Hari-hari ada berita buang anak. Seperti kelaziman tokoh-tokoh politik, Pak Menteri-Pak menteri, professor-professor, cendiakawan-cendiakawan, alim ulama akan tampil membentang berbagai syor, formula, rumusan, konklusi, sebab musabab dan bebagai teori untuk berdepan dengan isu zina sehingga mencetuskan sakit sosial yang amat sangat hari ini.
Ada syor pendidikan sex harus bermula di sekolah, ada pula yang kata jangan terburu-buru, ada syor supaya diambil pendekatan Islam, ada kata berpunca dari keluarga, ada kata perlu diambil hukuman seberat-beratnya dan ada kata begitu, ada kata begini.
Kata Pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sharifah Zainiyah berkata, kajian kualitatif terhadap individu yang terlibat dalam gejala sosial juga perlu dilakukan supaya kempen dan program yang dilakukan menepati keperluan mereka.
"Kajian ini boleh dilakukan dengan melibatkan mereka yang pakar dalam bidang-bidang berkaitan seperti psikologi, kesihatan, agama, keibubapaan dan kemasyarakatan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta Institut Sosial Malaysia," katanya.
Dalam proses mengkaji, mengubal dasar dan mencari rumusan hari ini ada lagi bayi tidak halal dibuang malah saban hari keluar lagi berita buang bayi.
Kalau “finding” teori ini memerlukan satu tahun kajian untuk dilaksanakan maka ini bermakna lagi sembilan bulan akan lahir lagi entah berapa puluh lagi anak yang tidak halal yang rata-rata adalah Melayu dan Islam. Teori masih tinggal teori. Kajian hanya untuk mendapatkan PHD.
Yang lebih melucukan lagi Kementerian Pembangnan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Shahrizat Jalil seperti biasa membelanjakan ribuan ringgit menempah ruang iklan dalam akhbar-akhbar utama berkempen “MEREKA TIDAK BERDOSA HENTIKAN!” ianya hanyalah mesej retorik dan pembaziran semata-mata.
Mesej ini tidak sampai kepada remaja-remaja belasan tahun kerana mereka tidak membaca akhbar utama, mereka lebih asyik layari laman-laman web artis mereka dan mengintai Facebook rakan-rakan mereka. Iklan, langsung tidak menjurus kepada “addressing the issues”.
Hari ini mari kita berbicara secara berterus terang, tanya diri kita sendiri sejak bila kita belajar mengetahui fungsi Anu di dalam seluar dalam kita? Kita akan tersipu-sipu malu bila menyebut topik-topik yang menyentuh tentang Anu.
Masyarakat Melayu Islam hanya mengetahui ilmu pengurusan Anu boleh dikatakan secara otomatik melalui subjek agama di bawah tajuk mandi junub. Ada di kalangan Melayu conservatif akan memarahi anak-anak mereka apabila menyebut Anu. Kotor, dosa, jijik dan tak baik.
Apabila jawapan yang konkrit tidak diberi kepada remaja ini maka untuk memecah sarang persoalan ini di dalam minda mereka, generasi ini akan mengorek rahsia dan fungsi Anu melalui internet dengan melayari laman-laman web porno penerbitan Barat atau melalui rakan-rakan mereka atau artis-artis idola mereka. Simbol "18sx dewasa sahaja" seperti menggamit naluri ingin tahu apa kesedapan di sebalik simbol itu.
Salah satu contoh yang terdekat ialah naluri ingin tahu apa Airel-Luna Maya telah lakukan, sehingga Airel Peterpan artis idola mereka dimasukan ke dalam penjara.
Rakan-rakan mereka mula menghantar rakaman video Airel-Luna Maya secara sembunyi-sembunyi dan takut-takut tetapi dalam masa yang sama syok dan suka apabila Anu terangsang. Dari naluri ingin tahu, mereka maju sedikit kehadapan kepada naluri ingin mencuba.
Akibatnya mereka menyalah gunakan Anu mereka pada tempat yang yang salah sehingga menghasilkan zuriat-zuriat yang tidak halal. Bagi mereka perkahwinan telah jatuh nombor dua, yang pertama mesti dicuba experimen dengan Anu dahulu seperti yang dilakukan dalam website porno dan artis idola mereka Aierel-Luna Maya malah ada juga artis-artis Malaysia.
Jika artis-artis boleh mencuba, mengapa tidak mereka. Berapa ramai peminat pengikut setia Airel-Luna Maya atau Airel-Cut Tari akan mengikut bagaimana Airel-Luna Maya menguruskan Anu mereka?
Apabila percubaan mendatangkan kelazatan dan kenikmatan yang amat sangat, mereka menjadi ketagih dan gian sehingga mereka mahu mencuba selalu.
Artis-artis baik Indonesia dan Malaysia mempunyai pengikut yang ramai di kalangan anak muda. Artis-artislah yang banyak membentuk moral anak muda. Ramai artis yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda. Cakap artis lebih diikuti dari cakap pak menteri dan professor universiti.
