Sunday, November 9, 2008

Peringkat dan Fasa-fasa hulog-menghuloq.

Mummy baru dapat tau kelmarin roopa-roopanya nak dapat pencalunan pun depa dah huloq. Kata Ghurka Salam (GS) itu lagi kalau tak huloq nama tak naik. Kalau huloq baru depa calun nama si anu dan si anu. "Ini baru 1st round " katanya lagi.
Mummy tanya dia ada berapa round semua? Dia kata ada sepuluh round semua. Tapi kena tengok persaingan la.. Kalau sengit mungkin banyak round lagi laaaaa .
1st Round - Ricky sapa lawan sapa Ketua Bahagian. "Kalau dia pro kami kami huloq bagi dia menang, senang buat kerja" kata GS.
2nd Round - "Naik saja nama calun kami, kami terus huloq. Tunai. No credit. Janji nama naik" Kat GS.
3rd Round - Dapatkan senarai G7- Perwakilan ke UMNO Malaysia. Banci siapa yang pro siapa yang kontra. Huloq sikit kat Ketua Bahagian minta di huloq kat G7.
4th Round - Kalau Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan G7 mai Kuala Lumpur huloq lagi. Bawa makan dan dok hotel lima bintang.
5th Round - Pasang kaki, siasat calun lawan dok tackle Ketua Bahagian mana? Kalau calun lawan huloq, kami up sikit. Takut Ketua Bahagian lari dan G7 lari kepada pihak lawan.
6th Round - Tunggu bulan Januari, Februari dan Mac. Lagi 3 minggu nak perhimpunan huloq lagi.
7th Round -Lagi dua hari nak perhimpunan huloq lagi. Siasat calun lawan huloq berapa? Top Up kalau perlu.
8th Round - Agak-agak tinggal satu hari lagi nak perhimpunan huloq sikit lagi. Buat bekal bersiar-siar, pi dangdut di Kuala Lumpur, top up prepaid atau ada yang nak tukar HP baru dll.
9th Round - Malam sebelum perhimpunan. Melawat perwakilan-perwakilan di hotel-hotel tempat mereka tinggal. Bawa mereka pergi ke tempat-tepat rahsia. huloq lagi, kali ni lebat sikit.
10th Round - Pukul 3 atau 4 pagi sebelum mesyuarat UMNO, pastikan kalau ada perwakilan yang liat dan ketagaq huloq lagi bagi lembut sikit tangan nak pangkah pukul 10 pagi nanti.
Itulah proses huloq-menghuloq yang berlaku dalam UMNO. Tapi bukan semua, ada segelintir. Macam mana kita nak harap depa jadi pemimpin? Kalau macam ni punya perangai, UMNO akan jadi jeruk, orang meluat dengan hippokrate pemimpin UMNO ni.
UMNo hanya akan dikuasai oleh golongan kapitalis. Dan UMNO akan cepat pupus.

13 comments:

  1. Its exactly happened apa yang I nampak samasa singah ke toilet one of the hotel. Masa tu bahagian mana I tak tau bermesyuarat. Dalam toilet pun i nampak ada transaction and bargaining.
    Ur true la Mummy.

    ReplyDelete
  2. Macam mana muka macam Azeez Rahim pun boleh menang di Baling? Huloq kot Mami?

    ReplyDelete
  3. Salam Blogger,

    Depa main byk2 kali huloq noo mummy noo...

    Nanti di ahkirat suruh depa huloq kat malaikat tgk kalau boleh...

    Lg satu suruh ja perwakilan 2 huloq penumbuk... huloq kena balas dgn huloq gak mummy...

    Ataupun huloq doa kt Tuhan suruh Tuhan huloq petunjuk kpd yg dok huloq2 nie...

    Tema : HULOQ...

    Ikhlas...

