Sunday, May 8, 2011

Pemuda UMNO hanya berjuang gadis yang dilarikan ke Lombok

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhamad Khairun Aseh menyeru supaya pihak berkuasa Malaysia dapat mencari fomula untuk mencegah gadis di bawah umur supaya tidak dilarikan ke Lombok, Indonesia.

Gadis Malaysia pula pantang diayat  lelaki Lombok yang kononnya romantis dibibir untuk sehidup semati dan bila hati sudah suka, semua indah saja, mabuk laut tidak terasa kerana asmara bergelora.

Apakah ini sahaja perjuangan Pemuda UMNO yang dibesar-besarkan, tak habis-habis dengan gadis dibawa lari lelaki Lombok.

Isu-isu besar yang dihadapan mereka seperti Kristiankan Malaysia dan pencabulan hak-hak orang Melayu langsung tak diambil peduli. Ketua Pemuda mereka, KJ ada seperti tiada, kadangkala tiada lebih baik dari ada kerana kalau ada pun hanyalah mengada-ngada.

MR ingin mencadangkan satu usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO nanti supaya Pemuda UMNO membuka satu cawangan di Lombok. Letakkan beberapa orang sukarelawan Pemuda di sana dan adakan meja perkhidmatan khas menyelamat gadis Malaysia di pintu masuk pekan Lombok.

Sebaik sahaja melihat lelaki Lombok berkepit dengan gadis Malaysia tangkap dan hantar pulang daftarkan mereka sebagai pengundi.

Tetapi pemuda-pemuda juga diwajibkan membawa isteri mereka masing-masing takut-takut digoda pula oleh gadis Lombok.

Bila tiba pilihanraya kumpulkan gadis-gadis ini untuk mengundi calun pemuda.

21 comments:

  1. kahkahkah...setuju sgt222

    ReplyDelete
  2. Bagus sekali posting ni....menyengat!....lama dah saya geram asyik2 menyelamat gadis ikut jantan Lombok aje...duit rakyat habis diguna untuk selamatkan gadis2 gatal yg tak sedardiri tu...makin menjadi adalah,bukan rasa serik...hairan juga ya,kenapa suka sangat pemuda UMNO ni berbakti kpd mereka2 ini.Ada apa2 ke...sambil menyelam minum air..??

    ReplyDelete
  3. mamat nih gila glamor

    ReplyDelete
  4. Dalam sejarah perjuangan UMNO, khususnya perjuangan sayap kanannya, Pemuda kelihatan begitu LESU dan LEMAH. Aktiviti-aktiviti yang benar-benar bersifat serious, bercorak dasar perjuangan pergerakan dan parti, dasar-dasar pentadbiran negara dsb ; jarang-jarang sekali didepani oleh Pemuda. Betul, membawa balik gadis-gadis Melayu dari cengkaman romeo2 luar, adalah salah satu bakti mulia. Tapi, bukankah Pemuda
    mempunyai tanggungjawab yg lebih serious dari itu ? Jangan dok asyik memuji bila pemimpin menyertai latihan Askar Wataniah (itu pun sekejap saja ; ambil syarat kata orang )atau dapat sayap terjun parachute. Semua bersifat individualistik aje ! Kita perlu pergerakan Pemuda itu sendiri, dari pemimpin di segenap lapisan, baik di Pusat maupun di negeri2 dan turun ke ahli-ahli biasa di akar umbi, benar-benar faham dan hayati akan tanggungjawab dan peranan sebenar setiap ahli yang bergelar Pemuda UMNO ! Tanyalah sesiapa pun dalam parti, semua akan setuju dengan tanggapan bahawa Pemuda kali ini adalah yang paling teruk, paling LESU, paling tidak motivated, paling tidak terarah (no sense of direction), paling kosong dalam senarai 'prioritasnya' (devoid of a sense of priority)dalam sejarah pergerakan in dlm UMNO. Kerja-kerja bersifat syok-sendiri, berorientasi retorik, cuma menunjuk-nunjuk dlm majlis2 (playing to the gallery)telah dibudayakan dari atas hingga ke bawah. Lihat dan perhati gelagat pemimpin2 Pemuda. Tak sesiapa pun, kecuali mereka yang di dalam golongan tersebut, akan mengaku bahawa Pemuda harini boleh diharap dan dipertanggungjawab untuk memain peranan sebenar ! Semuanya 'haprak' ! Baiklah menyertai NGO-NGO yg jelas akan halatuju perjuangan mereka daripada berada dlm pergerakan yg lebih kosmetik !
    Memang susah berjuang dgn NGO kerana terdapat serba kekurangan; tak seperti dgn pergerakan yang jenuh dgn serba serbi kemudahan, kemewahan dan 'peluang' ! Tapi percayalah, biar miskin asalkan kaya dgn keikhlasan perjuangan ; kita rasa benar-benar puas kerana kita tidak BERLAKON !!! Ya, Pemuda sudah lahirkan begitu ramai PELAKON kali ini !!! Inilah adalah pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  5. Betul tugas menyelamat itu satu fardhu kifayah, kalau tak p selamat pun tak apa tetapi demi bangsa dan atas nama rakyat Malaysia berkomunikasi , berjiran dan saling menegnali adaalah sat amalan baik. mana tahu lepas tahun 2011 ini tak ada lagi puteri yang lari.

    Apa pun apa yang di katakan oleh mummy roki tu betul.. yang gatal bukan lelalki lombok, yang cepat terair bukan lelaki lombok , yang terpancut nafsu bila digoda bukan lelaki lombok semua gara-gara putri gatal, miang dan apa apa aje lah.

