Friday, November 7, 2008

Betui-Betui Potong Steam kerana Bodo Macam Superman

Mummy masuk pejabat pagi ni teruja nak baca surat khabaq Utusan tentang kejayaan Barack Obama dan melihat betapa meriahnya kejayaan Obama ni disambut oleh dunia-dunia ketiga. Seolah-olah Obama menjadi Presiden Amerika dan juga mewakili suara third world country. Walaupun terlalu awal untuk diagung-agungkan kerana kita tak tau macam mana Yahudi nak mencorak dia tetapi buat masa dan ketika ini Mummy kira OK laaaa....

Tetapi apa yang potong steam Mummy pagi ini ialah muka depan Utusan juga menyiarkan tajuk besar Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada 6 hakim. Apa dah jadi negara ni? Mana mai duit yang depa bayaq kat tok hakim- tok hakim ni? Tak kan main cekau duit rakyat dan dok pi bayaq pada depa tu. Duit ni nak kira macam mana ni? Benda yang dah lupus pun dok pi korek balik. Awat Pak Lah dan Zaid Ibrahim nak tunjuk apa ni?Hangpa nak tunjuk hangpa bela tok hakim ka?Atau hangpa nak memperbodohkan keputusan Mahathir?

Tu dia laaa....hangpa dok nak sembunyi sangat...Ini kerja hangpa roopanya. Kata terbuka dan telus. Nah hangpa buka bagi nampak seluaq dalam hangpa. Hangpa pun jadi hero bodo macam Superman, pakai seluaq dalam diluaq. Kalau seluaq dalam hangpa tu elok tak pa juga. Ni busuk hauw dan koyak rabak macam roti jala. Tak malu ke oghang ka?

7 comments:

  1. salam perkenalan mummy....

    masa kami dok berkampung kat penang masa kempen permatang pauh, mummy dok tang mana...???

    terima kasih follow blog saya

    ReplyDelete
  2. Medan oooo...
    Masa di PP Mummy ada. Hangpa sumua sombang ngan Mummy. Hangpa yakin sangat BN dan UMNO menang sampai. Mummy bagi pendapat pun sumua eksyen.

    ReplyDelete
  3. Heee.. saya dok kat permatang pauh ja..time tu.. tunggu mummy tak mai2 kot2 lah nak pakai baju merah jambu.. heee..

    ReplyDelete
  4. Pasai bengap la Pak Lah la ni dah bisu dan hilang kuasa. Kata Kerajaan tadak duit, tapi boleh pula bagi kat Tok-tok Hakim sampai RM10.6juta..bukan sikit tu. Pak Lah tak boleh harap sbg PM, eloklah dia merambuih cepat. Bikin tak serupa cakap, ingatkan Mr Clean, tu Mr Bersih, rupanya Mr Sapu Habis.

    ReplyDelete
  5. Mummy,

    itu belum masuk kira belanja dinner dgn Bar Council ambiga berapa pulak kena? mummy tau ke siapa lagi hadir dinner mlm tu? Paklah ,Zahid ,KJ siapa lagi?

    ReplyDelete
  6. pak lah si mr cleaner....dok kata madey dok perabih duit rakyat...rupanya pak lah lagik mangkaq....bodo kena kat dia...habih duit pi sapu bagi kat bekas hakim2 tu....tolol

    ReplyDelete
  7. Nana Cheng Ho ooooiiii...
    Mana la Mummy tau sapa mai malam tu..Mummy bukan lawyar, Mummy hanya Lawyar Buruk saja. Tapi KC Vorah tu pernah ajaq Mummy Law di U dulu. Mummy dengaq tajuk malam tu pun Mummy nak termuntah konon "DELIVERING JUSTICE, RENEWING TRUST".
    Kalau depa belanja Rm80,000 lebih malam tu Mummy kira buat kenduri arwah saja laaa. Tok sah la hangpa dok ungkit-ungkit. Kalau Mummy punya budget, Mummy jamu hangpa nasi kandar; nasi separuh,ayam kicap,sotong,udang galah gulai dan kacang lendiaq dua batang, kuah campur tarukk atasss. Tu pun hangpa nanti makan jilat sampai siku. Kalau Ambiga Mummy nanti tambah teloq rebuih, dia suka teloq tarukk atas.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.