Friday, April 29, 2011

Lagi episod Video Sex DS Anwar Ibrahim

Lagi pendedahan Video Sex DS Anwar Ibrahim. Penyiaran siri-siri ini tak ubah seperti drama bersiri Korea yang selalu disiarkan di kaca TV.

Semalam episod lengkap disiarkan lagi dalam Youtube dan beberapa blog http://panglima-harimau.blogspot.com.

Nampaknya pendedahan demi pendedahan ini sukar dikawal  kerana maklumat tersebar dengan cepat tanpa sempadan.

DS Anwar seharusnya gentlemen dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh rakan-rakan wartawan penyiaran bukannya menyembung tak tentu pasal umpama ular tedung senduk seperti apa yang terjadi kepada rakan wartawan TV3 semalam.

Diharap persatuan wartawan  dapat berjuang membela rakan wartawan TV3 yang dinina sebegitu rupa oleh seorang pemimpin pelopor "insan kamillllllllllllllllllll" di dalam ABIM dahulu.

Thursday, April 28, 2011

NC UUM lebih politik dari orang politik

Isu rebet tanah UUM tidak seharusnya menjadi isu politik sempit oleh semua pihak. Apa perlu Kerajaan Pusat berkira untuk membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta demi jihad pendidikan anak-anak pelajar dan warga UUM yang seramai lebih kurang 25,000 orang.

Jika Kerajaan Pusat boleh membawa pembangunan yang berbillion ringgit kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa jumlah yang ciput ini menjadi pertikaian dan senjata politik murahan.

Apa yang melucukan pemerhati politik ada para academia ialah kenyataan-kenyataan Naib Chanselor Professor Datuk Dr Mustafa Ishak yang lebih politik dari orang politik.

Beliau yang sepatutnya menjadi academician yang professional dan menyerahkan tugas dan tanggung-jawab politik ini kepada wakil rakyat atau Ahli Parlimen kawasan itu untuk besuara dalam hal ini.

Walaubagaimanapun situasi menjadi lintang pukang apabila wakil rakyat membisu seribu bahasa kerana mungkin YB-YB kawasan itu sedar bahawa isu cukai tanah UUM ini tidak ada asas untuk dipertikaikan.

Mungkin Prof Mustafa juga bercita-cita ingin menjadi ahli politik dan ini sebagai persediaan atau latihan sebelum menjadi calun dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Tidak salah untuk memasang cita-cita politik cuma pilih kawasan yang sesuai.

Wednesday, April 27, 2011

Haramkan persembahan Kris Dayanti - Hassan Ali mendahului Rais Yatim

SHAH ALAM - Artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana melihat perkara itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.

“Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.

“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.

“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perihal yang berlaku kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti yang mengaku hamil empat bulan walaupun baru berkahwin pada 20 Mac lalu.

Mengulas mengenainya Hasan berkata, peribadi artis seperti itu tidak layak dijadikan contoh kepada generasi muda.

“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat).

“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan dan berita itu mengejutkan seluruh masyarakat.

Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Katanya “benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan pengguguran,”.

Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.

“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.

“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya. (Sumber Sinar Harian)

Nampaknya posting MR refer untuk mengharamkan persembahan Kris Dayanti dalam negara ini disambut awal oleh Datuk Hasan Ali kerana sikap tidak senonoh Kris Dayanti mengandung dahulu sebelum berkahwin.

Seharusnya pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan sensitif dalam hal ini. Sharizat Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konon lantang berjuang menentang anak-anak haram hanya diam membisu, hanya bertindak apabila masaalah membengkak.

Itulah kualiti menteri-menteri kabinet barisan DS Najib yang ada. Hangguk tak kena tempat tembak tak kena sasar.

(Latest updated) Pertemuan Tun M dan Ustaz Azizan 30hb April 2011

Cadangan awal mempertemukan YAB DS Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah setelah diperkenankan oleh pejabat Tun Mahathir untuk hadir dalam Pehimpunana Melayu Perkasa pada 30hb April ini tidak seharusnya dipolitikan oleh mana-mana pihak.

Hasrat dan niat baik usaha ini serta pandangan kedua-kedua pemimpin ini seharusnya disanjung dan dihormati.

Walaubagaimanapun kerana kesibukan YAB MB Kedah sedang mempersiap-siaga untuk menghadapi pemilihan pucuk tertinggi PAS maka beliau tidak dapat hadir dalam majlis ini.

Apa pun nawaitu yang baik untuk menyatukan Melayu merupakan usaha murni yang harus disanjung bukan diputar belitkan.

Melayu sudah letih dengan perbalahan sesama sendiri.

Tuesday, April 26, 2011

Isu pulau Utusan: MCA "nang bo ti nang koi bo ti koi"

Gesaan MCA supaya memulaukan Utusan Malaysia jelas menampakkan sikap mereka seperti kata-kata pujangga Cina kuno “Nang bo ti nang kui bo ti kui” dalam bahasa Melayu nya "orang bukan orang hantu bukan hantu”.