    Ibubapa pun tak perlu lah nak merayu kerajaan selamatkan anak anak mereka kerana lari ke lombok, bukan puteri pergi jual barang tetapi berkahwin dengan anak orang.

    ReplyDelete
  6. mengapa mereka seronok sakan dapat pi misi menyelamat ni...? tak nampak pun langkah pencegahan di buat. nampaknya keluar masuk ke malaysia ni mudah sangat...

    ReplyDelete
  7. kenapa pemuda umno tak serang nwar - nak serang cam na - itulah idola sikitol ketua pemuda umno. contohnya cabar nwar buktikan bahawa pelakun prono itu bukan dirinya dengan mengemukan pelakun itu walaupun seekor hantu raya.

    ReplyDelete
  8. ok la tu. hangpa nak apa lagi?

    ReplyDelete
  9. Sekali sekala tembak, apa salahnya, ya tak?

    ReplyDelete
  10. aik mami, marah nmpk? menyengat2 api kemarahannya hihihi ...

    ReplyDelete
  11. Kenapa pulak nak mengarahkan pihak berkuasa mencari formula. Ibu bapa perlu mengatasinya sendiri. Biarkan padan mukanya... nak ikut sangat... biar dia rasa. Pemuda UMNO tidak perlu susah payah, banyak lagi perkara dalaman yang perlu diselesaikan, Terutamanya masalah remaja-remaja masa kini.

    ReplyDelete
  12. INILAH masalahnya bila pemimpin yang dilantik tidak mempunyai agenda besar membela rakyat. Depa yang dilantik pemimpin 'cokia' saja.. alahai KJ.. MAMPUIH pemuda UMNO...rosak nama UMNO saja...

    peluruhidup

    ReplyDelete
  13. Mummy..Pemuda la ni bukan blh kena kritik sikit. terus melompat. siap nak bakar orang tu dgn kereta dia sekali beserta msg maki hamun lagi. Tak percaya mummy blh siasat sendiri. ianya terjadi pada salah seorang pemuda cawangan semasa persidangan perwakilan pemuda merbok 7/5 baru2 ini. ni saya bg sekali nama pemuda cawangan tersebut MAHYUDI 019 4101534. MUMMY siasat la sendiri betul atau tidak

    ReplyDelete
  14. gooooooooooooooodd jobs

    sindiran baik,,kalau tak faham lagi aku tak tahulah

    ReplyDelete
  15. sambil menyelam leh gak minum air di lombok..kan gitu mummy..

    ReplyDelete
  16. Mantapppp..
    Pemuda kan pelapis.Kena ajaq cara berpolitik zaman moden.Tak perlu nak bising2 mcm Anwar.
    Buat slow2 dan last sekali..Tak tau apa depa buat..perabih boreh jer..
    Try an error..sah makin banyak error.
    Cuba lah berganding bahu dan pakat hentam DAP atau ketua PKR atau PAS haramjadah tu...

    ReplyDelete
  17. Anon 10 May 12.01, Tak sangka ada juga yg perihatin ttg perkara ni.. Bila bagi cadangan & kritikan dikatakan pecah belah pemuda,ooo lepas ni kalau nak pi perwakilan pemuda kena puji lambung saja la. Belum ada kuasa dah nak bakar orang.. bila jadi menteri sapa bangkang siap mau dibakarnya satu kampung mcm filem tamil ataupun di kambus pembangkang dlm lubang macam Ampatuan family di Filipina

    ReplyDelete
  18. Ini lah melayu, tak pernah nak bersatu. Buat kerja pun salah, tak buat kerja pun salah. Si bangsa pendatang semua satu arus, tapi melayu berpecah. Sedarlah diri terutamanya bloggers. Korang mempunyai kuasa utk menyatukan melayu melalui alam internet. Tetapi apa korang buat? Perasaan hasat dengki meyusut juga ke alam internet. Bila melayu bawak mercedes, melayu lain kata pemandu itu korup dan sebagainya. Tapi bila cina bawak mercedes, dia digelar towkeh. Bila cina tengok cina bawak mercedes, dia akan kata towkey. Bila cina nampak melayu bawak mercedes, dia kata itu driver. fikir-fikirla melayu! Ni bila melayu buat kerja yg baik yakni membawa perempuan melayu balik, diperlekehkan.

    ReplyDelete
  19. Bapa borek anak rintik....Bapa mertua rosakkan UMNO menantu pula rosakkan Pemuda UMNO...!

    ReplyDelete
  20. buat perkara tak senonoh orang mengata...buat baik pun orang mengata.. entah la... sukati laaa... janji jangan lupa berdoa untuk sesama umat...Doa yang baik2.... jangat hebat dok ngata jer

    ReplyDelete
  21. Posting ni kurang isi atau fakta. Saya tak kisah pasal pemuda UMNO tolong gadis MALAYSIA yang dilarikan ke Lombok, Tapi janganlah asyik menghentam Pemuda UMNO. Cuba buat research dulu sebelum nak menulis seperti faktor-faktor yang menyebabkan kes macam ini berlaku, berapa banyak kos yang ditanggung untuk bawa balik seorang gadis malaysia, faktor umur (kategori umur berapa yang selalu dibawa ke lombok), apa status anak yg dilahirkan di lombok?, boleh atau tidak pemuda lombok didakwa di malaysia@ blacklist dari masuk malaysia. Kan ok mcm tu. Saya pun bertambah ilmu sikit. Suka baca chedet blog.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.