Hari ini Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Jika Tok Guru tidak mahu didikan sex secara formal maka makin ramai remaja mencari ilmu sex yang tidak formal. Inilah dilemma remaja Melayu Islam tersepit di antara hukum Tok Guru padahal Islam itu adalah ‘a’adin atau “the way of life”.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
fikiran tertutup hanya merugikan semua pihak. pengajaran sex di sekolah bukan ajar cara nak melakukan sex. errr kalau tanya nik aziz semua dia tak setuju.
ReplyDeleteApa lah bodoh negeri lain ikut saja SISTEM PENGAJARAN AGAMA NEGERI JOHOR ada belajar munakahat, Mumalat bila umur 12 tahun sampai darjah khas ada adab perempuan dll insyallah selamat Ni semua pelajaran seks sek.agama Negeri sejak 1925 dah ada sampai la ni,
ReplyDeleteMasa saya remaja dulupun terdedah mencari ilmu seks dan bahan-bahan seks secara tidak formal.
ReplyDeleteAnu saya juga merasa ghairah dan keinginan untuk mencuba amat tinggi.
Tetapi yang menghalangnya adalah masyarakat sekeliling yang menganggap pergaulan bebas itu buruk, kena tangkap basah itu sial dan semua mata penduduk kampung merupakan spy ibu bapa saya malah kadangkala orang tua-tua kampung merotan anak orang lain macam anak mereka.
Maka untuk buat jahat merupakan satu misi yang amat sukar sekali. Faktor menahan desakan nafsu hari demi hari, bulan demi bulan tahun demi tahun membuatkan kita berjaya melepasi dugaan.
Saya yakin semua orang berjaya melepasi cubaan tersebut adalah atas keupayaan mereka mengekang gelora keinginan, bukan kerana mereka serba tahu tentang hal ehwal seks.
kali ini saya x bersetuju dgn Mummy,
ReplyDelete"Jika Tok Guru tidak mahu didikan sex secara formal maka makin ramai remaja mencari ilmu sex yang tidak formal. Inilah dilemma remaja Melayu Islam tersepit di antara hukum Tok Guru padahal Islam itu adalah ‘a’adin atau “the way of life”
kalau kita ajar sex secara formal pun, xkan mengurangkan yg x formal, malah mungkin menjadi lebih teruk seolah2 bahan2 sex ini sudah dilesenkan di sekolah2. Kenapa kita x mengajar anak2 ttg bahaya zina tetapi kita sokong pulak mengajar anak2 bagaimana mahu berzina dengan selamat? kdg2 kita terperangkap dlm mainan logik pemikiran kita sendiri!
Zina adalah salah satu daripada perbuatan yang sangat dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh semua agama dilangit.Perbuatan tersebut adalah salah satu drp perkara tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat.Perbuatan zina akan dilakukan dengan tidak ada rasa segan silu oleh kebanyakan manusia diakhir zaman.Di dalam sebuah hadis dari Anas ra ia berkata bahawa Rasullah SAW bersabda; Sesungguhnya diantara tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat ialah akan berleluasanya perbuatan zina..HR BUKHARI
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletependidikan seks tidak bermakna mengajar anak2 bermain seks. perlu difahami bahawa pendidikan seks bertujuan utk mendidik anak2 bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlakuan sendiri & tidak menyalahkan semua pihak lain bila berlaku kehamilan luar nikah seperti yg berlaku hari ini. sebab itulah pendidikan seks ini penting.
janganlah diubah2 tajuk mata pelajaran ini semata2 nak menyedapkan pendengaran semua sedangkan masalah sebenar terjadi kerana pendidikan seks yg tidak terlaksana selama ini! tak payahla nak namakannya 'reproduction health' ka apa ka, sebab ianya tetap pendidikan seks.
perlu juga diketahui bahawa pendekatan pendidikan dinegara kita mestilah berteraskan ajaran agama & tidak mengambil pendekatan sosial semata2.
jika di barat, pasangan pelajar diarahkan bergilir menjaga anak patung simulasi yg menangis, buang air, merengek & berperanan sepertimana bayi kecil, mereka akan terasa 'siksanya aku' menjaga kerana jika tidak betul cara 'melayan', anak patung itu akan terus meragam (sepertimana bayi manusia) hingga mereka tidak dapat tidur malam.
sebab itu, setelah menjalani ujian ini, ramai pelajar sedar tanggungjawab menjaga bayi tidaklah semudah membuat hubungan seks tersebut. cukuplah satu contoh sukatan pendidikan seks yg ada di barat tetapi bahagian kecil ini sangat berkesan dikalangan pelajar & menjadikan pengalaman ini alasan utk mereka tidak mahu menjalinkan hubungan intim semasa belajar kerana ini menyusahkan mereka utk belajar.
pendek kata, tidak usahla terlalu banyak berpolemik kerana yg menjadi mangsa hanyut jauh ke lautan hina adalah anak2 melayu kita yg dahagakan ilmu pendidikan ini yg boleh membantu mereka mengenali diri, menguatkan jatidiri, & memperkukuhkan ajaran agama islam itu sendiri.
secara khusus, tumpuan perlu difokuskan kepada kesan & akibat perlakuan yg tidak mengikut syariat & mulakan dengan ajaran agama yg asas iaitu mengenali perkembangan fizikal diri, memahami naluri baik berbanding yg songsang, rasa kasih sayang yg perlu dibatasi oleh larangan agama & hak ibubapa mengikut islam.
masalahnya, bagaimana nak menangani pelajar agama lain?
pensyarah sambilan
Seks , buruk dan baik.
