Sunday, October 26, 2008

The Do's And Dont' untuk Calun-calun yang ingin bertanding dalam UMNO.

Di bawah ini adalah senarai semak "THE DO'S AND DON'T" kepada semua calun-calun yang ingin menawar diri dalam pertandingan UMNO :

THE DO'S
  1. Berdoa untuk mendapat keberkatan Allah bahawa jawatan adalah amanah dan tanggung jawab di dunia dan akhirat.
  2. Buang perangai-perangai yang buruk semasa muda atau semasa zaman "jahilliah". Seperti meminum arak.
  3. Jaga adap tertib keluarga. Isteri, Ibu, bapa, Ibu mentua, bapa mentua,menantu, anak-anak, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Perangai-perangai dan kerakusan mereka akan menjejaskan calun.
  4. Ingat mereka yang susah dan miskin.
  5. Solat 5 waktu jangan sesekali tinggal.
  6. Bila dah masuk wang gaji yang pertama,keluarkan zakat dan beri makan pada anak yatim.
  7. Tunaikan haji ke Mekah sebelum duit habis.
  8. Kerap turun kawasan.
  9. Senyum hendaklah ikhlas dan sentiasa di bibir jangan hippokrate.
  10. Berkawan dengan mereka yang ada akhlak mulia.
THE DON'T
  1. Jangan lupa daratan, angkuh, sombong dan bongkak bila ada kuasa.
  2. Jangan pilih kasih dalam membuat keputusan dan hukuman.
  3. Jangan BERMAIN JUDI DI MANA-MANA KASINO atau KUDA di mana-mana juga tempat dalam dunia ini. Terutamanya bila melawat keluar negara.
  4. Jangan MINUM ARAK, MAIN POMPUAN ATAU BETINA di dalam atau luar negara. Eg Siam, Golok, Sweden atau mana-mana tempat pelacuran. Kalau nak kawin lebih pada seorang itu lebih baik kerana Islam membolehkan kawin tetapi Islam melarang ZINA.
  5. Jangan tamak projek, tender, sebutharga, direct nego atau yang sepertinya untuk kepentingan diri dan keluarga.
  6. Jangan menerima atau memberi rasuah atau "POLITIK WANG". Termasuk tanah kerajaan, balak, quarry dsbnya.
  7. Jangan terajang mereka yang banyak membantu, menolong dan menyokong semasa kita nak naik.
  8. Jangan bermewah-mewahan dengan kereta yang besar, motor besar, rumah macam istana, berbelanja seperti Qaruun, curut mahal dan tamak haloba dengan wang rakyat.
  9. Jangan bermusuh dengan Raja-raja Melayu.
  10. Jangan bermusuh dengan pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa pada negara ini; seperti Tun Mahathir.
Inilah sepuluh DO'S dan sepuluh DON'T yang setiap calun yang rasa layak untuk bertanding kena ingat sampai mati. Mungkin banyak lagi tetapi yang Mummy senarai ini adalah yang "current" kelakuan yang tak senonoh pemimpin kita lakukan. Mereka seharusnya menerima fakta-fakta ini dengan positif atau "they purposely ignore this and they will end up in bloody disaster and shit to this lovely nation".

9 comments:

  1. A.kum Tok Mummy,

    Minggu ni dah pi pekena nasi kandaq line clear ka belum?

    Saya pi pekena semalam. Ramai la orang.

    Tapi puas makan sebab lunggok gulai ikan bawal 2 ketul, sotong, daging masak hitam, telor masin, kacang bendi. Sampai tak nampak nasi..Tersandar!

    ReplyDelete
  2. Mummy takdan nak pekena sukj oii..Dok asyik pi rumah terbuka sampai cirit birit.

    ReplyDelete
  3. Mami,
    Begitu la kelakuan buruk wakil-wakil rakyat umno yang membuat kami semua tak sokong umno dan barisan nasional.
    Kakitangan kerajaan tahu apa mereka lakukan dan kadangkala tuntutan-tuntutan dan claim-claim mereka yang tidak masuk akal. Kami tahu lebih dari apa orang politik tahu.
    Apa nak buat? Kami menerima dah menurut perintah sahaja. Kalau tidak menurut perintah kami di herdik dan dimaki seperti hamba abdi.
    Sedarlah wahai mereka yang memerintah.

