Thursday, October 30, 2008

Mai Kita Pakat- Pakat, Jumpa Calun Kita Sebat

Ikan Piranha

Kawan-kawan Mummy, rakan-rakan taulan, sahabat-sahabat dan perwakilan yang baru selesai menang menjadi perwakilan bahagian masing-masing atau istilah Glamour orang UMNO; G7 atau Kumpulan Tujuh, mereka ini telah berhempas pulas bertanding untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian. Ada yang ditaja ada yang lone ranger. Mereka sedang bermesyuarat sesama sendiri.

Mummy singgah di Pelita Nasi Kandaq semalam mereka sedang bersiap-siaga untuk mengumpul perwakilan-perwakilan sebanyak mungkin dan menubuhkan KONSORTIUM PERWAKILAN. Bila sudah tertubuh konsortium ini, mereka akan menganjurkan rombongan menemui satu calun ke satu calun yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO Malaysia.

Mereka akan membawa mesej dan menetapkan tanda harga jika ingin mendapatkan undi dari kumpulan mereka. Kalau jawatan Timbalan Presiden harganya lebih tinggi, Naib Presiden harganya lain dan MT harganya lain.

Menurut jurucakap kumpulan ini, melalui pengalaman mereka yang lepas-lepas. Mereka berjaya mengutip paling busuk RM30,000 hingga Rm40,000 satu orang. "Tetapi kalau konsortium ini kuat kita akan mendapat lebih lagi" kata sahabat tersebut. Mummy ingin gelarkan kumpulan ini kumpulan PIRANNA (sejenis ikan di Amazon yang makan manusia). Piranna ni hang sumbat apapun dia tibai. Kasut Jepun pun dia makan tambah lagi tangan kita.

Inilah Piranna-piranna UMNO yang telah belot kepada pengundi-pengundi mereka di bahagian. Depa telah memperdagangkan amanah yang diberi. Kalau calun-calun tak huloq kat depa jawab dia 'wassalllaammmm'. Depa kata kalau takat nak jamu makan, depa tak mau dahhhh...perut dah kembong. Apa depa mau hanya fulus-mahfiz.

Inilah yang ada dalam UMNO. Kalau calun-calun dok layan Piranna ni boleh mampuihhh. Mummy cadangkan calun-calun juga buat konsortium jangan huloq langsung dan layan langsung Piranna-piranna ini. Tapi persoalannya boleh ke calun-calun ni berpakat? Calun-calun pun dok bertokak sesama sendiri. Jawabnya kenyang laa Piranna.

Ingin Mummy cadangkan bubar sahaja Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tengku Ahmasd Ritaudeen jika gagal tangkap rasuah politik ini. Atau serah pada BPR.

10 comments:

  1. Bang, bang bang, nak undi bang? Murah saja bang. Tengok la dulu jawatan apa bang.
    Alah leceh la, presiden tak bertanding kalau tidak lagi banyak kami buleh dapat bang.
    Bukan apa bang, kami nak dapat jadi perwakilan pun kena suap ahli cawangan bang. kami dah labur modai banyak bang, kena la balik kampung bawak untung sikit.
    Takat duduk hotel makan free ni kami dok buat selalu bang.
    Macam ni lah bang, kami bagi package deal bang. Buleh bayaq pakai pay pal bang, no problem.
    Apa? Package macam mana? Terpulang kat abang la. Abang bagi saja nama-nama, kami letak harga.
    kalau setuju kita sama-sama pi angkat sumpah laknat. Kalau kami tipu kami kena laknat.
    Okay bang? Alah abang ni, jangan lah dok tawaq2 tak UMNO la abang ni.
    Malu bang kalau MCA tau kita orang UMNO tawaq menawaq. Depa Cina bang, bayaq saja bang takdak tawaq menawaq bang.
    Common la bang bukan kami tak tau, bila abang menang abang dapat banyak kali ganda modai abang.
    Alah abang toksah dok pelotaq kata takdak duit la. Bukan kami tak tau tokey tokey ramai nak bagi kat bang. Ha, yang Bukit Bendera tu pun ada tokey jugak belakang dia bang.
    Apa abang nak pikiaq dulu? Piiirah, cekai punya calon. Sorry la lain kali kalu mai, kami up harga punya.
    Mari, mari mari, undi undi undi, murah murah murah, mari mari mari.

