Friday, October 24, 2008

JEMOAN, HANTURAYA, PELESIT DAN PEDUKANG UMNO SEDANG BERKELIARAN


Mummy dapat jemputan rumah terbuka dari ramai calun-calun yang nak bertanding pemilihan UMNO ni. Ada yang Mummy pi ada yang Nana Hussein pi. Mummy tengok di setiap rumah terbuka depa, ramai HANTURAYA, PELESIT,JEMUAN DAN PEDUKANG UMNO berkeliaran bekerja untuk tuan mereka.

Siapa mereka ini? Mereka ini ialah pelobi-pelobi dan ghurka-ghurka calun-calun yang ingin bertanding. Mereka ini bukan ada apa-apa jawatan di bahagian atau negeri. Mulut manis dan gigi lembut dari lidah. Mereka akan berkeliaran di hotel-hotel yang selalu orang UMNO pi makan atau lepak. Mereka mendapat upahan dari calun-calun dengan memberi laporan-laporan kepada calun.

Mereka inilah yang dok huloq duit pada perwakilan-perwakilan bagi pihak calun. Calun hanya cuci tangan dan bersyarah dengan kuat menentang politik wang. Tapi mereka melepas hanturaya dan pelesit ini untuk main duit.

Pelesit-pelesit, hanturaya , pedukang dan jemoan ini akan membawa tauke-tauke besar dan akan pau tauke-tauke ini katanya calun mau beberapa jumlah wang. Bila calun menang depa akan mendapat projek-projek yang lumayan.

Inilah kerja calun-calun yang nak bertanding, nampak besih. Pedukang-pedukang dan Pelesit ini hidup mewah dengan rasuah politik. Kalau nak tangkap, tangkap depa ni dulu baru tangkap calun dan dakwa di mahkamah. Kalau setakat tindakan gantung dalam parti tak cukup. Biaq depa masuk penjara baru depa tau.

2 comments:

  1. Mami Rokiah,
    Awat Mami baru tau ka? Perkara ni dah lama dahhhhhh.Puak-puak ni yang lebih-lebih dari calun sendiri. Merayau-rayau di hotel-hotel dalam Kuala Lumpur dengan baju linen mereka.

    ReplyDelete
  2. Dulu pun Mymmy tau, tapi sekarang ni dah jadi rampant. Puak ni dah jadi naik tocang. Meluat tengok.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.