Tuesday, October 5, 2010

Awas! kemunculan Parti Barbarian

Hampir rata-rata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku kekecohan, insiden bantah-membantah, ketegangan dan keganasan sepanjang tiga minggu lalu dan berakhir semalam.

Cabang-cabang yang ganas adalah Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Pasir Gudang, Tebrau, Kota Tinggi,Saratok, Lubuk Antu, Serian, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus. Dari Serawak sampai ke Kedah.

Rakyat tahu, insiden-insiden sebegini bukanlah perkara baru dalam PKR kerana PKR bermula dan diasaskan dari keganasan dijalanan yang dipelopori oleh Penasihat mereka Anwar Ibrahim.

Anggota-anggota mereka berdaya berucap berapi-api menaikkan semangat sehingga tercetus keganasan jalanan dengan membakar harta awam dan kenderaaan. Wajah-wajah mereka ketika itu kelihatan amat bengis dan menakutkan seperti wajah penasihat mereka AnWAR Ibrahim.

Tian Chua berkemammpuan berguling-garak di atas jalan. Gopala Krisnan berkemampuan ludah-meludah kepada pihak berkuasa.

Anggota-angota mereka hampir semuanya terdiri dari taring-taring tajam yang hanya percaya bahawa demokrasi itu harus ditegakkan melalui keganasan dan demonstrasi jalanan.

Hari ini di dalam kandang mereka ada beruang, ada harimau, ada musang, ada singa, ada gajah, ada ular tedung, ada naga dan ada buaya. Mereka tidak akan aman untuk duduk berdiskusi, berbincang dan bermesyuarat dengan waras serta berkepala dingin.

Sesama mereka juga di dalam senyap mahu meratah dan membaham sesama sendiri, dalam kata mudah “harap-harap percaya tidak”.

Hari ini rakyat sendiri boleh menilai bagaimana akan terjadi jika mereka diberi peluang memerintah negara ini. Nescaya kita semua akan beralih ke zaman barbarian bersenjatakan belantan. kapak bodo dan berkain cawat.

Kata Barbarian “ kita orang tak kira orang, kalau orang kacau kita orang, kita orang makan orang"

6 comments:

  1. nak kasi hangat/huru-hara politik kat malaysiani mmg mudah.. siapa saje mampu buat..tu yg jadi pilihan PKR.. tapi nak mengawal utk kekalkan keharmonian, hanya pentadbir bijak dapat laksanakan

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri Anwar pakai kot macam filem 'Sivaji the Boss",dengan gaya,layak seorang Thambi...Hebat betul gaya berjalan DS Anwar The Boss.
    Azmin pun ada ikut gaya DS Anwar sweperti dalam Filem 'Bukan Salah Isteriku Mengandung 'hasil angkara "lu fikir-fikirlah sendiri"

    ReplyDelete
  3. Begitulah apabila PKR menerima ahli-ahli tanpa peraturan ketat maka musuh-musuhpun mudah didaftarkan lalu mereka menanti membuat kecoh pada waktu-waktu tertentu lalu membekalkan berita syok kepada UMNO yang PKR ni pun kurang montop, kureng pengalaman dan adalah sebuah parti babarik.
    Satu demi satu berlaku dari melompatnya WR PKR ke parti lawan samapilah ke usaha busuk nak dikreditkan Lim Guan Eng, tapi PKR mungkin muncul lebih mantap lagi selepas adegan karut dan tidak berpendidikan ini. Ingat parti UMNO boleh upah/bayar agen-agennya untuk buat kacau tapi tak mungkin boleh menonggengkan PKR atau PR sampai kita lupa parti lain punya cerita buruk/huduh/bangan/pekak/bodoh tenggelam buat sementara waktu

    ReplyDelete
  4. PKR....Parti keadilan rakyat..kerana keadilan makan PKR jadi begitu rupa.PKR...boleh jadi juga Parti Kuah Rojak.

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy,

    Awat mummy nak heran sangat tang kecoh dalam pemilihan cabang PKR tu..depa tu baru nak hidup..dah tentu la ada yang tak kena sana sini..ada yang sangkut-sangkut..jangan la kita cepat melatah macam media perdana terus hentam kata PKR tak layak perintah negara. Statement lagu tu dahlah bias dan sebaliknya menyemarakkan lagi semangat depa untuk lebih berhati-hati dan membaiki diri di masa hadapan. Yang kita patut risau adalah parti kita hak yang satu ni sakan dok mengata dan membelasah orang..dia sendiri pun tengah nazak tunggu mati. Tau-tau dengaq orang baca talqin kat dia..time tu baru nak sedaq. Hangpa lagi teruk dari depa kat PKR tu..cuma cara hampa berkelahi senyap-senyap..ada yang pakai bomoh..pawang..tok batin..hanya pasai nak rebut jawatan ketua cawangan..piirah..kata dulang paku serpih..ingat la cek oi..kalu bangsa kita tak cari jalan yang holistik untuk bersatu padu nescaya satu hari nanti anak cucu kita pakat kencin kat kuboq kita. Kalu kita tak buleh bersatu atas nama bangsa..takdak salah kalu kita bersatu atas agama..itulah yang sebaik-baiknya. Hangpa tulong pikiaq no..

    ReplyDelete
  6. Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti
    Okt 6, 10 3:24pm

    Kongsi 43Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.


    Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

    "Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

    Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

    "Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

    Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.