Sunday, May 22, 2011

Catatan tragedi tanah runtuh : Anak yatim maut tertimbus syahid

Foto : Bernama
SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.
(Sumber Sinar Harian)

4 comments:

  1. Salam MR..sedihnya.Meleleh airmata saya membaca petikan kali ni..semoga roh2 anank2 yatim ini semua senyum dan terus ke syurga..Ameen.

    ReplyDelete
  2. Kita lihat ramai yang menduduki di garisan cecincin api, menunggu masa saja akan tejadi gempa bumi dan yang bersebelahan dengan samudera atau lautan akan disusuli tsunami. Sama juga dah tahu sesuatu kawasan itu berhampiran dengan gunung berapi masih mahu membuat penempatan di daerah itu, tatkala gunung api itu meletus yang berhampiran mesti dapat musibah. Jadi dah tahu satu kawasan itu berisiko akan dilanda tanah runtuh kenapa membuat penempatan di situ? Ya mungkin tiada pilihan, kerajaan harus peka dan mencari kawasan alternatif, itu tanggungjawab kerajaan demi menjaga keselamatan anak buahnya, bukan menunggu kata-kata bistari dari para agamawan bahawa mereka yang dilanda kecelakaan alamiah itu akan mati syahid. Sama juga jalan raya/lebur raya kita sangat berisiko tinggi mengundang kemalangan, kerajaan harus membuat sesuatu bagi mengurangkan risiko itu. Banyak bas express yang mempunyai bala risiko seperti pemandunya banyak stress, gaji kecil, banyak kena saman,keadaan brek, bawa laju melebihi had laju, tak cukup tidur, curam jalan tertentu sangat bahaya dan macam-macam lagi, jadi kalu terjadi kecelakaan maka sedap kata mereka mati syahid! Apa ni?

    ReplyDelete
  3. maka berseronok dan bergembiralah anak2 yatim itu di alam barzah dan alam akhirat,macmana pula dengan kematian pengamal budaya songsang dan penyokongnya????????????????

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa'inna ilaihi raji'un... Setiap sesuatu musibah pasti ada hikmahnya.. Semoga roh mereka tenang dan mendapat keampunan Allah...

    Anonymous (atau insan tidak bernama).. Panjang lebar nampaknya komen anda tapi bagi saya komentar anda itu kosong... Namun itu kata-kata anda, dan anda memang berhak untuk berkata-kata.

    Memang lumrah rakyat Malaysia, hanya pandai memanaskan isu tanpa memikirkan solusi, apatah lagi mencadangkan solusi. Segala solusi diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan untuk mereka memikirkannya dan mengadaptasikannya kepada realiti. Bila tak seronok dengan solusi yg diberikan, ribuan hentaman komen bagai hujan menerpa mereka.

    Tengok sajalah di dalam Facebook, jika letak post yang merepek, pasti banyak komennya. Cuba letak post ilmiah, satu pun tak ada yang sudi memberikan komen. Kerana itu adalah realiti mentaliti rakyat Malaysia.

    Kecerunan bukit yang bersudut 85 darjah memang memberikan risiko yg tinggi dan adalah menjadi tanggungjawab penduduk itu sendiri untuk menentukur logik kepada penempatan di situ.

    Sekiranya tidak yakin dengan ilmu geologi yang mungkin hanya sekelumit di dada, dapatkan nasihat dari jabatan yang berkenaan dan panaskan punggung mereka sehingga mereka datang sendiri dan membuat penyelidikan.

    Sekiranya benar tidak sesuai, maka perlu difikirkan cara alternatif agar keinginan membuat penempatan direalisasikan. Penembokan konkrit, pengurangan kecerunan, penambakan dan berbagai cara lagi boleh direalisasikan, hanya kos sahaja yang perlu di sediakan.

    Yang penting adalah.... memikirkan solusi sebelum tragedi. Walau bagaimana pun.. segalanya adalah qada' dan qadar Allah..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.