    ReplyDelete
  4. Saya kira Mami perlu dedahkan lagi banyak yang kelakuan yang tidak senonoh pemimpin kita. Ini demi kebaikan dan perubahan sikap.

    ReplyDelete
  5. Salam Blogger,

    Sememangnya untuk menjadi pemimpin kita harus kembali ke pangkal agama.

    Setiap agama mengajar akan peri pentingnya nilai-nilai murni.

    Jika pemimpin yang ada kurap nak nasihat rakyat supaya menjaga kebersihan diri, adakah pemimpin seperti ini harus diikut dan disanjung???

    Itu bukan pemimpin sebenarnya tapi yang harus dipimpin...


    http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Mummy,

    kita tukar kembali cara makan melayu ini tak mahu lagi buffet yg menggalakkan pembaziran dulu dulu Melayu makan tertip satu satu course
    tak gelojoh macam barbarian .

    permakanan juga tukar pi kepada pasta ,minyak zaitun , gril grill .

    irama lagu juga di tukar tak mau lagi lagi lagu sedih merayu rayu macam pak arab tukar kepada opera , classical song ,kelasik ,dll

    cara pakai pun tukar biar nampak kemas dan segak.

    mungkin dgn pertukaran selera ini melayu akan melahirkan kepimpinan corak baru yg bersandarkan meritokrasi mulia aklaq dan mempunyai idea yg besar .

    ReplyDelete
  7. Safarizmal,
    Memang betoi laaa..pemimpin ni banyak yang hipkrate.Depan kita dia baik. senyum dan salam sana sini sampai tak tercabut tangan.
    Bila pi luar negeri jauh pada bini, hangpa tau laaa..Mummy dengar sampai menari atas meja pun adaa Safarimal oiii....Tu tak kira yang masuk kasino lagi...
    Yang cerita semua ni kawan mereka juga.Dulu dalam politik nakjaga kepentingan masing-masing depa rashia laaa. Tapi bila bermusuh depa buka pekong masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Cheng Ho,
    Buffet diperkenalkan kepada masyarakat Melayu sejak tertubuhnya Hotel-hotel lima bintang; seperti Hilton, Rasa Sayang, Faderal, Regent oleh pengurusan hotel antarabangsa. Selepas Malaysia membangun transisi pemerintahan Tun Razak dan Hussein Onn Melayu takpandai nak mengurus hotel jadi kita panggilpengurusan antabangsa seperti Hilton, Holiday Inn, Regent dsbnya.
    Melayu masa tu kalau masuk hotel tercangak-cangak macam rusa masuk kampung. Kalau masuk disco kat hotel tu, macam KERA KENA BELACAN terhegeh-hegeh menari.
    Dan bila makan buffet depa tapuk dalam pinggan sampai tamuak.(sebab tu kalau makan di kedai nasi kandaq kUAH tatuh atas).Itu lah Melayu.
    Cina bukan setakat makan tapi depa MENTEKEDAQAHHH, waktu mana pun mulut depa kunyah.
    Tapi musim pemilihan ni, semua hotel penuh dengan pedukang-pedukang UMNO dok kempen.

    ReplyDelete
  9. Safarizmal,
    Memang betoi laaa..pemimpin ni banyak yang hipkrate.Depan kita dia baik. senyum dan salam sana sini sampai tak tercabut tangan.
    Bila pi luar negeri jauh pada bini, hangpa tau laaa..Mummy dengar sampai menari atas meja pun adaa Safarimal oiii....Tu tak kira yang masuk kasino lagi...
    Yang cerita semua ni kawan mereka juga.Dulu dalam politik nakjaga kepentingan masing-masing depa rashia laaa. Tapi bila bermusuh depa buka pekong masing-masing.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.