Cadangan mengiratkan siratulrahim di antara UMNO dan PAS adalah dikira satu cadangan yang murni dan baik demi kepentingan Melayu sejagat.
UMNO harus menyelamatkan PAS dari dirosakkan oleh anasir Yahudi yang menjalar secara halus dan sistematik di dalam parti siasah mereka. PAS berada di antara dua buah parti yang secara terangan-terangan menentang Islam.
Di kanan mereka adalah PKR yang penasihatnya sedang melutut di kaki Yahudi memohon perlindungan untuk menutup kemungkaran kesalahan liwat penasihat partinya. PAS berjaya diperalatkan melalui sandiwara wajah Islam yang dipertontonkan selama ini.
Manakala di kiri PAS pulak sebuah parti DAP yang secara terangan-terangan menentang bukan sahaja ajaran Islam bahkan sanggup mati untuk tidak menyebut negara Islam.
Ternyata pendekatan dua buah parti di kiri dan kanan PAS ini telah berjaya memperalatkan PAS secara sistematik dan terancang. PAS mungkin terpesona dengan DAP kerana di kalangan DAP terdiri dari ramai pengamal undang-undang yang pandai putar belit undang-undang di mahkamah.
Di peringkat antarabangsa ternyata PAS lemah kerana mereka seperti “mundur global” hanya berlegar-legar dengan hukum-hukum Islam sahaja. Negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka ternyata lembab dan “stagnant”. Misi-misi pelaburan ke luar negara yang dianjur mereka tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Kelemahan PAS mendepani pentas antarabangsa ini telah dijuarai oleh penasihat PKR. Kesempatan ini telah diambil oleh penasihat PKR ini bukannya untuk membantu membawa kemakmuran kepada negeri pemerintahan pakatan mereka tetapi diambil untuk bersahabat dengan Yahudi demi melindungi kesalahan liwat beliau.
Jika persahabatan PAS dan UMNO ini tidak diusahakan hari ini dikuatiri rakyat akan menerima padahnya yang kesannya akan dapat kita lihat dalam jarak 15 hingga 20 tahun yang akan datang. Di mana ketika itu Melayu dan Islam negara ini akan menjadi majoriti yang merempat.
Manakala disuatu pihak lagi UMNO harus memperbaiki nafsu dalaman mereka. Nafsu harta benda, nafsu gila kuasa, nafsu tamak haloba dengan kuasa, nafsu kemewahan yang melampau yang semuanya lebih kepada "the innerself" yang selama ini membuat rakyat "fedup" dan termuntah dengan sikap angkuh dan egoist pemimpin mereka di semua peringkat.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Ya Allah... jangan lah kau satukan kaum ini jika ada sebilangannya dari pihak yg satu lagi penuh dengan hasad dengki, kebencian, kemunafiqkan dan berpuak2 dalam kelangsungan bangsa melayu islam didunia ini...... amin
ReplyDeleteikhlas daripada .. PAcat...!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBersatu diatas landasan Islam adalah satu kewajipan.Mummy rokiah hendaklah berdoa agar UMNO menjadikan islam sebagai asas perjuangannya, Cuba teliti perlembagaan UMno - ada disebut quraan dan sunnah serta ijmak ulamak menjadi rujukan dalam perjuangan- Mummy ubah dasar itu dahulu , kemudian akan lebih mudah kita bersatu kerana kita mneyebah Allah yang satu dan berketuakan Muhammad Rasullah dan berpandukan Quraan yang datang dari Allah.
Tetapi kenapa Ya. Selepas kehilangan kuasa baru bercakap pasal perpaduan ? Agaknya ada udang disebalik mee. Kalau setakat nak terus berkuasa , tak payah bersatulah. Mungkin APCO buat cadangan kat umno begitu kut. Jadi saya seru mummy dan sesiapa sahaja yang ingin melayu bersatu, kembalilah kepada ajaran Allah dan panduan Rasulullah.Allahuakbar.
umno dan pas elok bersatu.kembalikan pada kehendak islam dalam menentukan masa depan umat.ketepikan sentimen parti masing-masing.hala tuju dan fokus ialah umat islam yang sebelingan besarnya melayu.sentimen parti lah yang menghanyutkan anda semua.bercantumlah demi islam dan melayu.tidak ada siapa yang akan rugi kalau umno pas dudok semeja.apakah untungnya umno pas bersengketa.aku harap pemimpin umno pas perlu jujor dan ikhlas.jangan ada niat yang bengkok.biarlah susah senang dalam menegak kan islam dikongsi bersama.gunakan ajaran yang di tinggalkan oleh rasul saw kita.sudahlah sengketa politik yang merugikan kita.ingatlah kita pernah dijajah dari orang luar kafir dimulai portugis.kemudian belanda.diikuti inggeris.paling malang jiran utara kita sima yang menjajah kedah.hati-hatilah kali ini kalau kita lemah.bukan orang luar lagi akan perintah kita.tapi orang dari dalam sendiri yang tali barut dari luar untuk menghancurkan islam dan melayu.beringatlah sebelum kena.berubatlah sebelum sakit.berjimatlah sebelum kehebisan.semoga umno pas dirahmati allah.kita tunggu dan lihat mungkin ada suara-suara anti perpaduan umno pas ini.mereka terlalu takut hilang kuasa dunia.bimbang bayang-bayang sendiri.pasti ada makhlok perosak ini.manusia bertopengkan syaitan ini ada dimana-mana.lebih-lebih lagi bila kita nak buat kebaikan demi islam dan umat kita.KUNCINYA SEMUA PIHAK KENA JUJOR IKHLAS DEMI KERANA ALLAH.