    ReplyDelete
  4. memandangkan mami dok kat jalan hatin,mami elok ricky tengok baru-baru ni punya mesyuarat bahagian tanjong,berapa banyak transaction dok jalan..banyakkk dengaq kata,maklumla yang nak lawan semua mamak tokey emas ada,mamak tokey kilang ada,mamak nasi kandaq pun ada..

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    Rasuah politik Umno ni dah parah macam sakit kanser dah merebak seluruh badan macam macam ubat dah bagi tapi tak sembuh sembuh lagi.
    Nak ubah sistem undi kepada semua ahli pun depa ada cara juga nak guna Rasuah Politik tengok saja pada pencalunan pencalunan dibhg untuk MT agen agen MT dah masuk kampung huloq mengulog adalah senjata yg paling mustajab ketua bhg pun tak bolih nak kontrol lagi konon nya ini kehendak akarunbi tapi akarumbi dah bagi baik punya baja .
    Kalau beterusan macam ni PRU 13 adalah batu nesan Umno rakyat dah bosan mereka menyampah Pakatan tapi apa pilihan .
    Sekarang ni Umno kena planted G 7 jadi spy 007 untuk tangkap perasuah rasuah ini kalau tak buat pemilihan Umno sistem tender saja macam DR Rais Y cakap sistem tender ni penender tertinggi menang .
    YG hairan nya mana depa ni banyak fund bolih huloq yg takutnya mereka mereka ni macam kuda berlumba ada towkey towkey kat belakanb depa lagi teruk la nasib kita.
    tenguk tengukkan Mummy munkin bolih guna sistem Amerika bolih legalisekan guna fund .

    ReplyDelete
  6. Sad story, sarfarizmal dan Cucupakkassim,
    Tu yang Mummy dok habaq. Sesetengah depa nanti mai cabar kata "kalau sapa nak lawan dengan aku siap RM2juta".Amboiii..kurang hajaq betui depa ni...
    Tanjong ka?hang pi la tanya Mamak Kabir Nagor.

    Chengho,
    Mummy pun tak tau macam mana Najib nak handle pemimpin yang macam ni. Rasuah Politik ini berleluasa kerana ada yang memberi dan ada yang menerima.
    Fund depa ni mai dari beberapa sumber yang akan Mummy dedahkan sedikit masa lagi. Mummy dok tunggu Ghurka Salam bagi maklumat..Jeng..jeng...jeng...jeng.

    ReplyDelete
  7. Mamak Azeez ulog sakan di Baling, dia ada lori duit mamak Reezal dan Khairy bagi. La ni mangkuk hayun tu dok promosi nama dia duk perbetoi Lombok. Dia sedara dgn mami ka?

    ReplyDelete
  8. Mami, kita ni rakyat biasa dok kena juai sekupang dua saja dengan depa ni.Depa mai kampung kita depa dok kencing.Depa kata Melayu kena berjuang dan bersatu jangan berpecah belah. Piiirahhhh..Kepala hotak depa.

    ReplyDelete
  9. ganas la mummy nii...hehee..bagilah profile dgn lebih detail mummy...nak kenal jua..sy dikedah ni skrang...best blog hang noo...hehee

    ReplyDelete
  10. Ajeem,
    Mami berblogging untuk rakyat. Mami tak suka rakyat diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin yang berpura-pura baik di hadapan kita. Sebab kita yang memilih mereka. Jangan depa dok auta Mami. Nanti Mami londeh seluaq depa.

    ReplyDelete
  11. terrorlah Mummy ni..or mummy pun dha biasa lalui semua ni..hheeheheh..

    ReplyDelete
  12. Salam Mummy,
    Biaq betui Mummy???Informer Mummy tu bleh caye ker???Kalau betui..memang dah tahap kronik UMNO sekarang nie...tapikan mungkin kalau itu semua fitnah jer mcm mane plak???sape nak jawab kat alam kuboq sok???heheheh...Walau mcm mane pon saya harap MUmmy hati2 lah sebab agak berat tuduhan Mummy tu...Yelah mana ada modal kalau nak tuduh orang mcm2 kan???kan???kan???

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.