Wednesday, April 24, 2013

'MAMPUS' SHAHRIL SAMAD DI JOHOR BHARU KALI INI.

Apabila bekas Jeneral tentera berpolitik habis musuh politik diletaknya seperti musuh di dalam peperangan. Medan politik baginya seperti medan peperangan sehingga terbawa-bawa dengan teori-teori peperangan masa gemilang semasa mengetuai batalion Malaysia (Malbat) yang merupakan sebahagian daripada Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPROFOR) di Bosnia pada tahun 1993. 
Zaman kehebatan Jeneral Hashim Hussien
Malaysiakini melapurkan bekas ketua tentera Jeneral Hashim Hussein akan melancarkan pelan pertempuran yang ampuh mengambil strategi perang saudara Bosnia-Herzegovina. Pelan rahsia itu akan digunakan untuk menempur veteran UMNO Shahrir Abdul Samad dan merobohkan kubu kuat BN di Johor Bahru. 
"Saya mempunyai sarjana dalam kajian perang dan telah membuat kajian tentang perang. Sudah tentu, sebagai seorang tentera saya akan laksanankan di medan. Anda harus ingat saya berada di sana pada kemuncak peperangan menghadapi musuh yang mencabar dan kami terpaksa melalui banyak masalah " kata Hashim dengan nada hebat.
Beliau juga cuba menakut-nakut musuh politiknya apabila menyatakan bahawa rancangan pertempuran itu telah diujii dan amat berkesan akan dibahagikan kepada tiga bahagian "strategik, operasi dan taktikal". 
Di samping itu beliau juga akan mengamalkan pendekatan ‘total quality management’ mengambil pengalaman semasa berkhidmat sebagai komander di sekolah latihan tentera di Port Dickson dahulu. 
“Pakar strategi perang China kuno Sun Tzu di dalam kitabnya menulis Tahu akan musuh anda dan tahu akan diri anda, anda tidak akan gentar seribu pertempuran“ tegas Jeneral Hashim.
"Sudah barang tentu, apabila anda bercakap tentang Carl von Clausewitz, pakar tentera Jerman beliau bercakap tentang perang di dalam dimensi tidak ketentuan, ketakutan, keletihan dan bahaya. Saya fikir anda boleh kaitkan dengan situasi politik di sini" tegas Jeneral Hashim yang masih terbayang seolah-olah beliau berada di atas puncak kuasa seorang Jeneral tentera. 
Nampaknya habis semua teori perang akan digunakannya termasuk payung terjun seperti dalam Brigade ke 10 sehingga melalut sampai kehebatan sejarah Napoleon Bonaparte. Beliau nampak yakin dengan strategi –strategi perang yang terkenal ini beliau akan menekan politik Shahril Samad. 
“Mampuih Sharil Samad macam ini” kata seorang pemerhati politik akar umbi ketika makan bersama di Kedai Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang sehingga bersembur daging kambing kurma yang sedang dikunyahnya. 
Beralih sedikit dari Jeneral Hashim seorang lagi individu anih dalam warna politik kali ini ialah calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu Tok Mun, 94. Tok Mun yang memilih lambang kunci dengan harapan ia akan membuka pintu hati semua pengundi
Kegigihan Tok Mun
Manifesto Tok Mun ialah kalau beliau menang Tok Mun akan mempertahankan bukit bukau di kawasan Parlimen Kuala Teranganu supaya tidak digondolkankan bagi tujuan keuntungan. 
Tok Mun yang sudah termasuk di dalam golongan warga emas masih miang nak betanding. Tok Mun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 awal tahun ini. Beliau menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit untuk bertanding dalam PRU ini.
Inilah warna-warna demokrasi kebebasan berpolitik negara ini. Apakah bezanya Jeneral Hashim Hussein dengan Tok Mun?

4 comments:

  1. Jack Palance gunakan taktik perang menentang alMaunah, gunakan kata hikmah Sun Tzu "Settle yourself, get others to do the job for you, and you claim it later". Beliau mengelak menyelesaikan masaalah itu dan balik rumah lepas tu main golf semasa negara dalam dilanda serangan alMaunah

    ReplyDelete
  2. Bosnian War Plan...? He is bullshiting the people of JB . Malbatt is only Protection Force and more a less like an observer. the is no war plan...they applied the Win hearts n Mind of the people Doctrine like what we did during emergency.There is nothing new in applying war theory and principles in politics. TQM..?its outdated, we are now in era of ISO, KPI, NKRA ..? His idea is outdated and obsolete....! He knows nothing about politics...war and politics ..is two different spectrum !and one more thing...The Fog of War as what Clausewitz preached is different from the The Fog of Politics...if he is wise he should known better...No vote for Jack Pallen.....

    ReplyDelete
  3. Tok Mun, tok memang mencetuskan sesuatu yang istimewa dalam dunia politik pilihanraya Malaysia, dah berusia, tiada jentera pilihanraya, tiada manifesto atau misi politik yang jitu, naik basikal berkempen pulak dan membawa gagasan alam sekitar. Dulu kan dah hilang deposit dan kali ini sdia pula dengan risiko yang sama. To Mun tak fikirkah apakah berbaloi terjun dalam politik pilihanraya dalam keadaan berlatarbelakangkan yang hampir 100% tidak membawa Tok Mun kemana melainkan menciptakan satu rekod yang aneh seperti Pelajar UIA membina dounut terbebar tapi tiada apa-apa signifikan langsung.

    ReplyDelete
  4. Shahril Samad bukan sebarang calon bro.Beliau mmg seorang pejuang yg hebat. Sejarah telah membuktikan beliau tetap menang walaupun sebagai calon bebas.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.