln hatin pagi-pagi..

    ReplyDelete
  4. cucupakassim,
    Syed Ali? OO..dia pandai branding.
    Debat? Mummy bukan pendebat. Blogging pun dah tak dan dan masa pun suntuk.Tapi kalau nak debat di kedai kopi tak balik modal, mesej tak sampai.Email yang Mami terima punn dah tak menang nak layan.

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    Pada pendapat saya Utusan tak dapat manarik audience baru.Pembaca yang ada pon semakin menjauh...ini perlu diperhalusi.Saya berharap pihak yg berkuasa dlm Utusan buat la homework sikit..jangan terlampau selesa dok dalam opis jer.

    ReplyDelete
  6. Awi,
    Mami agak hang pun tau Utusan ni akhbar spinning UMNO. Jadi alat UMNO. Dulu memang berkesan masa Ku Li nak lawan Mahathir. Tetapi sekarang dah irrelevant. Kerja spinning ni di ambil alih oleh Bloggers dan media-media baru melalui internet. Ini yang Utusan ketinggalan. Yang membaca semua veteran-veteran dan jelas menjadi alat propaganda UMNO. Tak caya? Pi tanya anak Awi sendiri, dia baca Utusan tak?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.