ReplyDeleteIni semua masalah global. Nak ikut cara islam mesti ada sylabus yg perlu di kaji.
Tak nak ikut cara islam pun mesti la sylabus yg perlu di kaji gak.
Yang penting mestila sylabus yang global yang boleh di ajar di fahami dan sekaligus mengurangkan masalah seks sosial didalam dan di luar sekolah.
Jangan kerana BN atau PR nak sylabus ni, maka kedua pihak tidak setuju.
Yang pasti, pelajaran atau ilmu akan sentiasa menolong.
Baik dan buruk nya , akhirnya, terletak pada pelajar sekelian.
Cuma tok guru buat komen itu lebih berbaur politik dan kemudian tidak pula memberi alternatif jawapan yang tok guru pikir lebih baik.
Jadi bila seseorang ulama menentang sesuatu tanpa memberitahu alternatif pada tentangan itu, serupa la mcm diktator.
Cuma utk artikel ini, saya rasa tok guru nik aziz la wajar di beri didikan tentang seks. walaupun sudah tua, mungkin belum terlambat.
syed mahmood
mummy rock..dalam islam sudah ajar cukop lengkap pasal sex ini.ada haram halalnya.masaalahnya kita orang islam tak mahu pelajari sylibus ajaran islam itu.kita kenalah juga pergi berguru dengan didikan agama.insya Allah itulah jalan dan kaedah yg terbaik untuk masa depan umat dan bangsa kita.
ReplyDeleteini adalah sebab disusahkan nak nikah, cuba bagi disenangkan nikah, ni nak kena simpan 5,10,20 ribu untuk hantaran mana tak pening, ingat senang-senang ke nak cari duit banyak tu, nak beli kete, sewa rumah, makan minum, tu yang jadi kes macam ni, kalau nak kira banyak yang bercerai berai tu kalau dah krusus pun cerai juga, mana yang lebih utama bercerai atau anak luar nikah.
ReplyDeletekalau sex bawah umur tu ajar undang-undang gempar sikit budak2 tu, bahawa sex bawah umur adalah salah, sama-ada suka-sama suka akan dikira rogol. kena rotan(sakit punya bukan rotan sekolah) dan penjara sekolah budak2 nakal baru diorang tau, budak2 tu tak belajar benda ni tu yang patut di ajar....
Dalam islam bukan saja halal dan ha
ReplyDeleteram dan stop. pendidikan dalam isla
m sudah melampau batasan sempadan
negara2 islam ,cuma nya kita perlu
mencari kaedah2 pengajaran yg dibenarkan, banyak buku ulama2 islam arab dlm masalah ini mengikut pandangan islam.oleh itu
apa yg di katakan tuan guru jangan
di salah tafsir.
Kalau semua nak serah kat sekolah mengajar budak.. yang mak bapa nak nak buat apa plak? tau buat anak ja ka?
ReplyDeleteMak Bapa la yang perlu mengambil peranan itu sebagai tanggungjawab. Awat..? nak kata mak bapa kurang pengetahuan untuk mengajar? aiikk.. boleh plak jadi mak bapa dan beranak-pinak?...konpius tul aku!
ibu bapa pun kalau longgar ilmu islamnya.anak-anak seperti diduga je lah.baliklah pada ajaran islam.selamat lah umat.
ReplyDeletesekarang ni, baik remaja dan dewasa semua teruja kerana internet dan multimedia....dengannya, bila2 masa saja boleh tengok porno...bukan saja gambar dan 'kisah benar'...malah ada 3G, live-streaming camera, dan banyak insiden dimana mereka tanpa segan silu merakam adegan seks masing2, dan kadang2 di'download' pihak ketiga macam komoditi, tanpa segan-silu...(bohonglah kalau tak ada rasa syok)
ReplyDeleteutk ibubapa terutamanya, cara kita tangani remaja yg nak tau pasal seks juga perlu diubah. betul kata mummyrokiah, bila mereka nak tau pasal anu je, disuruh tutup mulut atau diam...remaja perempuan yang datang bulan dan bercambah payudara semestinya bingung...begitu juga lelaki yang datangnya 'wet dream'...kenapa badan dan perasaan saya berubah nak mendekati 'opposite sex'? kita kena cakap yg semua ini adalah normal ...lepas tu, bagi la amaran keras - yang tak dibenarkan adalah melanggar batas2/norma2 agama, seks adalah untuk yg berkahwin saja...dan kalau tak makan saman juga, terangkan akibat2 seks luar nikah (penyakit berjangkit seperti AIDS, bayi tanpa nasab yg sah, tanggungjawab yg berat, cacian masyarakat, dll)...
farha