Friday, January 22, 2010

OH MY GOD! Umat Islam baru mengenal Allah?

(Sumber Utusan Malaysia 22/1/2010)
God bukan Allah - IKIM
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.
''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.
Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin,
Panel lain ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.
Seramai 70 peserta mengikuti muzakarah itu termasuk wakil Jabatan Peguam Negara, pihak berkuasa agama negeri, ahli-ahli akademik daripada institusi pengajian tinggi (IPT), badan-badan dakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
''Saya berpuas hati kerana perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan harmoni walaupun para peserta datang daripada fahaman politik yang berbeza ,'' katanya.
Abdullah berkata, IKIM mengambil pendekatan menganjurkan muzakarah memandangkan kemelut isu penggunaan kalimah Allah telah menimbulkan kekeliruan,kecelaruan dan boleh membawa kesan negatif bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada penganut agama Kristian. Beliau berkata, dalam perbincangan itu, peserta bersetuju bahawa mereka perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan beragama


Betapa parahnya maruah umat Islam dalam Negara ini sehingga terpaksa mengadakan muzakarah menghimpun tokoh-tokoh dan cendiakawan-cendiakawan Islam untuk bermuzakarah dan mengenalkan “which is God” and “which is Allah”.

Apakah selama ini umat Islam dalam negara ini belum mengenal Allah? Kalau begitu apa maknanya pengucapan dua kalimah syahadah dan rukun-rukun Iman yang mereka hafal dari mereka kecil sehingga baligh selama ini?

Memang tepatlah penubuhan Institut Kefahaman Islam kerana masih ramai yang tidak faham tentang Islam termasuk umat Islam sendiri.

Inilah impak dan akibat dari kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan segalanya yang dipelopori dasarnya oleh Kerajaan Pak Lah Badawi dahulu.

Akibat kebebasan ini , hari ini fahaman Islam telah diputar belitkan oleh mereka yang beragenda besar sehingga umat Islam sendiri hilang sasaran dan ketegasan dalam prinsip serta pendirian mereka.

Mereka bermuzakarah di dalam ruang lingkup isu-isu dalaman mereka sahaja kerana mulut dan lidah mereka dikelukan secara terhormat takut dilabelkan extremis dan terrorist. Secara atomatik mereka juga adalah pengemis dalam mahligai mereka sendiri.

OH MY GOD!

3 comments:

  1. Ye la tuuu..,
    "You Shut UP!!, You talk about Islam and your right you are extremist!".

    ReplyDelete
  2. Ok lah tu bermuzakarah.

    Daripada dok senyap mcm tu saja, at least depa dah ada tindakan.

    Kalau sorang dua saja cakap, bukan puak2 yahudi dan kristian nak pakai. Ini ramai2 cakap, dlm muzakarah, bagus la.

    kalau depa x mau pakai pun, itu depa dah dahaga darah nama dia.

    Kita jgn dok bagi muka sangat.
    Sudah la tanah kita bagi, ekonomi depa dah bolot, duduk dlm negara kita boleh cakap ikut bahasa depa, nak ikut agama mana pun kita tak larang, dan macam-macam lagi kita bagi kemudahan dekat depa, SEKARANG ni, AGAMA kita pun depa dah nak kacau, ni dah MELAMPAU!

    Tolonglah, kita tak mau gaduh-gaduh, perang-perang. Kita nak keamanan. Tapi kalau dah menggangu agama kita, Kita sudah DIHALALKAN DAN DIWAJIBKAN BERPERANG!

    ReplyDelete
  3. Mummy Rokiah,
    Hafal kalimah shahadah dan hafal rukun iman bukan bermakna seseorang itu kenal Allah.

    Awal agama mengenal Allah.
    Nak kenal Allah sebab nak beragama dengan Allah, bukan hafal kalimah Allah.

    Pernah dengar tak ayat "tak ucap KAFIR tapi mengucap pulak KUFUR"

    Macamana mummy rokiah dah beragama dengan Allah ke belum?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.