MCA telah menghantu-hantukan kaum Cina seolah-olah Utusan itu amat menakutkan, perkauman dan rasis dan menggesa Utusan dipulaukan. Persoalannya kepada siapa mereka tujukan supaya Utusan dipulaukan? Kepada orang-orang Cina kah atau orang-orang Melayu kah?

Jika seruan ini ditujukan kepada orang-orang Cina persoalannya berapa kerat kaum Cina yang baca Utusan?Jika kaum Cina tidak membaca Utusan ini bermakna mereka cuba menanam persepsi bahawa Utusan itu hantu yang menakutkan.

Jika seruan ini ditujukan pula kepada orang-orang Melayu ini bermakna ia adalah salah satu usaha terbaru mereka untuk menarik hak-hak keisimewaan orang-orang Melayu supaya mereka dibisukan dari bersuara mempertahankan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dengungan paluan MCA ini telah sampai ke pentas Opera Cina atau Wayang Tongkoi DAP. Mendengar paluan ini DAP terus mengubah tajuk Drama Wayang Tongkoi mereka seperti kata Lim Kit Siang dalam blognya “Utusan Malaysia is not the Malay voice but the voice of Muhyiddin against Najib”.

Malah DAP menyahut paluan ini dengan lebih lantang untuk memecah-belahkan hubungan akrab Najib dan Muhyiddin. (lihat Blog Lim Kit Siang)

Kenyataan LKS yang cuba melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin ini adalah usaha jahat DAP sebagai strategi awal untuk menyemai benih kebencian kepada kedua-dua pemimpin ini sebagai persediaan pilihanraya umum yang akan datang.

LKS sedar peranan besar Najib di Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini telah membawa aura dan impak besar kepada rakyat Sarawak untuk terus mengundi BN.

Manakala bahan kempen DAP yang berkesan ialah dengan memainkan isu-isu rasis untuk memancing undi kaum Cina di kawasan pengundi Cina.

Hari ini DAP sedang menghantu-hantukan kaum Cina bahawa Melayu itu adalah “Drakula”.

Itulah MCA dan DAP “nang boi ti nang koi bo ti koi”

Monday, April 25, 2011

Bloggers bangkit kerana Ketua Pengarang nak jaga periok nasi dan belanga capati

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam. (sumber - BH)
Di dalam Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama semalam Che Det selaku penaung Blog House Malaysia (BHM) membidas media arus perdana yang bacul untuk mengritik Kerajaan di dalam memperjuangkan dasar untuk rakyat.

Hakikatnya disebalik tabir kenyataan Che Det ini, boleh dikatakan semua media-media perdana negara ini ada kuasa-kuasa ghaib di belakang mereka. Kuasa-kuasa inilah yang akan menentukan periok nasi atau belanga capati Ketua Pengarang akhbar tersebut, yang mana akan kekal yang mana akan tertiarap.

Malah kuasa-kuasa ini juga akan memantau gambar-gambar dan visual Pak Menteri mana yang patut disiarkan dan yang tidak patut disiarkan. Dibimbangi kalau disiarkan “angle” gambar isteri Pak Menteri yang bulat dan gedempol.

Walaubagaimanapun satu ‘trend’ menarik ialah terdapat artikel-artikel bekas-bekas Ketua Pengarang yang hanya layak mendapat tempat di dalam akhbar-akhbar yang mereka pernah berkuasa sahaja.

Adalah mustahil mereka tidak boleh bersaing dengan minda yang tajam dan ‘balance reporting’ untuk mereka mendapat tempat dalam ruangan akhbar-akhbar seperti The Star, New Straits Time atau Sinar Harian. Akhirnya pandangan dan pengalaman mereka hanya berlegar-legar sesama keturunan mereka dan peminat setia akhbar mereka sahaja.

Kata Che Det lagi bahawa media arus perdana hanya menyokong seseorang pemimpin ketika beliau berkuasa dan dipinggirkan selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Sejarah mengulangi seperti apa yang berlaku kepada bekas PM yang pertama Tunku Abdul Rahman apabila hanya akhbar The Star sahaja yang tampil untuk menyiarkan artikel mingguan beliau di dalam ruangan “Looking Back” dalam sekitar tahun 1974-1976.

“All told, ‘The stars above in the sky so high, has fallen so conveniently upon my thigh’. Tru it is, for as Chairman of The Star the newspaper has given me the opportunity in my weekly columns to put some of my reminiscences down in writing and also to defend myself against enemies who works relentlessly to obliterate my name from the pages of Malaysian History”. (rujuk Tunku Abdul Rahman dlm Looking Back, halaman 352).

Mungkin jika ketika itu Blog sudah wujud YTM Tunku Abdul Rahman pun akan memilih berblog bagi meluahkan pandangan beliau kerana dipinggir media arus perdana seperti apa yang dilakukan oleh Che Det.