ReplyDeletepas dan umno bersatu? bersatu macam mana tu? masuk barisan nasional ataupun wujudkan parti baru?
ReplyDeletePKR melutut ke yahudi? propaganda atau ada bukti? Buktikan secara terangan2 dan bukan secara tuduhan.
Negeri di bawah pas mundur? bukan kerana pengurusannya namun kerana birokrasi melampau yang seolah2 menyekat segalanya ke kelantan..
nak bersatu ngan umno/apco....Sorry....umno tu la penghancur islam.....pengkhianat melayu....pencuri harta rakyat....maaf cakap la....dengor nama umno pun nak termuntah.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSaya sudah lama sebut, tukar sahaja perlembagaan UMNO kepada dasar islam tetapi mengapa UMNO tidak mahu ? Lepas tu minta pula PAS bersama dengan UMNO ? bolehkah ? Sedangkan dasar kedua buah parti jauh berbeza macam langit dan bumiiiii !
Momy tahu tak ? Apabila Pak Lah jumpa dengan Dr Asri kat London, dia ada sebut jika PAS tak ada UMNO dah lama hancur !
Cammon momy open your minda ! inilah sebenarnya penyakit UMNO !
PAS hanyalah sebuah parti politik .Umno pun juga sebuah parti politik.Tujuan nya ialah untuk mendapatkan kuasa.PAS hari ini telah banyak lari dari perjuangan asalnya.Banyak benda yang dulu haram kini jadi halal begitulah sebaliknya.Umno pula makin tersepit bila isu dalaman parti yang dirundung masalah pemimpin pertengahan dan akar umbi.UMNO perlu jelas dari segi zahir tentang perjuangan islamnya.Oleh itu tak salah kalau kedua parti ini bersatu dan dudok semeja.PAS pun islamnya tak setara mana.umno pun islamnya serupa juga.islam cuma dijadikan alat cari pengaruh.Cuma umno dilihat nampak liar sikit hala tuju islamnya dari segi zahir.semoga ,menjadi kenyataan.tepuk sebelah tangan tidak memberi apa erti yang menafaat.
ReplyDeletebersatu....dgn umno....poodah.
ReplyDeleteSaudara pak Karamu,
ReplyDeleteYang penting untuk PAS dan UMNO tidak buat membuat tuntutan . Yang utama ialah bertemu dulu.
Saya tak harapkan sangat Kerajaan campuran PAS-BN. Yang saya harapkan ialah kedua-kedua parti berhenti menyerang antara satu sama lain.
PAS kena akui kedudukan UMNO sebagai parti utama BN malah dalam Malaysia. Apa yang perlu PAS buat ialah hentikan segala sumpah seranah yang sentisa Harakah taburkan .
PAS kena terima hakikat yang sekarang PAS ikut cara UMNO , bukan sebaliknya. Dulu PAS kata haram berkongsi kuasa dengan bukan Islam. sekarang apa cerita. Bukan setakat kongsi kuasa malah PAS jadi kuli DAP.
Untuk PAS, bermuhasabah lah. PAS terlalu buang masa menjaja kelemahan UMNO sehingga PAS terlupa melihat kelemahan diri sendiri yang berganda-ganda teruknya dari UMNO.
PAS cakap pasal Islam tetapi kenara tindak tanduk PAS bercanggah dengan Islam. Kenapa Mahfuz begitu biadap dengan Muhyiddin. Kenapa Mahfuz tidak jadikan Rasulullah sebagai contoh dalam hal jaga lidah?
Kenapa ramai Melayu sangsi dengan PAS. Kerana akhlak penceramah PAS bertentangan dengan akhlak pejuang islam. Mohd sabu sipa berpantun pantun dalam Muktamar PAS memfitnah Najib. Dia adakah bukti mengenai Altantuya. Siapa sumber beritanya? Raja Petra?
Apa yang saya nampak, PAS langsung tidak bagi ruang pada UMNO. Jahat sangatkah UMNO? Tetapi untuk DAP yang terang-terang anti Islam, boleh pula PAS bertolak ansur.
Pada UMNO, hendaklah lebih merendah diri. Gunalah kedudukan sebagai parti utama di Malaysia untuk jaga kepentingan Islam dan Melayu.
Najib tak perlu nampak terhegeh hegeh bagi bantuan pada Sekolah Cina tapi kalah pilihanraya juga.
Dan kawal sikit rancangan TV yang terlalu pentingkan hiburan melampau
Umno perlu berubah jika benar mahukan islam..segala dasar & tindakan yg dilihat pro kpd sekular prlu dijauhi.Namun,pas jg harus trbuka dlm menyambut salam perpaduan demi kepentingn ummah..jgn jdikn dasar umno sbgai alsn utk ketepikn prpaduan islam sdgkn bersatu pd mereka yg terang menentng negara islam dihalalkn pula.Kedua2 sbnrnya byk prsamaan..jgn hnya beberapa prkara yg x sama kita jdkn alasan utk tidak bersatu..sdgkn kita bersatu dgn kafir yg menentang islam kita halalkn..sejahil2 org islam bila dia doakn buat ssama islam insyAllah akn smpai doanya..tp kalau dh kafir mmg xkn smpai..bersatulah whai umat!
ReplyDeleteTak perlu bersatu, kan UMNO itu Sekular, tengok macam PAS memperjuangkan Islam sampai tunduk dibawah kangkang DAP, bila Kapal Singh kata,"Nak tubuh Negara Islam langkah Mayat dia dulu." tapi Pemimpin Islam Pas kata tak apa, itulah sahabat baik dunia akhirat.
ReplyDeletePegidaah sama PAS, biarkanlah mereka sesat barat, kerana itu yang mereka mahu...