Sunday, July 11, 2010

Contoh bibit-bibit UMNO akan hancur

Tan Seri Zainudin Maidin calun MP Sungai Petani semasa PRU12 bekerja
keras mendekati rakyat.
(Sumber visual : duniatiger.blogspot.com)

Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh

SUNGAI PETANI, 11 Julai (Bernama) -- Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani pada Ahad kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.

Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.

Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut.

9 comments:

  1. Salam.

    Harap UMNO bahagian Sungai Petani dapat menggunakan peruntukan di dalam perlembagaan UMNO perkara 15.8

    ReplyDelete
  2. Apa yg berlaku diumno sungai petani adalah mesej yg jelas bila menang kerana politik wang.bukan kerana ketokohannya.dikedah bukan sungai petani sahaja yg bermasaalah malah bahagian lain pun ada ceritanya yg tersendiri.kalau ahli umno tolak ketua bahagian bagaimana nak jadi calon pru13 nanti.sudah tiba masanya ketua bahagian bukan lagi tiket nak jadi calon.umno sentiasa dalam kerugian kerana wang yang menentukan kedudokan jawatan.agaknya parti umno dah lama dan tua pula usianya.banyak tempat yang dah rosak dan haus.ramai lagi ketua bahagian yang sombong dan syok sendiri.

    ReplyDelete
  3. Ini dah jadi satu tamparan kepada UMNO Kedah.... cuba kita perhatikan dengan lebih jelas.... Lebih 70% daripada pucuk pimpinan UMNO dari Kedah patut di tukar....Ini adalah di sebabkan ramai yang pergi cuma dapatkan projek dan berniaga pun nak kena jaga juga ..... jadi jangan kita tengok pada yang sorang saja....INGAT rakyat perhati tau.... depa nak muka baru dan yang boleh di harap saja....

    ReplyDelete
  4. BERNIAGA SAMBIL BERPOLITIK.ITULAH AKIBATNYA.JAWATAN DALAM UMNO DIJADIKAN KUDA TUNGGANGAN.YANG TERUK LEMBU-LEMBU SEKADAR MAKAN RUMPUT.BERREBUT NAK JAWATAN KERANA BAYANGAN DAN HAMBATAN PROJEK DIHADAPAN.BILA DAPAT JAWATAN RAKYAT DI ABAIKAN.ORANG ATAS HANYA LIHAT PADA YANG ADA JAWATAN SAHAJA.AHLI BIASA DILIHAT MACAM KATAK PURU SAHAJA.PEMIMPIN TERTINGGI UMNO PUN DOUBLE STANDARD DALAM MELAYANI RAKYAT.BILA RAKYAT NAIK ANGIN BARU SEDAR.

    ReplyDelete
  5. Masaalahnya dalam UMNO ni orang atas yang meletakkan calon yang mereka hendak.Dan akar umbi yg kena terima calon yang dikehendaki pemimpin atasan.Masaalahnya tak dengar kehendak rakyatlah tu.Rakyat bukan bodoh nak ikut kehendak pemimpin.

    ReplyDelete
  6. Bekas Pelajar Maktab MahmudJuly 12, 2010 at 5:38 AM

    Bukan Bahagian ini sahaja yang menghadapi tsunami di Kedah. Majoriti semua bahagian di Kedah menunggu saat-saat kehancuran.Yang OK mungkin Kubang Pasu dan Langkawi.
    Semuanya akibat mabuk power atau power crazy atau gila kuasa.
    Kedah akan terus dipimpin ulama liberal seperti Datuk Seri Ustaz Azizanbin Abdul Razak.
    Berkat doa alim ulama' Kedah sekarang aman sejahtera.

    Teruskan sokongan kepada Ustaz.

    ReplyDelete
  7. Ali..akau cadang lepas ini kalau hang nak hang strong pertama sekali hang pecat shanim,bakarn rongok,usop lazim.cikgu mat khir dan semua sapa sahaja yg menentang hang.baru hang selamat.cawangan yg tak sokong hang tutop segara.baru hang kuat.he he he he he ....

    ReplyDelete
  8. Berpunca dari inilah ADUN Sungai Petani hanya layak diperintah oleh tukang urut dari Parti PKR kini Bebas.

    ReplyDelete
  9. umno nanti hancur la kalau lagu ni dok jadi..

    kalau tak puas hati dgn pemimpin mana2 skali pun, tunggu la sampai pemilihan akan datang. apa punya bodoh la..

    takan naib ketua pu3 umno malaysia pun bangang sampai mcm tu. takan yg tu pun tak reti.

    cuba la cari jalan penyelesaian cara elok, jangan la sampai surat khabar pick-up & jadi headline news.

    mcm mana kita nak pulihkan UMNO kalau semua pemimpin yg duduk diperingkat atasan mahupun bahagian asyik bergaduh & saling membenci diantara 1 sama lain.

    susah payah Presiden & Tim Presiden berkerja keras siang & malam utk mengembalikan keyakinan rakyat & ahli umno demi kebaikan semua, walhal yg lain nak pelingkupkan semua.

    harap2 la.. ahli umno lepasni sedar jgn pilih pemimpin yg meyusahkan parti keramat ini.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.