Sunday, April 24, 2011

Haramkan persembahan Krisdayanti dalam negara ini

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 seramai 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.

Yang lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

Di dalam menangani gejala ini berbagai pendekatan telah diambil, ada yang berkesan dan ada yang tidak.

Di dalam kontek semasa MR ingin mengaitkan sedikit tentang isu yang terbaru seorang artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang terang-terang membuat pengakuan bahawa beliau hamil dahulu sebelum bernikah.

Perkara ini dibangkit memadangkan artis merupakan golongan yang cukup berpengaruh di dalam membentuk sikap masyarakat khasnya remaja dan golongan muda.

Kata Krisdayanti di dalam mempertahankan kehamilan luar nikahnya “Saya tahu, tetapi kami sama-sama sudah dewasa, bahkan sudah lama merancang untuk berkahwin. Kehamilan sudah terjadi. Kalau saya menolak pemberian Allah ini, nanti saya dituduh melakukan pengguguran”.

Jika beginilah moral seorang artis yang mempunyai ramai peminat dan idola nya di Malaysia termasuk artis tersohor negara Datuk Siti Norhaliza, ternyatalah kelakuan yang tidak senonoh ini amat membimbangkan.

Ini kerana pengaruhnya dapat merosakkan moral remaja dan anak muda Negara ini yang memang sudah gawat dilanda kerosakan moral dan akhlak yang parah.

Kerajaan “Islam” Negara ini harus mengambil tindakan yang tegas melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mana-mana artis yang terang-terang menyumbang kepada masaalah sosial seperti sex bebas, anak haram, zina, pembuangan bayi hasil dari perhubungan sex haram agar di “blackout” terus persembahan mereka dalam negara ini.

Artis-artis yang sebegini tidak harus diberi tempat samaada dalam media elektronik, Radio, TV atau persembahan pentas.

Saturday, April 23, 2011

Tun M dan Ustaz Azizan akan bersatu ada 30 April. (Updated)

Banner from Kedah Times
MR menerima email menyatakan pada mulanya pihak pengurusan tertinggi Perkasa tidak bersetuju MB Kedah, Ustaz Azizan untuk berucap dalam perhimpunan pada 30 hb April 2011 Jam 3 petang di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mungkin kerana "tekanan" pihak tertentu.

Walaubagaimanapun apabila dirujuk pejabat Tun M, Tun M tidak ada halangan jika dijemput YAB Menteri Besar berucap malah ini lah yang perlu dilakukan sebagai menghormati Ketua Kerajaan Negeri yang memerintah.

Nampaknya Tun M begitu rasional dan bersungguh untuk menyatukan Melayu "kerana perpaduan Melayu adalah teras kesejahteraan negara ini" (meminjam slogan Perkasa seperti banner di atas).

Apa pun rakyat sedang memerhati reaksi pelakon-pelakon politik negara ini termasuklah Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

MB Kedah, Ustaz Azizan dan Tun Mahathir akan bersatu pada 30hb April ini. Anwar sudah lari....

MR tertarik dengan cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk melancarkan gerakan ‘1Melayu, 1Bumi’ bagi menyatupadukan masyarakat Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Kata Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, tujuan program itu bagi mengingatkan kaum majoriti negara itu supaya kekal berkuasa dalam politik dan ekonomi negara.

Perkasa menterjemahkan cadangan ini semasa Perhimpunan Melayu Perkasa kali ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah pada 30 April ini di mana negarawan unggul Negara Tun Dr Mahathir akan turut hadzir dalam majlis ini.

Apa yang menariknya perhimpunan ini juga akan menjemput pemimpin Melayu Kerajaan Kedah, MB Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau dijangka akan memberi ucapan menyatukan Melayu dalam kontek yang sebenar bukan sekadar kepentingan politik porak peranda yang membawa perpecahan umat Melayu dan Islam.

Apakah di sini akan bermulanya sejarah baru di mana umat Melayu akan mula bersatu dimana Kedah merupakan tanah tunpah darah Tun M dan Ustaz Azizan.

Jika usaha ini berjaya, tindakan Perkasa akan menterjemahkan keikhlasan perjuangan mereka dan mereka tidak akan dilabel sebagai kuda tunggangan UMNO lagi dan kemelut dalaman UMNO yang tidak berkesudahan akan menguburkan mereka dalam jiwa dan sanubari kaum Melayu.

MR cadangkan Melayu yang ikhlas untuk bersatu seharusnya hadir pada majlis pada 30hb ini di Alor Setar. Biar Cina bertokak.

Wednesday, April 20, 2011

Maaf ini bukan Video Sex tetapi Video penjelasan MB Kedah



Akibat dari ketandusan isu untuk menghentam PAS Kedah, UMNO telah terperangkap dengan isu cukai tanah UUM apabila ternyata isu ini hanyalah putar belit politik sahaja.

"UMNO Kedah is not doing enough homework" kata sahabat MR seorang peguam di KL.