Friday, July 16, 2010

Najib pekena nasi kawah di Kedah

Presiden UMNO DS Najib semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) semalam menyeru supaya di damaikan perselisihan faham antara ketua bahagian, timbalan dan naib serta pemimpin-pemimpin sayap di dalam UMNO Kedah. Mereka tidak harus leka dengan mainan politik dalaman.

Teruja dengan ucapan beliau perwakilan bahagian menyambut dengan tepukan gemuruh sambil Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Latt Shariman Abdullah dilihat berpelukan dengan timbalannya, Datuk Mohd. Jamil Md. Idross dan naib ketua, Muthalib Harun.
Tindakan berpelukan itu membangkitkan sedkit keharuan dan secara sinis Najib berkata: “Jangan depan saya sahaja berpeluk, saya nak tengok nanti saya pulang, mereka hendak berpeluk ke tidak?"

Sahabat MR membisik di belakang, katanya reality yang sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam bahagian di Kedah ini depan cakap lain belakang buat lain. “Jangan percaya sangat. Najib pun depa hentam di belakang” kata rakan tersebut.

“Di hadapan kita, mereka mungkin bersalaman, menangis dan berpelukan seperti mereka sungguh-sungguh bertaubat dan akan membuang yang keroh ambil yang jernih. Tetapi apabila balik bermesyuarat berbincang pengagihan projek di kawasan khasnya mereka akan bertokak dan bergaduh semula”.

Menurut rakan itu lagi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, DS Shafie Apdal pun disabotaj dari berjumpa akar umbi UMNO di bawah. Bendahari UMNO Kedah, Mukhriz Mahathir mendedahkan pengorbanan jutaan ringgit oleh DS Shafiee untuk pentadbiran UMNO Kedah langsung tidak menampakkan hasil.Mungkin ada “toll keeper” dan “gate keeper” yang tiris entah kemana.

Mereka sekarang sedang menunggu pengumuman penting bila lagi Shafie Apdal akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk diserah kepada pemimpin Kedah. Tetapi apabila DS Najib menyatakan beliau akan terus kekalkan DS Shafiee Apdal menerajui UMNO Kedah ternyata mereka amat keciwa dan tidak mustahil akan menjolok lagi dari belakang untuk membuktikan DS Shafiee tidak diterima di Kedah.

“Hit Man” mereka Ketua UMNO Bahagian Merbok telah memilih akhbar Cina untuk meluahkan perasaan supaya Shafie Apdal melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Persoalannya mengapa akhbar Cina?

5 comments:

  1. MR itulah lakonan yg dapat depa tunjukan pada dato najib.semua itu wayang tongkoi.pelakon opera cina silam.dato najib pun tahu kelakuan pemimpin umno dikedah.kalau pasai tajul dimerbok memang macam tulah.tokoh yang lain serupa jugalah.depan lain belakang lain.yang mamak lagi banyak hindustannya.sebilangan ketua bahagian patut di turunkan lah kerana selam lebih dua tahun umno dikedah dan bahagian makin layu dan kaku.

    ReplyDelete
  2. aku kenai ketua merbok tu. kami di padang terap semua kenai keluarga dia. saudara dia pun macam tu la. kalau yang di SP tu di kata sombong dan ego, yang di merbok lebih hebat lagi. cuma dia pandai berlakon dan beraksi saja, jadi tak nampak sangat perangai buruk dia. sekoq lagi di pendang, dengaq cakap hebat. tapi takleh harap. agaknya kalau nak jadi KB, kena pandai berlakon. Dulu mula2 jack Dato Shafie ; la ni nak kalih dia pula. dulu pak mentua Shafie pun depa jack. aku tengok tak dak sekoq pun layak jadi ketua kedah. bolih lingkop lagi. cu tengok ketua2 sayap di Kedah. sama lesu. betoi mcm najib kata, boh orang baru pula. orang baru bukan maksud orang muda. orang baru termasuk juga orang lain dari yang dok ada, walau tak berapa muda, takpa asaikan orang lain yg dok ada. kalu aku ada kuasa, aku buang habih yg dok ada.mula-mola dgn yang sombong tu. Tapi pikiaq2 tu, semua depa ego belaka. mungkin anak sh fadzir dak kot. kalau mukhriz, orait la.

    ReplyDelete
  3. BILA TAJUL DAPAT TITLE HIT MAN PULA.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak BN menang di Kedah, beberapa ketua bahagian yg bermasalah perlu diturunkan taktha. Kini UMNO kedah memerlukan pemimpin yg berjiwa rakyat. Sebagai KB di Kedah, mereka adalah penyelaras parlimen masing2, depa ada peruntukan, sewajarnya semua peruntukan di salurkan dgn betul. Rakyat pun tahu kerajaan PR di Kedah pun bukan buat apa sangat, macam2 problem timbul, sepatut inilah masa terbaik pimpinan BN ambil peluang, tapi apa yg terjadi DEPA ASYIK BERTELAGAH SESAMA SENDIRI, akhir rakyat akan meluat dan terus meluat...

    ReplyDelete
  5. Orang politik semua boleh bercakap.dan pandai bercakap pantang dicabar.
    kita tengok masalah di bahagian bukan berpunca daripada dengki mendengki sangat,tapi ia lebih kepada kelemahan yang ketara disegi leadership atau management of the party and politics. ini yang paling lemah. kalau pemimpin bahagian sedar bahawa kelemahan mereka yang amat ketara ialah tak ada good governance dan spirit dalam management dan gagal mengamalkan concept amanah. ex the leaderships of bahagian Kuala Kedah dan beberapa bhg yang lain.Tq

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.