Saturday, October 16, 2010

JKKK, JKKP dan Tok Batin ucap Terima Kasih pada Tok Najib.

Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.

Marilah kita berdoa ke hadzrat Allah SWT agar tidak berlaku perebutan kuasa di peringkat akar umbi khasnya merebut jawatan JKKK dan JKKP kerana hubuannya sangat lumayan.

Pengundi Atas Pagar (PAP) hendaklah memastikan Ketua JKKK dan JKKP mereka turun ke bawah memantau kerja-kerja di kampong mereka.

Tidak ada lagi dewan orang ramai yang bocor, jalan kampong yang berlubang, kelas-kelas Quran dan Tajwid sentiasa mendapat sambutan, tadika Kemas berjalan lancar, tidak ada penagih dadah atau hidu gam dan yang utama pastikan Ketua UMNO Bahagian berfungsi sebagai Ketua Bahagian bukannya pergi makan angin di Perth dan lobi-lobi projek kerajaan untuk poket sendiri.

Akhirnya undilah Kerajaan DS Najib Tun Razak untuk PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

4 comments:

  1. Tak kan tak tahu ini helah UMNO nak tawan hati mereka, di Pulau Pinang LGE dah naikkan elaun staf berkaitan dengan agama Islam. Kalu tak ada inisiatif dari LGE, mampus UMNO boleh terngadah kerana UMNO memang pada dasarnya taka akan memperbaiki elaun mereka kecuali ada rasa-rasa yang UMNO akan kena tendang pada PUKE13 nanti. Alah RM800 berbanding dengan berbilion RM yang diperolehi oleh kroni UMNO pada projek mega(PLUS/MRT/Menara Warisan Merdeka yang makan tak habis belum lagi mengubah fikiran orang asli, JKKK, JKKP kerana mereka bangan dan minda mereka dah dibongsaikan oleh UMNO! Trik UMNO yang boring masih berjalan. Ramai tak nampak banguna pencakar langi berbentuk kote di kotaraya menjadi idaman orang kroni UMNO.

    ReplyDelete
  2. fikir positive - elaun naik semangat selalunya naik.

    ReplyDelete
  3. Mummy percayalah akan berlaku perang dunia ketiga semasa pemilihan UMNO diperingkat Cawangan nanti. Yang sedihnya 99% JKKK,JKKKP, TOK BATIN dan Ketua kampong tak tahu menjalankan tugas mereka dengan baik lagi sempurna malah yang buta komputer dan huruf pun masih ada lagi.

    Ada juga antara mereka yang nak guna telefon bimbit,sms dan lain lain features didalam hand phone pun tak reti.Jauh sekali buat laporan dan profile kampung mereka,yang mereka tahu dan cukup cekap ialah buat tuntutan dan kebas projek serta elaun bulanan

    ReplyDelete
  4. Biasalah bagi yang tersemat dihatinya semangat PHD Perangai..Hasat..Dengki) akan tak senang tidor bila melihat ada orang lain dapat, maka akan keluarlah macam2 tuduhan kerana rasa tak puas hati.

    Itulah salah satu ciptaan Pembangkang yang tak pernah reti untuk menyatakan betol apa yang kerajaan lakukan, walaupun ianya betol, bagi mereka..merekalah yang betol.

    Gunakanlah Fikiran dan Perasaan yang di beri oleh Allah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.