    ReplyDelete
  2. kata tak nak oooiiii...
    Itulah yang melingkopkan UMNO. Mereka telah melacurkan kepercayaan ahli-ahli akar umbi yang memberi amanah kepada mereka.Kalau depa dok mai kat Mummy, nanti Mummy tenyeh cabai melaka punkoq depa.

    ReplyDelete
  3. amboi mummy, sampai ke situ mummy nak tonyoh cabai. Tonyoh kat mata dengan lidah cukup la mummy. Kesian kat depa. Depa ni la baru orang kata pemintak sedekah terhormat.

    ReplyDelete
  4. wawawa...mummy, ni baguih punya artikel, memang betui la apa mummy dok leteaq, kalau la aku tulih lagu macam ni punya 'daring' sah bukan takat 'ugut' nak 'pukui' lagi yg dtg kat aku, depa baling parang kat muka aku.

    Blog mummy memang baguih, penang dekat dihati.Walaupun bahasa penang aku tunggang langgang, tapi lebih baik dari umno yg dah tunggin-tong'ngok'...

    ReplyDelete
  5. Salam Blogger,

    Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

    Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

    Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

    Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


    Ikhlas,

    Sarfarizmal Saad
    http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Al Banjari oiiii,
    Mummy berbloging untuk rakyat. Kerana Mummy datang dari rakyat.Dan Mummy dapat biasiswa buat PHD pun pakai duit rakyat, itulah perjuangan Mummy yang besaq kelemboi ni...
    Walaupun negeri Mummy dah lingkup seranah bukan kerana DAP kuat, tapi kerana UMNO dan BN lemah dan syiok sendiri; tetapi Mummy kena bangun menyatakan yang benar walaupun kena baling dengan penyapu atau teloq kemuruk.

    ReplyDelete
  7. Mummy...cek mintak izin link kat blog cek no...cek bangga ada lagi orang yang sedaq PENANG dah nak tenggelam!

    ReplyDelete
  8. Desprado,
    Hang Mai Penang....., hang mai cari Mummy kita pi pekena gulai kepala ikan di Batu Maung. Mummy nanti belanja hang.Hang nanti hiroop sampai ke siku.
    Nak harap Penang dikepalai oleh UMNO dan BN semua dah bungkuihhhh....Baik kita pekena kepala ikan hati tak sakit.

    ReplyDelete
  9. Mummy,
    org UMNO ni G7 suka lepak di lobby hotel makan restauren kari kepala ikan
    tengku Ahmad Rithauddin kena lantik waiters dan waiteres dok jadi agen badan disiplin UMNO untuk pantau rasuah politik ni tapi
    kena hati hati ramai waiters ni dari Kerala bahasa malaysia tak berapa paham english pun tak lancar yg dia tak pernah silap tea tarik kurang manis kalau dok mintak tea pakai pemanis equaliser dia dok menung tak paham.
    Tengku Ahmad adakan sistem hadiah sapa sapa bagi maklumat rasuah politik sabit kesalahan bolih dapat hadiah . tapi Mummy kalau sedekah ala PKR macam mana nak handle?

    ReplyDelete
  10. Chengho,
    Sedekah ni..bagi tangan kanan tangan kiri tak tau. Bukan dok pi tayang cek besar. Hari ini depa Politik Wang, bila depa ada wang depa Rasuah Politik Sex pulak. Politik sex ni lagi teruk, jenuh laaa maknya dari China dan negara serantau.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.