Thursday, November 6, 2008

UMNO akan PUPUS seperti Dinasour


Mummy tak mau nak ucap tahniah atau apa-apa pada Obama kerana sapa juga jadi Presiden Amerika pasti terpaksa akur dengan dasar-dasar pro Israel. Sebab ekonomi Amerika banyak bergantung kepada puak-puak Yahudi.

Tetapi satu iktibar yang UMNO dan pemimpin kita kena belajaq ialah 34% kemenangan Obama bergantung kepada pengundi bawah 30 tahun. Siapakah mereka ini? Mereka ialah :
  • Generasi muda yang sudah lupa sejarah Amerika dan jatidiri.
  • Generasi muda yang sebahagian masa mereka mengadap PC, komputer, Lap top atau SMS.
  • Generasi yang melihat dalam Amerika lebih penting dari luar Amerika.
  • Generasi yang dah muak dengan pemimpin-pemimpin tua yang tak habis-habis berperang.
UMNO juga tidak jauh dalam kontek ini. Jika jatidiri UMNO luntur dan generasi baru lupa sejarah maka terimalah akibatnya. Kebebasan yang diperjuangkan akan menelanjangkan UMNO dan bangsa Melayu akan pupus.

UMNO jika tidak mendekati generasi muda dan menganggap MEDIA BARU sebagai media serpihan maka UMNO akan menerima padahnya. Kalau pemimpin UMNO sendiri beli komputer untuk hiasan meja pejabat atau untuk menaip surat dan chating saja dan buta IT. Anti IT. Kita akan lihat UMNO akan berakhir dan berkubur seperti Dinasour yang pupus terus tinggal tulang rangka.

Jika dalam UMNO tidak memberi tempat dan mengasuh pemimpin-pemimpin muda, yang lwbih teruk lagi masih mengekalkan pemimpin-pemimpin macam Mat Taib, Ku Li , Rahim Tambi Cik dan lain-lain yang tengok muka pun nak termuntah. Maka akhirnya UMNO akan hanya tinggal nama dalam bilik pameran seperti barang antik.

7 comments:

  1. Salam,

    Hmm kira2 specis dinasour jenis apa??

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    UMNO Pekan misti buat pencalunan MT hari sabtu ini. Dato Najib sebagai defacto presiden UMNO dan juga defacto PM Malaysia misti memberikan isyarat kepada perwakilan dan rakyat Malaysia corak kepimpinan dan pemimpin mana yg akan turut bersama beliau untuk mempastikan UMNO masih releven dan mantap .
    Malaysia akan memerhatikan dgn teliti dan dgn debaran jantung yg laju adakah perubahan akan dibuat dgn berani memberikan signal BUKAN saperti pemilihan 2004 Pekan berkecuali .
    Masa dan tika nya Malaysia menghendaki mutu kepimpinan dan pemimpin berdasarkan meritokrasi bukan hanya yg populist sahaja
    pemilihan ini bukan realiti show macam akademi fantasia nak tengok comel dan sexy tapi punya kualiti yg setengah masak sahaja .
    Pemilihan ini akan menentukan survival Malaysia untuk dekad dekad seterusnya yg lebih global lebih mencabar lagi .
    Malaysia telah dipaparkan dgn proses pemilihan presiden Amerika
    bagaimana Amerika memilih berdasarkan kualiti dan meritokrasi . Sampai masa nya perwakilan Pekan menjalankan tanggung jawap untuk memberikan SIGNAL yg akan meletakkan pemimpin yg sesuai ditempat yg sesuai .
    Pemimpin yg dipilih misti mempunyai
    watak peribadi yg baik dan idea yg baik dan bernas . Kalau idea baik tapi peribadi tak baik pun tak bolih dan kalau peribadi baik tapi idea kosong dan tak baik juga tak bolih.
    Mummy ,
    Rakyat melihat Dato Najib dan Pekan sabtu ini.

    ReplyDelete
  3. Mummy Rokiah,

    Salam. memang setuju bahawa perubahan yang besar perlu berlaku dalam UMNO. Sebenarnya, UMNO masih ada peluang untuk reform...tetapi ia mesti berani untuk melakukan reform. Masalahnya ialah, sikap manusia suka berada didalam "confort zone" dan oleh itu momentum akan memaksanya melakukan perkara yang sama melalui kaedah gagal yang sama sehingga ianya hancur....from the ashed, the phoenix shall rise. Kecuali kesedaran timbul lebih awal.

    salam.

    ReplyDelete
  4. Fazrul,
    Specisnya macam hangpa tengok jurassic park tu. Tapi tinggal fosil dan tulang rangka saja kerana isi dan kulitnya telah diratah oleh kaum dinasour lain akibat perubahan, globalisasi dan keterbukaan.

    ReplyDelete
  5. Cheng Ho oiii...
    Analisa hang ni Mummy kena buka kitab Sun Tzu The Arts of War. Pasai Najib bekas Menteri Petahanan. OK?.
    Dalam seni ketenteraan Sun Tzu, pergerakan Jeneral perang di peringkat awal ada ketika tidak perlu diketahui lagi oleh bala tentera.
    Najib kena berkecuali. Transisi kepimpinan amat penting.Jagaaa..jangan dok kalut awai.Pasai Najib kena jaga dua tauke. Pak Lah dan tauke dibelakang tabir, Che Det.
    La ni...yang dok kelitin keliling Najib pun ramai.Lobi melobi menjual ubat. Silap makan ubat "yang keras jadi kecut"..

    ReplyDelete
  6. Jahamy oiii...
    Hang dok percaya UMNO nak bangkit macam rise of the Phoenix ka? Hang tau apa Phoenix? Hang pi buka kamus oxford. Phoenix sejenis "BURUNG DALAM CERITA DONGENG ARAB" Mummy pun tak tau macam mana Phoenix ni nak bangkit pasai dia hanya wujud dalam cerita dongeng saja. Hang lagi teruk. Hang samakan UMNO dalam cerita dongeng.
    Bro, remember this! '"WHERE WE ARE TODAY IS WHAT WE HAVE DONE YESTERDAY" tergeliat lidah Mummy speaking London.
    Hang tau apa akibat dasar keterbukaan dan ketelusan Pak Lah? Hang ingat macam main budak-budak masak-masak ka?Sat sorong dan sat tarik? Dasar ini akan meratah UMNO dan memamah-mamah orang Melayu sehingga tinggal fosil dan tulang rangka seperti Dinasour.
    Hang betui la..PASAI DOK DALAM COMFORT ZONE LAA..PAK LAH RASA DIA KUAT SEBELUM PILIHANRAYA YANG LEPAS. La baru dia sedaq,langit tinggi rendah..

    ReplyDelete
  7. Mami,depa banyak tengok cerita Harry Potter kot?penuh fantasi dan khayalan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.